C2343/UNIT 1/ 1
UNIT 1
PENGENALAN EDM
OBJEKTIF
Objektif am:
Mempelajari serta memahami EDM dari segi aspek, prinsip dan sistem.
Objektif khusus:
& Menerangkan prinsip asas pengukuran cara elektronik. & Melaksanakan sistem Alat Pengukuran Jarak Elektronik.
C2343/UNIT 1/ 2
INPUT
1.1
Pengenalan
Untuk permulaan topik Ukur Kejuruteraan 2, mari kita mula berkenalan dengan maksud Pengukuran Jarak Cara Elektronik (EDM). Pengukuran jarak secara elektronik adalah berasal dari perkataan Inggeris iaitu Electronic Distance Measurement dan disebut sebagai EDM iaitu awalan huruf pertama daripada setiap perkataan tersebut. Sebelum wujudnya era elektronik, penggunaan rantai ukur dan pita teknologi komputer dan alat konvensional seperti diperlukan untuk mengambil sesuatu jarak. Segala data-data di padang akan dibukukan di dalam satu pembukuan khas seterusnya jarak yang terlaras dapat diperolehi. Keadaan ini mula berubah apabila alat pengukuran jarak cara elektronik (EDM) muncul di dalam pasaran. Teknologi ini terus berkembang dengan pesatnya sehingga tercipta satu lagi alat pengukuran jarak elektronik iaitu Total Station. Ia merupakan satu alat yang digabungkan dengan pengukuran sudut dan nilai cerapan dipaparkan serentak dalam bentuk digital. Alat ini juga mampu melakukan penstoran data yang mana apabila digabungkan dengan perisian tertentu dapat menghasilkan satu kerja yang berkualiti di dalam bidang ukur. Dii dalam pasaran terdapat pelbagai jenis alat Total Station seperti GEODIMETER, SOKKIA, LEICA, NIKON, TOPCON, PENTAX, TRIMBELL dan sebagainya.
Senang betul guna EDM/Total Station Guna rantai lambat le.
Prisma (reflektor)
Disket
Komputer
C2343/UNIT 1/ 3
1.2
Prinsip Asas
Prinsip Asas pengukuran jarak cara elektronik menggunakan modulasi gelombang infra merah (infrared) yang diketahui frekuensinya dihantar kepada pemantul (reflektor) melalui pemancar dan pemantul akan mengembalikan semula frekuensi ke pemancar (Alat EDM). Dengan ini ia dapat mengira nilai bilangan gelombang n dengan ketepatan 1/1000 bahagian daripada panjang satu gelombang. Nilai n/f (n = bilangan gelombang, f = frekuensi) dihitung secara manual atau secara automatik oleh alat EDM dan didarabkan dengan halaju piawai (v) menerusi atmosfera. D = v x (n/f) (Jarak cerun diperolehi) D = vt (t = masa pergerakkan gelombang antara titik dengan titik yang lain)
Contoh 1: Stesen A, gelombang bergerak dengan frekuensi 5Hz, halaju 2.5 m/s. Pengiraan menunjukkan 10.5 gelombang berlaku bila ia mendekati stesen B. Kirakan jarak mendatar A ke B. Penyelesaian: Bilangan gelombang (n) Frekuensi (f) Masa (t) Halaju (v) Daripada formula D = vt = 2.5 x 2.1 Jarak = 5.25 meter = 10.5 = 5 Hz = 10.5 / 5 = 2.1 saat = 2.5
Mudah sahaja Mesti ingat formula!
Seperti mana yang kita ketahui, pada asasnya pengukuran dibuat dengan menggunakan dua alat yang diletakkan pada hujung garisan yang hendak diukur. Gelombang dikeluarkan daripada alat dipanggil pemancar (transmitter) dan di hujung satu lagi dipasang alat yang dipanggil penerima (receiver).
C2343/UNIT 1/ 4
Penerima (prisma)
Stn B
Gelombang elektromagnetik dari pemancar di A diarah ke B, semasa gelomba ng mula dikeluarkan di A, jam dimulakan di A untuk mengukur masa perjalanan gelombang ke B. Jarak dapat dikira sekiranya halaju gelombang diketahui. Bagi EDM biasa, masa pergerakkan gelombang adalah di dalam lingkungan 1 x 10 -6 saat. Gelombang elektromagnetik dipatul semula ke arah A dari B, dengan ini alat di A bertindak sebagai pemancar dan juga penerima. Masa dapat diukur dengan lebih tepat di A walaupun masa ini berganda dua. Kebanyakkan sistem EDM mengukur jarak dengan pengiraan selisih fasa (phase difference). Selisih fasa ialah pecahan dari satu pusingan pergerakkan gelombang yang boleh ditukarkan kepada unit masa ataupun jarak apabila frekuensi gelombang diketahui. Penukaran selisih fasa kepada masa ataupun jarak dibuat oleh komputer di alat pemanc ar.
1.3
Ada dua (2) sistem alat yang digunakan iaitu : 1. Sistem Gelombang Mikro 2. Sistem Elektro Optik
C2343/UNIT 1/ 5
C2343/UNIT 1/ 6
C2343/UNIT 1/ 7
C2343/UNIT 1/ 8
AKTIVITI 1.1
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya? Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.
Soalan
1. Jelaskan singkatan perkataan EDM ? ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ 2. Apakah kelebihan alat EDM berbanding peralatan konvensional ? ________________________________________________ ________________________________________________ _______________________________________________ _ 3. Berikan 2 jenis alat konvensional yang digunakan untuk mengambil sesuatu jarak? i. ii. ______________________ ______________________
4. Berikan 4 jenama alat EDM yang digunakan untuk mengambil sesuatu jarak? i. ii. iii. iv. ______________________ ______________________ ______________________ ______________________
C2343/UNIT 1/ 9
Soalan
1. Maksud perkataan EDM ialah ia berasal daripada perkataan Inggeris yang membawa maksud Electronic Distance Measurement dan disebut sebagai EDM iaitu awalan huruf pertama daripada perkataan tersebu t. 2. Kelebihan alat EDM berbanding peralatan konventional dimana ianya mampu mengambil jarak secara elektronik hanya menggunakan gelombang. Kejituan juga amat tinggi dan kerja -kerja pengukuran menjadi lebih mudah serta cepat. 3. 2 jenis alat konvensional iait u: i. ii. Pita Ukur Rantai ukur
4. 3 jenis alat EDM yang biasa digunakan iaitu: i. ii. iii. iv. Topcon Sokkia Leica Nikon
C2343/UNIT 1/ 10
AKTIVITI 1.2
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.
Soalan
5.
Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang berkaitan. a. Alat EDM yang menggunakan sistem gelombang __________________ mampu mengambil jarak sehingga 100km di dalam keadaan cuaca cerah. Frekuensi gelombang pembawa yang biasa digunakan ialah ______________. b. Cara di atas (a) memerlukan dua ______ dan dua ____________. c. Penggunaan sistem gelombang ______________________ adalah merupakan kaedah yang ________________ dan _________________. d. ___________________________ adalah perlu untuk membalikkan semula gelombang ________________________ ke pemancar.
C2343/UNIT 1/ 11
Jawapan
5.
a: b. c. d.
mikro , 10 Ghz alat , operator elektro optik , mudah , murah Cermin pemantul , pembawa infra merah(elektro optik)
C2343/UNIT 1/ 12
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!
Soalan
6.
Lakarkan dan terangkan bagaimana prinsip asas pengukuran untuk sesuatu jarak dilakukan menggunakan kaedah pengukuran jarak cara elektronik?
SELAMAT MENCUBA !
C2343/UNIT 1/ 13
Jawapan
6.
Pada asasnya pengukuran dibuat dengan menggunakan dua alat yang diletakkan di kedua hujung garisan yang hendak diukur. Gelombang dikeluarkan daripada alat dipanggi l pemancar (transmitter) dan di hujung satu lagi dipasang alat dipanggil penerima (receiver).
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana prinsip pengukuran dilakukan untuk satu garisan.
Penerima (prisma)
Stn A
Stn B
Gelombang elektromagnetik dari pemancar di A diarahkan ke B, semasa gelombang mula dikeluarkan di A, jam dimulakan di A untuk mengukur masa perjalanan gelombang ke B. Jarak dapat dikira sekiranya halaju gelombang diketahui. Bagi EDM biasa, masa pergerakkan gelombang adalah di dalam lingkungan 1 x 10 -6 saat.
C2343/UNIT 1/ 14
Gelombang elektromagnetik dibalik semula ke arah A dari B, dengan ini alat di A bertindak sebagai pemancar dan juga penerima. Masa dapat diukur dengan lebih tepat di A walaupun masa ini berganda dua.
Kebanyakan sistem EDM mengukur jarak dengan pengiraan selisih fasa (phase difference). Selisih fasa ialah pecahan dari satu pusingan pergerakan gelombang yang boleh ditukarkan kepada unit masa ataupun jarak apabila frekuensi gelombang diketahui. Penukaran selisih fasa kepada masa ataupun jarak dibuat oleh komputer di alat pemancar.
C2343/UNIT 1/ 15
UNIT 2
PENGUKURAN JARAK
OBJEKTIF
Objektif am:
Mempelajari serta memahami EDM dari segi penggunaan alat, selisih alat, ketepatan dan pembetulan serta perkembangan terkini.
Objektif khusus:
& Menerangkan cara penggunaan alat secara ringkas. & Memahami selisih, ketepatan dan pembetulan alat EDM.
C2343/UNIT 1/ 16
INPUT
2.1 Cara menggunakan alat EDM
Perkembangan pesat dalam peralatan Pengukuran Jarak Cara Elektronik (EDM) dalam beberapa tahun ini membolehkan jurukur dan jurutera mengukur jarak terutama sekali jarak jauh, dengan cara yang lebih mudah lagi dan mempunyai kejituan yang lebih tinggi berbanding kaedah pemitaan atau kaedah optik. Hasil dari kemajuan ini, banyak perubahan telah berlaku dalam teknik-teknik ukur. Untuk menggunakan sesuatu sistem EDM, alat didirisiapkan di salah satu hujung garisan yang hendak diukur dan sejenis pemantul didirisiapkan di hujung yang lain. Garisan tenang antara alat dan pemantul tidak harus terhala ng. Gelombang elektromagnet dihantar dari alat ke arah pemantul di mana sebahagian darinya dikembalikan kepada alat. Dengan membandingkan gelombang yang dihantar dan diterima, alat boleh menghitung dan mempamerkan jarak yang diperlukan. Oleh kerana terdapat begitu banyak jenama peralatan di pasaran yang berlainan, butir mendalam mengenai arahan mengendalikan mana -mana alat tertentu diabaikan. Maklumat ini boleh diperolehi dari buku panduan yang dibekalkan oleh pembuat untuk alat masing -masing.
2.2
Selisih alat
Semua alat EDM terdedah kepada selisih -selisih alat seperti berikut: Selisih Skala (atau anjakan frekuensi) Ini adalah disebabkan oleh perubahan frekuensi modulasi, f ,pada alat EDM dan oleh itu selisih adalah berkadaran dengan jarak yang diukur. Akib atnya, kesan lebih jelas ketara pada garisan jarak jauh dan biasanya boleh diabaikan untuk alat-alat julat dekat. Selisih Sifar (atau selisih indeks) Ini wujud apabila ada perbezaan pada pusat mekanik, pusat elektrik dan pusat optik alat EDM dan pemantul-pemantulnya. Sama seperti ketidakpusatan alat teodolit, selisih ini tidak bergantung kepada julat jarak dan perhatian mesti diberi untuk menghapuskannya.
C2343/UNIT 1/ 17
Selisih berkitar (atau ketidaklinearan alat) Selisih ini adalah disebabkan gangguan yang tidak dike hendaki antara isyaratisyarat elektrik yang dijana dalam alat EDM. Selisih ini boleh disiasat dengan mengukur beberapa siri jarak yang telah diketahui. Jauh jarak dipilih sesuai dengan jarak gelombong pengukur alat tersebut. Alat EDM mempunyai selisih berkitar jika gelombong berkala diperolehi setelah lengkung tentukur jarak (jarak dicerap jarak diketahui) diplot terhadap jarak. Kesan ini biasanya boleh diabaikan untuk ukur kejuruteraan, tetapi boleh mempunyai signifikan pada garisan-garisan jauh atau di mana kejituan tinggi diperlukan.
2.3
L V
U
C2343/UNIT 1/ 18
2.4
Masalah di padang merupakan perkara yang begitu membosankan para Jurukur dan Jurutera. Misalnya hendak mengukur jarak yang jauh. Tetapi terdapat juga masalah-masalah yang lain mungkin timbul. Misalnya pengiraan sesuatu jarak tanpa melakukan cerapan yang mana memerlukan masa membuat hitungannya. Para pencipta EDM telah membuat pengubahsuaian dari masa ke semasa untuk membaiki kelemahan yang ada pada alat EDM. Kebanyakkan alat EDM pada masa kini, mempunyai perisian untuk menyelesaikan masalah-masalah hitungan di lapangan. Jika kita lihat di pasaran terdapat alat yang dikenali sebagai Total Station. Alat ini mampu menyelesaikan masalah -masalah seperti membuat hitungan, pembukuan dan pensetoran. Data -data yang tersimpan boleh dipindah turun ke komputer. Kemajuan ini seiring dengan kemajuan teknologi komputer kerana ia berkait rapat. Oleh itu, peralatan ukur sentiasa berubah mengikut peredaran teknologi. Terdapat pelbagai jenama seperti Leica, Topcon, Geodimeter dan sebagainya.
(a)
(b)
Gambarajah 2.2: (a) Total Station dan (b) Pemantul Ihsan : Sokkisa
C2343/UNIT 1/ 19
AKTIVITI 2.1
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya? Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.
Soalan
5. Terangkan secara ringkas bagaimana menggunakan alat EDM untuk mengukur jarak ? __________________ ______________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ 6. Berikan 3 selisih yang sering berlaku terhadap alat EDM ? ___________________ _____________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ 7. Berikan kelebihan alat Total Station berbanding EDM ? iii. iv. v. vi. ______________________ ______________________ ______________________ ______________________
C2343/UNIT 1/ 20
Soalan
5. Untuk menggunakan sesuatu system EDM, alat disetkan di salah satu hujung garisan yang hendak diukur dan sejenis pemantul disetkan di hujung yang lain. Garisan tenang antara alat dan pemantul tidak harus terhalang.
6. i. Selisih skala ii. Selisih sifar iii. Selisih berkitar 7. i. ii. iii. iv. Paparan maklumat yang lebih banyak Membuat hitungan Menyimpan data Tanpa pembukuan
C2343/UNIT 1/ 21
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!
Soalan
5.
Di dalam soalan ini, anda dikehendaki membuat satu tugasan mengenai kelebihan alat EDM berbanding kaedah lama bagi mengukur sesuatu jarak ?
SELAMAT MENCUBA !
C2343/UNIT 1/ 22
Jawapan
5.
Dari soalan ini memerlukan kreativiti para pelajar. Jawapan boleh disemak oleh pensyarah.