Anda di halaman 1dari 7

Gaya Pembelajaran Gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang

berbeza-beza. Teori berhubung gaya pembelajaran menekankan kepada sebanyak mana murid belajar dan memperoleh pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang pelajar itu hebat atau pintar. Ahli psikologi pendidikan menjalankan kajian berhubung gaya pembelajaran manusia dan hasil kajian mereka adalah berasaskan faktor warisan, cara didikan dan persekitaran. Melalui permainan batu seremban murid-murid dapat diberi pendedahan untuk mengira batu yang diambil semasa bermain dan melatih mereka untuk berfikir secara sistematik dan berurutan semasa bermain serta mereka akan menggunakan kemahiran mengira untuk mengira mata yang diperolehi. Oleh itu, gaya pembelajaran mereka akan terbentuk melalui kaedah menghafal nombor mengikut turutan dan mereka akan belajar teknik menghafal sifir mengikut kreativiti mereka sendiri kerana setiap batu yang dikira merupakan nilai berganda iaitu operasi darab. Selain itu, permainan ini melatih murid-murid supaya tidak mudah mengalah dan berputus asa apabila mati permainan malah berusaha untuk membuat yang lebih baik lagi pada permaianan seterusnya. Di samping itu, melatih murid-murid untuk berlaku jujur dan tidak iri hati apabila rakan-rakannya yang lain mendapat mata lebih daripadanya. Oleh yang demikian, sikap yang positif ini akan member gaya pembelajaran yang menunjukkan semangat untuk terus berusaha dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik serta bersaing secara sihat antara rakan-rakannya. Permainan ini juga melatih murid-murid melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi mata dan tangan serta menerapkan kemahiran melambung, menimbang dan ketangkasan semasa mengambil buah ketika ibu dilambung ke udara.Ini menunjukkan gaya pembelajaran yang aktif dan melibatkan ketangkasan mereka dalam melakukan aktiviti.

Lima cara membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 1. Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum.

Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum.Contohnya dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan

mencampuradukkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka.Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu. Bagaimana pula? Bayangkan apabila murid- murid Cina asyik bercakap bahasa Cina antara mereka. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina akan menyangka bahawa murid- murid Cina itu bercakap tentang mereka. Oleh itu, jika murid pelbagai bangsa dicampurkan, maka hubungan mereka akan bertambah erat. Murid Cina tidak hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga dengan murid berbangsa lain. Jadi, salah faham akan dapat dielakkan. Selain itu, murid- murid bukan Melayu akan dapat meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu jika mereka kerap bertutur dalam bahasa Melayu. Biasanya, kanak- kanak bukan Melayu seperti Cina dan India tidak boleh berbahasa Melayu sehinggalah mereka bersekolah.Hal ini bukan sekadar anggapan tetapi ianya adalah satu realiti. Ibu bapa mereka tidak bertutur dalam bahasa Melayu di rumah, maka anak- akan mereka pun tidak akan dapat bertutur dalam bahasa Melayu sehinggalah mereka belajar bahasa ini di alam persekolahan. Jika di sekolah pun mereka diasingkan mengikut bangsa, maka penguasaan bahasa Melayu mereka pasti akan lemah. Lain halnya jika mereka digabungkan bersama murid- murid yang berbeza bangsa, ini akan menyebabkan mereka menggunakan bahasa Melayu untuk

berinteraksi dengan mereka. Dengan cara ini secara tidak langsung jati diri sebagai anak Malaysia akan dapat diterapkan dalam kalangan murid kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Dengan itu, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya Satu Malaysia. Selain itu murid- murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk budaya satu Malaysia. Melalui kerjasama ini, proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Hal ini membawa makna walaupun muridmurid ini berbeza bangsa dan agama, masing- masing boleh menerima dan menghormati budaya rakan- rakan lain.

2.

Mewujudkan ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan yang

dapat memberi keselesaan, kegembiraan, dan memberi kesan positif kepada hasil pembelajaran murid. Untuk membina persekitaran P&P yang mesra budaya, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan.Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah.Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya.Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca.Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Dalam pada itu, guru juga hendaklah memastikan ruang murid- murid belajar adalah dalam keadaan bersih, selesa, dan ceria.Dalam hal ini, guru sememangnya memainkan peranan utama tetapi haruslah juga dibantu oleh muridmurid. Guru berperanan menyediakan jadual bertugas untuk membersihkan bilik darjah setiap hari. Selain itu, guru juga perlu untuk memastikan pencahayaan di dalam sesebuah kelas itu mencukupi manakala pengudaraannya adalah baik.Susun atur bilik darjah seperti susun atur kerusi, meja dan peralatan juga hendaklah kemas dan memudahkan pergerakan murid dan guru. Semua inilah yang dapat memberikan keselesaan kepada murid ketika sesi P&P. Dari segi keceriaan pula,

guru perlu mereka bentuk hiasan yang bukan sahaja menarik tetapi juga boleh bersesuaian dengan keadaan bilik darjah. Kadangkala bilik darjah yang dihias keterlaluan boleh menggangu tumpuan murid terhadap P&P serta memburukkan lagi suasana.Oleh itu hiasan bilik darjah hendaklah berpada- pada. Selain itu, guru juga boleh mewujudkan peralatan yang dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi pembelajaran. Peralatan yang dimaksudkan di sini merujuk kepada alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang bukan sahaja menarik tetapi juga sesuai dengan topik pembelajaran pasti akan mendorong murid untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Contohnya, dengan menggunakan diorama semasa mengajar topik habitat haiwan dalam subjek sains, murid akan lebih tertarik dan sekaligus membina kefahaman yang lebih tinggi tentang topik berkenaan. Daya tarikan sesungguhnya sangat berkesan dalam membina memori jangka masa panjang.Oleh yang demikian, murid dapat mengingat isi pembelajaran dengan lebih baik. Sebagai salah satu bonus buat guru, kemudahan yang sedia ada di sekolah boleh digunakan dalam membentuk persekitaran P&P yang mesra budaya.Misalnya kemudahan komputer dan internet di sekolah boleh memupuk budaya celik IT dalam kalangan murid.

3.

Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.

Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.

Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi P&P dan tidak takut mencuba. Contoh lain pula ialah dengan budaya satu dapat, semua dapat. Jika seorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara ini, disiplin murid akan dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain. Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan pelajar. Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5 biji gula- gula, murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada yang diberi hadiah, murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara ini akan dapat mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab dan ia akan membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam kalangan mereka kerana kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama. Akan ada rasa perkongsian di situ dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan dapat melahirkan murid- murid berbilang kaum yang bersatu ibarat kata pepatah cubit paha kiri, paha kanan terasa jua. Budaya bukan sekadar rutin hidup atau amalan harian, tetapi ia juga menjadi identiti kepada susuatu kelompok yang mengamalkannya. Contohnya, jika muridmurid di kelas A mempunyai ruang bacaan sendiri dan sering dilihat membaca, maka budaya membaca itu adalah identiti mereka. Jika murid- murid kelas B pula mengamalkan budaya bersalam dengan guru setiap kali hendak pulang ke rumah, maka budaya menghormati guru itu akan menjadi identiti bagi murid- murid kelas B.

4.

Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.

Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang

berkaitan.Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan basou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan. Selain itu, dalam subjek pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua.Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula, guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan.Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia sering dilakukan.

5.

Menggunakan kaedah belajar sambil bermain.

Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah.Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik

perhatian murid- murid.Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi.Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani.Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil. Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai

  • Tambah Tolak
    Tambah Tolak
    Dokumen1 halaman
    Tambah Tolak
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Borang Penilaian Pemarkahan
    Borang Penilaian Pemarkahan
    Dokumen2 halaman
    Borang Penilaian Pemarkahan
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • KBJ Graphic Organizer
    KBJ Graphic Organizer
    Dokumen5 halaman
    KBJ Graphic Organizer
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Temubual Jawapan
    Temubual Jawapan
    Dokumen4 halaman
    Temubual Jawapan
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Essay
    Essay
    Dokumen11 halaman
    Essay
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Peranan Yang Boleh Dimainkan Oleh Guru Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Guru
    Peranan Yang Boleh Dimainkan Oleh Guru Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Guru
    Dokumen1 halaman
    Peranan Yang Boleh Dimainkan Oleh Guru Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Guru
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Final
    Tugasan Final
    Dokumen16 halaman
    Tugasan Final
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • KBJ Graphic Organizer
    KBJ Graphic Organizer
    Dokumen5 halaman
    KBJ Graphic Organizer
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Pengawran
    Pengawran
    Dokumen3 halaman
    Pengawran
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • KBJ Graphic Organizer
    KBJ Graphic Organizer
    Dokumen5 halaman
    KBJ Graphic Organizer
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
    Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
    Dokumen31 halaman
    Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Ujian Kemahiran Literasi
    Ujian Kemahiran Literasi
    Dokumen7 halaman
    Ujian Kemahiran Literasi
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Senarai Semak
    Senarai Semak
    Dokumen1 halaman
    Senarai Semak
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Sains Tahun 2
    Sains Tahun 2
    Dokumen1 halaman
    Sains Tahun 2
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Nota Bab 2 Matematik
    Nota Bab 2 Matematik
    Dokumen13 halaman
    Nota Bab 2 Matematik
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Rekod Pasangan
    Rekod Pasangan
    Dokumen1 halaman
    Rekod Pasangan
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Lagu Maths
    Lagu Maths
    Dokumen1 halaman
    Lagu Maths
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Sains Tahun 2
    Sains Tahun 2
    Dokumen1 halaman
    Sains Tahun 2
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Lembaran Kerja Tambah 10 000
    Lembaran Kerja Tambah 10 000
    Dokumen1 halaman
    Lembaran Kerja Tambah 10 000
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Lagu TKRS
    Lagu TKRS
    Dokumen1 halaman
    Lagu TKRS
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • TOLAK
    TOLAK
    Dokumen2 halaman
    TOLAK
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Cerpen Moral
    Cerpen Moral
    Dokumen7 halaman
    Cerpen Moral
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Skrip
    Skrip
    Dokumen4 halaman
    Skrip
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Jadual
    Jadual
    Dokumen1 halaman
    Jadual
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat
  • Cara
    Cara
    Dokumen2 halaman
    Cara
    Roobendhiran Sivasamy
    Belum ada peringkat