Anda di halaman 1dari 2

1.

SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat g embira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perha tian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia a kan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan sepert i komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata man is sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan b ukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memu askan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, k amu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi ma salah dalam perhubungan kamu kelak. 3. HUBUNGAN SECARA SULIT Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehi langan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubun gan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati k amu kena serang! 4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama te tap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam di am kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan ke luarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis for mal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman d i kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah s aja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! 5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang le laki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perh ubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap p erempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar -benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-t erang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh mema ndangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hu bungan dengan wanita lain! 6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti k amu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-ben ar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan sepe rti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan. 7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum s ejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan b ahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diga nggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkom plot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambi l hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu har i nanti! Renungkan! 8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamat kan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulaka n perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that s peak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!) 9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN" Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara ter buru-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menan ggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, ja ngan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! 10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa ta hun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru k amu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melar ikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA! Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

Anda mungkin juga menyukai