Anda di halaman 1dari 3

10 PRINSIP ISLAM HADHARI 1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah i. Keimanan yang mantap ii.

Ketaqwaan yang menyeluruh iii. Pegangan agama yang teguh iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara 2. Kerajaan adil dan beramanah i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab iii. Kebajikan rakyat terpelihara iv. Berjimat cermat elak pembaziran 3. Rakyat berjiwa merdeka i. Semangat jati diri ii. Berfikiran terbuka iii. Kreatif dan inovatif iv. Mampu bersaing v. Berdaya maju vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah vii. Berdikari viii. Berusaha menerima perubahan 4. Penguasaan ilmu pengetahuan i. Umat yang cintakan ilmu ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu iii. Mendalami ilmu fardhu ain iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat 5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah ii. Umat yang maju dibidang ekonomi iii. Negara yang maju dan barakah iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat

6. Kehidupan berkualiti i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti ii. Tempat tinggal yang selesa iii. Persekitaran yang selamat iv. Kehidupan yang sihat v. Keluarga yang harmoni vi. Pemakanan yang berkualiti vii. Masyarakat yang penyayang viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna 7. Pembelaan hak minoriti dan wanita i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal iv. Member perhatian kepada OKU 8. Keutuhan budaya dan moral i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilainilai agama ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat 9. Pemeliharaan alam sekitar i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan v. Mengelak pembaziran sumber alam vi. Mengekalkan keindahan alam vii. Memelihara sumber air dan udara viii. Melindungi habitat kehidupan fauna 10. Kekuatan pertahanan i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual) ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Perlembagaan Malaysia
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sistem ini kemudiannya diperkenalkan di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963 .

Demokrasi berasal daripada istilah Yunani iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa. Berdasarkan istilah tersebut, demokrasi dapat didefinisikan sebagai pemerintahan dari rakyat, untuk rakyat. Demokrasi merupakan amalan pemerintahan yang berasaskan suara rakyat, iaitu rakyat yang menentukan corak pemerintahan melalui pemilihan pemimpin-pemimpin bagi membentuk sebuah kerajaan. Meskipun demokrasi menetapkan hak bersuara secara bebas, namun kebebasan secara mutlak sememangnya tidak diamalkan di Malaysia. Keadaan ini bermakna dalam hal-hal tertentu, kuasa dalam pemerintahan adalah ditentukan oleh Parlimen .

Di Malaysia, bukan semua urusan negara seperti aspek perundangan ditentukan oleh rakyat. Di Malaysia, kerajaan dibentuk oleh rakyat melalui pilihanraya yang dijalankan lima tahun sekali. Pilihan raya pula dilakukan secara bebas oleh Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu sebuah badan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Dalam pilihan raya tersebut, rakyat berhak memilih wakil-wakil mereka dalam Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri. YDPA bersama-sama Sultan atau Yang di-Pertua Negeri pula akan melantik ahli-ahli Dewan Negara. Semua wakil yang telah dipilih akan menduduki Parlimen yang akan menjana corak pemerintahan negara berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber perundangan tertinggi .

Dari perspektif sejarah, sistem demokrasi sebenarnya telah pun diamalkan oleh masyarakat tradisional. Pada awalnya, sistem politik yang berunsurkan demokrasi telah pun diamalkan oleh masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan yang berpegang teguh kepada adat perpatih .

Pada zaman penjajahan British, Negeri Sarawak merupakan perintis kepada amalan demokrasi berparlimen di Malaysia. Ini bermula pada tahun 1868 apabila terbentuknya Dewan Undangan Negeri semasa pemerintahan Raja Charles Brooke. Semasa pemerintahan Charles Vyner Brooke pula, Majlis Tertinggi telah dibentuk dan dianggotai oleh Datuk Patinggi, Datuk Bandar, Datuk Temenggung, dan Datu Imam bagi membantu pentadbiran raja-raja Brooke.

Di Semenanjung Malaysia pula, negeri pertama yang menubuhkan Dewan Undangan Negeri ialah Johor. Pada tahun 1873, sebuah badan perundangan telah ditubuhkan di Johor yang dikenali sebagai Majlis Negeri atau State Council. Lanjutan daripada itu, sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan telah dimulakan di Johor pada tahun 1895 di bawah pemerintahan Maharaja Abu Bakar dengan pembentukan perlembagaan bertulis. Perlembagaan ini berdasarkan perlembagaan di Britain merupakan perlembagaan pertama di Semananjung Tanah Melayu. Malaysia hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen berdasarkan Perjanjian Persekutuan pada tahun 1957