Anda di halaman 1dari 5

Cara memikat wanita

1. Be Casual. Wanita terkadang lebih agresif dibanding pria, oleh sebab itu lelaki dianjurkan dapat memiliki sifat fleksibelitas tinggi. Segera hubungi ketika kamu telah mendapatkan nomber telponnya, wanita tidak suka menunggu lama. Cepat lakukan jangan sampai terlambat. 2. Make a move. Ketika wanita tidak sempat menilai kriteria yang ada di kamu, disitulah letak keuntungannya. Kamu dapat melakukan attraction tunjukan seolah-olah pribadi kamu adalah yang dicarinya. Perlakukan dia dengan pujian-pujian sederhana seputar penampilan fisiknya. 3. Make her earn it. Menghargai adalah satu celah yang berguna untuk memikat wanita. Dia akan menghargai kamu ketika kamu berlagak seperti apa yang ada didiri kamu. Dia akan jengkel bila disuatu saat menemukan kejanggalan pada diri kamu kelak. 4. Be unpredictable. Yang mungkin sering dilakukan Lalaki sudah menjadi rahasia umum bagi wanita. Kamu harus memutar otak dengan memberikan kejutan-kejutan kecil diluar dari biasanya. Misalnya, ajak makan malam diatap rumah kamu, dsb. 5. Have a life. Salah satu yang paling disenangi kaum wanita dimana Lelaki telah memiliki kehidupan yang baik. Hidup lurus dengan berbagai kegiatan yang positif dan menunjukan bahawa wanita bukan target satu-satunya dari kehidupan ini. Dengan begitu wanita akan menganggapnya istimewa. 6. Be mysterious. Banyak Lelaki yang melakukan kesalahan mengungkapkan jati dirinya kepada wanita yang sedang didekati. Jadilah Lelaki misterius. Buat wanita terkecoh dengan penampilan kamu, ketika dia bertanya apakah jenis kendaraan kamu, kamu jawab aku hanya mempunyai sebuah motosikal sahaja, padahal anda mempunyai lebih daaripada pribadi kamu. Wanita bukan hanya mengagumi karakter kamu tetapi sense of humor juga menjadi daya tarik tersendiri. 7. Be cool. Perlihatkan kesibukan kamu didepannya tetapi jangan sentiasa sangat sibuk. Jawab secukupnya ketika dia menghubungi telepon. Wanita akan paham dengan sifat kamu tersebut. Jangan terlihat bahwa kamu sedang mengejar dia. 8. Be chivalrous. Terlihat sopan merupakan daya tarik agar wanita tahu bahwa kamu adalah Lelaki yang dicari. Membukakan pintu dan mempersilahkan duduk adalah persyaratan umum yang harus kamu harus tempuh. Perlihatkan bahwa kamu perhatian dan katakan bahwa ini adalah bahagian dari diri kamu. Dia akan terkejut dan kagum. 9. Stay in control. Saat makan malam berdua, kamu sebagai lelaki tetap melakukan dengan tenang, jangan ada atraksi berlebihan yang justru akan membuat acara menjadi kacau balau. Tetaplah fokus pada acara yang kamu lakukan. 10. Be original. Mungkin kamu sudah menyimpan sejarah tentang kesan pertama makan malam. Namun apapun yang terjadi, kamu harus menjadi diri sendiri, jangan ada yang dipaksakan apalagi sampai terlihat meminjam properti milik rekan kamu. Jadilah apa yang ada di diri kamu.

Cara memikat wanita


(1) jadi lah diri sendiri. toksah tiru orang lain.you have to be yourself. ingat, diri kita ni speacial dan unikcuba kenali kekuatan diri dan mesti yakin pada diri sendiri kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat pendek cerita.kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu (2) kena jaga kebersihan diri saya pernah tanya beberapa pompuan yang saya kenali apa ciri yang diorang tengok pada seorang lelaki? dia jawab.katanya, dia suka lelaki yang bersih dan wangi * gigi kena gosok selalupastikan jangan ada saki baki makanan yang terlekat celah gigi. pastikan gigi tidak kuning * pastikan anda berbau wangi.sembur lah perfume ker apa2 yg patutpastikan mulut tidak berbaupastikan ketiak tidak berbau busuk. * kuku kena potong kasi pendekjangan ada kuku yang hitampompuan akan geli tengok kuku lelaki hitam semacam jer * kalau ada misai ker jangggut kekena trim selalukasi jangan berserabut. * pakaian jangan serabaikena la kemas sikit.kalau pakai kemeja tu, pastikan kemeja tu bergosokjangan la kemeja yang baru keluar washing machine berkedut2 tu main bedal jer pakai.so, nampak sangat la awak tu pemalas * kalau boleh, toksah la merokokramai pompuan yang saya kenal, diorang tak suka lelaki perokok.mulut bau busuk dan bibir jadi hitam semacameeeiii geli itak selera nak cium. itu antara komen2 mereka pada orang yang merokok.jadi, cubalah berhenti merokokkalau anda degil nak jadi perokok gak, kalau boleh toksahlah merokok depan merekaat least tunjukkanlah bahawa anda tetap respect diorang dengan tidak merokok depan diorangkalau rasa dah tak tahan dan nak merokok gak, sorok2 dan sembunyi2lahadik saya, seorang perokok tegar, tak pernah hisap rokok depan mak/abah saya, sebab dia kata, dia respect mak/abah saya * dan pastikan makan chewing gum ker atau buat la apa2 yg patut bagi menghilangkan bau rokok yang di hisap. (3) kena la senyum selalu.(jgn kerap sangat..nanti org kata kita gila pulak) senyum la dengan ikhlas.orang yang tak hensem pun, kalau selalu senyum.muka jadi manis.orang suka tengok.banyak kebaikannya kalau kita suka senyum ni.so, senyumlah selalu. (4) jangan desprate sangat. sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu jangan la tunjuk kita ni desperate sangat.kontrol la sikit perasaankita kan lelaki jangan paksa pompuan tu terima kita.yang penting, bagi pompuan tu rasa selesa dan tak lemas bila bersama kita.baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.

Cara memikat wanita


1. Cari masa yang sesuai. Kadangkala, secara tidak sengaja adalah saat yang paling indah dalam kehidupan manusia. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada. 2. Jangan buang masa. Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana kesungguhan antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya. 3. Lebih berkeyakinan. Tidak mencuba tidak tahu. Malah makanan tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah pertahanan terakhir dalam diri anda. 4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin. Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi kekasih atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja. 5. Teruskan persahabatan. Sekali anda melangkah ke alam persahabatan atau perkenalan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah.

Cara memikat wanita


JADILAH LELAKI YANG MISTERI
Jangan Selalu Menuruti Kehendak Wanita Lelaki harus ada sedikit imej agar sentiasa tampil bersahaja di hadapan wanita. Jangan tunjuk bahawa anda sangat sukakannya. Padahal, kalau boleh, segala keinginannya ingin anda turuti. Anda buat wajah selamba dan sudah pasti wanita menjadi tidak tentu arah. Buatkan diri anda seperti seorang yang misteri. Kalau tidak percaya, cuba anda jarang berjumpa atau menelefonnya. Pasti dia tidak senang duduk dibuatnya. Jadi, dengan cara ini, rasa ingin tahu dirinya akan bentambah dan dia akan mencari jalan untuk mengenal diri anda dengan lebih rapat lagi.

Jangan Terlalu Rapat Jangan pula anda terlalu akrab dan rapat dengannya. Ini kerana jika anda terlalu rapat dan sering berjumpa, perasaan kasih dan sayang itu akan menjadi biasa dan tiada lagi satu perasaan lain seperti berdebar-debar atau tertunggu-tunggu kedatangannya. Atau merasakan kehadirannya sudah seperti biasa. Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti dan sekali sekala barulah tonjolkan diri. Biar si dia yang tercari-cari anda dan menunggu kedatangan anda. Ingat, jangan tunjukkan sangat yang anda suka kepadanya. Biar dia dahulu yang menunjukkannya.

Jangan Terlampau Yakin Anda jangan terlampau yakin bahawa wanita sentiasa memerhatikan anda dek kerana ketampanan anda. Mungkin dia memandang kerana anda berpenampilan luar biasa atau anda berlainan di kaca matanya. Jangan cepat terperasan dengan menyangka wanita itu terus terpikat pada anda. Mana tahu, dia sekadar melihat kosong sahaja. Anda perlu berlagak biasa tetapi dalam masa yang sama memancingnya agar menghampiri anda. Pendekatan anda amat penting dalam menentukan berjaya atau tidak penjumpaan anda pada hari itu.

Buat Kejutan Wanita sememangnya mengimpikan sesuatu yang diangan-angankannya. Wanita juga kuat berangan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan dan hati. Kalau boleh, angan-angannya agar ada sang putera menyuntingnya dengan cara yang cukup romantis. Anda boleh mengambil kesempatan ini dengan memberinya hadiah lebih-lebih lagi bunga. Bunga dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Kalau tidak boleh banyak, tiga kuntum sahaja sudah memadai. Tetapi jangan tonjolkan sangat bahawa anda terlalu suka kepadanya dengan memberikan bunga. Buat muka selamba dan kawal perasaan suka anda itu. Tunjukkan anda tidak terlalu ghairah untuk memberikannya bunga. Dengan cara begini, anda akan melihat si dia akan menumpukan perhatian pada anda tanpa anda sedari.

Cara memikat wanita


CARA LELAKI MEMIKAT WANITA
1.Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat denga wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respons atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan memerhatikan setiap gerak geri wanita yang diidamkan. 2.Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiarsiar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, bersaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki ikhlas dan jujur. 3.Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya hendak memikat, lelaki itu akan mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati sematamata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat si wanita. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak karenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4.Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya akan memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Ada juga lelaki jenis ini dan wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu sehingga kadang kala menititskan air mata wanita itu dek kerana diganggu. Bukan mereka tidak berani. Tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hamper dengan si wanita walaupun dalam cara yang tidak disenangi. 5.Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat dan tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia dalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau melampau pujian atau bangga diri anda. 6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan citarasanya.

Anda mungkin juga menyukai