Anda di halaman 1dari 11

TITAS : Nilai Dalam Tamadun Islam

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Nilai ialah sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai. Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu. Sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai akhlak Islam misalnya berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai murni, positif dan akhlak. Nilai keputusan berasaskan nilai. Dalam Islam misalnya, nilai dasarnya ialah wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Nilai murni dan nilai Islam merupakan tuntutan agama. Untuk tujuan kelangsungan dan kecemerlangan hidup manusia, seseorang individu perlulah memperlengkapkan diri dengan berbagai bidang ilmu. Setiap agama mengandungi ajaran yang menekankan suruhan dan larangan. Secara umumnya, semua agama mengajar tentang nilai nilai agama. Nilai nilai agama ini perlu diamalkan oleh setiap penganut agama. Nilai nilai etika akan membina keselamatan hakiki dan nilai nilai estetikanya membina kesenangan yang hakiki. Dalam Islam, yang menentukan sistem nilai ialah Allah S.W.T itu sendiri yang mana hanya Allah Yang Maha Tahu menyelaraskan ukuran nilai itu dengan hakikat kemanusiaan. Nilai baik adalah untuk membina dan mengawal keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Nilai buruk pula adalah mencegah kecelakaan dan penderitaan atau mempertahankan keselamatan yang sudah wujud. Nilai menentukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang . Nilai ini merupakan satu idea bersama antara ahli masyarakat tentang apa yang penting atau tidak penting, baik atau buruk , cantik atau hodoh, disukai atau dibenci dan lain lain lagi. Dalam Tamadum Islam amat kaya dengan sisitem nilainya yang tersendiri yang nilai tersebut berlandaskan Al Quran dan hadis. Nilai nilai sebegini jika diamal dan dipatuhi kita akan mendapat gajaran yang setimpal dengan apa yang telah kita lakukan.

1.2 Objektif.

Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperincikan tentang sistem nilai dalam Tamadun Islam. 1.3 Kaedah Proses penyiapan kertas kerja ini telah dilakukan kaedah kepustakaan dan perbincangan dalam kumpulan. Sumber rujukan utama adalah buku - buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu, kami juga melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan tajuk ini. 1.4.Batasan Kajian Kajian untuk tugasan ini, kumpulan kami membataskan pada kajian tentang sistem nilai dalam tamadun Islam, ianya turut menyentuh dari sudut akhlak menurut al quran. 1.5.Definisi Konsep. Menurut Kamus Bahasa Melayu Edisi kedua ( 2001 : 516 ) sistem bermaksud aturan ; kaedah melakukan sesuatu, Nilai ( 2001 : 383 ) membawa maksud mutu sesuatu benda. Kamus Dewan ( 1989 ) menjelaskan tamadun adalah sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikanoleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran ( sosial, budaya, politik dan lain lain ) yang tinggi peradapannya. manakala Islam pula membawa maksud agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w .

2.0 Sistem Nilai Dalam Tamadun Islam. Islam merupakan risalah akhlaqiyah dan tamadun Islam merupakan tamadun akhlaqiyah. Seluruh misi dan risalah Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi unsur akhlak. Bahkan baginda telah mendifinisikan risalahnya dalam sabdanya: Maksudnya: Sesungguhnya (tujuan) saya diutus hanyalah untuk menyempurnakan

akhlak dan budi pekerti yang mulia. Allah s.w.t. mengesahkan sabda baginda tersebut dengan menurunkan ayat al-Quran yang memuji keluhuran budi pekerti baginda s.a.w. Terjemahan: Sesungguhnya engkau (Muhammad) memiliki budi pekerti yang agung. (Surah al-Mulk 68:4) Isteri Rasulullah s.a.w. menafsirkan perkataan budi pekerti atau akhlak yang agung ini seraya berkata, "Sesungguhnya akhlak Nabi s.a.w. itu ialah al-Quran." Sesiapa yang membuka al-Quran dan mendalami kandungan maknanya nescaya dia akan meyaksikan aplikasi dan perlaksanaannya pada kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Kita dapati akhlak orang-orang muttaqin dalam surah al-Baqarah, budi pekerti 'Ibad arRahman' dalam surah al-Furqan serta akhlak-akhlak mulia yang lain tercermin dalam tindak-tanduk kehidupan Rasulullah s.a.w. Dalam Tamadun Islam akhlaklah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem nilai tamadun Islam. Akhlak merupakan satu daripada tiga bahagian utama wahyu daripada Allah S.W.T di samping akidah dan syarak. Akhlak ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsurunsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda mahfumnya: "Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia. (Riwayat al-Baihaqi)

Akhlak menentukan sistem nilai yang menjadi pegangan masyarakat. Ianya terbahagi kepada dua seperti berikut : i. Akhlak Mulia Akhlak yang mulia ini pula boleh kita bahagikan kepada lima bahagian seperti berikut : Berpusat di hati yang terdiri daripada sifat seperti ikhlas, benar, adil, amanah, dermawan, pengasih, penyanyang, belas kasihan, tawaduk, sabar, pemaaf dan dedikasi. Berpusat pada harta seperti sedekah jariah , sedekah harta yang lain, sedekah wang, makanan, pakaian d an sebagainya. Berpusat pada tenaga seperti tolong menolong, bergotong royong, melakukan kerja amal dan kerja sukarela. Berpusat pada bahasa seperti berbudi bahasa, bersopan santun, teliti, berals, menggunakan tamsil ibarat, nasihat yang baik dan fikiran yang baik. Berpusat pada sikap seperti bersikap positif, bermanis muka, bersimpati, menghormati orang lain, memelihara maruah dan keaiban orang. ii. Akhlak keji Diantara akhlak yang keji pula adalah seperti melakukan syirik terhadap Allah S.W.T, suka menabur fitnah, membuat surat beracun, surat laying, suka berdusta, suka mengumpat, suka melakukan pujian berlebihan,pemarah, menjadi batu api, suka menbuka keaiban orang lain, suka memerli, suka mengutuk, mengeji, riak, angkuh, sombong, hasad, dengki dan suka bertengkar. Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini. 2.1 Pembentukan sahsiah Terdapat tiga cara bagaimana hati dan jiwa diasuh, dibina dan dibentuk untuk menghasilkan akhlak yang mulia dan terpuji seperti berikut : i. Melalui Ilmu Ilmu yang dimaksudkan di sini ilah ilmu ilmu yang dengannya mudah bagi hati untuk membezakan antara yang benar daripada yang salah iaitu ilmu wahyu seperti man yang

terkandung dalam al Quran dan as Sunnah. ii. Melalui Latihan Latihan diperlukan untuk memperkukuhkan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia diterimak sebagai akhlak yang terpuji ialah yang telah menjadi darah daging seseorang, yang telah sebati dan menjadi adapt kebiasaan. iii. Pengawalan Nafsu Dan Syahwat Keupayaan mengawal nafsu dan syahwat merupakan cara yang begitu pentingsekali dalam pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Seandainya kita gagal mengawalkannya, ianya akan menjadi punca keruntuhan akhlak seseorang. Akhlak yang keji boleh diperbaiki melalui tiga cara yang berikut : Niat Seseorang itu hendaklah mempunyai niat yang bersungguh sungguh dalam hati untuk meninggalkan akhlak yang keji. Niat ini sentiasa kuat dan kukuh . Akhirnya menjadi kemahuan dan cita cita yang berupaya melaksanakan akhlak yang terpuji secara beransur ansur. Muhasabah Iaitu perbuatan menyesali semua akhlak keji yang pernah dilakukan pada masa yang silam. Lantas terus memperbaikinya. Selepas itu sentiasa mengira dan menghitung diri secara adil terhadap semua akhlak yang baik dan yang keji sebelum melakukan sesuatu secara berterusan dari semasa ke semasa. Ia dilakukan setelah seseorang itu memasang niat, berkemahuan dan bercita cita tinggi untuk berakhlak mulia. Muraqabah Iaitu tindakan berhati - hati dan berwaspada agar segala akhlak yang keji dijauhi dan melaksanakan akhlak yang terpuji sahaja. Sesungguhnya akhlak bertanggungjawab secara langsung menentukan sistem nilai dalam sesebuah masyarakat. Akhlak yang mulia adalah wajar menguasai sistem nilai tersebut yang menjadi pegangan masyarakat. Ia bertanggungjawab membentuk sahsiah setiap anggota masyarakat. Dalam Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam

perilaku manusia sepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu. 2.2 Pembentukan Keluarga Pembentukan institusi keluarga juga diperlukan untuk memelihara akhlak dan tatasusila disamping itu ianya juga diperlukan untuk membentuk umat yang kuat. Pembentukan ummah bermula daripada pembentukan sahsiah individu. Sekiranya pembentukan sahsiahnya sempurna maka lahirlah umah yang kukuh dan kuat. Dari kaca mata tamadun Islam ummah yang kuat merupakan individu yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Tidak ada satu institusi yang lebih penting daripada keluarga dalam memupuk kasih sayang, tolong menolong, bekerjasama, silaturahim dan perpaduan. Dalam semua hal, mereka perlu kasih mengasihani, bekerjasama, tolong menolong dan hormat menghormati antara satu sama yang lain. Sesungguhnya institusi keluarga merupakan unit yang terkecil dan terpenting dalam pembentukan masyarakat, negara, ummah dan tamadun. Justeri itu tidak ada agama yang dapat menandingi Islam dalam menggalakkan pembentukan institusi keluarga dan menyediakan peraturan yang terperinci. 2.3 Pembentukan Masyarakat Masyarakat memainkan peranan yang penting dalam sesebuah tamadun. Pembentukan masyarakat dalam tamadun Islam adalah berdasarkan al Quran dan as sunnah dan berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak. Masyarakat Islam dibina di atas beberapa prinsip diantaranya ialah : Perdamaian Dalam Islam pendamaian amat dititik beratkan, seperti mana firman Allah s.w.t dalam ayat, terjemahnya : Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan perbaikilah perhubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya sekiranya kamu orang beriman. Kasih Sayang Nilai kasih dan sayang amat penting sekali dalam pembentukan masyarakat yang

bertamadun. Rasullulah s.a.w mengutamakan kasih sayang. Suami mengasihi isteri, isteri mengasihi suami, ibu dan bapa mengasihi anak anaknya, anak anak pula mengasihi sahabat, kaum kerabat mengasihi antara satu sama lain, pemimpin mengasihi rakyat, rakyat mengasihi pemimpin,pekerja mengasihi majikan, majikan mengasihi pekerja dan seterusnya. Sifat inilah yang memperkukuhkan perpaduan masyarakat Islam buat selama lamanya. Persamaan Setiap anggota masyarakat dalam tamdum Islam adalah sama sahaja disisi Allah s.w.t. Tetapi yang lebih hampir kepada-Nya ialah yang lebih bertakwa. Al-Quran dan as-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orangorang beriman, secara terperinci. Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'. (al-Hujuraat.. 10) Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam' (RiwayatAhmad)

Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad) Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan

iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yangbermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya. (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim) Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah." (Riwayat At-Tirmizi) ilni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud: '...Sebarkanlah salam di kalangan kamu". (Riwayat Muslim) Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis. Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman. Allah s.w.t melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran

melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi". (al-Nisaa'.. 148) 3.0 Aqidah Mencorakkan Akhlak Dalam Sistem Nilai Tamadun Islam. 3.1 Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun akhlak baginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, tidak berubah-ubah mengikut zaman dan tempat. la tidak hanya baik pada masa yang lalu dan tidak baik untuk masa sekarang. Apa yang diperakukan oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai baik, maka ia adalah baik untuk sepanjang zaman dan tempat. Apa yang dianggap tidak balk, maka ia adalah tidak baik untuk selama-lamanya. Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya. Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan

sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak. Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah s.w.t lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah s.w.t .Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5) Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah s.w.t adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah s.w.t .Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah s.w.t .Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat. 3.2 Al-Quran Sebagai Sumber Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang haial dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quranmenentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini. Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quranmelarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang

pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji. Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah s.w.t., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu. Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

4.0 Penutup 4.1 Kesimpulan Dari huraian kita tadi jelaslah bahawab sisitem nilai dalam tamadun Islam memainkan peranan yang penting bagi pembentukan sebuah tamadun yang unggul di dunia. Al Quran dan as sunnah menjadi garis panduan dalam Sistem nilai tamadun Islam. Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia bagi pembentukan tamadun Islam yang agung. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya. Bolehlah kita katakana di sini bahawa tiada sebuah tamadun pun di dunia ini dapat menandingi sistem nilai yang telah diamalkan oleh tamadun Islam pada zaman dahulu sehinggalah sekarang. Sistemnya tersusun lengkap mudah untuk difahami dan boleh kita amalkan bersama.