Anda di halaman 1dari 16

Secara tiba-tiba, pintu bilik kediaman Lamperouge terbuka luas.

Dua orang lelaki dan seorang wanita berdiri di muka pintu dengan riak wajah amat terkejut. Beberapa tika kemudian, wanita itu rebah ke lantai; tidak sedarkan diri. Dua lelaki itu pula memasuki bilik tersebut dan mendekati katil. Salah seorang lelaki menangkap kolar baju seorang gadis yang tertidur di samping seorang remaja belasan tahun. Lelaki yang merupakan ayah kepada gadia itu marah dengannya. Dia menggoncang-goncang tubuh kecil gadis berumur 10 tahun itu. "Dasar tak tahu malu! Anak kurang ajar! Bangun!" satu tamparan kasar hinggap di pipi gadis yang mamai itu. "Tuan Rivals, bertenang," muncul pula butler kediaman. Gadis itu terus terjaga dari tidur. Dia terkebil-kebil melihat ayahnya, dan kemudian di sekelilingnya. Ada seorang remaja lelaki tertidur di sebelahnya. "Eh, siapa pula ni?" gadis itu nyata terkejut. "Jangan banyak tanya!" Rivals memaksa gadis itu berdiri. "Itulah, ayah. Itulah perbuatan sebenar Cornelia selama ini! Ini ke yang dinamakan 'pendidikan terbaik oleh Llelouche'?" lelaki yang mengiringi Rivals tadi bersuara dengan sinis. Sambil itu, dia turut melemparkan pandangan hina kepada si gadis. "Ayah! Ni semua salah faham!" rayu Cornelia yang sudah bercucuran air mata. Dia baru menyedari dirinya teraniaya disebabkan perbuatan abang tirinya, Schneizel yang membenci Llelouche semenjak mereka duduk sebumbung. Tapi, apakah hubungan Llelouche dan Cornelia? Mereka ialah darah daging kepada Marianne, iaitu wanita yang pengsan tadi, hasil perkahwinan dengan Rivals. Rivals mengahwini Marianne ketika Schneizel berumur 4 tahun. Bilamana Schneizel membesar dia menyangka ayahnya menyayangi Marianne, Llelouche dan Cornelia melebihi dia dan ibunya. Sehinggalah ibunya menghembuskan

nafasnya yang terakhir akibat asma, Rivals membawa Llelouche dan Cornelia tinggal dengannya agar kehidupan Schneizel lebih baik. Siapa sangka, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Schneizel berulang kali memplot rancangan untuk mengenakan dua adik tirinya itu. Hari ini merupakan klimaksnya. "Ini semua salah Llelouche!" ujar Schneizel. "Dia yang menggalakkan Cornelia buat semua ni!" tambahnya. "Mana dia? Mana budak tak kenang budi itu ?" bentak Rivals. Rivals mahu berangkat dari bilik itu apabila Cornelia memeluk kakinya dengan erat. "Ayah, semua ni cuma salah faham..." rayu gadis kecil itu. "Abang Llelouche tak bersalah..." "Jangan halang aku!" tengking Rivals lalu menolak kepala gadis itu. Pelukan Cornelia terlepas. Dia terhantuk pada kaki katil tempat dia berbaring dan tertidur tadi. Remaja yang tidur di sebelahnya sudah terjaga. Dia ternampak Cornelia yang pengsan di hujung katil. "Eh, di mana aku?" soalnya terpinga-pinga. Sementara itu... "Llelouche!" jerkah Rivals tatkala dia memasuki bilik anak lelaki keduanya. LLelouche yang sedang menggenggam sesuatu yang berkilau terkedu di tempatnya. Perlahan-lahan, dia memalingkan kepala ke arah ayahnya yang sedang marah itu. "Mula-mula, kau mengajar Cornelia buat benda yang tak senonoh, lepas tu kau nak mencuri barang kemas mendiang isteri tua aku pula! Dasar tak sedar diri!" Rivals menarik lengan kurus Llelouche dan memaksanya berdiri. Barang yang digenggamnya tadi tercicir dari tangannya.

"Nina!" teriak Rivals. Nina merupakan orang gaji rumahnya selain butler tadi yang bernama Gordon. "Awak pergi ke bilik Llelouche dan Cornelia, bungkus barangbarang mereka dan lemparkan di luar rumah! Saya tak mahu ada anak kotor!" arah Rivals. Perintah yang agak asing di pendengaran seperti lazimnya terpaksa Nina turuti. Llelouche yang turut mendengar perintah Rivals tersentak. "Ayah, ni semua salah faham!" mohon Llelouche. "Salah faham? Apa buktinya?" Llelouche terdiam. Bukti? Dia memang tiada bukti yang menunjukkan dia tidak mencuri barang kemas milik mendiang ibu tirinya. "Saya terjumpa barang kemas mak ni di bawah katil saya," jelas Llelouche sambil menuding barang perhiasan seperti gelang emas, rantai dan cincin yang bersepah di atas lantai. Dia tahu, kata-katanya itu tidak mampu mengubah prasangka ayahnya itu. "Bohong! Mulai hari ini, aku tak nak anak kotor macam kau dan Cornelia! Keluar dari rumah ni sekarang!" Rivals meninggikan suara dan menunjukkan riak mukanya yang bengis. "Gordon! Campak dua orang budak ni keluar!" Gordon datang dan menark Llelouche keluar dari ruang itu. Dia menarik Llelouche hingga ke pintu besar kediaman Lamperouge. Di situ ada beberapa buah bagasi dan Cornelia yang masih tidak sedarkan diri. Llelouche lekas memeluk tubuh kecil adiknya. Dia meminta Gordon membantunya mendukung Cornelia di belakangnya. Sebelum Llelouche membawa dan sebuah bagasi sahaja pergi, Gordon menahannya. "Tuan muda, andaikata tuan muda tidak kisah, tinggallah di rumah saya," kata Gordon dengan ikhlas. "Tuan muda tahu di mana rumah saya, bukan?" Llelouche memandangnya sekilas. "Awak bakal dipecat jika saya tinggal di rumah awak, Pak Cik Gordon," balas Llelouche, masih mendukung Cornelia. "Tak mengapalah,

biarkan kami merantau." Llelouche menarik bagasi berodanya. Gordon menahannya lagi. "Tuan muda." Llelouche berpaling. "Saya bukan tuan muda awak, Pak Cik Gordon. Saya dah dihalau." Llelouche merendah diri. Muka Gordon merah menahan kesedihan. "Ambil ni, err, Llelouche." dia menghulurkan segulung wang kepada Llelouche. Llelouche menyambut huluran orang tua itu. "Terima kasih." "Tak, tak," pintas Gordon. "Terima kasih kepada awak, Llelouche." Llelouche musykil dengan ucapan Gordon kepadanya. Dai terus menarik bagasi dan sambil mendukung Cornelia, dia berangkat pergi dengan linangan air mata. *** "UHH, sakitnya kepala saya..." Llelouche terhenti. Cornelia sudah sedar. "Adik dah bangun?" Llelouche melutut di atas tanah dan perlahan-lahan meletakkan Cornelia di atas sebuah bangku yang kebetulan ada di sekitar itu. "Abang Llelouche! Abang tak apa-apa? Kita di mana ni? Ayah dah kurung kita ke?" Lelouche disoal Cornelia. "Bang, kenapa adik tak nampak apa-apa? Gelap ni. Abang di mana?" Llelouche membisu. Mustahil Cornelia tidak nampak apa-apa sedangkan tempat mereka berada ketika itu sangatt cerah. Segala persoalan Llelouche terjawab apabila Cornelia teraba-raba mencari abangnya. "Abang? Abang? Jangan tinggalkan Cornelia di sini... Ayah dah pukul Cornelia sampai adik terhantuk tadi, sekarang abang pula nak tinggalkan adik. Abang Llelouche?" Cornelia masih teraba-raba mencari Llelouche. "Abang Llelouche!" "Abang di sini, Cornelia. Abang tak akan tinggalkan adik," Llelouche segera memeluk Cornelia apabila dilihatnya Cornelia hampir menangis ketakutan. "Maafkan

abang, Cornelia. Adik dah buta..." "Abang Llelouche..." Cornelia memeluk Llelouche erat dan menangis semahumahunya. *** WALAUPUN tubuhnya kecil, Llelouche dapat mendukung Cornelia sepanjang lima jam perjalanan semenjak mereka pergi dari kediaman Lamperouge dengan enam kali perhentian. Setelah agak lama mereka berjalan tanpa arah tujuan, mereka tiba di sebuah markas tentera yang terletak di persisiran pantai. Memandangkan semua orang yang berada di situ berpakaian tentera, Llelouche tidak berani menjelmakan dirinya di hadapan mereka. Jadi, Llelouche dan Cornelia menyorok di sebalik semak. "Hei, budak!" seorang lelaki yang juga memakai pakaian tentera menegur Llelouche dari belakang. Alangkah terkejutnya Llelouche apabila mendapati dirinya tertangkap. Oleh kerana terlampau terkejut dan takut, Llelouche jatuh mencium semak. Cornelia yang buta tertanya-tanya, apakah yang terjadi? "Maaf, tuan. Saya tak berniat jahat. Saya dan adik saya hanya berehat sekejap di sini. Itu saja," Llelouche serupa merayu. Dia agak takut. "Berehat sekejap? Awak mahu ke mana, budak?" "Saya... sebenarnya kami..." Llelouche serba salah. Patutkah dia menceritakan kisah dia dan Cornelia dihalau kepada orang yang tak dikenali itu? "Awak tipu, budak!" jerkah lelaki itu. Dia menarik lengan kanan Llelouche dan lengan kiri Cornelia. "Ikut saya!" "Ah tuan! Jangan!" rayu Llelouche sambil cuba melepaskan diri. "Cornelia!" "Abang Llelouche! Tolong adik!" Cornelia turut meronta-ronta. Dalam masa kurang dua minit, Llelouche dan Cornelia tiba di dalam ruang utama markas tentera persisiran pantai. Di situ, masih ada lagi orang berpakaian tentera.

Bezanya, pakaian mereka jauh lebih segak daripada oranng di luar ruang itu. "Kamu disyaki datang dari Jepun, budak! Kamu ni macam pengintip," jelas lelaki yang menangkap Llelouche dan Cornelia tadi. "Kamu ditahan! Pergi ke sana!" "Sana?" Llelouche menyoal. Apakah maksud 'sana' itu? "Itu," tuding lelaki itu ke arah sebuah kapal perang yang amat besar di pantai. "Oleh sebab kamu orang Jepun, kamu akan menjadi tawanan kami supaya Jepun menyerah kalah," terang lelaki itu. "Jadi, pergi ke sana. Sekarang!" Llelouche mahu mendukung Cornelia tatkaa lelaki itu seperti menyedari sesuatu. "Budak, cuba kau cakap bahasa Jepun." Llelouche terpinga. "Bahasa Jepun?" "Ya." "Macam mana?" "Eh," lelaki itu bercekak pinggang. "Kau tak tahu?" "Saya memang tak tahu. Kami orang sini." "Orang sini? Tapi, muka kau..." kata-katanya terhenti. "Oh, lupakan! tak apalah, biar saya yang hantar kamu ke Repulse." Llelouche terpinga lagi. "Repulse?" "Nama kapal perang itulah." *** SUDAH hampir seminggu Llelouche, Cornelia dan tentera perang terumbang-ambing di tengah lautan di dalam kapal perang Repulse. Kapal itu sedang berlayar ke tenggara Asia. Disebabkan kebanyakan kelasi kapal itu tentera (namun Llelouche tahu, bukan kebanyakan tetapi semua kelasi kapal itu), dua beradik itu hanya duduk diam. Sepanjang berada di dalam perut kapal, mereka ada terdengar bibit perbualan dan

beberapa ayat dan perkataan asing seperti 'Perang Dunia II', 'Tanah Melayu', 'Asia Tenggara', dan sebagainya yang mereka tidak tahu maknanya. Tapi, perasaan takut untuk bertanya lebih kuat daripada perasaan ingin tahu. Tatkala Llelouche sedang mengikat rambut adiknya, dia tercengar beberapa tentera yang heboh mengatakan kapal Repulse akan tiba di destinasi mereka; Tanah Melayu. Cepat-cepat Llelouche mengikat rambut Cornelia dengan stail ekor kuda dan kembali mencuri dengar perbualan kelasi kapal yang berhampiran dengan mereka. Apa yang Llelouche tahu kini, Tanah Melayu ialah nama tempat yang dituju Repulse. Llelouche baru sahaja hendak mendengar perbualan selanjutnya apabila beberapa kelasi Repulse lagi tergopoh-gapah mendapatkan sekumpulan kelasi berhampiran dengan Llelouche dan Cornelia. Mereka tampak cemas. Menurut seorang kelasi yang paling tinggi, beberapa buah kapal terbang tentera Jepun telah mengecam kehadiran Repulse dan Prince of Wales, gelaran bagi sebuah lagi kapal perang seakan Repulse. Dalam beberapa minit lagi pasti kapal terbang Jepun akan tiba di tempat mereka berada. Llelouche yang terdengar khabar itu turut cemas. Dia terus mendukung Cornelia dan keluar dari perut Repulse. Di atas kapal, semua orang sedang kecoh dan kelam kabut. Llelouche tidak mengerti apa yang mereka sedang lakukan. Namun, yang pastinya, dia da Cornelia mesti pergi dari situ secepat mungkin! Saat semua orang sibuk bersiap-siap untuk menghadapi serangan Jepun, Llelouche yang kuat mendukung Cornelia bersusah-payah agar mereka dapat meloloskan diri dari Repulse. Llelouche melompat ke dalam sebuah sampan yang tergantung kemas di tepi Repulse. Belum sempat dia mahu melepaskan diri, salah seorang kelasi kapal secara tidak sengaja tersepak tali sampan itu dan apa lagi, terputuslah tali itu. Llelouche tahu yang kelasi itu 'memutuskan' tali, tetapi kelasi itu tidak tahu yang dia telah melepaskan 'tawanan' kapal itu. Berbekalkan sebatang pendayung, Llelouche mendayung sampan itu menjauhi Repulse. Dia lega kerana kelasi-kelasi kapal tidak sedar yang dua orang budak telah

terlepas dari kapal yang sedang huru hara itu. Selepas mendayung hampir satu kilometer dari Repulse, Llelouche terdengar bunyi enjin kapal terbang Zero Fighter yang bergema di atmosfera itu. Llelouche baru sahaja mendongak ke langit apabila Repulse dan Prince of Wales meletus akibat daripada serangan Zero Fighter. Pesawat perang itu sengaja dijatuhkan ke atas Repulse dan Prince if Wales. Impak letupan terkena Llelouche dan Cornelia yang bertambah takut. Akibat dari gelombang yang terhasil, sampan yang Llelouche dan Cornelia naiki tertolak semakin menjauh. "Abang? Apa dah jadi?" Cornelia terjerit-jerit cemas. Llelouche merangkul Cornelia. "Repulse meletup. Tapi kita dah pergi semakin jauh dari situ. Jangan bimbang," Llelouche memujuk Cornelia dengan lembut. "Sekarang kita dah selamat," Llelouche mengusap kepala Cornelia. Llelouche tidak mendayung lagi sejak itu. Dua beradik itu duduk rapat dan lamakelamaan, mereka tertiur. *** Sayup-sayup bunyi ombak berlabuh di pantai kedengaran di gegendang telinga. Suhu sejuk mencucuk-cucuk di seluruh tubuh. Bunyi unggas turut kedengaran. Kelopak mata dibuka sungguhpun berat. Siling daun nipah adalah yang pertama dinampaknya. Di sekelilingnya tiada dinding, bermakna dia kini di dalam sebuah pondok kecil. Uhh, gumamnya. Akhirnya, awak dah sedar. Llelouche lantas terbangun. Seorang lelaki yang tidak dikenali, berbaju putih dan berseluar pendek sedang duduk di sebelahnya. S... siapakah awak? Saya Zaki, nelayan di sini. Tadi, sampan awak dan isteri awak naiki hanyut. Jadi, saya bawa awak ke sini. Terkejut Llelouche dibuatnya apabila Zaki bertutur bahasa yang sama

dengannya; Bahasa Inggeris. Awak boleh faham cakap saya? tanyanya. Awak tak tahu ke? British dah lama menjajah Tanah Melayu. Ke... awak ni sebenarnya siapa? Zaki menyoal Llelouche. Llelouche tidak terus menjawab. Dia memandang di sebelah kirinya. Cornelia masih belum sedar. Llelouche menghela nafas lega sebelum membalas pertanyaan Zaki. Saya Llelouche. Saya berasal dari Britain. Err, dia ni bukan isteri saya, Llelouche mengalihkan pandangannya ke arah Cornelia. Saya baru 13 tahun. Yang ini, adik saya, Cornelia. Dia... cacat, suara Llelouche semakin perlahan. Cacat? Zaki kurang faham. Buta, ujar Llelouche. Kamu ke sini dengan sampan sajakah? Hebat! Bukan, nafi Llelouche. Sebenarnya kami ditangkap oleh tentera British. Kami dijadikan tawanan dan disuruh untuk menaiki kapal Repulse. Ketika hampir tiba di sini, kami lari dengan sampan, cerita Llelouche membetulkan spekulasi Zaki. Err... Zaki ragu-ragu. Kenapa awak ditangkap? Llelouche terdiam. Dia serba salah. Setelah berfikir dua tiga kali, akhirnya Llelouche menceritakan perkara sebenar kepada Zaki. Dari waktu dia dan Cornelia dihalau angkara fitnah hinggalah dia bertemu dengan Zaki. Saya faham dengan perasaan awak walaupun saya tak pernah alami apa yang telah awak alami. Tapi, saya pula nak bagitahu awak tentang akibat membenci ayah kandung, Zaki memegang bahu Llelouche. Suatu ketika dahulu, akibat buah mulut orang bapa Zaki, Gani menceraikan ibunya dengan talak satu. Ini menyebabkan Zaki membenci ayahnya. Peratus kebenciannya bertambah apabila menerima berita kematian ibunya yang tidak dapat menerima hakikat. Lama-kelamaan, Gani mula menyesali perbuatannya dan membuat azam untuk menjaga Zaki, tambahan pula orang British sudah menjajah Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, Zaki masih membenci Gani walau sebaik dan sesabar mana lelaki itu terhadapnya. Satu hari, Gani mengajak Zaki menjala di laut. Zaki menolaknya dengan keras lalu meninggalkan rumah. Sebaik sahaja dia pulang, dia menerima khabar

bahawa ayahnya terkorban; dibunuh oleh askar Jepun. Barulah dia sedar, jauh di sudut hatinya masih ada secebis kasih sayang buat ayahnya. Dia amat menyesali sikapnya sebelum ayahnya meninggal dunia. Sebagai bukti, dia akan bersolat dan berdoa sehingga menitiskan air mata. Apa yang Zaki harapkan, roh ibu dan ayahnya dicucuri rahmat-Nya. Bersolat dan berdoa... itu apa? soal Llelouche. Bertambah lagi koleksi perkataan pelik Llelouche. Oh, itu salah satu cara umat Islam berhubunga dengan Yang Maha Besar, balas Zaki. Ha? Macam inilah. Awak berehat dulu. Cukup sembuh nanti, saya bagitahu awak, Zaki mengurut belakang Llelouche. Berehatlah. Ya, baiklah, Llelouche akur. Llelouche memandang Cornelia sekilas sebelum baring. Usai berbaring, Llelouche mengengsot sedikit ke arah Cornelia, mengusap ubun-ubunnya, dan mencium dahinya. Kemudian, barulah Llelouche kembali ke tempatnya dan tidur. Babak itu disaksikan sendiri oleh Zaki yang masih belum tidur. Baiknya hati Llelouche, sayangnya aku anak tunggal, bisik hati kecil Zaki.

***

SUDAH beberapa minggu Llelouche dan Cornelia tinggal dengan Zaki. Pada waktu siang, mereka di rumah Zaki dan belajar berkenaan kehidupannya. Waktu petang, Llelouche akan mengikut Zaki ke laut untuk menjala ikan. Malam pula mereka bertiga akan berehat dan duduk di pondok Zaki. Rutin itu diulang-ulang setiap hari. Llelouche dan Cornelia turut memeluk Islam dengan bimbingan Zaki dan seorang imam kampung. Nama Islam Llelouche ialah Hazimi manakala Cornelia pula Karmila. Namun, nama Llelouche dan Cornelia masih digunakan. Tatkala mereka usai solat Zuhur berjemaah, seorang penduduk kampung meluru

ke arah mereka. Kamu semua cepat pergi dari sini! Komunis sedang mari! Zaki, Llelouche dan Cornelia segera mengemas tempat solat mereka. Selepas itu, mereka bergegas ke rumah Zaki. Semasa mereka bersegera itu, tanpa disedari salah seorang askar Komunis ternampak mereka. Askar itu memberitahu rakan seperjuangannya berkenaan kelibat Llelouche yang kebetulan berwajah seperti orang Jepun itu. Apa lagi, ramai-ramai mereka bergerak ke rumah Zaki. Dalam masa yang sama... Kenapa cepat-cepat ni, abang? Apa dah jadi? Cornelia asyik bertanya sambil menarik-narik lengan baju Llelouche. Llelouche yang mulai tertekan menampar Cornelia dengan kuat dan kasar. Cornelia rebah mencium lantai. Pengsan. Mengucap, Llelouche, Zaki cuba menenangkan Llelouche. Cornelia tak bersalah. Sebenarnya, saya sengaja buat macam tu. Dulu, ayah saya menamparnya sehingga buta dan pengsan. Dia tidak sedar apa-apa semenjak itu. Saya tak nak dia sedar dan tahu apa yang sedang terjadi, ujar Llelouche sambil menunduk. Nada suaranya sayu. Oh, gumam Zaki. Seketika kemudian, kedengaran pula suara askar Komunis membuat pengumuman kepada penduduk kampung. Sesiapa yang ada menemui seorang budak lelaki berumur belasan tahun, sila maklumkan atau serahkan dia kepada kami! Llelouche tersentak. Budak lelaki berumur belasan tahun? Setahunya, hanya Zaki dan dia sahaja belasan tahun di situ. Yang lain semuanya sudah tua bangka. Tambah lagi, budak itu ada iras-iras orang Jepun! sambung askar Komunis itu. Keadaan sunyi sekejap. Llelouche dan Zaki keras di tempat masing-masing. Adakah mereka maksudkan awak, Llelouche? soal Zaki. Tidak syak lagi, jawab Llelouche. Arang masih ada lagikah? Err, ada di dapur. Kenapa?

Llelouche melangkah ke dapur untuk mencalit sedikit arang. Arang yang dicalit disapu pada muka Cornelia. Tanpa pengetahuan Llelouche, Cornelia sudah sedar ketika arang disapu pada mukanya. Cornelia berpura-pura pengsan kerana takut Llelouche naik marah lagi. Usai menyapu arang, Llelouche pergi mengambil sebilah pisau pula. Entah kenapa, Cornelia rasa kebas pada mata. Dia cuba membuka kelopak matanya. Itukah Zaki? Walaupun kabur, pandangan Cornelia kian jelas. Dilihatnya Zaki sedang berdiri menanti Llelouche yang masih di dapur. Dia sudah tidak buta! Terima kasih Ya Allah, bisik hati Cornelia. Cornelia masih berpura-pura pengsan. Matanya ditutup sedikit tatkala Llelouche kembali menemui Zaki. Dia menghulurkan sebilah pisau kepada Zaki. Begini, jelas Llelouche. Awak ambil pisau ini dan tikam saya. Sebelum itu, awak cakaplah apa-apa yang kononnya saya ni oran gjahat. Ingat tahu! Llelouche begitu bersemangat. Zaki tergamam. Apa? Bunuh awak?? Dalam pada itu, sekumpulan orang kampung yang sedang marah dan beberapa orang askar Komunis sedang mendatangi rumah Zaki. Inilah rumah budak itu! Kurang ajar! Rupa-rupanya dia dari Jepun! Dasar pembelot! Llelouche dan Zaki terdengar hingar-bingar di hadapan rumah. Sekarang, Zaki! desak Llelouche. Tapi, Llelouche, nanti Cornelia... Tak apa. Kalau kamu sayang saya, kamu akan faham tindakan saya ni. Suara orang kampung semakin riuh. Malah, askar-askar Komunis sudah menaiki anak-anak tangga. Sekarang Zaki!

***

BAM BAM BAM! Zaki, buka pintu ini sekarang! arah askar Komunis. Orang kampung yang umpama mengepung rumah Zaki menanti respon dari dalam dengan agak kurang sabar. Berani kau kacau isteri aku! Dasar tak sedar diri! pekik Zaki dari dalam rumah. Terimalah habuan kau! Semua yang berada di situ terkejut besar. Askar Komunis terus memecahkan pintu apabila mendengar pekikan Zaki. Bang! Abang! jerit Cornelia ketakutan. Zaki bagaikan tidak percaya. Cornelia terus bangun. Askar-askar Komunis nyata kagum. Uhh... Pisau sudah tenggelam di dalam perut Llelouche. Llelouche ditikam oleh Zaki sambil disaksikan Cornelia dan askar Komunis. Demi menyediakan ruang yang personal, Zaki menambah. Kalian! Boleh tak kalian tinggalkan kami? Aku nak kerjakan si keparat ini sepuasnya! Askar-askar Komunis berundur setapak. Asalkan kau sudah bunuh orang Jepun itu, kami biarkan kau. Mereka pun pergi. Orang kampung juga sudah tiada. Zaki menarik pisau keluar dari perut Llelouche. Cornelia sudah berjuraian air mata. Dia segera mendapatkan Llelouche dan Zaki. Zaki membaringkan Llelouche yang berlumuran darah. Llelouche memegang luka tikaman pada perutnya. Di situ dia terasa seperti organ di dalamnya pecah dan berderai. Dia mengerang kesakitan. Kepucatan jelas terpapar pada wajahnya. Maafkan saya, Llelouche... Zaki umpama merayu meminta dosanya diampunkan.

Saya telah memfitnah awak. Saya dah tikam awak, Llelouche. Abang, kenapa abang lakukan semua ini? Cornelia tidak dapat menahan air matanya dari tumpah. Dia juga tidak dapat menipu Llelouche dan Zaki yang dia sudah tidak buta lagi. Abang Llelouche... Mereka memburu saya... ujar Llelouche. Mungkin mereka tahu ada mangsa yang terselamat dari letupan Repulse... Llelouche menyentuh muka Zaki dengan tangannya yang berlumuran darah. Jangan awak rasa bersalah dan minta maaf kepada saya fasal apa yang terjadi ini, wahai sahabatku... Llelouche... kenapa awak nak saya berkata sesuatu yang jahat tentang awak dan... Zaki terhenti seketika. Dia seperti perlukan tenaga yang banyak bagi meluahkan ayat bunuh awak. Sebab mereka memburu saya... Saya ada mirip orang Jepun dan... Llelouche sesak nafas. ... jikalau mereka tahu Cornelia adik saya, mereka pasti akan membunuhnya juga... Llelouche sekali lagi mengerang kesakitan. Lukanya bagaikan menular ke seluruh badan. Sesak di dada semakin sempit. Matanya tidak dapat dibuka besar-besar, kuyu sahaja. Abang! bantah Cornelia. Kalau adik mati sekalipun, adik mati dengan abang! Abang tak nak adik mati... biarlah adik teruskan hidup dan abang yang mati... dengan cara ini sahaja, mereka berhenti menjajah kampung ini... Llelouche menelan air liur seteguk. Adik, bagitahulah orang lain tentang penjajahan British, Jepun, dan Komunis di Tanah Melayu... Abang Llelouche, adik Cuma nak abang sahaja di dunia ini... Tanpa abang, adik lemah... bila dengan ayah, adik jadi buta, tapi bila adik bersama abang, adik dapat melihat semula... titisan air mata jatuh menimpa muka Llelouche. Itu namanya rezeki, adik... Allah memberi peluang kepada adik supaya dapat teruskan hidup dengan lebih sempurna selepas ini... Llelouche menutup mata beberapa saat. Dia semakin nazak. Nafasnya tersekat-sekat. Suaranya bergetar-getar. Ajal Llelouche kian menghampiri. Zaki, Cornelia... lemah sahaja suara Llelouche. Saya nak minta tolong, boleh?

Zaki yang mengalirkan air mata segera membalas. Tolong apa, Llelouche? Saya nak... nafas Llelouche kasar. Awak, jagalah Cornelia dengan baik, ya... bernikahlah dengannya nanti... agar dia dijaga dengan baik.. Apa? Llelouche, permintaan awak ni... Adik, Llelouche sengaja memotong cakap Zaki. Jaga diri baik-baik... Nanti bila abang dah tiada, ikutlah Zaki... Dia yang terbaik buat adik... Llelouche memaksa dirinya tersenyum. Abang Llelouche... Cornelia meraup anak rambut Llelouche sekaligus menyapu peluh di dahi Llelouche. Nyawa Llelouche sudah tidak panjang. Darah yang mengalir dari lukanya melimpah ke lantai dengan agak banyak. Dadanya turun naik. Nafasnya serta-merta kencang. Kalian... perlahan sahaja suara Llelouche memanggil. Suara Llelouche yang sangat perlahan itu dapat didengari oleh Zaki. Oleh sebab bimbang tidak dapat mendengar permintaan Llelouche yang selanjutnya, Zaki mengangkat badan Llelouche dan meribanya sambil dibantu Cornelia dengan penuh berhati-hati. Isk! Llelouche mengaduh. Maaf, ujar Zaki. Kalian, saya minta maaf andaikata saya berdosa kepada kalian.. kata Llelouche sambil tersenyum. Saya... jangan lupakan saya... jangan menangis kerana saya... saya... minta... tolong kebumikan saya di Tanah Melayu sahaja... Mengucap, Llelouche... Zaki berbisik di telinga Llelouche. Saya... sayang... kalian... Llelouche memegang dada Zaki. Sahaja aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Llelouche tertidur, dan dia tidak akan terjaga lagi. Zaki dan Cornelia sempat melihat senyuman terakhir sebelum dia menutup mata. Nafasnya terus terhenti. Tangannya yang memegang dada Zaki sedari tadi gugur. Kepalanya terlentok ke kanan. Abang? Abang Llelouche? Cornelia menggoyang-goyang bahu Llelouche.

Semakin lama semakin kuat goyangannya. Zaki membaringkan Llelouche di atas lantai dengan hati yang hiba. Dia dan Cornelia sudahpun kehilangan Llelouche. Abang! Cornelia menyembamkan mukanya pada dada Llelouche. Zaki cuba menenangkan Cornelia. Sudahlah, Cornelia. Llelouche dah meninggal dunia. Kita hanya mampu berdoa, pujuk Zaki dengan nada lembut. Cornelia mengangkat kepala. Adik sayang Abang Llelouche sampai bila-bila...

Semenjak dari peristiwa itu, Cornelia dan Zaki langsung tidak melupakan seorang insan yang pernah mengorbankan nyawanya sendiri demi menyelamatkan adiknya daripada dibunuh oleh orang Komunis yang kejam. Remaja lelaki yang baik hati dan penyayang itu mustahil dapat Cornelia dan Zaki lupakan seumur hidup mereka. Llelouche Lamperouge atau nama Islamnya, Muhammad Hazimi bin Abdullah akan sentiasa diingati dan disayangi oleh kedua-dua orang yang paling dia sayangi, Muhammad Zaki dan Cornelia Lamperouge atau Nur Karmila. Semoga roh Hazimi Llelouche dicucuri rahmat-Nya. Amin...

Anda mungkin juga menyukai