Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA AKTIVITI (INDIVIDU) TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF: 1. Mengetahui cara mengurus bilik darjah dengan baik. 2. Mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan tidak bermasalah dari segi disiplin, kesihatan dan latar belakang. 3. Memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan teraputik. 4. Memupuk hubungan dua hala yang baik dan mesra di antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru. 5. Memastikan kecemerlangan akademik para pelajar tidak terabai. : SRITHARR A/L JAHANADAN : PISMP SEM 8 : SK TAMAN TUANKU JAAFAR : Menjadi Guru Kelas 3 Harmoni : 01.08.2011 hingga 26.08.2011

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing. 2. Beliau mencadangkan saya menjadi guru kelas 3 Harmoni selama empat

minggu supaya saya boleh mendapat pengalaman tanda buku kedatangan dan mengurus kelas.
3. Sepanjang empat minggu ini, saya dikehendaki menanda buku kehadiran setiap

hari selepas perhimpunan pagi.


4. Saya perlu memastikan kelas sentiasa bersih, ceria dan dalam keadaan yang

kondusif.
5. Saya menghias dan menceriakan kelas dengan kata-kata hikmah, carta-carta

dan bahan-bahan hiasan.

REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI


1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru

kelas kerana ini bukan suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti pengurusan kelas semasa menjadi guru kelas selama empat minggu. Saya juga telah belajar cara untuk menanda buku kedatangan murid. 2. Saya dapat lebih memahami tahap dan latar belakang murid-murid kelas 3H. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama menghias dan menceriakan kelas semasa waktu rehat. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kebanyakan tugas-tugas guru kelas biasanya telah dilaksanakan pada awal

tahun persekolahan. Jadi semasa internship yang diadakan pada hujung tahun menyebabkan saya tidak berpeluang menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

2. Masa untuk menjadi guru kelas sangat singkat disebabkan oleh tugas-tugas lain. Saya tidak dapat memahami latar belakang dan sikap murid dengan lebih mendalam kerana masa yang terlalu singkat untuk saya berjumpa dan berkomunikasi dengan mereka.

3. Pada Praktikum 3, saya telah mengajar kelas yang lain dan kali ini telah menjadi guru kelas untuk tindakan saya. kelas yang lain. Ini telah menyebabkan saya susah untuk pengagihan masa untuk buat hiasan kelas dan mengumpul data untuk kajian

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Kami sepatutnya diberi masa yang lebih panjang untuk menjadi guru kelas supaya dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dengan sepenuhnya.

KESIMPULAN Melalui aktiviti menjadi guru kelas selama empat minggu ini, saya mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya mengambil alih tugas untuk menanda buku kedatangan murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru untuk saya. Saya juga mempelajari cara mengira kedatangan muridmurid. Selain itu, saya berpeluang menghias dan menceriakan kelas saya dengan bahan-bahan yang berwarna-warni dan kata-kata hikmah.

Atas sebab kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti menjadi guru kelas, pihak IPG perlu mengadakan Internship ini pada awal tahun supaya guru pelatih dapat mengetahui tugas sebenar guru kelas dan membuat tugas-tugas tersebut dengan sepenuhnya. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa hadapan.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH : SRITHARR A/L JAHANADAN : PISMP SEM 8 : SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Perpustakaan (Mural Jalan-raya 3D) TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF : : 01.08.2011 hingga 26.08.2011

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk

mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria. 2. Menjadikan perpustakaan lebih ceria dan lebih menarik.
3. Menjadikan perpustakaan sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan

kondusif.
4. Meningkatkan kesedaran penggunaan jalan raya di kalangan murid. 5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat

untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing. Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan

cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan sekolah.


2. Membuat perancangan dan persediaan. Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan

daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan.

3. Menceriakan perpustakaan.

Hasil kerja dipamerkan di dinding perpustakaan.

REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-

murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural jalan raya 3D dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan isyarat semasa menggunakan jalan raya.
3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-

murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerjapekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

4. Encik Badrul juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas kami.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan di perpustakaan.

Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke perpustakaan untuk mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

KESIMPULAN Melalui projek menceriakan perpustakaan ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan perpustakaan menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, mural bentuk jalan raya 3D juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan isyarat semasa menggunakan jalan raya demi keselamatan diri. Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH

: SRITHARR A/L JAHANADAN : PISMP SEM 8 : SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Amali Pertolongan Cemas Badan Uniform TEMPOH PELAKSANAAN OBJEKTIF : : 24.08.2011

1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan dan aktiviti. 2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan sesuatu program. 3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.

4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di

sekolah pada masa akan datang. 5. Membolehkan guru pelatih untuk menunaikan amanah yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.
7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat

untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing. Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing kami untuk menentukan

tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station. Tarikh yang dirancangkan ialah 24 Ogos 2011 ketika waktu Kokurikulum badan beruniform dan hanya murid Tahun 5 dilibatkan.
2. Membuat perancangan dan persediaan. Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan

daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan setiap guru pelatih.

3. Menjalankan amali di Ruang Legar SKTTJ.

Setiap stesen dijaga oleh dua orang guru pelatih dan menjalankan amali tentang pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula.

REFLEKSI: KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu amali yang melibatkan banyak murid. 2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan lain. 3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk mempelajari amali pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ini pada masa yang memerlukan. 4. Melalui amali ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat dieratkan lagi. 5. Semua murid melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang secukupnya kepada guru pelatih. KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI

1. Kesuntukan masa semasa menjalankan amali dari station ke station lain kerana bilangan guru pelatih di stesen tidak mencukupi untuk mengawal bilangan murid yang ramai. 2. Sesi refleksi tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Ini telah menyebabkan guru pelatih tidak dapat memastikan bahawa setiap anak murid dapat mempelajari apa yang diajarkan dalam amali. 3. Penilaian tidak dijalankan untuk menguji sama ada setiap murid dapat mempelajari amali yang diajar.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, sesi penilaian boleh dijalankan jika mempunyai masa yang secukupnya.

KESIMPULAN Melalui amali pertolongan cemas ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan sesuatu aktiviti yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini, mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang pertolongan cemas yang dapat mereka guna dan aplikasikan pada kehidupan seharian. Di samping itu, amali ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling secara tidak langsung. Walaupun masa yang dirancangkan agak kesuntukan namun kami telah berjaya menyiapkan amali ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat

berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar, dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

SRITHARR A/L JAHANADAN (GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

Disemak Oleh,

PN. SUHAILA BINTI MUSTAFFA (GURU PEMIMBING)