Anda di halaman 1dari 1

Karangan Cereka. Loceng berbunyi,aku pun bersiap-siap untuk pulang.Seperti biasa ,aku menunggang basikal pulang ke rumah.

Hari ini cuaca sungguh panas.Aku berasa letih dan dahaga.Semasa aku menghampiri suatu selekoh .

Semasa aku menghampiri suatu selekoh , aku terlihat akan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama-sama isterinya sedang berbelok .Kereta tersebut telah melanggar seorang tua yang sedang menunggang basikal. Kemalangan yang tidak disangka itu mengakibatkan bunyi dentuman yang kuat.Aku melajukan kayuhan basikalku untuk menuju ke tempat kejadian.kulihat satu kemalangan jalan raya telah berlaku.

Pasangan suami isteri yang menaiki kereta itu tidak mengalami kecederaan. Sebaliknya,penunggang basikal telah mengalami kecederaan kerana tercampak ke dalam longkang.Basikal orang tua itu remuk dan tidak dapat digunakan lagi. Aku telah menolong pemandu kereta itu mengangkat orang tua tersebut ke dalam keretanya.Pemandu kereta itu telah membawa orang tua tersebut ke hospital yang berhampiran.Orang tua itu hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sebelum aku beredar dari hospital,Pasangan suami isteri dan orang tua itu telah mengucapkan terima kasih kepadaku.Aku hanya menganggukkan kepalaku sambil tersenyum sahaja.Aku berasa sungguh berbesar hati kerana dapat menolong mereka.

Setibanya di rumah, Ibu menanyakan kelewatanku pulang.Aku menceritakan peristiwa tersebut kepada ibuku.Ibu memuji atas tindakan yang telah dilakukan olehku.