Anda di halaman 1dari 26

Semantik. Perubahan Makna. 1) Pendahuluan Bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manusia.

Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. bahasa ialah pendekatan makna. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji Bidang makna atau semantic, yang sebenarnya menjadi

sebahagian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal kajian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsure makna.

Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan yang demikian, kita dapat membayangkan betapa rumit sekali makna bagi makna.

Asas kaedah kajian untuk tajuk di atas telah di buat berdasarkan dari majalah Dewan Bahasa dan internet. Matlamat utama kajian ini, adalah untuk menunjukkan bagaimana,

semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek aspek seperti erti dan rujukan, perkataan dan perubahan makna.

2)

Semantik Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos

yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.

3)

Perkataan dan Makna Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang

mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu tanda yang mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata dua, ada bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, jumlah satu campur satu atau 1 + 1. Manakala, kata beras, misalnya, ada bentuk be

ras dan maknanya padi yang sudah dikupas kulit dan sedia untuk dimasak.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna bagi perkataan perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang berkongsi dan

bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan), hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

4)

Konteks dan Makna Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,

Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual. Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita. Misalnya, dalam ujaran, Kamal! Kambing!, makna yang hendak disampaikan ialah Kamal, tolong halau kambing kambing itu yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna, seperti dalam kata bilas (basuh / cuci) sebagai kata kerja dan bilas (kabur) sebagai kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim.

Umpamanya, untuk

membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah maknanya ialah rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata cantik, amat kabur maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol dalam permainan bola sepak. Dalam kedua dua situasi tadi, kata cantik memang tidaklah sama. Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan makna yang berbeza beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.

5)

Perubahan Makna Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam

bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan perubahan.

Ullmann dalam bukunya Semantics:

An Introduction to the Science of Meaning (1962),

misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan

diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa. Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud, makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna menguruskan, mengendalikan, dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri. Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna tambahan seperti kawasan perumahan, kawasan perindustrian dan kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk merujuk

bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata kata yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep konsep saintifik merupakan antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebab sebab sosial.

Peredaran masa menyebabkan

munculnya bidang bidang baharu dalam satu satu budaya masyarakat bahasa. Faktor factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya, ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan perubahan ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur negatif.

Selain itu, unsur larangan atau tabu juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak sopan kalau dikatakan saya hendak kencing di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang air atau saya hendak ke tandas. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini, sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada daging lembu sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau daging

arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah isi pada manusia atau binatang antara kulit dan tulang (Kamus Dewan, 1994).

Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani, taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep konsep baharu yang timbul akibat

perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak perkaaan diperlukan.

6)

Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat, maka ayat ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa, atau tidak benar.

Justeru itu binaan atau ujaran ayat ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat ayat ini tidak betul dari segi semantik, walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh contoh yang berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Mereka mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik. Pekerja pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti. Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor. Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat ayat tersebut. Umpamanya, mereka mereka dalam ayat 1 adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat, 6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu diperbetul menjadi Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya atau Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan.

Demikinalah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam

perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya.

Sesungguhnya, semantik merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji.

Semantik

Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.

Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut a, makna denotasi dan dan makna konotasi b. Makna dalam kont eks c. Hubungan makna dengan kebudayaan d. Perubahan makna e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat. Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini . Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata. Lihat contoh ayat berikut.

Ayah saya pemandu

Kata

Ciri (i) manusia (ii) lelaki (iii) dewasa (iv) bapa kepada anak

ayah

Kata

Ciri (i) ganti nama

saya

(ii) manusia (iii) orang yang berkata ciri-ciri (i) manusia

Kata

(ii) membawa pemandu kenderaan (iii mempunyai lesen Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat Orang itu abang saya

Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna denotasi dan konotasi denotasi ialah makna tersurat

Makna dalam konteks Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.

Hubungan makna dengan kebudayaan Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Contoh: Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi). Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja.

Perubahan makna Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubunan sosial masyarakat. Contoh: rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf. Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Contoh: sang suria = matahari hangat = panas Antonim merujuk kepada perkataanperkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Contoh: Pandai lawannya bodoh

Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, Contoh: makna konseptual dan 1. Awak betulmakna ideasional betul hati batu ( hati membawa Contoh: maksud degil, tetap pendirian) Ayam tambatan: Ayam yang 2. Sedap betul ditambat atau makan hati diikat dengan tali dengan nasi atau lain-lain beriyani. (Hati alat pengikat. membawa maksud organ haiwan yang Konotasi pula menjadi ialah makna tambahan, atau hidangan yang makna tersirat. menyelerakan) Contoh:

3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati Ayam tambatan: bermaksud berwaspada di Orang harapan/penting jalan raya bagi mengelakkan di dalam satu kemalangan). kumpulan, pasukan. Istilah lain untuk konotasi ialah emotif atau makna evaluatif

Terdapat katakata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza. Contoh: Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah. Tetapi dari segi denotasi, wafat untuk tokohtokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.

Putih lawannya hitam.

Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna. Contoh: kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang) Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan) Meronim Meronim ialah perkataanperkataan yang menunjukkan sebahagian daripada. Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta. Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak. Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut: Belum masak

atau masih muda/putik (buah-buahan) Tidak masak betul (barang yang dimasak) Tidak atau belum dimasak (barang makanan) Belum diproses (bahan galian dan sebagainya) Belum matang pemikiran. Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau keduaduanya, dan mempunyai makna yang berbeza. Contoh: pasang I - jodoh atau kelamin pasang II - naik atau bertambah (air laut) pasang III tembak (meriam) pasang IV berhias (badan) Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu: i. homofon -

kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. contoh: massa denan masa ii. homograf kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza. Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu etaling atau epepet. Contoh: semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula). bela-memelihara bela-menuntut bela/balas pelekat-kain sarung pelekat-gam Homonim mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa. contoh: daki I - kotoran daki II - panjat

Perubahan Makna

Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit. Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.

Peluasan makna Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata.

Penyempitan makna Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, kontes dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata sehingga menjadi khusus.

Pemindahan makna Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan. Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

Peribahasa i. Simpulan bahasa ii. Perumpaan iii. Bidalan iv. Pepatah atau perbilangan

Bukan Peribahasa i. Kiasan (Metafora atau Personafikasi) ii. Kata hikmat

Bibliografi

S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam Dewan Bahasa, 1(9), 21-28

Semantik Leksikal

PENGENALAN Cara kita mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkan sesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak, ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut Itu kereta. Tindakan tersebut merupakan proses bagi anda untuk mengetahui makna apabila ayah anda menunjukkan kereta berkenaan. Maka dengan itu juga, jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabila terdapat sesuatu yang ditunjuk. Makna juga berkait dengan penggunaan kata yang berhubung dengan kebudayaan masyarakat (Tallerman, 2000:45). SEMANTIK LEKSIKAL Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem, pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita akan membincangkan kaedah mengkaji makna perkataan menerusi perbandingan dengan struktur makna bagi perkataanperkataan yang sama. SINONIM DAN ANTONIM Sinonim Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama (O Grady, 2000: 118). Contoh bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi, iaitu hidup lawannya mati. Bagi contoh antonim

berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja. Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataanperkataan yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh. Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar. Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 7.1.

Jadual 7.1: Jenis Sinonim dan Contohnya Jenis Sinonim Sinonim Pinjaman Contohnya Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermakna cakcibau. Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status.

Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir dan Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut. Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut akan menunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

Antonim Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 7.2. Jadual 7.2: Jenis Antonim dan Contohnya Jenis Antonim Antonim Berpasangan Contoh Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan-perkataan tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula jadi. Antonim Berperingkat Antonim ini dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat, sama ada usia, ukuran, bentuk dan sebagainya. Peringkat ini berasaskan kata sifat atau kata yang menunjukkan kead aan dalam kategori yang sama sahaja. Contohnya ialah muda lawannya tua dan tinggi lawannya rendah. Antonim Berhubungan (Kata Bertentangan yang Berhubungan) Maksud antonym ini ialah perkataan yang berlawan makna tetapi mempunyai hubungan. Misalnya pensyarah lawannya pelajar. Jelasnya, jika ada pensyarah, pelajar pun wujud.

HONMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF Honmonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (O Grady, 2000: 120-121). Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195). Lihat Jadual 7.3 untuk melihat contoh homofon dan homograf. Jadual 7.3: Contoh Homofon dan Homograf Homofon Penggunaan dua bahasa, antara perkataan nun yang menunjukkan jauh di sana dan noon (tengah hari) dalam bahasa Inggeris. Homograf Contohnya bedak (bahan yang disapu pada muka lazimnya) dan bedak (bahagi sesuatu).

Hiponim dan Hipernim Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (O Grady, 2000: 119-120). Lihat Rajah 7.1. Rajah 7.1 Hiponim dan Hipernim WARNA-HIPONIM CONTOH WARNA-HIPERNIM (seperti hijau, kuning, merah, ungu dan jingga) Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233). Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti

struktur tatatingkatnya. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut, saya mendedahkan kepada anda dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguistik makna,

Jadual 7.4: Jenis Hiponim Hiponim Tulen Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan yang segolongan dengannya, iaitu beras dan nasi. Hiponim Umum Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bererti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponnen kata nama am.

POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN Polisem Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006: 231) pula memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna. Selepas anda mempelajari dua jenis polisem, saya akan menunjukkan kepada anda tentang cara-cara untuk menentukan polisem. (a) Polisem Tulen Berdasarkan sebuah kamus, kata polisem mengandungi satu senarai makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan sahaja. Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu mengucapkan sesuatu ungkapan (Kamus Dewan, 2000: 999). Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisem tulen. Pada situasi lain pula, jika sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama

ejaan dibentuk sebagai kata masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisem yang mempunyai banyak makna. (b) Polisem Konteks Jika anda melihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna lawan, seperti dalam ayat Kita tentang secara habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa sakit sangat dan boleh. Dalam perbualan di Indonesia, secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh. Berdasarkan contoh-contoh di atas, tentang dan bisa bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan. Pertindihan Jika anda menulis artikel atau seumpamanya, anda mungkin pernah menulis ayat yang mempunyai struktur makna bertindih. Lihat Jadual 7.5 berikut untuk meneliti contoh yang membawa maksud pertindihan. Jadual 7.5: Pertindihan Pertindihan Contoh ayat: Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah. Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu tugasan ilmiah tersebut. Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru, cara terbaik bagi anda menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat, maka anda akan menulis ayat tersebut Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah tesis, jurnal dan artikel.

Ketaksaan Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna berdasarkan teori semantik. Contoh berkaitan boleh anda lihat pada Jadual 7.6 berikut: Jadual 7.6: Ketaksaan Ketaksaan Ketaksaan menunjukkan kepada anda tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan. Dalam contoh di ruang sebelah, anda seharusnya dapat membayangkan makna teliti meliputi perkataan kemas, terancang dan perkataan-perkataan lain yang relevan. Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya. Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya.

(a)

Ketaksaan Struktural

Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti. (b) Ketaksaan Leksikal

Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya.

(c)

Ketaksaan Metafora

Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsurunsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, Perbuatan rakan anda itu biadab. SEMAK KENDIRI 1. 2. Huraikan jenis struktur makna dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian. Apakah ciri-ciri utama bagi setiap jenis struktur makna?

RUMUSAN Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam semantik leksikal, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan. Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan. Homonim merujuk kepada homofon dan homograf. Homofon pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan. Homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan. Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna perkataan lain, di samping mempunyai hierarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan. Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual. Perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna.

Ketaksaan struktural melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen, seperti frasa, klausa dan ayat. Contoh, Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universitI.

Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatu perkataan. Contoh, Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya.

Ketaksaan metafora melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsurunsur kiasan yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya. Contoh, Perbuatan rakan anda itu biadap.

Rujukan Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional. Tallerman, M. (2000). Understanding syntax. http://www.angelfire.com/id/ meaning. html accessed on 29 June 2007. Finegan, E. (2004). Language: Its structure and use. (4th ed.). Thomson Wadsworth. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuiper, K., & Allan, S. (2004). An introduction to English language: Word, sound and sentence (2nd ed). Palgrave Macmillan. O Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addison Wesley Longman.

Anda mungkin juga menyukai