Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Definisi
Kecergasan ialah kemampuan untuk hidup dalam situasi yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada perasaan masyarakat. seseorang Kecergasan individu keseluruhan tentang mencerminkan serta
kehidupan
menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
Kecergasaan menangani
emosi kehidupan
keupayaan perasaan
individu kendiri
KECERGASAN FIZIKAL
Kecergasan fizikal merujuk kepada kemampuan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala saat kecemasan yang berkemungkinan b erlaku. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua komponen: kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan meliputi aspek -aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikolo gi. Aspek ini dipercayai mampu melindungi seseorang individu daripada penyakit hipokinetik seperti penyakit
kardiovaskular, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan otot dan tulang. Komponen-komponen kecergasan fizikal yang berasaskan kesihatan ialah : daya tahan kardiovaskular daya tahan otot kekuatan otot fleksibiliti komposisi badan Kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merujuk kepada fungsi dan kemampuan individu bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya kuasa dan berkemahiran. Komponen-komponen kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor ialah: Kepantasan Imbangan Ketangkasan Kuasa masa tindak balas
koordinasi
Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rint angan dalam masa yang lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dinamik dan statik. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi.
Komposisi Badan
Pengukuran dari aspek komposisi lemak badan merupakan suatu proses penilaian. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahan nya dari segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data. Satu lagi istilah berkaitan tubuh badan manusia disebut antropometri yang bermaksud pengukuran (metri) dan manusia (antro) di dalam bahasa Yunani.
Kelembutan
Kelembutan merupakan satu komponen kecergasan berlandaskan kesihatan yang penting dalam kehidupan seharian. Berlari, berjalan serta pergerakan seharian yang lain memerlukan kelenturan agar pergerakan dapat dilakukan tanpa rintangan atau kecederaan ke atas sendi -sendi. Kelembutan boleh dibahagikan kepada dua komponen iaitu kelenturan statik dan kelenturan dinamik. Kelembutan statik adalah keupayaan sendi untuk meregang atau memanjangkan (extend) sejauh mungkin. Kelembutan statik merupakan komponen yang biasa diukur. Kelembutan dinamik didefinisikan sebagai rintangan sendi pergerakan (Fox, Bowers & Foss, 1998). Contohnya aktiviti split.
Salah satu komponen asas dalam kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular. memerlukan Ia juga merangkumi dengan pengu ncupan sistem otot besar yang
penyesuaian
peredaran
respirasi.
Manakala daya tahan kardiovaskular dari aspek fisiologi iaitu dari sudut kecekapan ( rehat dan sub maksimum ), daya tahan dan keupayaan maksimum merupakan pengukuran fungsi kardiorespiratori (Safrit,1981). Pakar perubatan dan juga saintis selalu menggunakan ujian senaman bagi menilai secara objektif fungsi kapasiti aerobik (VO2 max). Bagi
mengklasifikasikan tahap kecergasan kardiovaskular seseorang, maka VO2 max yang tentukan dari ujian senaman maksimum dan submaksimum digunakan. Jumlah pengambilan oksigen maksimum biasanya dianggap sebagai petunjuk atau tanda terbaik bagi kecergasan kardiorespiratori seseorang. contohnya berjogging.
Kekuatan
kekuatan adalah kuasa pada otot y ang digunakan untuk melakukan pergerakan atau tanpa pergerakan. Terdapat dua jenis kontraksi otot yang terlibat dalam kekuatan iaitu kontraksi dinamik (isotonik) dan kontraksi statik (isometrik). Kekuatan merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi kemahiran fizikal (Johnson dan Nelson, 1986) . Dengan perkataan yang mudah, kekuatan adalah dimaksudkan sebagai satu tahap keupayaan individu menggunakan daya bagi tujuan pergerakan . Contonya mengangkat objek besar.
membolehkan dalam
individu aktiviti
terlibat sukan
secara
cekap
terutamanya kecergasan
diperlukan.
Komponenkomponen
Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa .
Ketangkasan
Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat.
Kuasa
Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
Imbangan
Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
Masa reaksi
Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
Koordinasi
Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.
Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit. Contoh:12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.
Kadar Nadi Maksimum (KNM)
Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli -alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula. Contoh:Umur subjek ialah 33 tahun. KNM = 220 33
= 187 dsm.
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL) Contoh :KNM = 220 33(umur) = 187 dsm KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6 = 72 dsm. KNL = KNM KNR = 187 72 = 115 dsm.
Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula ini.
JENIS LATIHAN
Kaedah latihan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu : (a) Kaedah Latihan Aerobik (b) Kaedah Latihan Anaerobik
Kaedah latihan aerobik adalah kaedah latihan yang diaplikasikan bagi membolehkan pelaku meningkatkan prestasi aerobik iaitu keupayaan untuk mengambil, mengangkut dan menggunakan oksigen dengan cekap dan berkesan. Antara kaedah-kaedah latihan aerobik yang sering digunakan dalam latihan sukan adalah : (a) Latihan Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance) (b) Latihan Fartlek (c) Latihan Jeda Jarak Jauh
Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen. Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan semula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan anaerobik ini adalah bagi meningkatkan komponen -komponen kecergasan berikut : (a) kelajuan (b) kekuatan otot (c) daya tahan otot (d) kuasa
(e) ketangkasan Antara latihan-latihan yang sering digunakan dan diklasi fikasikan di bawah kaedah latihan anaerobik adalah : (a) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat (b) Latihan pecutan berulang (c) Latihan pliometrik