Anda di halaman 1dari 2

Kerajaan Tumpukan Aspek Pembangunan Negara Menjelang Wawasan 2020

KUANTAN, 14 Mei Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, kerajaan kini menekankan aspek pembangunan ekonomi dan memastikan agar perkara ini berjalan dengan lancar bagi memastikan ekonomi Negara terus berkembang dengan rancak. Katanya, perkembangan ekonomi harus dipastikan rancak kerana sekiranya ekonomi berkembang maka peluang perniagaan akan lebih maju demi mencapai tahap ekonomi cemerlang menjelang wawasan 2020. Kita telah menetapkan untuk mencapai ekonomi maju pada 2020, oleh itu kerajaan menekankan aspek pembangunan ekonomi. Baru-baru ini Perdana Menteri kita telah merancang agar Petronas melabur sebanyak RM60 billion bagi membina satu lagi kompleks petroleum terbesar di Johor. Semua ini adalah bertujuan menarik pelabur asing datang ke Negara ini, jelas beliau ketika berucap di majlis bertemu rakyat di Kampung Kubang Buaya di sini, hari ini. Selain itu, beliau juga berkata, rakyat di Malaysia ini perlu bersyukur kerana Malaysia adalah sebuah Negara yang aman, tiada pergolakan dan peperangan seperti di Negara Timur Tengah. Kerukunan ini jelas membuktikan bahawa rakyat di Negara ini tidak kira apa kaum atau keturunan, cintakan kedamaian. Tiada isu yang boleh menyebabkan kita hidup dalam huru-hara dan dalam kesusahan. Sebab itu kerajaan hendak pastikan yang pertamanya keamanan dalam Negara kita mesti kita pelihara. Hubungan antara kaum dan agama dalam Negara ini mesti kita kekalkan. Katanya, kita sudah hidup lama dalam satu masyarakat, 1Malaysia yang mempunyai latar belakang berbeza, bahasa dan agama berbeza tapi kita adalah rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan yang bersatu padu dan sentiasa mengelak dari sebarang masalah yang boleh menggugat penumpuan terhadap pembangunan Negara. Keduanya keselamatan Negara harus dijaga dan ketiganya pembangunan rakyat mesti kita laksanakan. Perdana Menteri sentiasa menekankan aspek pembangunan Negara dan beliau telah menugaskan kepada semua pemimpin agar turun ke bawah dengar apa masalah rakyat, selesaikan isu mereka dan cuba bawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan. Baru-baru ini saya ke Negara China dan berjumpa dengan pemimpin di sana. Mereka sendiri amat kagum dengan dengan Malaysia dan merasakan kagum dengan Malaysia yang aman dan harmoni.

Ini satu perkara yang boleh kita banggakan. Maka, kita harus mengekalkan keharmonian ini tanpa mengira bangsa, agama ataupun latar belakang seseorang, ujarnya. MediaUMNO

Anda mungkin juga menyukai