Anda di halaman 1dari 6

AROMATERAPI Haruman bunga dapat memberi ketenangan jika dihidu setiap pagi sebelum seseorang pergi bekerja atau

melakukan sesuatu urusan.Jadi,ia adalah ilmu yang menggandingkan pengetahuan seni purba dengan pengetahuan sains yang dapat membantu anda mendapatkan kebaikan semula jadi sepanjang hayat. Aromaterapi ialah suatu bidang melibatkan penggunaan pati organik yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan.Ia dikenali sebagai minyak pati (essential oil) untuk kegunaan rawatan pelbagai keadaan kesihatan dan memelihara vitaliti. Kajian-kajian sains sentiasa akan terus membuktikan bahawa minyak-minyak pati yang telah dikenali sejak beribu-ribu tahun sememangnya mengandungi sifat merawat terhadap fizikal dan emosi. Ia dikenali sebagai antara ekstrak botanikal yang paling baik dengan sifat terapeutik serta sifat pemuliharaan dan rawatan dengan penyerapan melalui kulit atau kaedah menghidu (inhalasi) menggunakan sistem olfaktori.

Apakah itu Aromaterapi? Istilah Aromaterapi sebenarnya terdiri daripada dua patah perkataan: Aroma, yang bermakna bau, atau haruman, dan Terapi, yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurangkurangnya 5,000 tahun terlebih dahulu. Aromaterapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam

semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung. Kegunaan minyak pati secara intensif amat luas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi merupakan kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan kerohanian.

Penganalan Aromaterapi Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan dari segi fizikal, perasaan dan semangat.

Minyak pati adalah inti yang tak berminyak, pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuk dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi semangat pula minyakpati bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Setiap bahan ubatan termasuk minyak-minyak pati hanya bertindak secara cekap sekiranya sistem organ tubuh anda berfungsi secara optima. Gaya hidup yang baik adalah amat penting sama ada ketika anda sihat atau mengalami penyakit-penyakit tertentu.

Sesuaikan makanan anda dengan metabolisme anda dan elakkan makan secara mewah atau berlebihan Untuk sentiasa sihat, adalah suatu langkah bijak sekiranya anda tidak merokok, minum arak selain mengurangkan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat serta makanan terproses. Minum air lebih daripada 1 setengah liter sehari. Kurangkan minum kopi dan teh terutama yang beraditif kerana kedua-duanya menjadi punca stres. Minum teh hijau atau teh-teh herba seperti pegaga, daun jambu batu, daun limau purut, serai dan daun pandan wangi tanpa gula. Elakkan makanan bermajerin dan minyak iklim sederhana (kecuali minyak zaitun) kerana ia mengandungi trans-fat yang menjadi punca penyakit-penyakit degeneratif. Minyak yang baik ialah minyak kelapa, minyak selaput beras dan minyak kelapa sawit. Manakala lepa susu (butter) dan minyak sapi adalah lebih baik daripada marjerin.

Lakukan senaman sekurang-kurangnya berjalan setengah hingga 2 jam sehari, 3 kali seminggu. Lakukan hubungan suami isteri dengan pasangan sah anda dengan kerap. Amalkan sikap berbaik sangka. Perbaiki akhlak secara keseluruhan dan hubungan dengan dengan TUHAN. Sayangi alam sekeliling dengan tidak mencemarkannya. Urus stres dengan baik dan bijak. Gunakan barang-barang kosmetik bersumberkan bahan-bahan semula jadi seboleh mungkin. Sokong usaha-usaha mengekalkan kehijauan untuk kesejahteraan semua.

Kesihatan berpanjangan memerlukan usaha yang dilakukan secara beransur-ansur. Sesuatu yang sentiasa diamalkan secara berterusan akan menjadi kebiasaan kepada anda serta perlu mendapatkan nasihat dan perhatian doktor sekiranya anda mempunyai keadaan-keadaan kesihatan serius seperti penyakit berjangkit, barah, dan penyakit-penyakit serius yang lain. Sesetengah daripada penyakit serius boleh dibantu oleh herba dan nutrisi dengan jayanya sama ada digunakan secara komplementari atau secara bersendirian. Aromaterapi pula boleh membantu meredakan stres yang anda alami.

Kebaikan Aromaterapi Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya. Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walaupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciriciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat. Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori. Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Kenapa Aromaterapi? Aromaterapi mengunakan minyak pati tulin daripada berbagai bahagian tumbuhan (bunga, daun, resin, kulit, ranting, benih, buah, hati dan akar). Ianya diklasifikasi secara umum sebagai citrus, kebungaan, bertanah, berempah, beresin dan berkayu.

Aromaterapi adalah kombinasi kesenian dan sains. Ianya berunsur karya daripada perlunya daya kreatif dan kenalurian dalam proses penyediaan adunan minyak pati. Pengetahuan sains pula diperlukan dalam proses mengekstrak minyak tersebut. Setiap proses atau teknik mengekstrak akan menghasilkan produk yang berlainan kerana setiap ramuan tumbuhan memerlukan proses yang berbeza. Oleh yang demikian, Aromaterapi bukanlah sekadar haruman yang baik tetapi sebenarnya adalah suatu sistem rawatan menyeluruh. Jika ianya diamalkan dengan sempurna, ianya akan membantu menenangkan seseorang dan memupuk perasaan homeostasis atau harmoni dalam tubuh badan. Di samping itu pengamal Aromaterapi juga dapat memperolehi keseimbangan dan pada masa yang sama tenaga badan boleh dipromosi dan dikekalkan.

Kesan Terapeutik Aromaterapi Kesan terapeutik yang berasal dari aromaterapi adalah untuk meningkat dan menguatkan proses penyembuhan dalaman. Ini berlaku dengan cara merangsangkan sistem imunisasi seseorang itu secara tidak langsung.

Kebaikan Aromaterapi Asalusul Aromaterapi wujud sejak 5,000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah

yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.

Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina, Roman dan Greek yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba. Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciriciri holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat. Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria, kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

Anda mungkin juga menyukai