Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan yang khusus kami tujukan kepada guru bimbingan kami iaitu Encik Abdul Manan bt Abdullah selaku guru mata pelajaran sejarah saya yang telah banyak membantu dan membimbing saya dalam memahami dengan lebih mendalam tentang kerja kersus yang diberikan ini. Penerangan yang diberikan kepada saya banyak membantu dan memberi idea dalam menyiapkan kerja kursus ini. Penghargaan juga diberikan kepada ibu bapa saya yang banyak member sokongan terutama daripada segi semangat dan kewangan. Seterusnya,saya ingin menujukan penghargaan ini kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi idea serta inspirasi .Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua. Segala budi baik tuan-tuan dan puan-puan tidak mampu di balas. Terima kasih.

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan Gasing

Pengenalan Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Cara bermain permainan gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Posted by bib at 5:34 PM

-gasing Tanjung

Ciri-ciri: Bentuk: Tinggi dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm Tinggi: 10 cm Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.
Posted by Zamran b. Haji Idderisat 8:28 PM2 comments

-gasing Jantung

Ciri-ciri: Bentuk: Jantung Berat: 0.25 kg Lilitan: 20 cm Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.
Posted by Zamran b. Haji Idderisat 8:25 PM1 comments

-gasing Baba

Ciri-ciri: Bentuk: Tinggi dan seperti telur Berat: 0.6 kg Lilitan: 38 cm Tinggi: 20 cm Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.
Posted by Zamran b. Haji Idderisat 8:20 PM1 comments

-gasing Kuno

Ciri-ciri: Bentuk: Sederhana dan berembang Berat: 0.6 kg Lilitan: 30 cm

Tinggi: 8 cm Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.
Posted by Zamran b. Haji Idderisat 8:17 PM0 comments

-gasing Uri

Ciri-ciri: Bentuk: Rendah dan agak leper Berat: 6 kg Lilitan: 60 cm Tinggi: 8 cm Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
Posted by Zamran b. Haji Idderisat 8:15 PM2 comments

-gasing Leper Kelantan

Ciri-ciri: Bentuk: Rendah dan juga leper Berat: 8 kg Lilitan: 48 cm Tinggi: 6 cm Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi

60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Asal Usul Perkataan Gasing Gah Berpusing Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat, licin dan agak leper. Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesetengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba). Buah berembang ini juga dijadikan sebagai permainan. Dalam permainan buah berembang, buah ini akan dipusingkan dengan menggunakan tangan. Buah berembang yang berpusing paling lama dan paling ligat dikira paling gah dan pemusingnya dianggap sebagai pemenang. Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang. Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu gah berpusing. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak. Gasing Berasal Daripada Permainan Laga Telur Sumber dari Kedah ada menyatakan bahawa permainan gasing berasal daripada permainan laga telur ayam. Permainan memusing dan melagakan telur ayam ini menjadi permainan kegemaran kanak-kanak pada masa dahulu. Kemudian barulah timbul idea untuk menghasilkan gasing mengikut rupa bentuk telur. Paksi ditambah agar gasing berputar dengan laju dan tegak. Gasing yang diputar dengan tangan kurang ligat berputar dan pusingannya tidak tahan lama. Oleh itu tali digunakan supaya dapat memusingkan gasing dengan lebih ligat dan lama. Gasing Berasal Daripada Peralatan Memburu Binatang Pemain gasing veteran dari Sungai Pahang menyatakan bahawa gasing dahulunya merupakan senjata untuk memburu binatang. Gasing yang berbentuk leper dan bulat akan berputar dengan ligat apabila dilemparkan ke badan binatang buruan. Idea permainan gasing dikatakan datang daripada aktiviti masa lapang para pemburu, yang pada mulanya bertujuan menguji kecekapan melempar gasing ke sasaran.

Struktur Gasing Gasing memiliki tiga bahagian utama iaitu kepala, badan dan buritan gasing. Terdapat sedikit lekukan di bahagian bawah kepala gasing dan bahagian ini dipanggil leher gasing. Gunanya adalah untuk melilit tali gasing. Paksi diletakkan di bagian buritan gasing untuk menjaga keseimbangan putaran gasing di atas lantai.

Bahan Buatan Gasing Pada masa kini terdapat gasing yang dibuat dengan menggunakan paku dan bahan plastik. Namun, gasing tradisional dibuat dengan menggunakan kayu. Kayu-kayu yang sering digunakan untk membuat gasing ialah dari jenis kayu merbau (sympetalandra borneensis), leban tanduk (vitex quinta), jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji (cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras zapota) dan kayu asam jawa.

Anda mungkin juga menyukai