Anda di halaman 1dari 6

RASIONAL

Melalui aktiviti luar guru akan menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang lebih mendalam. Elemen yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi merupakan subjek yang penting dan perlu didalami oleh guru major pendidikan jasmani untuk memberi tunjuk ajar dan mengurus dan mengendalikan sesuatu aktiviti pergerakan asas apabila bertugas di sekolah sebagai pendidik kelak. Selain itu, pergerakan asas ini memberi pengajaran awal kepada kami bakal guru untuk membiasakan keadaan dengan kanak-kanak yang bakal kami ajari nanti. Selain itu, pergerakan asas adalah permulaan kepada setiap pergerakan berdasarkan kemahiran dalam sesuatu pergerakan. Sebagai contoh pergerakan melompat terdapat juga dalam kemahiran permainan bola baling semasa menjaringkan gol, lompat tinggi, lompat jauh dan sebagainya. Cuma ianya berbeza dalam cara lompatannya tetapi kaedahnya adalah sama.

MATLAMAT
1) Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas. 2) Perkara yang ingin dilihat secara dekat dalam aktiviti ini adalah kesesuaian pergerakan asas yang dilaksanakan kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung, semua kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan dapat diperbaiki dan dijadikan sebagai pemangkin dan panduan untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan. 3)Aktiviti pergerakan asas yang dilakukan ini dapat membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. 4)Para pelajar akan mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka. 5) Selain itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan satu rancangan pengajaran dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan secara betul dan selamat.

OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :1. Membantu kanak-kanak membina pergerakan asas. 2. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan yang sedia ada. 3. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah. 4. Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan. 5. Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam melakukan suatu pergerakan dengan menggabungkan unsur kreatif dan seterusnya memperkembang aplikasi kemahiran tersebut. 6. Memupuk imej kendiri, kesungguhan , keyakinan dan sikap optimis dalam diri pelajar. 7. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat. 8. Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan. 9. Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan.

KUMPULAN SASARAN

Guru pelatih PISMP PJ SEMESTER 1 IPGMKTAA

TARIKH

10 April 2010

TEMPAT

Gymnasium IPGMKTAA

SENARAI ALATAN

Bola,

skippping,

gelung rotan.

PANDUAN PELAKSANAAN
Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.

PENUTUP

Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari dan menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi penekanan kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun pensyarah pembimbing.

TEMPAT

Gymnasium IPGMKTAA

SENARAI ALATAN

Bola,

skippping,

gelung rotan.

PANDUAN PELAKSANAAN
Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.

PENUTUP
Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari dan menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi penekanan kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur, berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun pensyarah pembimbing.
MULA 1)MERINGKUK DAN MEREGANG SAMBIL MEMEGANG BOLA 2) MELUNSUR -duduk di atas kerusi dan melunsur sambil memegang bola. 3 )MEMUSING -duduk sambil memusingkan badan dan kepit bola dengan kaki. 4 ) MENGGULING -guling balak sambil memegang bola 10 ) MELOMPAT -lompat kaki mencapai ke dada sambil memegang bola. 9) MEMBONGKOK -membongkok sambil bermain dengan bola. 8) KETINTING -ketinting sebelah kaki di dalam gelung rotan sambil memegang bola. 7) MENGHAYUN

-menghayunkan kaki kanan dan kaki kiri. 6) BERJALAN -berjalan sambil melakukan kemahiran pada bola. 5)BANGKIT -bangun dari tempat. 14) SKIP -skip sambil memegang bola dan terdapat halangan. 13) MENOLAK -menolak dinding menggunakan bola. 12) GALOP -galop ke hadapan sambil tangan memegang bola. 11) MENGILAS -berdiri sambil mengilas,tangan memegang bola. 19) REBAH -rebah di atas tilam 20 )MERANGKAK -merangkak melepasi halangan sambil mengepit bola di kaki. 18) LAYANG -berlari dan melakukan layang sambil melambung bola dan menangkap kembali. 17) BERBUAI-BUAI -Berbuai-buai di parallel bar sambil mengepit bola di kaki. 16) BERLARI -berlari sambil sambil melantun bola. 15) MENARIK -menarik menggunakan tali

skipping. Tali skipping di kaki dan tarik tali tersebut.

Anda mungkin juga menyukai