Anda di halaman 1dari 4

pendidikan seni visual sekolah rendah 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.

6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalamalam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenalmotif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan inimemberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatanini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan danlakonan. 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadapaspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelasbila mereka membentuk dan membina sesuatu model.Bidang kegiatanmembentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid denganpenggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.Ini memberipeluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada muridmembuat rujukan kepada objek sebenar.Perbandingan ini akan memberikesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.Aspekapresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.Kegiatanini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,nyanyian dan cerita. 4.MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yangmelibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta olehmasyarakat yang diwarisi turun-temurun.Di sekolah rendah, muriddiperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 10 pendidikan seni visual sekolah rendah

4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri 4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisionaldalam budayatanah air.Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Aspekapresiasi hasil kerjadiadakan sebagai satu proses pembelajaran yangmerangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokohbagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.Kegiatan ini boleh dilakukan dalampelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Anda mungkin juga menyukai