Anda di halaman 1dari 32

Hari ini setiap mereka yang beriman pastinya akan tersenyum kerana perjuangan mentarbiah dan mendidik hawa

nafsu sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak telah dapat dilalui dengan sebaiknya. Kegembiraan ini menepati sabda Nabi S.A.W. dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

yang bermaksud: bagi orang yang berpuasa itu ada dua saat kegembiraan yang dia bergembira dengannya, apabila berbuka atau berhari raya dia bergembira dan apabila bertemu tuhannya dia bergembira dengan puasanya.

Setelah sebulan kita diperintahkan menahan lapar dan dahaga pada siang hari, maka hari ini kita dibenarkan makan dan minum serta diharamkan berpuasa. Di samping itu, Allah S.W.T. menyuruh kita memperbanyakkan laungan takbir, tahmid sebagai tanda kesyukuran kepadanya.

Allah S.W.T. berfirman dalam surah alBaqarah ayat 185:

( ( yang bermaksud dan juga supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), serta kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuknya dan supaya kamu bersyukur.

Bagi orang yang beriman, berlalunya Ramadhan pastinya meninggalkan seribu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Suasana berbuka puasa, solat terawikh, tadarus al-Quran dan qiamulail adalah amalan-amalan yang hanya dapat dirasakan kemeriahannya pada bulan Ramadhan. Semoga Allah S.W.T. menerima segala amalan kita dan menemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

muslimin dan muslimat yang dihormati Allah, Hari raya merupakan anugerah Allah S.W.T. kepada mereka yang mentaati perintahnya. Ia berbeza dengan hari-hari sambutan yang lain, kerana hari raya merupakan ibadah yang disyariatkan dalam Islam dan menyambutnya mendapat pahala daripada Allah S.W.T.

Abu Daud meriwayatkan: Rasulullah S.A.W. berhijrah ke Madinah dan mendapati penduduk Madinah mempunyai dua hari untuk bergembira. Lantas Baginda bertanya: hari apakah ini? Para sahabat menjawab: inilah hari di mana kami bermain-main pada zaman jahiliah.

Baginda bersabda:

Yang bermaksud: sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan hari yang lebih baik iaitu hari raya aidil adha dan hari raya aidil fitri.

Mereka yang berjaya menyempurnakan ibadah puasa pastinya layak bergembira pada hari ini, kerana membuktikan ketaatan mereka kepada Allah S.W.T. Sebaliknya mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja dan melakukan maksiat pada bulan Ramadhan, wajarlah menginsafi diri pada pagi ini

Terbenam matahari pada akhir Ramadhan, maka kita disunatkan melaungkan takbir sebagai menzahirkan rasa kebesaran dan keagungan kepada Allah S.W.T. laungan takbir itu merupakan lambang kemenangan setiap muslim dalam mengharungi dugaan sepanjang Ramadhan yang berlalu.

Hari raya adalah hari yang paling baik, kita memohon persaudaraan Islam dengan menghidupkan amalan ziarah menziarahi saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Ibu bapa hendaklah membawa anak-anak mereka ketika berziarah agar budaya mulia ini dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Ingatlah! Hari raya merupakan satu ibadah, maka hendaklah kita menghindarkan diri daripada perbuatanperbuatan yang mencemarkannya. Meskipun amalan ziarah-menziarahi serta bermaaf-maafan digalakkan, namun janganlah sampai meninggalkan solat ketika berziarah.

Bagi wanita dan anak-anak gadis, hari raya tidak seharusnya dijadikan waktu memperagakan pakaian yang mendedahkan aurat kerana ia bercanggah dangan ajaran Islam. Meskipun bergembira dengan menjamu selera dan berhias di hari raya dibolehkan, namun demikian kita tidak boleh berlebih-lebihan.

Allah berfirman dalam surah al-Araf ayat 31: Yang bermaksud: dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

Muslimin dan muslimat yang dihormati Allah, Sedang kita bergembira, wajarlah kita merenungkan kemelut yang melanda ke atas umat Islam. Kini kita menyaksikan nilai-nilai murni dikalangan sebahagian umat Islam semakin terhakis.

Setiap hari kita didedahkan dengan keskes pembunuhan, rogol, zina, rompakan, minum arak, buang anak, culik, rasuah dan sebagainya yang semakin menular. Begitu juga dengan budaya fitnahmemfitnah diantara sesama Islam hingga menimbulkan permusuhan yang berpanjangan. Semua ini adalah kesan daripada kelonggaran pegangan agama di kalangan umat Islam.

Bagi menangani fenomena ini, wajarlah kita kembali memartabatkan ajaran Islam dalam setiap aspek kehidupan. Kita hendaklah yakin bahawa hanyadengan kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, segala kemelut yang melanda umat Islam pasti akan dapat ditangani. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 36:

Allah S.W.T. berfirman dalam surah al:63 Ahzab ayat

( )

Yang bermaksud: tidak layak bagi seorang lelaki mukmin dan perempuan mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada pilihan lain bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dengan kesesatan yang nyata.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T. dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya.

Ketika menyambut Aidil Fitri kita tidak seharusnya melupakan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara seagama di seluruh dunia yang berdepan dengan tekanan daripada musuh Allah S.W.T. dan musuh Islam. Umat Islam di Palestine sebagai contoh, ketika kita bergembira pada hari ini, mereka pastinya sedang berdepan dengan huru-hara yang dilakukan oleh rejim zionis yang menjajah bumi mereka.

Begitu juga umat Islam di Belanda, mereka dihalang melaksanakan syariat seperti sembelihan secara Islam kerana dituduh kejam terhadap haiwan. Manakala umat Islam di Perancis dihalang memakai burka(purdah) semata-mata kerana dituduh mengancam keselamatan negara.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T. mengurniakan kesabaran dan ketetapan iman kepada semua saudara seislam kita di seluruh dunia dan memberikan kemenangan kepada mereka dalam berhadapan dengan musuh Allah.

Allah berfirman dalam surah al-Rum :74 ayat ( )

yang bermaksud: dan sesungguhnya, kami telah mengutuskan sebelum mengtuskan rasul-rasul kepada kaum masing-masing , lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas, kemudian kami menyiksa orang ya g mengingkarinya dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab kami menolong orang yang beriman.

Sempena menyambut hari raya hari ini serta berlalunya Ramadhan, marilah kitabersama-sama memperteguhkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. dan RasulNya dengan meneruskan amal dan ibadah sepertimana bulan Ramadhan.

Amalan membaca al-Quran , solat berjemaah di masjid atau surau serta qiamullail tidak seharusnya diabaikan, kerana penerusan aman-amalan tersebut adalah menjadi bukti Allah S.W.T. menerima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kelebihan ganjaran pahala daripaa Allah S.W.T. bolehlah meneruskan puasa enam di bulan Syawal iaitu boleh dilaksanakan bermula sejurus selepas hari raya yang pertama sehinggalah dihujung bulan Syawal. Berpuasa sunat enam Syawal menepati Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. sepertimana sabda Baginda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Yang bermaksud sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian mengukutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala laksana berpuasa sepanjang tahun.

Anda mungkin juga menyukai