Anda di halaman 1dari 30

60 Minit Bersama Menteri

Yang Berhormat Datuk Seri Zainuddin Maidin


Menteri Penerangan Malaysia

MEMBENTUK
MINDA
MASYARAKAT
BERDAYA
SAING
Suntingan
Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia


Kementerian Penerangan
B.K. 001 (B.M) Feb. 2007 (020.)
Laman Web. http/www.penerangan.gov.my
e-mail:webmaster @inform.gov.my
Dicetak oleh Gemilang Press Sdn.Bhd.
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

2
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

60 Minit Bersama Menteri


Yang Berhormat Datuk Seri Zainuddin Maidin
Menteri Penerangan Malaysia

M elalui slot RTM 60 Minit Bersama Menteri yang disiarkan pada


pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam pada 17 Januari 2007,
Yang Berhormat Datuk Seri Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan
telah diwawancara oleh perantara Sayed Munawar Sayed M. Mustar.
Berikut ialah wawancara penuh tersebut.

Perantara:
Sayed Munawar Sayed M. Mustar

Assalammualaikum dan Salam Bahagia. Saudara sedang menyaksikan


60 Minit Bersama Menteri dan pastinya saudara telah diuar-uarkan
terlebih awal bahawa tetamu bersama Menteri pada malam ini adalah
Yang Berhormat Datuk Seri Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan
Malaysia. Saudara, dalam hakikat kita melihat pembangunan Negara ini
pembentukan bangsa Malaysia itu pastinya penting dengan usaha kita
menitipkan satu wawasan dan hasrat yang sama. Hasrat dan wawasan
itu hanya dapat dibina jika semua rakyat Malaysia berkongsi inti dan
input yang sama dan berkongsi wawasan serta hala tuju yang sama.
Ini semua menyedarkan kita tentang pentingnya peranan Kementerian
Penerangan.

Dalam konteks sejarah Malaysia, kita melihat bagaimana usaha untuk


membentuk fikrah dan minda Malaysia telah terbina dalam fasa-
fasanya semenjak sebelum kemerdekaan, penentangan komunis dan
hari ini ledakan maklumat serta dunia informasi yang serba canggih.
Kita melihat bagaimana cabaran yang semakin mencabar yang harus
ditangani oleh Kementerian Penerangan.

3
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

Justeru, pada malam ini, tetamu Bersama Menteri, Yang Berhormat


Datuk Seri Zainuddin Maidin Menteri Penerangan Malaysia akan
memberikan kupasan terhadap peranan khususnya Kementerian
Penerangan dalam konteks negara Malaysia yang semakin maju dan
berkembang pesat.

Soalan:
Assalammualaikum dan apa khabar Datuk pada malam ini?

Jawapan:
Waalaikumsalam. Baik.

Soalan:
Jadi, kalau boleh saya ingin memulakan dengan satu usikan soalan yang
selalu saya dengar di luar sana yang menggangap bahawa ketrampilan
Datuk di dalam mengepalai Kementerian Penerangan ini lebih dilihat
banyak menyentuh tentang perkembangan Radio Televisyen Malaysia
(RTM). Justeru Datuk disebut sebagai Menteri RTM dan bukan Menteri
Penerangan. Jadi mungkin ada komen balas daripada Datuk dalam hal
ini?

Jawapan:
Saya ingat anggapan orang ramai itu benar dan betul oleh kerana saya
lebih banyak bercakap tentang RTM daripada lain-lain jabatan di bawah
Kementerian Penerangan. Selalunya juga saya tidak banyak menyebut
Kementerian Penerangan tetapi banyak mempromokan RTM. Di
bawah Kementerian Penerangan sendiri kita ada Jabatan Penerangan,
Filem Negara, JASA dan Bernama selain daripada RTM. Tetapi memang
penonjolannya adalah RTM. Sebab saya menggangap RTM adalah teras
yang akan memberikan imej kepada semua Kementerian Penerangan
sendiri. Kalau teras ini kuat, maka semua jabatan akan dilihat kuat
dan berpengaruh. Di dapati RTM menghadapi masalah iaitu masalah
terhadap persaingan. Persaingan dengan banyak stesen televisyen
swasta lain. Manakala lain-lain jabatan pula tidak menghadapi
persaingan secara langsung. Jadi, kalau sekiranya kita bersikap tidak

4
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

prihatin terhadap persaingan ini dan kita tidak menonjolkan atau tidak
mempromokan, maka kewujudan RTM mungkin akan dilupakan. Jadi
itu sebabnya dalam banyak hal, malah baju yang saya pakai orang tegur
baju RTM. Tapi merupakan adalah satu dokongan, semangat yang
saya harap dilihat sebagai usaha untuk mempromokan RTM. Kalau itu
telah menjadi perhatian bahawa saya dianggap sebagai Menteri RTM,
maknanya sedikit sebanyak usaha yang telah dijalankan telah berjaya
untuk menonjolkan RTM.

Soalan:
Jadi Datuk tidak gusar dengan jolokan Menteri RTM?

Jawapan:
Tidak, saya rasa lebih bangga dan menambahkan keyakinan diri saya
dan juga Kementerian dan semua yang mendokong Kementerian ini.

Soalan:
Baik Datuk, saya menyentuh apa yang Datuk nyatakan sebentar
tadi. Hakikat bahawa RTM mempunyai persaingan dan untuk kita
menangani persaingan itu banyak perubahan telah diperkenalkan.
Kalau kita bertanya pada audiens serta penonton di luar sana ramai yang
menganggap, bahawa RTM telah pun mengalami fasa perubahannya
dan perubahan terkini semenjak di bawah kepimpinan Datuk. Tetapi
soalnya, apakah perubahan telah pun Datuk laksanakan?

Jawapan:
Orang berkata ada perubahan. Tetapi saya sendiri kadang-kadang
tidak yakin apakah perubahan yang sedang berlaku. Saya lebih suka
mendengar ada orang mengatakan ada perubahan. Bagaimanapun,
dalam banyak hal kita masih menerima banyak teguran terutamanya
yang kita sedar iaitu dari segi presentasi RTM itu sendiri, dari segi
teknikal, dan sebagainya. Maka kita menghadapi masalah. Tetapi
dalam pada itu kita telah banyak membawa pembaharuan tidak
hanya seperti di RTM 1 dan RTM 2, tetapi juga bagi radio sendiri.
Radio juga sedang dibuat perubahan di semua 32 stesen radio supaya

5
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

dapat bersaing dengan radio lain. Tetapi dalam televisyen kita dapat
melihat sejak pagi sehingga ke malam perubahan-perubahan yang
dilakukan. Pembaharaun-pembaharuan yang dilakukan ialah dari segi
keagamaaan, sosial, dan hiburan.

Suka saya katakan, terutama program di sebelah pagi. Umpamanya


orang ramai tidak sedar apa yang saya katakan kita ada Bicara Mufti
yang telah di tetapkan. Kita anggap mufti adalah orang atau ulamak
yang berautoriti, yang ada kredibiliti dan di iktiraf. Di samping itu,
kita juga ada memanggil jemputan cendiakawan agama ke program
kita tetapi kita juga mahu orang yang bercakap adalah orang yang
diterima oleh masyarakat. Oleh itu, kita mengadakan program tersebut
pada tiap-tiap pagi. Ramai yang tidak sedar pada pukul 6.45 pagi kita
menjemput mufti dari tiap-tiap negeri muncul memberikan syarahan
agama selama 15 minit mengenai hukum. Jadi, saya menyeru orang
ramai supaya menonton RTM sejak awal pagi lagi.

Selain itu, kita juga ada program Islam Hadhari setiap hari dan bukannya
hanya berselang-seli, malah setiap hari di Selamat Pagi Malaysia.
Memandangkan program ini tidak berapa popular menyebabkan ianya
tidak diketahui oleh orang ramai.

Selepas itu, kita adakan satu ruangan yang sangat penting yang
banyak menerima anjuran dan harapan orang ramai untuk membina
intelektualiti masyarakat kita. Maka kitalah satu-satunya stesen yang
mengadakan resensi buku atau ulasan buku yang saudara pengantara
sendiri sebagai pengacaranya. Setiap hari perlu diketahui di sini, saya
ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan kepada orang ramai
bahawa resensi buku ini ada pada setiap hari dan masanya hanyalah
5 minit sahaja. Ini dilakukan supaya orang ramai tidak lari daripada
kita dan buku. Kita bukan hanya membawa buku dan mengulas buku
tapi kita juga pergi ke kedai-kedai buku dan menemuramah penerbit-
penerbit dan pengarang-pengarang buku itu sendiri. Ini tanggungjawab
sosial. Tanggungjawab kita untuk membentuk masyarakat membaca
sekaligus membentuk minda masyarakat maju. Masyarakat maju adalah

6
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

masyarakat yang membaca, jadi kita mengambil tanggungjawab itu.

Soalan:
Ramai yang memberikan pandangan tentang pendekatan RTM
tentang pembaharuan yang telah di bawa. Meskipun Datuk telah
cuba memperkenalkan banyak pembaharuan dan memberikan input
yang pelbagai tetapi ada yang berpendapat RTM masih kekurangan
the x factor atau faktor x yang mungkin boleh menarik golongan
muda khususnya. Jadi, apakah pendekatan popular itu langsung tidak
menjadi penekanan RTM sendiri?

Jawapan:
Itu tidak benar. Saya cukup sedar bahawa mungkin banyak teguran
dan bukan teguran sahaja saya terima, malah saya merasakan orang-
orang muda tidak banyak yang menonton RTM. Tetapi sekarang ini
telah banyak yang mengatakan yang mereka telah mula berubah
kepada RTM kerana program-program yang disediakan walaupun
itu merupakan Talk Show atau Bicara. Ia juga telah banyak menarik
perhatian dan menjadi ikutan kepada pihak lain. Kita mengimbangi
dalam pembinaan intelektualiti di samping memberikan hiburan.
Umpamanya kita mengadakan hiburan-hiburan yang sihat. Ada

7
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

antaranya untuk menarik anak muda, yang terbaru kita mengadakan


Anugerah Filem Pendek yang terbahagi kepada kategori hiburan,
public announcement, dokumentari dan juga komedi. Ini ternyata
apa yang saya katakan itu benar bahawa anak muda telah kembali
kepada RTM. Iaitu dengan penyertaan yang diterima begitu ramai.
Kita memberikan keputusan pada 27 Januari ini di mana satu majlis
anugerah diadakan secara besar-besaran di RTM. Ini disertai bukan
sahaja oleh orang Melayu tetapi juga oleh orang bukan Melayu dan
saya telah menonton sebahagian daripada filem pendek tersebut dan
baru saya sedar bahawa taraf pemikiran anak muda kita telah sampai
pada tahap yang boleh dianggap sebagai taraf antarabangsa. Kita
sedar perkara ini dan meminta semua institusi pelajaran, universiti-
universiti dan sebagainya untuk tampil menyertai.

Di samping itu, kita ada hiburan setiap minggu. Kita adakan untuk
anak-anak muda tetapi kadang-kadang orang tidak mengikuti
maka orang tidak tahu apa yang kita lakukan. Antara lain selain
hiburan, kita membawa dan mengimbangi nilai-nilai kita. Kita
membawa anak-anak muda mengembangkan lagu-lagu Melayu. Kita
mengadakan pertandingan Lagu-lagu Melayu Asli bersama-sama
dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).
Mengadakan Pertandingan Lagu-lagu Melayu Asli. Cuba kita lihat
dan perhatikan, kita bukan sahaja membawa penyanyi lama tetapi
penyanyi muda juga bersama-sama dengan penyanyi lama atau veteran

8
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

itu. Jadi, ternyata bahawa VCD klasik yang kita jual sekarang ini yang
paling laris ialah lagu-lagu asli. Ini menandakan bukan sahaja ia dicari
oleh golongan veteran atau yang umurnya seperti saya tapi juga oleh
anak-anak muda. Mereka mula memerhatikan, kita menyedari bahawa
selama ini lagu-lagu lama itu hanya dinyanyikan oleh penyanyi lama
sahaja. Jadi, kita lupa pada usia kita, kita lupa pada ketika usia saya
40 tahun yang lalu, saya lihat ini semua kerana orang yang menyanyi
ketika itu orang yang muda tapi bagaimana kita mengharapkan anak
muda melihat orang tua yang menyanyi pada masa sekarang?

Jadi sekarang, kita


telah sedar dan kita
cuba membawa
penyertaan anak muda
dalam semua aspek dari
pembinaan nilai-nilai,
dari segi hiburan dan
sebagainya. Ini juga
adalah masalah yang
sukar bagi RTM tetapi
kita mencuba dan kita
yakin apa jua percubaan kita, telah mula menjadi ikutan pihak lain.
Umpamanya apabila kita mengadakan Radio RIMA. Radio RIMA mula
mendapat sambutan kini. Kita sangka ia tidak mendapat sambutan
pada awalnya. Ada juga pihak telah mengadakan siaran radio yang
hampir sama. Apabila kita menukarkan radio RIMA itu kepada Radio
Klasik yang pada mulanya hanyalah di Kuala Lumpur sahaja tetapi
sekarang telah menjadi Klasik Nasional, ternyata bahawa sambutannya
menggalakkan. Untuk menarik anak-anak muda kita mengadakan
diskusi Fenomena Seni yang mencabar pemikiran anak-anak muda maka
ada pihak–pihak lain telah mengikuti langkah ini. Jadi inilah saya rasa
yang memberikan keyakinan kita untuk terus membawa pembaharuan
bagi menarik golongan muda. Ini saya bercakap kebanyakan program
di TV1. Tapi TV2 pun banyak yang kita telah lakukan.

9
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

Soalan:
Ya, dalam hal sedemikian timbul dua persoalan tambahan di sini. Soalan
saya yang menyusul adalah pertamanya, telah banyak pembaharuan
yang telah kita buat tetapi seolah-olah masyarakat tidak menyedari
perubahan itu. Jadi, di manakah kekurangannya? Apakah promosi
yang tidak menepati sasaran Datuk?

Jawapan:
Bukan. Sebabnya adalah persepsi. Untuk mengubah persepsi adalah
sukar. Yang pertama sekali, mereka telah dibiasakan dengan televisyen
swasta. Sebab pada ketika televisyen swasta berada di pasaran,
RTM seolah-olah merasakan tidak perlu membawa pembaharuan.
Tetapi televisyen swasta yang datang di pasaran datang dengan satu
brand, dengan satu pengenalan yang menggemparkan. Umpamanya
masih lagi saya ingat Solid Gold yang mencabar dan dianggap tidak
mempunyai nilai-nilai kita. Tetapi itu adalah strategi pemasaran yang
akhirnya walaupun ada bantahan oleh masyarakat, tetapi tiap-tiap
kontroversi yang menimbulkan atau memberikan cabaran kepada
masyarakat menjadi popular dan strategi ini juga tidak perlu dibiarkan
dan kita harus menjawab. Menjawab dengan bersaing.

Tetapi apabila kita telah terlambat dengan pesaing ini umpamanya


dari segi berita dan sebagainya, kita menghadapi masalah. Dari
segi berita memang. RTM saya mengatakan masih kalah tapi kita
akan membawa pembaharuan dari masa ke semasa. Sebabnya RTM
tidak boleh dan tidak perlu mensensasikan sesuatu yang tidak perlu
disensasikan. RTM tidak boleh mewujudkan umpamanya satu suasana
yang akan menghilangkan kepercayaan rakyat di Negara ini dengan
memperbesar-besarkan seperti berita-berita jenayah dan mengadakan
program-program jenayah yang seolah-olah Negara kita berada dalam
keadaan jenayah. Sedangkan kejadian-kejadian jenayah itu bukanlah
hanya berlaku di Negara kita sahaja tetapi juga di Negara-negara maju.
Sedangkan kita mahu kepada kemajuan tetapi ada pula berita-berita
seumpama itu. Oleh kerana Negara kita bebas, maka banyak yang kita
dapat tetapi media tidak seharusnya membantu dan mensensasikan

10
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

supaya ia menjadi di pasaran.


Itu pendirian kita. Ini tidaklah
sehingga menyebabkan rakyat
berasa takut, Rakyat merasakan
Negara berada penuh dengan
jenayah padahal kita mempunyai
pasukan keselamatan. Polis kita
dapat mengawal keamanan dan
keselamatan negara. Dalam hal
ini kita mahu menyedarkan masyarakat. Radio kita banyak memainkan
peranan dalam membantu pihak keselamatan.

Soalan:
Menarik sekali apabila pandangan balas yang Datuk berikan tadi,
juga menyusul soalan yang berikutnya. Datuk memberikan gambaran
bahawa bagaimana RTM telah mempelopori beberapa program yang
kemudian diikuti stesen lain. Cuma malangnya apabila telah di ambil
alih oleh stesen lain dengan pendekatan mereka yang lebih sensasi dan
popular itu mengakibatkan orang terlupa bahawa hakikatnya RTM
yang mempelopori program-program yang sedemikian?

Jawapan:
Saya positif dalam soal ini. Soalnya ialah kita mesti ingat RTM adalah
sebuah stesen yang kita akui sebuah stesen yang dipunyai oleh
Kerajaan. Tugas kita adalah untuk mengembangkan mesej kita. Untuk
menyampaikan sebanyak, sejauh dan seluas mungkin supaya penonton
kita dan pendengar kita luas. Jadi, tidak seharusnya apa yang dilakukan
oleh RTM kalau menjadi turutan atau ikutan yang dilakukan pihak
lain maka kita berterima kasih. Sebab kita menjadi sebagai catalyst
kepada pengembangan dan perluasan penyampaian maklumat-
maklumat daripada pihak Kerajaan. Jadi, sekarang saya melihat dari
segi tanggungjawab saya gembira melihat televisyen swasta telah
giat menyampaikan pengumuman, mesej, membuat kapsul-kapsul
kenegaraan dan mesej sosial yang telah disampaikan. RTM tidak
bersendirian dalam soal ini. Ini kita galakkan dan kalau sekiranya

11
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

sekarang RTM mengembangkan lagu-lagu Melayu dan kalau stesen


lain turut berbuat demikian, maka tanggungjawab RTM itu semakin
meluas dan semakin diterima. Itu yang penting.

Soalan:
Jadi sekaligus timbul persoalan juga berkaitan dengan rating yang
banyak diperdebatkan. Malah di RTM sendiri pun banyak persoalan
yang timbul berkaitan rating ini. Apakah pandangan Datuk dalam hal
ini, apakah rating itu tidak menjadi kepentingan sama sekali dalam
RTM?

Jawapan:
Saya telah mengambil keputusan bahawa kita tidak lagi akan subscribe
kepada agensi rating. Saya berpendapat agensi rating ini, adalah untuk
mendapatkan iklan, untuk menggalakkan atau meyakinkan pengiklan-
pengiklan supaya mengiklan di RTM. RTM mahu iklan bukan tidak
mahu iklan, tetapi ini bukanlah satu kemestian bagi RTM. Agensi rating
ini tidak membantu kita menaikkan penonton. Jadi, kalau tiap-tiap kali
kita melihat rating agency ini kadang-kadang memberikan angka-angka
yang tidak begitu meyakinkan kita. Umpamanya bila kita bersaing
tempoh hari tentang pernikahan dan perkahwinan Siti Nurhaliza dan
Datuk Khalid dan kita pula ada Mawi dan Ina. Tetapi pada malam itu
agensi rating memberi jumlah penonton 10 juta. Apakah ada 10 juta
penonton di Malaysia pada satu malam menyaksikan sehingga 10 juta?
Setelah kita tidak yakin pada rating diberikan, kemudian diubah dan
diubah lagi. Jadi saya sebagai Ketua Pengarang Akhbar dahulu, saya
tahu. Saya tahu dalam soal-soal iklan dan agensi ini, apakah benar
atau tidak. Saya tidak menuduh membuat rating yang palsu tetapi saya
percaya pada iklan akhbar.

Sekarang ini RTM mempunyai MOU dengan pihak Utusan. Utusan


Melayu menjadi ejen pasaran kita bagi radio. Dengan adanya MOU ini,
maka selain daripada mereka mencari iklan dengan kadar yang kita
tentukan dan mereka juga mendapat faedah daripadanya, mereka
juga memberikan kita sebagai timbal balas iklan percuma untuk RTM

12
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

sebanyak lebih 2 juta setahun. Jadi, apa yang orang ramai saksikan hari
ini, iklan dalam Utusan adalah tanpa kita bayar. Tetapi itulah perjanjian
kita sebagai timbal balas daripada apa yang mereka dapat daripada
kita. Kesannya memang besar, kalau tidak ada kesan pada masa ini
penonton tidak dapat melihat bagaimana stesen swasta turut bersaing
mengiklan program ini dalam akhbar Utusan.

Soalan:
Ada yang bertanya Datuk, mengapa Utusan?

Jawapan:
Kerana Utusan yang terbaik dan Utusan memberi tawaran terbaik dan
kita menawarkannya. Jadi, kita percaya Utusan mempunyai pembaca
yang tinggi sekali di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu.
Kini mereka kembali menjadi akhbar nombor satu di Malaysia. Maka
kami rasa kita mempunyai pilihan yang tepat. Sekarang banyak
program-program yang kita tonjolkan dari masa ke semasa.

Kita kembali kepada pembaharuan, kita melihat apa yang dilakukan


oleh RTM dari segi nilai dan pembangunan nilai ataupun kesenian.
Kita mengembalikan usaha apabila kita bekerjasama dengan KeKKWa.

13
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

KeKKWa dalam usaha mengembangkan nilai-nilai nasional. Umpamanya


apabila kita menyiarkan semula program Pop Yeh Yeh. Kita adakan satu
program di KeKKWa dan kita telah mendapat penonton lebih 2 juta.
Jadi kita ulangkan lagi. Itulah kesannya. Jadi RTM ada penontonnya
sendiri.

Demikian juga yang sedang berkembang sekarang adalah rancangan


Bangsawan. Bangsawan kita telah adakan dan ini juga saya percaya
akan berkembang. Tetapi perubahan yang jelas yang kita buat adalah
Warta Perdana. Warta Perdana akan ada perubahan lagi. Kita telahpun
membuat perubahan tapi saya sendiri menyedari Warta Perdana belum
menampakkan perubahan yang begitu meyakinkan. Tetapi Galeri
Perdana pada 8.30 malam selepas berita, telah mendapat sambutan
yang cukup hebat. Saya mendapat feedback yang cukup baik dengan
Galeri Perdana ini. Tetapi Galeri Perdana ini membawa cerita-cerita
human interest luar Negara dan sebagainya dari masa ke semasa.

Di samping itu, kita akan adakan kapsul-kapsul pendek tentang


kemerdekaan. Warta Perdana kita InsyaAllah dalam minggu ini juga
kita akan lihat banyak perubahan akan berlaku bagi Warta Perdana.
Dulu kita menerima banyak sungutan tentang berita Inggeris yang
menyebabkan orang ramai tidak lagi melihat Warta Perdana kerana
berita Inggeris pada pukul 7.30 malam dan orang ramai tengok pada

14
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

pukul 7.30 malam berita Inggeris. Maka penonton tidak lagi melihat
Warta Perdana jam 8.00 malam. Sekarang atas kehendak orang
ramai berita Inggeris ialah News at 10 di RTM 2. Berita Mandarin kita
kekalkan pada pukul 8.00 malam dan atas kehendak orang-orang India
sendiri kita telah kembalikan berita Tamil pada 8.30 malam. Kemudian,
siaran bahasa Mandarin dan Cina kita tambahkan dengan Talk Show
dan Bicarawara dalam bahasa Mandarin dan sebagainya. Oleh kerana
perubahan ini juga saya harap umpamanya dalam RTM 2 orang yang
melihat filem-filem Inggeris untuk tidak diganggu dengan Dateline
pada pukul 12.00 tengah malam dan sekarang mereka boleh terus
menonton movie sampai akhir tanpa gangguan oleh berita. Inilah
perubahan-perubahan yang kita buat dari masa ke semasa dan orang
ramai perlulah menyertai kita barulah mereka tahu perubahan yang
kita buat.

Soalan:
Datuk, sebelum kita menyiarkan pandangan dalam e-mail yang kita
terima, mungkin saya boleh kaitkan juga apa yang Datuk nyatakan tadi
ada kaitannya dengan radio. Kita banyak bercakap soal televisyen. Jadi,
pembaharuan yang telah dibawa radio, kita lihat bagaimana peranan
RIMA sebelum ini. Datuk mengatakan RIMA telah ada pengikutnya
sendiri dan ada pula yang menganggap itu satu yang penting untuk
dikekalkan, kemudian kita beralih kepada Klasik Nasional. Mungkin
Datuk ingin mengulas sedikit peralihan itu?

Jawapan:
Peralihan ini merupakan kehendak orang ramai sendiri. RIMA ini
diperkenalkan oleh Datuk Mohamad Rahmat, Menteri Penerangan
yang lama. Ia terbatas di Kuala Lumpur sahaja. Kebanyakan mereka
yang meminati lagu Melayu dan pop Melayu dan sebagainya. RIMA ini
mempunyai pendengar yang cukup setia. Saya menerima permintaan
untuk diperluaskan ke peringkat nasional, tetapi kita memerlukan
perbelanjaan yang besar. Jika hendak mengadakan siaran pemancar
di seluruh Malaysia, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM50 juta.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengadakan radio sendiri

15
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

dan hanya meliputi kawasan-kawasan bandar sahaja, itu mungkin


perbelanjaannya RM5 juta diperlukan. Walaupun mungkin kita mampu
untuk membelanjakan sebesar RM50 juta bagi kepentingan nasional
tetapi apakah ia akan berupaya menjadi satu radio nombor satu di
Malaysia?

Apabila saya memikirkan, akhirnya saya menyedari hakikat bahawa


Radio Nasional itu sudah tidak ramai pendengarnya. Apabila saya
pergi ke kampung-kampung dan sebagainya, saya bertanya dan ada
di antara orang ramai yang tidak lagi mendengar Radio Nasional. Jadi
sebab itulah saya menukarkan Radio Nasional itu menjadi Radio Klasik.
Kita selamatkan RM50 juta atau sekurang-kurangnya 5 juta. Sekarang
ternyata Radio Klasik menjadi radio yang paling berprestij, paling
terkenal dan paling ramai didengar oleh orang ramai. Kalau saudara
tidak percaya, pergilah kemana-mana sahaja. Kebanyakan orang
sekarang mendengar Radio Klasik dan pendengar-pendengar Radio
Klasik ini bukan terdiri daripada orang biasa-biasa sahaja, saya jumpa
kebanyakan pegawai tinggi Kerajaan di Kuala Lumpur mengatakan kami
sekarang telah ada radio semula. Dulu kami tidak ada radio, tidak tahu
yang mana hendak dengar. Tapi sekarang kita menerima banyak syor
malah ada pihak yang sanggup menghantar lagu-lagu yang disimpan
sekian lama untuk diberi kepada RTM. Saya juga menganggarkan
sekarang ini pendengarnya telah meningkat. Dulu hampir 700 ribu
dalam jangka masa tiga hingga empat bulan yang lepas tetapi sekarang
ini jumlahnya melebihi 1 juta. Ini menyakinkan, apabila balik kampung

16
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

ramai yang datang dan mengucapkan terima kasih kepada saya.


Mereka mengatakan sekarang kami ada radio, kami mendengar radio.
Dengan itu, kita akan memperbaiki lagi serta meningkatkan lagi radio
KLFM dan kita akan pergi satu-persatu dan akhirnya semua radio kita
dapat pendengar sendiri dan menjadi popular. Radio-radio negeri juga
adalah radio yang popular tetapi radio yang paling popular sekarang
adalah Radio Klasik Nasional.

Soalan:
Hakikatnya tidak ramai yang tahu Datuk bahawa di bawah Kementerian
Penerangan mempunyai 32 saluran radio, sesuatu yang cukup mewah
sekali dan juga pilihannya yang cukup banyak.

Jawapan:
Ya. Benar sekali.

Soalan:
Kita dengar pandangan orang ramai tentang RTM

Pandangan Orang Awam 1:


Penjenamaan semula RTM 1 dan 2 sesuatu yang memberikan impak
yang lebih kepada penonton yang selama ini menunggu siaran RTM
1 dan RTM 2 yang lebih memberikan hidangan yang eksklusif. Bagi
penduduk bandar mungkin dia banyak pilihan tetapi bagi penduduk
luar bandar mereka memang menanti-nantikan saluran Kerajaan
terutama saluran RTM 1 dan RTM 2 menjadi nadi kepada sumber
maklumat yang sahih.

Pandangan Orang Awam 2


Sekarang ini berita lebih padat dan bagus. Memang banyak, sejak
penjenamaan semula ini memang bagus RTM, ada hiburan, ada drama,
everything ada dalam RTM.

Pandangan Orang Awam 3


Sampai sekarang siarannya masih tidak mempunyai peningkatan, dan

17
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

apabila saya balik kampung juga RTM 2 memang tidak memuaskan.


Sebab itulah saya beralih ke stesen swasta. Rancangannya menarik,
cuma tahap siarannya tidak jelas. Itu sahaja.

Pandangan Orang Awam 4


Dulu 45 minit tapi dipendekkan ke 30 minit. Berita apa yang hendak
di sampaikan dan isu makin lama makin ada dan makin banyak. Bukan
satu isu sahaja. Tidak patut dikurangkan malah patut ditambahkan
lagi.

Soalan:
Itulah merupakan pandangan masyarakat di luar sana Datuk, berkaitan
dengan perubahan. Kita boleh kaitkan dengan e-mail yang telah
kita terima pula Datuk. Pertama, beliau mengucapkan tahniah atas
usaha pembaharuan RTM dan melihat Warta Perdana di RTM telah
dipendekkan kepada 30 minit . Ini sesuatu yang baik jika pengisiannya
di perkemaskan. Setiap kandungan berita haruslah dipendekkan
dengan memberi penumpuan kepada yang penting sahaja. Ia memberi
ruang supaya lebih banyak bahan disiarkan supaya penonton tidak
bosan. Beliau melihat sesuatu kandungan berita terlalu panjang dan
meleret dan ini menghadkan sesuatu kandungan keseluruhan dan
tambah menghampakan apabila stesen lain memaparkan berita tetapi
tidak terdapat di RTM kerana masanya telah pun dipendekkan kepada
30 minit.

Jawapan:
Saya fikir teguran itu semua adalah benar. Seberapa boleh berita itu
kita ringkaskan dan tidak terlalu panjang supaya kita dapat mengisi
apa yang penting dalam masa 30 minit. Tetapi perubahan masa selama
30 minit ini kerana menyedari sumber maklumat terlalu banyak dari
pagi sampai ke petang. Malah mereka yang mempunyai telefon bimbit
pun boleh mendapat berita pada tiap ketika. Saya pun apabila pagi
membuka telefon, saya akan mendapat maklumat banjir seperti jumlah
pemindahan telah berkurangan daripada 100 ribu kepada 80 ribu. Kita
sudah baca. Itu sudah cukup untuk kita mendapat maklumat.

18
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

Demikian juga dalam berita RTM ini. Saya tidak fikir ada orang yang
duduk sepanjang satu jam di depan televisyen untuk mendengar
berita. Soalnya adalah soal penyampaian. Kita mempunyai masalah,
masalah dengan golongan profesional RTM sendiri. Itu kita akui dan
kita cuba memperbaiki. Teguran tadi itu adalah benar. Kadang-kadang
kita dapati berita yang terlalu panjang tidak perlu dipanjangkan.
Saya sendiri sebagai bekas wartawan cukup menyedari kelemahan-
kelemahan yang ada dan kita masih dalam proses. Wartawan yang
berpengalaman ini juga tidak terlalu ramai malah menjadi satu masalah
shortage of journalist atau kekurangan wartawan ini menjadi masalah
yang besar di Malaysia.

Kalau dikatakan, mengapa stesen swasta lebih baik? Maka itu adalah
soalan-soalan yang memerlukan kita bersaing dan dalam banyak hal
dalam memberi atau menawarkan kerja kepada golongan profesional
yang lebih berkualiti tentulah sukar bagi pihak Kerajaan bersaing.
Tetapi kita ada juga orang yang cinta dengan RTM, yang mahu bekerja
dengan RTM dan mereka sanggup walaupun barangkali gaji tidak
sebesar dengan swasta tetapi mereka cuba membina diri mereka
dengan RTM, ini dapat dilihat. Soalnya apabila RTM telah dapat
membangunkan dirinya menjadi satu stesen yang paling mantap dan
berpengaruh serta popular, maka orang akan berada dengan kita.

Soalan:
Kita ada pemanggil di talian.

Pemanggi 1:
Semenjak akhir-akhir ini RTM begitu dapat diterima oleh masyarakat.
Tetapi bagi program orang-orang muda seperti belia dan remaja masih
lagi kurang. Saya rasa RTM perlu mengambil pendekatan yang proaktif
untuk menarik orang muda beralih kepada RTM.

Pemanggil 2 :
Tahniah kepada Datuk Zam. Saya lihat ada perubahan yang baru di
Kementerian Penerangan. Datuk pula saya lihat banyak membuat

19
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

keterbukaan kepada RTM, sehinggakan pembangkang pun Datuk


memberi peluang keluar di dalam televisyen. Adakah itu merupakan
satu keterbukaan yang Datuk rasa kita dapat membina satu rakyat
Malaysia yang gemilang?

Jawapan Menteri

Jawapan:
Saya memang bersetuju bahawa satu masalah yang besar dan kita
memerlukan inovasi dan kreativiti bagi melahirkan program-program
untuk anak-anak muda. Bagi anak-anak muda saya sedar mereka banyak
melihat televisyen swasta. Tetapi kita tidak mahu menampakkan kita
juga menggunakan konsep yang sama untuk membawa anak-anak
muda kepada kita. Itulah sebab kita tidak harus mengadakan Akademi
Fantasia, tetapi ada cara lain yang kita boleh lakukan. Ini semua sedang
dirancang. Umpamanya yang kita rancang dan buat sebagaimana yang
saya katakan tadi, adalah Anugerah Filem Pendek, ini adalah satu usaha.
Disamping itu, kita ada program-program hiburan di RTM 2 yang seperti
diadakan sejak lama dahulu. Kita masih ada. Program-program hiburan
ini umpamanya, kita adakan Fenomena Ekostika yang memperkenalkan
anak-anak muda. Tetapi itu merupakan hiburan-hiburan yang sihat.
Kemudian, kita juga mengadakan dan memperkenalkan kembali Dikir
Barat. Dikir Barat memang mendapat sambutan daripada anak-anak
muda terutama di negeri Kelantan, memang hebat. Tetapi di universiti-
universiti juga telah ditubuhkan kumpulan-kumpulan anak-anak muda
untuk menubuhkan
Dikir Barat. Di Universiti
Kebangsaan Malaysia
(UKM) juga ada. Tetapi
saya fikir juga, mengapa
kita tidak boleh adakan
Dikir Barat ini dalam
bahasa Inggeris, bahasa
Tamil, bahasa Cina untuk
anak-anak muda di

20
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

kalangan mereka. Kemudian yang pastinya baru-baru ini kita adakan


Boria dalam bahasa Mandarin, Tamil dan bahasa Inggeris. Jadi, ini
merupakan pesta besar kemerdekaan yang telah saya rancangkan,
untuk menarik golongan muda bagi penyertaan semua universiti dan
institut pengajian tinggi, murid-murid sekolah, kumpulan-kumpulan
dan sebagainya untuk menyertai pertandingan ini sebagai satu pesta
merdeka yang akan kita adakan pada akhir tahun iaitu sempena
sambutan 50 tahun merdeka di Dataran Merdeka.

Tetapi lain-lain program untuk menarik anak-anak muda ini, kita akan
fikirkan dan kita akan rancang. Kita akan perkenalkan satu demi satu,
tetapi kita tidaklah mahu bersaing sehingga nampak kita percaya dan
berpegang kepada hiburan semata-mata. Kita tidak menolak pada
hiburan, saya memandang bahawa persaingan dalam bentuk apapun
adalah sihat. Umpamanya kita mengatakan dengan membuat contoh
Amerika merupakan sebuah negara yang mempunyai budaya hiburan
yang universal iaitu yang percaya kepada hiburan. Tetapi kita jangan lupa
bahawa di samping dianggap sebagai negara yang mempunyai budaya
hiburan yang universal iaitu yang percaya kepada hiburan, Amerika
menguasai dunia sekarang. Kenapa?

Ada perseimbangan. Tidak bererti bahawa golongan yang suka kepada


hiburan tetap suka kepada hiburan. Kita tetap dengan cara kita. Anak-
anak muda sekarang dengan cara anak-anak muda. Kejahatan dan
kenakalan daripada dulu sampai sekarang pun ada. Hanya kadang-kala
kejahatan dulu dengan kenakalan sekarang dimodenkan. Dulu, kita
terjun dalam sungai, sekarang ini mereka terjun dengan motor seperti
mat rempit. Jadi, soalnya hanya bagaimana kenakalan, kejahatan,
pembaharuan itu dan bagaimana pemodenanan dalam hiburan itu
mestilah ada kawalan. Itu sahaja. Kawalan itu pula adakah kita adakan
secara direct, secara langsung? Tidak. Kita terus membina sekolah-
sekolah, kita terus memberikan pelajaran kepada anak-anak maka kita
telah meningkatkan peluang-peluang pelajaran. Golongan terpelajar,
golongan yang menguasai ilmu itu lebih besar daripada golongan
yang semata-mata mementingkan hiburan. Tapi tidak juga golongan

21
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

hiburan. Umpama dirumah-rumah, saya percaya sekarang anak-anak


muda suka melihat hiburan, seperti Akademi Fantasia dan tidak bererti
orang yang melihat Akademi Fantasia itu telah rosak. Mereka terdiri
daripada pelajar-pelajar yang cerdik dan mereka maju dalam pelajaran.
Saya melihat dalam kalangan keluarga saya sendiri. Jadi anggapan
bahawa seolah-seolah hiburan itu akan merosakkan, barangkali satu
anggapan terlalu murah yang tidak berasaskan kepada penilaian yang
sebenar. Dalam persoalan ini saya sedar, RTM belum dapat kekuatan
untuk membawa anak muda ke RTM 1 umpamanya.

Konsep RTM 1, kita akan pergi ke arah membina konsep nasional,


ke arah satu bangsa yang berasaskan kepada unsur-unsur nasional
termasuk bahasa dan sebagainya. Dengan kedudukan bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu akan
menjadi gambaran RTM 1. Maka apa juga siaran dalam RTM 1 tetap dan
berasaskan kepada Misi Nasional, hasrat dan agenda nasional tetapi
cara penyampaian kita cukup sedar. Kalau tidak serius, tidak inovatif
dalam penyampaian, maka orang akan lari daripada kita. Saya cukup
sedar dalam perkara ini. Selalunya saya memikirkan masalah yang di
fikirkan oleh kita semua, tenaga yang ada di RTM. Bagaimana untuk
menyampaikan mesej-mesej yang serius dalam menyampaikan Misi
Nasional, menjayakan Misi Nasional melalui cara-cara atau metodologi
yang popular. Itu merupakan tanggungjawab yang sangat besar bagi
kita. Kalau tidak, tidak sampai mesej kita.

Tetapi RTM 2 bersifat multi racial kita akan memberikan banyak


tempat kepada bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris dan Tamil.
Tetapi bahasa Mandarin ini kita harus fikirkan, kadang-kadang saya
fikirkan, mengapa kita tidak ada perasaan cemburu terhadap bahasa
Inggeris?. Tetapi kenapa kita tidak boleh memberikan program dalam
bahasa Mandarin? Sedangkan penonton Mandarin itu ramai. Penonton
Mandarin ini banyak yang tidak boleh berbahasa Inggeris. Mereka lebih
mengetahui bahasa Mandarin atau bahasa Cina. Jadi, hal-hal ini kita
perlu pertimbangkan supaya mesej kita sampai. Tapi tidak bererti RTM
1 tidak dilihat oleh semua kaum. RTM 1 bahasa Malaysia, golongan

22
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

muda, orang Cina dan juga orang India semuanya telah tahu bahasa
Malaysia sekarang. Kadang-kadang persepsi kita salah. Ini persepsi yang
harus diperbetulkan. Seolah-olah pemimpin kita pun, kadang- kala bila
bercakap apabila mereka melihat ramai penonton orang Cina atau
orang India mereka bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan ada
juga ana-anak India yang sudah tidak faham bahasa Inggeris, begitu
juga dengan anak-anak orang Cina. Jadi hal ini, persepsi kita mesti
betul. Berita, umpamanya golongan India yang tidak dapat berbahasa
Tamil sendiri pun ramai. Jadi, dalam soal ini, tidak mengapa. RTM 1
itu tidaklah untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk nasional, untuk
semua kaum.

Pemanggil 3:
Pertama, tahniah kepada Datuk Zam kerana saya nampak beberapa
rancangan di televisyen sekarang ini agak menggalakkan. Cuma saya
hendak bertanya, dengan rancangan Islam Hadhari. Dapatkah di cari
orang yang lebih mantap yang berkumandang di rancangan Islam
Hadhari Datuk? Ini kerana apa yang saya nampak pembicara yang ada
di Islam Hadhari agak kurang mantap untuk menjawab segala-galanya.
Sebab kaedah kita sekarang ini adalah kaedah untuk menerangkan
Islam Hadhari itu, kadang-kadang saya nampak banyak kelemahan
dalam Islam Hadari.

23
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

Kedua, berhubung dengan isu kekurangan program agama di


televisyen, apakah benar RTM telah mengurangkan program agama di
televisyen Datuk ?

Pemanggil 4:
Datuk, saya ingin memberi cadangan, Warta Perdana atau berita pukul
8.00 malam itu, kenapa tidak semua televisyen termasuk swasta dan
Astro terus ke RTM 1 untuk setengah jam yang pertama dan selepas
itu apabila mereka hendak berita mereka sendiri, setengah jam
kemudiannya pula. Jadi, berita itu boleh di dapati dengan tepat.

Kedua, saya cadangkan RTM 1 pada tahun 2007 ini, sempena Tahun
Melawat Malaysia diadakan siaran 24 jam, kita boleh banyakkan
program hiburan, tarian, kebudayaan dan promosi tempat untuk
Tahun Melawat Malaysia.

Jawapan:
Soal Islam Hadhari, yang
bertanya tadi saya harap beliau
sudah mengikuti program Islam
Hadhari kita pada setiap hari. Kita
membawa pembicara-pembicara
daripada IKIM. Mereka adalah
daripada golongan terpelajar
dan kebanyakan membuat
program ini kita telah berunding untuk membawa mereka meperkatakan
Islam Hadhari. Tetapi tidak semestinya mereka dalam program ini
terdiri daripada yang anggapan kita sebagai ulamak. Ulamak seperti
yang saya katakan tadi, ulamak kita telah bawakan pada sebelah pagi
iaitu kita bawa Mufti. Tetapi mereka ini adalah intelektual Islam yang
mempunyai pemikiran-pemikiran yang tidak semestinya ulamak, kalau
seorang Jurutera yang memahami Islam mereka juga seorang pemuka
Islam. Hari-hari kita ada. Kalau lihat setiap hari, mungkin pihak yang
bertanya tadi akan meyedari, kita ada membawa orang yang berkaliber
dan ilmuan pada sebelah pagi setiap hari.

24
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

Kemudiannya saya bagi contoh satu, kita tidak mengurangakan


program agama malah kita telah meninggalkan impak yang cukup
besar apabila pada malam Hari Raya tempoh hari, kitalah satu-satunya
stesen radio yang mengadakan takbir sebaik sahaja pengistiharan raya
dibuat sehinggalah keesokkan pagi dan demikian juga hari raya itu
sendiri. Kita tidak hanya menggambarkan bahawa tidak semestinya
takbir itu di masjid. Sedangkan kita menunjukan kepada orang seperti
tentera, polis dan sebagainya. Itu adalah lebih menampakkan Islam di
dokong oleh semua dan tidak hanya orang yang berada di masjid. Jadi,
ini harus di fahami dalam kita membawa keterbukaan minda untuk
membuka minda masyarakat kita terhadap Islam yang Hadhari. Ini
adalah masalah yang kita harus berani walaupun dianggap mungkin
mencabar pemikiran. Tetapi kalau kita mencabar pemikiran, kalau kita
bersikap pasif soal ini maka kita tidak dapat membawa umat Islam
kepada sikap keterbukaan dan pemikiran-pemikiran yang sezaman
yang menunjukan Islam itu adalah sezaman. Itulah secara ringkasnya.

Demikan juga kita tidak mengurangkan program-program agama


yang lain malah Forum Perdana yang mempunyai dua juta penonton
ada seperti biasa dan Bicara Mufti kita ulangkan lagi di tengah malam
pula.

Kita balik pada soal pembangkang. Kita memang sejak dari Datuk
Kadir lagi, telah memberi peluang kepada pembangkang untuk
datang dalam Debat Perdana yang popular itu. Tetapi pembangkang

25
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

masih tidak berpuas hati hendak masa yang lebih luas. Ini merupakan
kita sedang berkembang ke satu arah demokrasi yang lebih matang.
Kita tidak boleh terus memberi kebebasan sebab kebebasan kalau
kita tidak mengambil kira perkembangan pendidikan, perkembangan
intelektualiti masyarakat, ramai yang kata, kita merendah-rendahkan.
Tapi ada orang di bandar pula memang hendakkan kebebasan tapi
pemikiran, batas-batas pemikiran di bandar tidak boleh disamakan
dengan apa yang masih ada dengan orang majoriti yang mendokong
Kerajaan. Orang luar bandar yang menyokong. Kita tidak boleh hanya
kerana orang-orang di bandar yang kebanyakan bukan Melayu yang
menulis di akhbar-akhbar dan sebagainya mengatakan kita merendah-
rendahkan taraf pemikiran. Kita jangan ingat kita urban, orang
bandar dan masih ada kampug dan luar bandar yang memerlukan kita
menghargai pemikiran mereka.

Jadi saya bagi contoh, baru-baru ini kita adakan Persidangan UMNO,
kita cuba membuka ruang untuk membenarkan siaran secara langsung,
tetapi apa sudah jadi? Orang-orang bandar juga tidak tahan dengan
keterbukaan itu dan mereka yang kononya menentang Sedition Act
atau Akta Hasutan dan sebagainya mereka yang pergi buat laporan
kepada polis. Mereka ini orang yang tidak mahu ada kawalan.
Tetapi mereka menganggap bahawa kawalan undang-undang yang
mengawal dari segi pertuturan, dari segi penulisan dan sebagainya,
merekalah yang pertama pergi ke balai polis membuat laporan. Satu
perkara yang orang tidak nampak bahawa apa yang telah ditimbulkan
di dalam Persidangan UMNO tempoh hari bukanlah satu perkara yang
baru dalam tiap-tiap persidangan yang diadakan seperti di semua
mesyuarat agong parti.

Dalam parti pembangkang saya percaya soal-soal sensitif ditimbulkan


tetapi tidak disiarkan oleh akhbar, sebab tidak dibuat secara langsung
kerana akhbar dan pengarang akhbar di Malaysia mereka tahu Do’s
and Don’t. Apa yang harus disiarkan dan apa yang tidak harus disiarkan
kerana nilai-nilai jati diri Malaysia telah ada di setiap pengarang akhbar
di Malaysia. Mereka tidak akan menyiarkan walaupun kadang-kadang

26
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

mungkin ada seorang pemberita yang muda yang baru, menulis apa
juga yang diperkatakan di Mesyuarat Agong MCA atau UMNO tetapi
apabila jatuh kepada tangan Ketua Pengarang, mereka melihat, ini
tidak boleh. Ini akan menimbulkan perasaan, mereka sendiri akan
membuat penapisan dan sebagainya. Demi kepentingan perpaduan.
Buktinya apabila kita menyiarkan secara langsung tempoh hari maka
kita lihat orang yang kononnya percaya kepada demokrasi merekalah
yang pertama sekali pergi ke balai polis membuat aduan.

Soalan:
Satu analisa yang cukup menarik sekali. Baiklah soalan tadi, soalan
berkaitan pembakuan inti berita semua stesen televisyen dan juga
siaran 24 jam.

Jawapan:
Barangkali kita tidak boleh berundur ke belakang. Kita tidak boleh
berundur ke belakang sebab umpamanya ruang iklan bagi televisyen
swasta, kehidupan televisyen swasta bergantung kepada iklan. Kita
bergantung kepada Kerajaan, kalau tidak ada duit pun kerajaan

27
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

bagi untuk meneruskan siaran tetapi pendapatan iklan yang banyak


sekali umpamanya TV3 adalah menerusi iklan. Kita tidak boleh kerana
kepentingan untuk menyampaikan maklumat, kerana ruang-ruang
untuk menyampaikan maklumat ini terserah kepada persaingan.
Ertinya RTM mesti terus sanggup bersaing untuk mengemukakan
yang lebih baik. Kita percaya bahawa ada juga faedahnya untuk kita
bersaing daripada hanya mewujudkan satu stesen walaupun kita
membenarkan seperti cadangan yang mengatakan kemudian baru
adakan berita sendiri. Tetapi mungkin apabila orang melihat RTM,
orang tak mahu melihat yang lain. Jadi, saya terbuka dalam soal ini.
Saya percaya bahawa apabila kita mengatakan kita mahu Kerajaan
yang terbuka dan telus maka dalam hal ini seperti yang dicadangkan
tadi saya lihat ianya mengundur ke belakang.

Soalan:
Baik Datuk, ingin dirumuskaan harapan Datuk khususnya dalam tahun
2007 ini ataupun visi masa depan?

Jawapan:
Dalam tahun 2007 ini adalah tahun yang penting bagi kita kerana kita
merayakan ulang tahun ke 50 tahun kemerdekaan negara. Banyak
program-program yang akan kita teruskan selain meneruskan agenda
di bawah RMK-9 dari segi pembinaan minda, agenda integrasi nasional,
integriti, pembinaan minda, dan sebagainya. Kita adakan program-
program yang saya minta ibu bapa dan anak-anak sekolah supaya
bersama kita terutama dalam masa berita kerana kita ada menyiarkan
kapsul Jejak Merdeka tiap-tiap malam. Di samping itu, kita menyiarkan
balik temubual khas kita dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra, Perdana Menteri kita yang pertama. Kemudian, ada program
pengisahan Tunku secara langsung yang kita telah menemubual Tunku
yang kita ada dalam simpanan kita untuk ditonton.

Kemudian tiap-tiap malam sekarang kita ada juga menyiarkan temubual


rakan-rakan Tunku yang kenal Tunku sejak sekian lama. Kemudian
program-program kemerdekaan seperti drama kemerdekaan juga

28
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

kita sedang dalam perfileman iaitu Merdeka! Merdeka! Merdeka!.


Selain itu, kita akan adakan Pertandingan Johan Radio Klasik Nasional
Nusantara yang akan disertai Brunei, Indonesia dan Singapura. Itu
juga kita sedang rancangkan dan tentunya siaran langsung Hari
Kemerdekaan kali ke 50 itu akan kita buat secara besar-besaran dan
kita perhatikan tiap- tiap hari kita telah adakan lagu-lagu patriotik
untuk pembinaan jiwa kita. Kita siarkan mengenai kemerdekaan tanpa
melupakan Sabah dan Sarawak dan kita juga mengutamakan lagu-lagu
patriotik dari Sabah dan Sarawak. Jadi itu tugas kita yang besar pada
tahun ini untuk mengingatkan rakyat, bahawa kita berada pada tahun
yang sangat penting iaitu tahun kita menjadi satu bangsa yang megah
dan gemilang. Bukan mudah untuk mencapai pada tahap ini, ia adalah
satu kemenangan nasional, satu pembinaan diri yang tidak mungkin
kita lihat barangkali negara-negara yang sama merdeka dengan kita.

29
MEMBENTUK MINDA
MASYARAKAT BERDAYA SAING

Penutup
60 minit yang sangat berharga saya kira, pastinya kita melihat
bagaimana dengan kemajuan negara dengan cabaran menangani
pemikiran masyarakat yang semakin kompleks, semakin maju juga
harus di tangani untuk membentuk satu fikrah dan minda Malaysia yang
berpadu, bersatu dan khususnya kepentingan yang kita lihat kepada
masa depan negara dalam konteks globalisasi dalam mempersiapkan
bangsa Malaysia, bangsa yang berdaya maju dan berdaya saing di
gelanggang dunia. Terima Kasih Datuk dan semua penonton yang
memanggil dan menghantar e-mail.

30