Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING : PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING FUNGSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DI SEKOLAH-SEKOLAH Membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah, kepimpinan, kokurikulum dan pembangunan diri murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH 1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid. 3. Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori murid. 4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. 6. Merancang, melaksana, mengawal selia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara profesional dan beretika. 7. Merancang, melaksana, dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid. 8. Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR/ PMR/ SPM/ STPM. 9. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol. 10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas UPSR/ PMR/ SPM/ STPM. 11. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah. 12. Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar 13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah. 15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. 17. Mengenal pasti dan merujuk murid, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis. 18. Menjadi personel perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah. 20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah (Tambahan Lembaga Disiplin Sekolah) 21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah. 22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya. 23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah. 24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri. 25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

BIDANG TUGAS UTAMA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. PEMBANGUNAN DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID (*) 2. AKADEMIK 3. KERJAYA 4. PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL 5. PEMBANGUNAN DIRI MURID 6. KEIBUBAPAAN 7. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 8. BIMBINGAN/ KAUNSELING INDIVIDU DAN KELOMPOK 9. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. PEMBANGUNAN DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID Mesyuarat Bulanan JK Pemuafakatan Kaunseling dan Disiplin Pelaporan Disiplin Pelaporan Bimbingan dan Kaunseling Pelaporan Unit-unit lain Hal-hal lain PROGRAM BIMBINGAN : AKADEMIK Orientasi Mata Pelajaran Teknik dan Kemahiran Belajar Penempatan Selepas UPSR/ PMR/SPM/ STPM Pemilihan Mata Pelajaran Motivasi Belajar Matlamat/ Halatuju Diri Perkhidmatan Bimbingan Belajar Strategi Menghadapi Peperiksaan Lawatan akademik ke institusi pengajian Bimbingan kemasukan ke IPTA/ IPTS PROGRAM BIMBINGAN : KERJAYA Maklumat Kerjaya Ujian/ inventori psikologikal Kerjaya Bimbingan Pemilihan dan kesesuaian kerjaya Halatuju selepas SPM/STPM Kursus-kursus yang ditawarkan di IPT Bimbingan permohonan biasiswa dan pinjaman Pengiktrifan MQA dan JPA Panduan pengisian borang kemasukan IPT Menulis resume Panduan temuduga PROGRAM BIMBINGAN : PSIKO-SOSIAL KESEJAHTERAAN MENTAL Program Transisi Tahun 1 Program Orientasi Peralihan/ T1/T4/T6 Senarai Semak Masalah Murid Kemahiran Komunikasi Kemahiran Pengurusan Diri Kemahiran Sosial Kemahiran Asertif Kemahiran Pengurusan Stres Penyelesaian Konflik Kemahiran Penyelesaian Masalah Kemahiran Membuat Keputusan Penghargaan Kendiri

1.

2.

3.

4.

PROGRAM BIMBINGAN : PEMBANGUNAN DIRI MURID Kendiri ( Konsep diri, fokus diri, harga diri, penilaian kendiri ) Potensi Diri Pengurusan Diri Pemikiran Positif dan Kreatif Patriotisme Kepimpinan Jati Diri Asertif Komunikasi Asas Kaunseling Psikologi Remaja Hidup Bermasyarakat PROGRAM BIMBINGAN : KEIBUBAPAAN Kemahiran komunikasi dalam keluarga Kemahiran kepimpinan Psikologi perkembangan remaja Bengkel Keibubapaan Isu-isu Keluargaan Asas Kaunseling PROGRAM BIMBINGAN : PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Kemahiran sosial Kemahiran asertif Personaliti positif dan negatif Kemahiran penyampaian maklumat penyalahgunaan dadah Kesihatan dan keselamatan diri Harga diri dan integriti Akta Dadah Berbahaya Mentor-mentee Pendidikan Pencegahan Dadah Ceramah/lawatan/pameran Pendidikan Pencegahan Dadah

5.

6.

FOKUS PERKHIDMATAN 40 % - Aktiviti Pemulihan melalui sesi kaunseling individu dan kelompok 30 % - Aktiviti Pengembangan melalui aktiviti Modul Perkhidmatan BK, Kursus, Ceramah, Bengkel, Lawatan, Dll. 10 % - Aktiviti Pencegahan melalui Pertandingan, Ceramah, Pameran, Kursus, Bengkel, Lawatan dan Modul Perkhidmatan BK. 20 % - Aktiviti Pengurusan dan Pentadbiran

Anda mungkin juga menyukai