Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan dari segi:

Pendidikan Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Perniagaan Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) Memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. (2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. E-dagang atau perdagangan elektronik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu. Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya. Di alam Internet peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya mereka yang dapat mempamer dan mempromosikan barangan jualan mereka. Seorang penjual barangan kraftangan di Kelantan boleh memasarkan barangannya melalui Internet dengan membina tapak webnya sendiri yang membolehkan seorang pembeli dari negara Jepun membuat tempahan. Melalui E-dagang , pembeli ini boleh membuat bayaran menggunakan wang elektronik, kad kredit, bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut. Ramai yang masih ragu-ragu akan keselamatan dan kebolehpercayaan E-dagang terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat. Tetapi dengan adanya beberapa ciri keselamatan seperti enkripsi, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital dan lain-lain piawaian keselamatan

seperti SET (Secure Electronic Transaction) yang dibangunkan oleh VISA dan MasterCard dan SSL (Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape.Malahan Wharton Econometric Forecasting Associates meramalkan pertumbuhan E-Dagang sebanyak 69 % setiap tahun sehingga 2003 di mana dijangkakan jumlah perdagangan yang dilakukan media elektronik akan melebihi angka RM3.8 trilion (RM3,800 bilion). Perubatan Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. Hospital maya sudah pun berkembang dalam internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai teleperubatan. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan. Kad Pintar Ia bukan sekadar sekeping objek kecil daripada bahan plastik yang boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam poket, sebaliknya ia mampu menyimpan maklumat kritikal secara elektronik di dalamnya terus kekal, dilindungi dan boleh diakses pada bila-bila masa. Sesetengah piawaian pula akan mendefinisikan beberapa aplikasi khusus kad pintar meliputi kad telefon selular digital, kad kredit (Mastercard) dan dompet elektronik (Visacash). Satu lagi teknologi kad pintar yang bakal diperluaskan adalah penggunaan teknologi biometrik yang akan membolehkan seseorang individu itu dikenalpasti identitinya menerusi pengenalpastian maklumat tangan, cap jari, retina mata atau suara. Memberi Anugerah Kepada pemblog,DG,resipi masakan,journal,lain2 Keburukan dari segi:

Medium Penyebaran Dakyah Jahat Memberi Maklumat Palsu Untuk Kepentingan Puak Tertentu Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia Trench Coat. Menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Medium Penyebaran Virus menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank. Menurunnya Produktiviti Syarikat pekerja melapangkan masa yang sepatutnya melakukan kerja kepada melayan internet. Jika ramai yang melakukannya ia akan membarah dan akhirnya kos operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber yang tidak betul. Perang Siber kecoh dengan tindakan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ( SKMM ) menyekat 10 laman perkongsian fail popular di Malaysia. Satu sebabnya ialah ia melanggar hakcipta fail tempatan. Dan yang pasti kenyataan ni membuka satu ruang kemarahan yang nyata kat semua orang terutama kaki download. Dan tak lama lepas tu satu amaran diberi oleh kumpulan penggodam terbesar dunia yang menggelarkan diri sebagai Anonymous. Kumpulan penggodam ni rancang untuk menggodam laman web rasmi kerajaan Malaysia Medan perlawanan Politik Hampir semua orang menggunakan web untuk menyebarkan maklumat politik. Meseg boleh disampaikan ke seluruh dunia tanpa kawalan terhadap kandungan.

Anda mungkin juga menyukai