Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA 2 MAJLIS JASAMU DIKENANG PENGARAH PELAJARAN JOHOR PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT TARIKH : 12 APRIL 2011

TEMPAT : DEWAN AURA, PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATU PAHAT

Para hadirin bersedia untuk nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Selangkah di Hadapan.

1. Bismilah Assalamualaikum w.r.b.t. 2. Yang Berbahagia Tuan Haji Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor dan Pn. Hjh. Maimon binti Hasbollah, isteri tuan pengarah Pelajaran Johor Yang Berbahagia En. Md. Hasidin bin Hj. Zaini, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah Yang Berbahagia Tuan Haji Jasni bin Omar, Ketua Penonong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Yang Berbahagia Tuan Haji Shapie bin Md. Shariff, pegawai pelajaran daerah Batu Pahat

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Johor, Pegawai Pejabat Pelajaran Batu Pahat, para pengetua, para guru besar, pengerusi Jawatankuasa Majlis Perhubungan Daerah Batu Pahat, Para guru, tuan-tuan, puan-puan, dan para hadirin sekalian. 3. Alhadulilah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t.dengan limpah kurniaNya kita diizinkan bertemu di Dewan Aura, Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat bagi menyempurnakan Majlis Jasamu Dikenang Pengarah Pelajaran Johor peringkat Batu Pahat. Bagi pihak majlis kami mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Tuan Haji Markom bin Giran dan isteri, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini. # Pantun

4. Para hadirin sekalian Majlis Jasamu Dikenang Pengarah Pelajaran Johor dimulakan dengan mempersilakan Tuan Haji Maskor bin Haji Abas untuk memimpin bacaan doa. 5. Majlis mengucapkan terima kasih. Majlis ucapan dimulakan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Shafie bin Md. Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. 6. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. #Pantun

Tuan-tuan, puan-puan, para hadirin sekalian. Sekarang sampailah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. 7. Demikianlah tadi amanat yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Johor. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih. Para hadirin sekalian. Sama-samalah kita menyaksikan persembahan multimedia. 8. Para hadirin sekalian. Dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Markom bin Giran, pengarah Pelajaran Johor dengan diiringi oleh Tuan Haji Shafie bin Md. Shariff, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat untuk menyempurnakan perasmian Dewan Aura. Dipersilakan. 9. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sebagai tanda kenang-kenangan dan ingatan berpanjangan dipersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Shapie bin Md. Shariff menyampaikan replika cenderamata dari seluruh warga pendidikan Daerah Batu Pahat kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran. Dipersilakan. 10. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Tuan-tuan, puan-puan, para hadirin sekalian. Majlis Jasamu Dikenang Pengarah Pelajaran Johor telah sampai dihujungnya. Semoga majlis ini akan menjadi kenangan yang terus abadi dalam ingatan kita bersama. #Pantun

Para hadirin bersedia untuk Nyanyian Lagu Negaraku. Sekian. Assalamualaikum w.r.b.t.

TEKS PENGACARA 1 MAJLIS JASAMU DIKENANG PENGARAH PELAJARAN JOHOR PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT TARIKH : 12 APRIL 2011 TEMPAT : FOYER TINGKAT BAWAH, PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATU PAHAT 1. Mengumumkan ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Johor dan isteri ke Majlis Jasamu Dikenang Peringkat Derah Batu Pahat 2. Bagi pihak majlis, seluruh warga pendidikan daerah Batu Pahat mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran dan isteri, tetamu jemputan ke jamuan makan Majlis Jasamu Dikenang Pengarah Pelajaran Johor.

Sambil para hadirin menjamu selera, kami persembahkan tarian zapin dan tarian jawa oleh murid-murid SK Parit Raja.