Anda di halaman 1dari 28

BAB 4 :

SISTEM PENYAMANAN UDARA

4.1.

PENGENALAN

Penyamanan udara boleh didefinisikan sebagai proses pengawalan dan perawatan semua kandungan udara untuk suatu ruang atau tempat yang tertutup. Perawatan mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan, pembaharuan udara, kebersihan dan pengagihan udara bagi mencapai keperluan dan fungsi ruang berkenaan. Proses ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan kandungan udara bersih yang terdapat di dalam bangunan mencukupi dengan penggunaannya.

Sistem penyamanan udara ini amatlah diperlukan bagi mewujudkan keselesaan secara maksima dan kepuasan optima bagi membendung masalah iklim yang berubah yang menjadikan ruang berkenaan menjadi kurang selesa bagi sebarang aktiviti.

20

Selain itu, sistem penyamanan udara yang baik boleh memperbaiki keselesaan pekerja sekaligus meningkatkan produktiviti kerja selain mempertingkatkan pengeluaran. Ianya juga mampu mengawal kerosakan yang berlaku akibat penggunaan mesin secara kerap. Sebagai contoh, satu alat penyamanan udara jenis unit pisah perlu diletakkan di dalam Bilik Motor Lif bagi meminimumkan pengeluaran haba akibat penggunaan Jentera Lif secara kerap.

Di dalam bidang perniagaan, penggunaan terhadap penyamanan udara merupakan satu keperluan yang amat penting kerana keadaan suhu ambien yang tinggi di luar bangunan akan mewujudkan suatu keadaan yang tidak selesa kepada pengguna dan pekerjan dan secara langsung akan menjejaskan reputasi pada sesebuah pusat membeli - belah.

4.2.

TEORI SISTEM PENYAMANAN UDARA

4.2.1. Prinsip Asas Penyamanan Udara

Secara dasarnya, prinsip asas penyamanan udara adalah satu proses pendinginan udara yang dilakukan dalam bentuk kitaran dimana pelbagai kawalan perlu dilakukan dalam proses ini untuk membentuk keadaan keselesaan yang diperlukan oleh pengguna.

21

RAJAH 4.1 - KITARAN ASAS PENYAMANAN UDARA

22

4.3.

KOMPONEN UTAMA SISTEM PENYAMANAN UDARA

Di dalam Sistem Penyamanan Udara terdapat 4 komponen asas yang diperlukan iaitu ;

PEMAMPAT

Memampatkan

bahan

pendingin

dan

menukarkannya kepada gas bertekanan tinggi.

RAJAH 4.2 - PEMAMPAT

PEMELUWAP

Mengambil haba dari udara dan cecair

supaya bertukar menjadi gas semula lalu menghasilkan udara yang sejuk.

RAJAH 4.3 PEMELUWAP

23

INJAP PENGEMBANGAN

Alat bagi mengawal tekanan dan

kadar kemasukan bahan pendingin ke dalam unit penyejat untuk untuk mengurangkan tekanan dalam cecair pendingin

PENYEJAT

Menyerap haba pendam dari udara di

dalam ruang yang didinginkan lalu menukarkan cecair menjadi gas untuk disingkirkan di Unit Pemeluwap.

RAJAH 4.4 - PENYEJAT

4.4.

KEPENTINGAN PENYAMAN UDARA

Memberi keselesaan kepada penghuni di dalam sesebuah bangunan. Ianya juga dapat mengurangkan risiko penyakit. Keadaan yang tertutup dapat mengurangkan bunyi bising serta habuk. Mengurangkan bahaya kebakaran yang berpunca dari litar pintas disebabkan oleh keadaan yang panas. Penggunaan peralatan komputer dan peralatan elektrik yang lain dapat beroperasi dengan baik.

24

4.4.1. Faktor faktor Pemilihan Sistem Penyamanan Udara

Saiz Ruang. Saiz ruang perlu diketahui untuk menentukan beban haba serta kapasiti yang digunakan.

Kegunaan Ruang. Terdapat ruang ruang yang digunakan pada masa yang berlainan. Keadaan sekeliling ruang dalam satu bangunan memerlukan suhu dan kelembapan yang berbeza.

4.5.

SISTEM PENYAMANAN UDARA the CURVE, DAMANSARA

the Curve merupakan sebuah pusat membeli belah yang terdiri daripada bangunan 4 tingkat berserta 2 Aras Bawah Tanah ( Basement 1 & 2 ). Sistem Penyamanan Udara diagihkan secara meluas bermula dari Aras Dua ( 2nd Floor ) sehingga ke Aras Bawah ( Ground Floor ). Sistem Penyamanan Udara di the Curve dapat dibahagikan kepada dua sistem iaitu menggunakan Sistem Pendingin Air dan Sistem Unit Pisah. Proses operasi Sistem Pendingin Air ini lebih tertumpu pada Menara Pendingin ( Cooling Tower ), Tangki Ais ( Ice Tank ) dan Sistem Pengubah Haba ( Heat Exchanger ) sebelum diagihkan melalui Unit Lingkaran Kipas ( Fan Coil Unit ) atau Unit Kendalian Udara ( Air Handling Unit )

25

4.5.1 Kitaran Asas Operasi Sistem Pendingin Air

HEAT EXCHANGER COOLING TOWER

CHILLER

ICE TANK

HEAT EXCHANGER

AHU DAN FCU

RAJAH 4.5 Sistem Penyamanan Udara Yang Dikawal Oleh DCP ( District Cooling Plant )

26

4.5.2

Menara Pendingin ( Cooling Tower )

Bagi Sistem Penyamanan Udara yang menggunakan Sistem Pendingin Air, haba yang diserap akan dimampatkan dan disingkirkan melalui satu medium iaitu air. Air digunakan untuk menyerap haba dan kemudian menyingkirkan haba melalui air. Air akan digunakan untuk menyerap haba kemudian akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan menggunakan peralatan yang dinamakan Menara Pendingin ( Cooling Tower ). Menara Pendingin di the Curve menggunakan Sistem PLC ( Program Logic Control ) . Terdapat 4 jenis Sistem Pendingin Air yang ada iaitu Sistem STC ( Steam Turbine Chiller ), Sistem DFC ( Direct Fire Chiller ) , Sistem AC ( Absortion Chiller ) dan Sistem ECC ( Electrical Centrfugal Chiller ) . the Curve menggunakan Sistem ECC yang mana ianya menggunakan cecair bagi menyejukkan minyak. Cecair yang digunakan ialah Enthylene Glycol ( C2H6O2 ). Cecair ini boleh membeku serta dijadikan pencegahan karat selain dari keberkesanan cecair ini dalam sistem penukaran haba. Menara ini juga menggunakan Centrifugal Pump yang dilindungi oleh besi tuangan ( cast iron ) serta berkuasa 40HP. Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan penyejukan air panas yang menyerap haba dari pemeluwap dingin air. Air yang digunakan dibekalkan dari bekalan air bersih yang ada. Chiller Heat Exchanger Supply : 1 Return : 5 - 6 Heat Exchanger AHU Supply : 4 Return : 12

JADUAL 4.1 - JADUAL SUHU AIR SEJUK UNTUK SUPPLY DAN RETURN ANTARA CHILLER HEAT EXCHANGER - AHU

27

Prinsip Asas Menara Pendingin ( Cooling Tower ) ialah konsep kitaran air yang melalui Pemeluwap Dingin Air, Pam Air, dan komponen dalaman Menara Pendingin. Pam Air berfungsi dengan menyedut air dari tangki dan diemparkan ke dalam Pemeluwap Dingin Air. Air bersuhu rendah yang diemparkan itu akan menyerap haba dari bahan pendingin di dalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan di atas menara pendingin. Air akan disemburkan dan jatuh ke atas sisip aluminium atau tambakan yang keadaannya berlapis. Semasa air yang disembur jatuh di atas sisip aluminium, udara luar yang bertiup dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara manakala kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang jatuh di atas sisip aluminium akan dikumpulkan semula ke dalam takungan pembuangan haba. pemeluwap. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam

RAJAH 4.6 - MENARA PENDINGIN ( COOLING TOWER )

28

RAJAH 4.7 - MENARA PENDINGIN NO 1 DAN NO 2 ( CT1 & CT2 )

RAJAH 4.8 - PANEL KAWALAN BAGI MENARA PENDINGIN

RAJAH 4.9 - ANTARA BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN UNTUK SISTEM MENARA PENDINGIN

29

4.5.3

Bahagian bahagian Yang Terdapat Pada Menara Pendingin

Kerangka

Diperbuat daripada FRP ( Fibre Glass Reinforced Plastic ) dan kedudukannya lebih ringan serta tahan daripada hakisan dan kebocoran.

Pemercik

Diperbuat daripada vinil klorida ( Vinyl Chloride ) .Ia terbahagi kepada dua jenis, iaitu jenis pasang kekal dan jenis putar.

Kipas

Diperbuat daripada plastik keras yang disambung terus kepada motor jenis kalis air.

Motor Kipas Direkabentuk untuk kalis air dan bearingnya diperbuat daripada gelas kedap minyak.

Turas dan Tapis

Berfungsi untuk menapis kekotoran air dan dipasangkan pada salur keluar untuk menyekat kekotoran masuk ke dalam paip air. Turas ini diperbuat daripada sejenis bahan logam iaitu loyang atau tembaga yang tahan karat.

Takungan

Diperbuat daripada bahan sama dengan kerangka.

30

Tambakan atau sisip

Berfungsi untuk menambah keluasan antara percikan air dan udara. Bahagian yang paling penting dan diperbuat dari vinil klorida dengan ketahanan pada suhu 50C atau kurang.

4.5.4

Pemasangan Menara Pendingin

Pemilihan Tempat

Di kawasan peredaran udara yang baik dan tidak terlindung. Tidak berhampiran dengan bangunan dan pemeluwap. Tempat yang mudah untuk membuat kerja kerja selenggaraan.

Pemasangan

Diletakkan di atas tapak yang kuat dan kukuh. Dipasang menegak ke atas dan perlu hamper dengan sumber bekalan air. Saluran paip sedutan pam mestilah lebih rendah daripada takungan. Pastikan udara dan haba panas yang disingkirkan tidak akan masuk semula ke dalam menara. Untuk mengelakkan bunyi yang bising dari operasi Menara Pendingin, menara ini perlu diletakkan di aras bumbung ( Roof Top)

31

4.6.

Sistem Air Sejuk ( Chilled Water System ) Pusat Operasi Sistem Air Sejuk boleh dibahagikan kepada 4 litar yang

dibahagikan mengikut penggunaan penyamanan udara bagi lot yang terdapat di the Curve .Bagi Litar A & B, ianya didirekabentuk khusus untuk lot lot Food and Beverages, pusat pusat hiburan serta beberapa restoran yang terdapat di Zon A , B dan sebahagian Zon C dan D di mana lot berkenaan beroperasi sehingga larut malam dan kadangkala mencecah dinihari keesokan harinya. Manakala Litar C & D pula direkabentuk untuk mengagihkan penyamanan udara bagi outlet yang terdapat di dalam pusat membeli belah di mana masa operasinya ialah pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Berbeza

dengan

sistem

pendingin

air

di

kawasan

lain

yang

mengagihkan sistem dingin air terus ke bangunan, di the Curve sistem air dingin dibekalkan dari Heat Exchanger terlebih dahulu sebelum diagih agihkan ke Unit Lingkaran Kipas ( FCU ) dan Unit Kendalian Udara ( AHU ) yang dikendalikan oleh kontraktor District Cooling Plant.

32

RAJAH 4.10 - HEAT EXCHANGER

Melalui proses pemindahan haba di Heat Exchanger oleh kontaktor District Cooling Plant, bekalan air sejuk bersuhu 3C diagihkan ke semua Unit Lingkaran Kipas ( FCU ) dan Unit Kendalian Udara ( AHU ) melalui Chilled Water Pump yang disediakan oleh pihak the Curve. Secara amnya, operasi Sistem Pendingin Air yang dikendalikan oleh the Curve dipanggil Secondary Chilled Water System .

Setiap litar Secondary Chilled Water System mempunyai 2 buah Pam Air Sejuk Peringkat Kedua yang beroperasi dengan kawalan kelajuan yang berbeza. Hanya satu unit yang akan digunakan mankala sebuah unit lagi diletakkan sebagai Unit Tunggu Sedia ( Standby Unit ). Set pam untuk Litar A & B ditempatkan di Heat Exchanger Room No. 1 ( HEX 1 ) manakala set pam untuk Litar C & D ditempatkan di Heat Exchanger Room No. 2. ( HEX 2 ).

RAJAH 4.11 - SISTEM PENDINGIN ( CHILLER )

33

Kedua dua Bilik HEX ditempatkan di Aras Bumbung ( Roof Top - 3rd Floor ). Terdapat 4 buah pam di dalam setiap Bilik HEX dan terdapat 2 pam yang menyambungkan antara kedua dua Heat Exchanger. Sebuah panel kawalan yang mengawal pam pam berkenaan juga ditempatkan di bilik yang sama. Oleh kerana terdapat sebahagian Unit Lingkaran Kipas ( FCU ) dan Unit Kendalian Udara ( AHU ) yang dipasang di kedudukan yang lebih tinggi dari kedudukan Bilik HEX, maka kaedah konvensional di mana ianya menggunakan aliran graviti tidak boleh digunapakai untuk sistem ini. Oleh itu, Sistem Tekanan menggunakan pam digunakan untuk meneruskan operasi penggunaan Secondary Chilled Water System .

RAJAH 4.12 - CHILLED WATER PUMP

RAJAH 4.13 - PANEL KAWALAN DI DALAM BILIK HEX

34

4.7.

SISTEM AGIHAN PENYAMANAN UDARA

Pengagihan udara diagihkan melalui sesalur udara ( ducting ) yang direkaletak di tempat tertentu mengikut keperluan udara semasa dalam proses pembinaan bangunan. Di the Curve, pengagihan udara yang dilakukan adalah berbeza- beza serta pelbagai mengikut keperluan serta keadaan ruang. Ianya boleh diklasifikasikan sebagai yang berikut ;

Jenis A -

Untuk Unit Kendalian Udara ( AHU ) yang mengawal keperluan udara untuk kawasan umum seperti Atrium, Skylight, Rotunda dan koridor, Unit Kendalian Udara ( AHU ) ditempatkan di Aras Bumbung ( Roof Top 3rd Floor ) dan udara agihannya diagih ke kawasan yang dikehendaki melalui sesalur udara sepenuhnya. Sesalur udara bekalan di Aras Bumbung dilengkapi lapisan tambahan Hyridplaster yang bertindak sebagai pelindung sesalur udara dan sambungan sesalur udara. Sesalur udara bekalan akan disambung melalui kawasn bumbung dan seterusnya ke tempat yang berkenaan.

Jenis B -

Unit Kendalian Udara ( AHU ) yang mendinginkan kawasan tandas, unit bagi AHU ditempatkan di Aras Bumbung dan diagihkan menggunakan konsep yang sama seperti Jenis A namun berbeza kerana aliran keluar udara menggunakan Plenum Box yang ditempatkan di siling siling tandas. Setiap unit AHU direkabentuk untuk mendinginkan beberapa tandas di aras yang berlainan namun di kawasan yang sama. Udara balik akan dikumpul dan dibalikkan kepada AHU yang ditetapkan di mana ianya telah dilengkapi degan Heat Recovery Wheel untuk tujuan penjimatan tenaga. Udara balik

35

yang masih sejuk itu akan disalur keluar melalui Heat Recovery Wheel. Dalam masa yang sama, jumlah udara bersih semulajadi yang setara akan melalui Heat Recovery Wheel dalam keadan songsang dari arah udara balikan. Heat Recovery Wheel akan menyejukkan udara semulajadi yang panas melalui proses pemindahan haba. Lalu udara balikan akan keluar dalam keadaan panas manakala udara bersih yang masuk akan menjadi sejuk.

Jenis C -

Bagi Unit AHU yang mendinginkan kawasan lobi lif, unit AHU ditempatkan di Aras Bumbung sama seperti Jenis A. Namun demikian, unit AHU jenis ini tidak menggunakan sebarang sesalur udara untuk udara balikan kerana 100% menggunakan udara semulajadi yang bersih dari luar.

Jenis D -

Bagi Unit AHU yang mendinginkan lot kedai yang besar ; sebagai contoh : lot Fitness First, lot Red Box, ianya ditempatkan di Aras Bumbung dan sebahagiannya terdapat di aras tertentu. Pemasangan Sesalur Udara Masuk dan Udara Balikan adalah sama seperti unit Jenis A. Sekiranya unit ditempatkan di Aras Bumbung, sesalur udara yang digunakan adalah lebih panjang dan dilengkapi dengan Fire Damper. Manakala sekiranya ditempatkan di aras berdekatan premis, ianya ditempatkan di sebuah bilik khas yang kedap bunyi dan kadar panjang sesalur udara adalah lebih pendek dan dilengkapi Fire Damper di aras yang lebih tinggi untuk memudahkan penyenggaraan.

Jenis E -

Bagi Unit perniagaan,

AHU yang mendinginkan unit ditempatkan di

premis premis Bumbung dan

Aras

sebahagiannya ditempatkan di aras yang sama dengan lot. Sekiranya unit ditempatkan di Aras Bumbung, unit AHU

36

ditempatkan di kawasan atas premis bagi memudahkan pemasangan sesalur udara. Pemasangannya dilengkapi dengan Volume Control Damper bagi memudahkan kerja kerja penyenggaraan.

Jenis F -

Bagi Unit Lingkaran Kipas jenis Ceiling Concealed dipasang di atas siling untuk agihan udara bagi ruang koridor terbuka di Asian Courtyard dan Western Courtyard di Zon A dan B. Setiap unit dipasang lengkap dengan sesalur udara individu. Ianya dilengkapi dengan ruang keluaran udara yang memenuhi keperluan bagi kawasan tersebut. Terdapat dua ruang keluaran udara iaitu Circular Diffuser dan Jet Diffuser yang dipasang bagi melengkapi unit jenis ini.

Jenis G -

Unit Lingkaran Kipas jenis Aras Lantai digunakan di hampir 100 unit bagi kebanyakan lot di Zon A dan B. Sesalur udara bekalan dan sesalur udara kembali yang dipasang di tempat tinggi bagi memudahkan kerja penyenggaraan.

RAJAH 4.14 UNIT KENDALIAN UDARA ( AHU ) DI ARAS BUMBUNG

37

4.8.

UNIT KENDALIAN UDARA ( AHU )

Antara komponen-komponen yang terdapat pada Unit Kendalian Udara (AHU ) adalah seperti berikut: i. ii. MOTOR KIPAS EMPAR SESALUR UDARA ( DUCTING ) SALUR AIR MASUK DAN SALUR AIR KELUAR GELUNG PENYEJUKAN PENAPIS UDARA ( FILTER ) Fungsi Unit Kendalian Udara ( AHU ) adalah sama seperti Unit Lingkaran Kipas ( FCU ). Unit ini diletakkan di dalam bilik khas. Air sejuk yang dibekalkan dari penyejat di dalam Unit Loji Air - Dingin di bilik khas akan masuk ke dalam Unit Kendalian Udara ( AHU ) melalui saluran paip yang kecil. Di dalam Unit Kendalian Udara ( AHU ), gegelung penyejukan digunakan bertujuan mengeluarkan wap - wap sejuk melalui proses penyejatan.

iii.
iv.

v. vi.

RAJAH 4.15 - MOTOR

38

RAJAH 4.16 KIPAS EMPAR DAN MOTOR

Haba sejuk yang terhasil di sekeliling gegelung penyejukan di dalam Unit Kendalian Udara ( AHU ) disedut dengan menggunakan kipas empar dan motor. Kipas empar dan motor ini digunakan untuk mengedarkan udara sejuk di premis premis dan sebahagiannya.

RAJAH 4.17 PENAPIS UDARA

39

RAJAH 4.18 GEGELUNG PENYEJUKAN

4.8.1. Operasi Unit Kendalian Udara ( A.H.U )

Air sejuk yang masuk dari Chiller akan masuk ke gegelung Unit
Kendalian Udara ( AHU ) pada saluran paip CHWS untuk menyejukkan gegelung penyejukan di dalam.

Selepas melalui gegelung,air sejuk akan bertukar menjadi panas dan


keluar melalui paip CHWR.

RAJAH 4.19 - SESALUR UDARA ( DUCTING )

Air ini akan pergi semula ke unit AHU untuk menyejukkan semula air
berkenaan.

40

Haba yang panas akan disalur kembali lalu disalur masuk ke Unit
Kendalian Udara ( AHU ).

Udara Balikan akan masuk melalui penapis udara dan kemudian


melalui gegelung penyejukan. Setelah melalui gegelung penyejukan, haba panas yang melalui gegelung akan berubah menjadi sejuk.

Motor akan mengagihkan udara yang telah sejuk kepada ruang yang
berkenaan. Sistem ini beroperasi secara berterusan.

4.9.

UNIT LINGKARAN KIPAS ( Fan Coil Unit )

Unit Lingkaran Kipas ( FCU ) adalah unit penyamanan udara yang bersaiz kecil dan kebiasaannya digunakan di premis premis yang bersaiz kecil sahaja. Unit ini ditempatkan di siling premis bagi memaksimumkan pengedaran udara yang sejuk. Fungsi Unit Lingkaran Kipas adalah sama seperti Unit Kendalian Udara namun kipas serta motor yang digunakan bersaiz lebih kecil bersesuaian dengan unit ini.

Di bahagian dalaman unit ini, terdapat gegelung penyejukan yang bertujuan mengeluarkan haba sekaligus menjadikan udara menjadi sejuk. Air sejuk yang dibekal masuk dari unit penyejat melalui paip kitaran akan dibekal masuk ke dalam unit. Di dalam unit, air sejuk tadi akan melalui gegelung penyejukan untuk membuang haba haba serta wap panas. Udara sejuk yang terhasil akan ditolak masuk ke dalam ruang untuk didinginkan dengan menggunakan kipas. Penapis udara diletakkan sebagai penghalang habuk serta udara kotor dari memasuki premis.

41

4.9.1. Komponen - komponen Dalam Unit Lingkaran Kipas ( FCU )

Antara komponen - komponen yang terdapat dalam Unit Lingkaran Kipas ( FCU ) adalah :i. ii. iii. MOTOR KIPAS KIPAS EMPAR SALUR AIR DAN KELUAR GEGELUNG PENYEJUKAN PENAPIS UDARA TERMOSTAT

iv.
v.

vi.

4.9.2

Penyelenggaraan Unit Lingkaran Kipas ( FCU )

Langkah kerja : Penapis Udara pada bahagian udara balikan ditanggalkan. Penapis dan sirip penyejat dicuci dengan menggunakan air bersih. Ini bertujuan untuk menanggalkan segala kotoran yang terdapat pada bahagian tersebut. Bahagian tali sawat yang menyambungkan antara motor dan kipas diperiksa.

Pastikan ia berada dalam keadaan baik iaitu tidak rosak dan sebagainya. Akhir sekali pasangkan semula penapis udara.

42

4.10.

UNIT PISAH ( SPLIT UNIT )

4.10.1.

Pengenalan

Sistem Pisah digunakan untuk pendinginan satu atau beberapa ruang atau bilik kecil yang boleh dikendalikan secara berasingan. Sistem ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sistem Pisah Tanpa Udara Luar dan Sistem Pisah Dengan Udara Luar. Kedua dua unit di atas terdiri daripada dua komponen iaitu satu unit luaran iaitu unit pemeluwap dan satu atau beberapa unit dalaman iaitu unit penyejat. Kedua dua unit ini disambung dengan menggunakan paip kitaran penyejukan yang ditebatkan. Kebanyakan komponen asasnya seperti pemampat, pemeluwap dan injap pengembangan ditempatkan di unit luaran.

4.10.2. Unit Pisah Tanpa Udara Luar

Sistem unit pisah tanpa udara luar tidak mengambil udara luar untuk pembaharuan udara. Sistem ini hanya mengambil balik udara dari dalam ruang yang disejukkan. Sistem ini biasanya digunakan untuk pendinginan berkeupayaan kecil sahaja. Unit unit dalaman yang kecil terdiri dalam bentuk diri bebas, gantung di siling atau gantung di dinding. Sistem ini tidak begitu sesuai digunakan pada ruang yang memerlukan pembaharuan udara yang ketara seperti ruang yang terdapat ramai orang yang merokok bersenam, tempat penyediaan makanan dan sebagainya. Kelembapan bandingan udara biasanya rendah untuk keselesaan berpanjangan.

43

4.10.3. Unit Pisah Dengan Udara Luar

Unit pisah dengan udara luar akan mengambil balik udara dari dalam ruang dan juga udara luar untuk tujuan pembaharuan udara. Keupayaannya adalah lebih besar berbanding unit pisah tanpa udara luar. Unit unit penyejat boleh ditempatkan di dalam siling. Sistem ini biasanya menggunakan salur udara bagi membekalkan udara. Udara bersih akan diambil secara terus dari luar atau dibekal melalui sesalur sekiranya unit penyejat terletak jauh dari dinding luar.

RAJAH 4.20 - SISTEM PENYAMANAN UDARA JENIS UNIT PISAH

44

4.11.

BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin digunakan untuk meyerap dan menyingkirkan haba. Ia digunakan semasa proses penyejukan dalam sistem penyamanan udara. Bahan ini perlulah mempunyai takat didih yang hampir sama dengan takat beku. 4.11.1 Sifat sifat Bahan Pendingin

Tidak beracun. Tidak meletup. Tidak berkarat atau menghakis. Tidak mudah terbakar. Mudah mengesan sesuatu kebocoran. Boleh beroperasi pada tekanan rendah. Sesuatu gas yang stabil. Bahagian bahagian yang dilalui oleh bahan pendingin mestilah mudah dilincirkan. Mempunyai isipadu cecair yang tinggi. Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap. Mempunyai isipadu gas yang rendah untuk mengurangkan sesaran pemampat.

45

4.11.2 Jenis jenis Bahan Pendingin


R 11 R 12 R 21 R 22 R 40 R500 R 502 R 717 R 718 R 744 R 744 Trikloromonoflorometana Diklorodiflorometana Dikloromonoflorometana Monoklorodiflorometana Metilklorida Campuran Azeotropik R 12 + R 152a Campuran Azeotropik R 11 + R 115 Amonia Air Karbon Dioksida Sulfur Oksida
JADUAL 4.2 JENIS BAHAN PENDINGIN

CCIF CCIF CHCIF CHCIF CHCIF CCIF + CHCHF 73.8% + 26.2% CCIF + CCIFCF 48.8% + 51.2% NH HO CO SO

4.11.3

Langkah langkah Keselamatan Semasa Menggunakan Bahan Pendingin 1) Apabila berlaku kebocoran, tentukan bilik mempunyai pengudaraan yang cukup sebelum membaikinya. 2) Periksa jenis jenis bahan pendingin sebelum mengecas untuk mengelakkan bahan pendingin bercampur. 3) Gunakan pelindung mata dan sarung tangan semasa mengecas untuk mengelakkan mata, kulit dan tangan terkena bahan pendingin dan mengelakkan kecederaan. 4) Kerja mengecas mestilah dilakukan di bahagian tekanan rendah dalam wap. 5) Jangan mengecas dengan menggunakan cecair kerana cecair boleh merosakkan pemampat dan unit boleh meletup.

6) Cecair

bahan

pendingin

boleh

membekukan

kulit

dan

mengakibatkan frost bite.

46

7) Jangan mengisi bahan pendingin ke dalam silinder servis hingga penuh kerana apabila berlaku tekanan hidrostatik dalam silinder akan mengakibatkan silinder meletup.

4.11.4 Perkara Yang Perlu Diambilkira Sebelum Memilih Bahan Pendingin 1) Takat didih bahan pendingin. Ini untuk menentukan keupayaan sistem pendingin tersebut. 2) Isipadu wap bahan pendingin yang dianjakkan untuk memperoleh penyejukan yang diperlukan. 3) Haba pendam. 4) Suhu pengendalian yang diperlukan. 5) Saiz alat kelengkapan.

RAJAH 4.21 - BAHAN PENDINGINAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PENYAMANAN UDARA

47

Anda mungkin juga menyukai