Anda di halaman 1dari 2

8 Tuntutan Bersih 2.

0 2011
July 5, 2011 4 comments Fakta Gerakan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan pada 9 Julai nanti membawa 8 tuntutan untuk diketengahkan. Jabatan Penerangan Malaysia menjawab tuntutan mereka di laman Facebook mereka. Mereka menuntut kepada demokrasi dan memberi keseimbangan media agar tidak berat sebelah kepada Barisan Nasional dan UMO sahaja. Perhimpunan yang di rancang secara aman, akan menjadi ganas apabila pihak polis menangani secara kasar. Campurtangan dengan cara yang tidak menghormati hak kebebasan untuk bersuara ini yang menjadi faktor sesebuah perhimpunan menjadi ganas Malaysiakini TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi. Senarai Daftar Pemilih dibersihkan sepanjang masa oleh SPR berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Cara pembersihan antaranya seperti berikut:

Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu pengundi hantu yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.

TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos. Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi. TUNTUTAN 3 : Guna Dakwat Kekal Dalam Pilihan Raya. Jabatan Penerangan Malaysia Pada PRU yang akan datang, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik. TUNTUTAN 4 : Akses Media Bebas & Adil. Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan tidak sekat kebebasan untuk akses kepada mana-mana media selagi mana media tersebut mengikut undang-undang dan etika. TUNTUTAN 5 : Tempoh Berkempen Sekurang-Kurangnya 21 Hari. Jabatan Penerangan Malaysia Boleh mengundang suasana kurang sihat dan kos yang tinggi. TUNTUTAN 6 : Kukuhkan Institusi Awam. Jabatan Penerangan Malaysia Sedang dilakukan melalui Program Transformasi Kerajaan.

TUNTUTAN 7 : Hentikan Rasuah. NKRA adalah di antara tindakan kerajaan bagi menghapuskan rasuah dan perlu disokong oleh semua pihak. Sebenarnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen. TUNTUTAN 8 : Hentikan Politik Kotor. Kerajaan amat peka terhadap suasana ini tetapi sering menjadi mangsa politik kotor oleh pembangkang. Tuntutan bilangan 8 ini merupakan helah pembangkang yang sering menuduh tindakan menangkap mereka yang melakukan huru-hara sebagai permainan politik kotor kerajaan. Pembangkang sebenarnya tidak mahu mereka ditangkap pada Perhimpunan haram pada 9 Julai ini lalu tuntutan ini disenaraikan.