Anda di halaman 1dari 22

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA
Topik 1: Sukan Olahraga Topik 2: Lompat Kijang dan Lompat Jauh Topik 3: Melempar Cakera dan Lontar Peluru Topik 4: Merejam Lembing dan Lompat Tinggi Topik 5: Lari Pecut, Lari Berpagar dan Lari Berganti-ganti Topik 6: Lari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Topik 7: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga Topik 8: Perancangan Pengurusan Kejohanan Olahraga (Teknikal) Topik 9: Persediaan Sebelum Kejohanan Olahraga Topik 10: Peranan Semasa dan Selepas Kejohanan Olahraga

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat: Menyatakan definisi kognitif dan tokoh-tokoh yang mempelopori perkembangan kognitif. Menyatakan dan mencirikan sejarah olahraga Mengkategorikan sukan olahraga Menyenaraikan alatan yang di perlukan untuk pertandingan olahraga Menyenaraikan memanaskan badan kepentingan

PENGENALAN
Olahraga merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara individu dan kumpulan. Dalam aktiviti olahraga kita tidak akan berlawan secara terus dengan individu atau kumpulan sebaliknya kita akan berlawan dengan catatan masa dan keupayaan kita untuk menjadi pemenang. Olahraga juga terdiri daripada gerakan aktiviti semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling. Oleh itu olahraga merupakan asas penting dalam sukan lain.

RINGKASAN TOPIK Pengenalan 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 Sejarah Acara Olahraga Kejohanan Olahraga MSSM Alatan Kategori dan Kumpulan Umur

Rumusan

OUM

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

1.1

SEJARAH

Olahraga merupakan sukan tertua didunia, adalah dipercayai sukan olahraga bermula di Greece Kuno 1000 tahun sebelum masihi. Ini bererti olahraga sudah diiktiraf menjadi sukan 3000 tahun lampau. Namun pada peringkat awal olahraga merupaka satu bidang seni bukan satu bidang sukan. Sukan Olimpik Kuno diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece Kuno yang merupakan tempat bermulanya sukan olahraga dalam tamadun manusia. Pada tahun 1896 apabila Sukan Olimpik Moden di perkenalkan di Greece olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Sukan olahraga bukan saja terkenal dan menjadi sukan wajib di olimpik saja, malah dalam kejohanan sukan seratau olahraga telah menjadi acara utama. Contohnya Sukan Sea, Sukan Asia dan lainlain sukan lagi. (a) Sejarah Acara Larian Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Malahan dalam pesta olimpik kuno semua acara yang di pertandingkan adalah acara larian. Adalah di percayai acara stade merupakan acara larian yang paling awal di pertandingkan. Stade melibatkan acara larian pada jarak 192 meter (jarak panjang stadium ketika itu). Acara dialos dan dolichos juga merupakan antara dua acara awal yang di pertandingkan. Dialos merupakan larian ulang alik berjarak 384 meter (192 meter x 2). Dolichos merupakan acara jarak jauh 5000 meter.

Rajah 1.1: Acara balapan merupakan acara tertua dalam olahraga

Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard. Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri. Dalam tahun 1880 an berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh jurulatih dan pakar sains sukan. Pada tahun 1884 gaya dekam telah mula di perkenalkan di Scotland. Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya gaya ini di Australia di kenali sebagai kangaroo start.

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

(b)

Sejarah Acara Lompat Tinggi Acara lompat tinggi di pertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula di terkenal pada abad ke 20. Dalam abad ke 19, atelit lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting. Ini disebabkan dalam abad ini atelit melompat dan mendarat di tanah rumput. Seterusnya di awal abad ke 20, pasir di longgokan di tempat mendarat untuk mengurangkan kecederaan peserta yang mengambil bahagian.

Rajah 1.2: Dalam abad ke 19, atelit lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting dan mendarat di tanah atau rumput

Dengan menggunakan pasir longgok, lompatan gaya gunting belakang mula terkenal di kalangan atelit. Kes kecederakan bagi atelit lompat tinggi dengan menggunakan pasir longgok sebagai tempat mendarat masih lagi tinggi. Tilam atau getah mula di gunakan sebagai tempat mendarat dalam tahun 1930an. Dengan tilam dan getah digunakan sebagai alatan mendarat, gaya timur mula terkenal di kalangan atelit lompat tinggi. Secara teknikalnya gaya ini agak sukar dilakukan oleh atelit. Pada sekitar tahun 1940 an gaya guling mula di perkenalkan dan diminati dalam acara lompat tinggi. Sementara awal tahun 1950an gaya guling barat mula mendapat perhatian dalam acara lompat tinggi. Pada petengah tahun 1950 an hingga temasya Sukan Olimpik 1968 gaya pelana mula mendominasi acara lompat tinggi. Pada sukan olimpik 1968 Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah gaya baru iaitu Fosbury Flop (c) Sejarah Lompatan Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk lompat jauh berdiri. Sukan lompat jauh berdiri merupakan sukan yang terkenal pada zaman purba di Greece. Dalam acara lompat jauh berdiri pelompat di kehendaki memegang beban yang di kenali halteres pada kedua-dua tangan ketika melompat. Berat beban tersebut adalah di antara 1 hingga 4.5 kilogram. Pada tahun 1854 J Howard telah melompat sejauh 9.02 tanpa menggunakan beban dengan larian dan beliau hanya melompat sejauh 2.4 dalam acara lompat jauh berdiri. Peristiwa ini telah mencetus idea untuk mengadakan pertandingan lompat jauh. Dalam sukan olimpik pelompat dari Amerika Syarikat merupakan domin utama dalam acara ini.

OUM

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Rajah 1.3: Lompat jauh bermula dengan lompat berdiri

1.2

ACARA OLAHRAGA

Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelangan olahraga meliputi kawasan trek (gelangang balapan), gelanggang padang dan jalan raya. Secara amnya acara olahraga boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu (a) (b) (c) (a) Acara balapan Acara padang Acara khusus Acara Balapan Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan sesorang atelit. Acara balapan ini di laksanakan di atas trek 200, 300 atau 400 meter. Acara balapan ini selalu menjadi tumpuan kerana acara ini agak menarik dari segi persembahanya. Acara balapan terbahagi kepada enam bahagian.

Rajah 1.4: Lari jarak dekat dan jarak jauh memerlukan teknik yang berlainan

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

Jadual 1.1: Jenis Acara Balapan yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Jenis Acara JARAK DEKAT Acara 100 meter 200 meter 400 meter 2. JARAK SEDERHANA 800 meter 1500 meter 3. JARAK JAUH 3000 meter 5000 meter 4. LARI BERGANTI-GANTI 4X100 meter 4X200 meter 4X400 meter 5. LARI BERPAGAR 100 meter ( Wanita) 200 meter ( Lelaki) 400 meter ( Wanita) 6. LARI BERHALANG 3000 meter

Rajah 1.5: Acara balapan sentiasa mendapat perhatian penonton

(b)

Acara Padang Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Acara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan balingan.

OUM

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Jadual 1.2: Jenis Acara Padang yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Jenis Acara LOMPATAN Acara Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Tinggi Lompat Bergalah 2. BALINGAN Melempar Lembing Melempar Cakera Lontar Peluru Membaling tukul besi

(c)

Acara Lain Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acara lain yang di pertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (i) Decathlon Heptathlon Pentathlon Marathon Lumba jalan kaki Merentas desa DECATHLON Decathlon merupakan acara di khaskan untuk lelaki sahaja, decathlon merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang. Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri mata dan peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang. Acara decathlon menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi. Stamina atau daya tahan kadiovaskular peserta akan teruji dalam masa dua hari pertandingan. Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke 19, di peringkat awal terdapat sepuluh acara di pertandingkan bagi acara decathlon dan di pertandingkan dalam masa satu hari. Pada tahun 1912 decathlon mula di pertandingkan dalam sukan olimpik moden di Stockholm. Pada kejohanan itu sepuluh acara decathlon di jalankan dalam masa tiga hari. Kini acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.6: Atelit yang berjaya mendapat tempat dalam acara decathlon di anggap seba boleh Jadual 1.3: Jenis Acara Decathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Jenis Acara DECATHLON (10 Acara) LELAKI Hari Hari 1 Acara 100 meter Lompat jauh Melontar peluru Lompat Tinggi 400 meter Hari 2 110 meter lari berpagar Lempar Cakera Lompat Bergalah Rejam Lembing 1500 meter

(ii)

HEPTATHLON Acara ini baru di perkenalkan pada tahun 1981 bagi mengantikan acara pentatlon. Heptathlon merupakan acara yang dikhaskan untuk atelit perempuan sahaja, olah kerana itu heptathlon mempunyai gabungan acara yang kurang berbanding decathlon. Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang. Seperti decathlon, kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa 2 hari. Pencapaian peserta dalam setiap tujuh acara yang di pertandingkan akan di beri mata dan peserta yang mengumpul mata terbanyak di anggap sebagai pemenang. Seperti juga decathlon acara heptathlon menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi pesertanya di samping menguji stamina.

OUM

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Jadual 1.4: Jenis Acara Heptathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Jenis Acara HEPTATHLON (7 Acara) PEREMPUAN Hari Hari 1 Acara 100 meter lari berpagar Lompat Tinggi Melontar peluru 200 meter Hari 2 Lompat jauh Rejam Lembing 800 meter

(ii)

PENTATHLON Pentathlon terdiri daripada lima gabungan displin acara yang di pertandingkan dalam masa satu hari. Pengiran mata sama seperti decathlon dan heptathlon. Pada peringkat awal sebelum acara heptathlon di perkenalkan acara pentathlon di khaskan kepada kaum wanita senior. Acara ini mula di perkenalkan di sukan olimpik pada tahun 1928. Pada tahun 1981 heptathlon di perkenalkan dalam sukan olimpik mengantikan petathlon. Kini pentathlon menjadi acara yang dipertandingkan bagi peringkat wanita junior atau lelaki junior. Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pentathlon di pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.

Jadual 1.5: Jenis Acara Pentathlon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Jenis Acara PENTATHLON (5 Acara) Wanita Hari Hari 1 Acara Lompat jauh Rejam Lembing 200 meter Lempar Cakera 1500 meter

(iii)

MARATHON Marathon merupakan acara sukan yang telah di anjurkan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Dalam kejohanan seperti Olimpik, sukan asia dan sukan yang setaraf denganya maraton menjadi acara yang di pertandingkan. Marathon merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingkan olahraga. Maraton di pertandingkan di jalan raya bdengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer.

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.7: Marathon memerlukan ketahanan fizikal dan mental di kalagan pesertanya

Oleh kerana jaraknya terlalu jauh marathon tidak di pertandingkan di peringkat sekolah. Sekiranya marathon di pertandingkan pada jarak yang kurang pertandingan ini tidak boleh di panggil marathon. Di sekolah biasanya acara merentas desa yang mengambil alih acara maraton. Acara merentas desa juga menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak lariannya agak pendek.
Jadual 1.6: Jarak Acara Marathon yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 1. Jenis Acara MARATHON Acara Jarak 42.195 km

(iv)

MERENTAS DESA Sesuai dengan namanya merentas desa acara merentas desa menggunakan jalanraya (laluan desa) sebagai trek perlumbaan. Jarak trek pertandingan dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihak pengelola bergantung kepada umur peserta pertandingan. Jarak yang biasanya di pertandingkan ialh antara 2 hingga 14.5 km. Acara merentas desa boleh di pertandingkan dalam bentuk individu atau pasukan. Disekolah biasanya kedua-dua pertandingan dalam bentuk individu dan pasukan di pertandingan serentak oleh itu selain daripada mendapat kemenangan individu, peserta akan menyumbangkan mata kepada pasukan yang di wakili.

Jadual 1.7: Jarak Acara Merentas Desa yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 4. Jenis Acara Acara

MERENTAS DESA

Jarak bergantung kepada pengelola peserta

OUM

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

(v)

LUMBA JALAN KAKI Lumba jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas, acara ini dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan. Aspek penting untuk berjaya dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelenturan serta gerakan badan serta gabungan ayunan tangan akan dapat meningkat kelajuan lumba jalan kaki.

Rajah 1.8: Lumba jalan kaki memerlukan kemahiran jarak langkah dan kekerapan melangkah Jadual 1.8: Jarak Acara Lumba Jalan Kaki yang Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Bil 5. Jenis Acara Acara

LUMBA JALAN KAKI

5 Kilometer (Perempuan) 10 Kilometer (Lelaki/Permpuan) 20 Kilometer (Lelaki)

(d)

Acara Selingan Selain daripada acara diatas terdapat acara-acara selingan yang di pertandingkan dalam kejohanan olahraga. Acara tarik tali merupakan acara selingan yang selalu di pertandingkan diperingkat sekolah.

Rajah 1.9: Acara tarik tali sering menjadi acara selingan dalam kejohanan olahraga

10

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

1.3

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM

Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terdapat beberapa kelas. Acara yang berlainan dipertandingan, bersesuaian dengan umur dan psikomotor pelajar yang berada dalam kelas tersebut. Jadual 1.9 memperlihat acara yang di pertandingkan dalam kejohanan MSSM mengikut kelas (Jadual 1.9 di petik daripada peraturan pertandingan dan permainan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
Jadual 1.9: Acara yang Sering Dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
Lelaki Kelas Acara 100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 2000 m (Berhalang) 3000 m (Berhalang) 3000 m 5000 m 3km jln kaki 5km jln kaki 80 m L Berpagar 100 m L Berpagar 110 m L Berpagar 400 m L Berpagar 4 X 100 m 4 X 200 m 4 X 400 m L Tinggi L Jauh L Kijang L Bergalah L Peluru L Cakera M Lembing Heptatlon Pentathlon Terbuka Terbuka Kelas 1 20 tahun Kelas 2 16 tahun Kelas 3 12 tahun Kelas 1 20 tahun Wanita Kelas 2 16 tahun Kelas 3 12 tahun

OUM

11

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Semak Kendiri 1.1


Apakah acara tertua sekali dalam sukan olahraga Berikan ciri acara yang terlibat dalam acara balapan Nyatakan acara-acara yang terlibat dalam acara Decathlon Apakah yang di maksudkan dengan acara Heptathlon Berapa hari yang di perlukan untuk kita menamatkan acara Pentathlon Nyatakan jarak larian yang perlu di lalui oleh peserta marathon? Ciri-ciri acara merentas desa yang selalu dilakukan di sekolah.

1.4
(a)

ALATAN
Pakaian Pakaian menjadi kewajipan kepada peserta yang bertanding dalam kejohanan olahraga. Sebagai guru kita mestilah menasihatkan dan panduan terhadap etuka ketika berpakaian. Pakaian yang di pakai perlulah bersesuaian dengan pertandingan dengan tidak membelakangkan budaya setempat atau kawasan. Pakaian yang di pakai janganlah terlalu nipis serta menampakkan badan apabila basah. Pakaian yang di pakai seharusnya tidak menganggu keputusan pengadil.

Rajah 1.10: Barangan keperluan atelit yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga

12

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

(b)

Kasut Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Demi mengelakkan kecederaan adalah di nasihat supaya atelit memakai kasut. Namun jika seorang atelit ingin memakai kasut berpaku mereka perlu menepati spesifikasi yang telah di tetapkan. Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaanya. Pada permukaan sintatik panjang paku yang digunakan seharusnya kurang dari 9 mm. Walau bagaimana pun bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing panjang panjang paku yang di gunakan boleh tidak melebihi 12 mm. Pada trek bukan sintatik pula panjang paku yang digunakan boleh melebihi sehingga 25 mm. Garis pusat paku kasut pula tidak boleh melebihi 4 mm. Kasut khas dicipta untuk acara tertentu (Rajah 1.11) (i) Lari Pecut

(ii)

Lari Jarak Jauh

(iii)

Marathon

(iv)

Lompat Tinggi

OUM

13

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

(v)

Lompat Kijang & Lompat Bergalah

(vi)

Lompat Jauh

(vii) Lontar Peluru

(viii) Lontar Cakera dan Lontar Tukul Besi

(ix)

Baling Lembing

Rajah 1.11: Atelit selalu menggunakan kasut berpaku yang berlainan dalam acara yang berlainan

(c)

Nombor Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang. Bagi atelit lompat bergalah dan

14

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

lompat tinggi mereka hanya perlu memakai satu nombor samada di belakang atau di dada. Spesifikasi nombor bergantung kepada peraturan am yang di sediakan oleh pihak pengelola.

Rajah 1.12: Nombor perlu di pakai oleh atelit bagi memudahkan hakim

(d)

Peralatan Bagi acara balapan peralatan yang di gunakan ialah: (i) Set bendera merah dan putih

Rajah 1.13: Blok permulaan digunakan bagi acara 100, 200 dan 400 meter

(ii)

Blok permulaan bagi acara 100m, 200m dan 400 m

Rajah 1.14: Pelepas akan menggunakan pistol

(iii) (iv)

Pistol Penutup telinga bagi pelepas dan pembantu pelepas

OUM

15

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Rajah 1.15: Pagar yang digunakan dalam acara lompat pagar haruslah mengikut spesifikasi

(v)

Pagar yang mengikut spesifikasi

Rajah 1.16: Dalam lari berganti-ganti baton diperlukan

(vi)

Baton untuk larian berganti-ganti

(vii) Alat penyukat angin (viii) Jam untuk menyukat masa

16

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

(e)

Alatan Acara Padang Alatan khas bagi satu acara contohnya:


Jadual 1.10: Alatan Khas yang Digunakan dalam Kejohanan Olahraga Acara Alatan Tiang dan palang lompat tinggi, tilam, pita pengukur dan bendera Gelanggang lompat jauh, pita pengukur dan bendera Gelangang lompat kijang, pita pengukur dan bendera Tiang, galah dan palang lompat galah, tilam,pita pengukur dan bendera

Lompat Tinggi Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Bergalah Lontar Peluru

Peluru, pita pengukur dan bendera Lontar Cakera

Cakera, pita pengukur dan bendera Merejam Lembing

Lembing, pita pengukur dan bendera

OUM

17

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Rajah 1.17: Acara lompat tinggi memerlukan Tiang dan palang lompat tinggi, tilam, pita pengukur dan bendera

(f)

Stadium Olahraga Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelangang atau di gunakan untuk kejohanan olahraga. Bagi kejohanan di bawah kelolaan dan pengawasan KOAM dan IAAF peraturan 12.1(a) permukaan trek yang di gunakan perlu mendapat kelulusan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh KOAM dan IAAF Trek dan Lorong Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter, lebar trek yang di gunakan harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong. Di sebelah dalam trek perlulah di letakan bendul simen. Sementara bagi trek rumput pengajur boleh menggunakan bendera yang di condongkan ke sebelah dalam pada sudut 60. Bendera ini perlu di susun pada setiap 5 meter. Lebar setiap lorong adalah diantara 1.22 125 meter dan di tandakan dengan garis 5 cm.

(f)

Rajah 1.18: Di sebelah dalam trek perlulah di letakan bendul simen

18

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

Rajah 1.19: Trek 400 meter pertandingan perlu mengikuti spefiksi IAAF

1.5

KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR

Dalam kejohanan olahraga terdapat kategori umur mengikut lelaki dan wanita, yang telah di tetapkan oleh Kesatuan Olaraga Amatur Malaysaia (KOAM). Kategorinya ialah
Jadual 1.11: Kategori Lelaki LELAKI Kategori Junior Senior Veteran Kumpulan Umur Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Jadual 1.12: Kategori Perempuan PEREMPUAN Kategori Junior Senior Veteran Kumpulan Umur Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan

OUM

19

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

Semak Kendiri 1.2


Cirikan kasut berpaku yang di benarkan mengikut peraturan KOAM Nyatakan alat yang di perlukan dalam mengendalikan acara lompat tinggi Nombor perlu di pakai oleh atlet untuk memudahkan pengurusan olahraga, nyatakan bahagian di mana perlu di letakan nombor Cirikan trek dan lorong standard yang telah di tetapkan mengikut peraturan KOAM Cirikan kategori peserta lelaki yang di tetapkan oleh KOAM

RUMUSAN
Olahraga merupakan sukan tertua didunia. Pada tahun 1896 apabila sukan olimpik moden di perkenalkan di Greece olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang. Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Malahan dalam pesta olimpik kuno semua acara yang dipertandingkan adalah acara larian. Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard. Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri. Dalam tahun 1880 an berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh jurulatih dan pakar sains sukan. Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya gaya ini dikenali di Australia sebagai kangaroo start. Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula terkenal pada abad ke 20. Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk lompat jauh berdiri. Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelanggang olahraga meliputi kawasan trek (gelanggang balapan), gelanggang padang dan jalan raya. Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan seseorang atelit. Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja, decathlon merupakan gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.

20

OUM

TOPIK 1

SUKAN OLAHRAGA

Acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari. Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri mata dan peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang. Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang. Kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa 2 hari. Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yang dipertandingkan dalam masa satu hari. Pengiraan mata sama seperti decathlon dan heptathlon. Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pentathlon di pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu. Maraton merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingan olahraga. Maraton dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer. Di sekolah biasanya acara merentas desa yang mengambil alih acara maraton. Acara merentas desa juga menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak lariannya agak pendek. Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) terdapat beberapa kelas. Seorang atelit olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain boleh berkaki ayam atau memakai kasut pada mana-mana kaki. Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaannya. Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atelit di wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang. Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelanggang atau di gunakan untuk kejohanan olahraga. Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter, lebar trek yang digunakan harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong.

OUM

21

SUKAN OLAHRAGA

TOPIK 1

PERKATAAN PENTING
Sukan tertua di dunia Satu bidang seni Acara wajib Acara utama Masa pertandingan yang standard Gaya permulaan Gaya gunting. Gaya timur Gaya guling barat Lompat jauh berdiri Gelanggang balapan Gelanggang padang Acara trek Acara lumba lari. Decathlon Heptathlon Pentathlon Maraton Acara merentas desa Lumba jalan kaki Acara tarik tali Majlis sukan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) Tapak kasut berpaku Blok permulaan Baton KOAM Iaaf Veteran Senior Junior Otot-otot Jantung Paru-paru Minda Kecergasan otot Saraf tunjang

RUJUKAN
Clarke, R. & Boyle, R. (1978). Successful Track and Field. Dubuque, Iowa: Walliam C. Brown. Darren Bennet. (1992). Sports Facts Athletic Sports. London: Franklin Watts. Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn. Bhd. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (2003). Undang-undang Kejohanan Olahraga 3. Teng Bong Tong. (1994). Gerko: Panduan Pengajaran Olahraga: Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti. Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan. Karisma Publication Sdn. Bhd. http://www.onlineshoes.com/ http://www.shop.com/op/sprod

22

OUM