Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Bertutur Pendahuluan Bertutur memerlukan kemahiran yang khusus.

Sebagai orang yang terdidik ,kita tidak seharusnya menghadapi kesukaran bertutur dalam apa juga keadaan ,di mana-mana dan pada bila-bila masa pun. Kemahiran bertutur hendaklah dikembangkan pada peringkat awal lagi. Murid-murid harus diberi latihan agar mereka cekap menyusun perkataan bagi melahirkan idea mereka.Seterusnya mereka digalakkan mengambil bahagian dalam perbincangan .Dengan itu, murid dapat mengembangkan kemahiran bertutur dengan baik. Takrif Kemahiran Bertutur: Bertutur merupakan satu cara komunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi ,tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bahasa isyarat dan pergerakan badan). Objektif Bertutur Bagi membolehkan seseorang itu : 1. menyebut dengan jelas 2. menyampai atau melahirkan pendapat peribadi 3. melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat 4. memberi penerangan dan alasan 5. menunjuk arah 6. membina soalan untuk mencari maklumat 7. bertemu ramah 8. bertukar-tukar pendapat dan maklumat 9. bertutur secara bertatasusila 10. bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. Peringkat dalam Kemahiran Lisan : (Mendengar dan bertutur) 1. Peringkat Penerimaan (Mendengar dan memaham) Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid ,tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan.Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh menjadi model kepada murid. 2. Penghasilan Semula (Bertindak balas) Pada peringkat ini ,latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan.Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan , kelancaran ,kefasihan ,tatabahasa , gaya dan isi penyampaian. Kemahiran Bertutur Berdasarkan Fungsi Bahasa : Fungsi Peribadi Fungsi Perhubungan Fungsi Memberi Arahan Fungsi Menyoal Fungsi Merujuk Fungsi Imaginasi Fungsi Menyampaikan Maklumat Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: 1. Mengaitkan aksi dengan pertuturan 2. Menjawab soalan-soalan rakan dan guru 3. Membina soalan berdasarkan bahan 4. Memberi arahan kepada rakan 5. Menerangkan gambar dan bahan grafik 6. Berbual melalui telefon

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan Permainan komunikatif Mengadakan perbahasan Perbincangan Forum Memberi Taklimat dan Ceramah Main Peranan Simulasi Teater Bercerita Drama

Penilaian Kemahiran Bertutur: Penilaian kemahiran ini lebih sesuai diberikan secara global.Aspek yang dilihat adalah aspek sebutan,intonasi ,kelancaran , tatabahasa , isi dan perbendaharaan kata. Terdapat model skala kadar 9 peringkat yang boleh digunakan untuk menilai kemahiran bertutur iaitu Peringkat :Cemerlang , Amat Baik, Baik,Sederhana Baik,Sederhana, Sederhana Lemah,Lemah,Amat Lemah dan Tiada Tindak Balas. Contohnya : Bagi yang peringkat cemerlang : seseorang itu dapat bertutur dan berhubung dengan lancar dan berkesan. Dapat berbincang dengan fasih dan cekap.Tidak dipengaruhi oleh dialek dan gangguan bahasa yang lain. Manakala bagi peringkat amat lemah: seseorang itu tidak dapat meneruskan interaksi , soalan terpaksa diulang dan jawapan kurang tepat.Interaksi berlaku di peringkat asas sahaja.