Anda di halaman 1dari 1

ACT 1 Disebuah taman terdapat seorang perempuan yang bernama Lily sedang menikmati pemandangan indah di tepi tasik.

Sedang leka Lily berjalan tiba-tiba, Lily terlanggar seorang jejaka bernama Zackry. Lily menjadi kaku dan tidak dapat berkata-kata apa-apa. Zackry dan Lily memandang diantara satu sama lain. Zackry hanya senyum dan terus beredar meninggalkan Lily, Lily hanya memandang Zackry . Lily menyandar di sebatang pokok dan membayangkan wajah Zackry lalu perlahan-lahan beredar. Lily tersenyum sendiri kerana teringat Zackry. Lily berasa penat sekali, tiba-tiba di sebuah bangku Lily membayangkan Zackry dan Lily sedang duduk disitu tetapi itu hanya ilusinya. Lily senyum sendiri dan terus duduk diatas bangku. Sedang leka Lily menikmati minumannya sambil membaca novel. ACT2 Tiba-tiba seorang lelaki datang kearah Lily. Lily menjadi kaku sekali kerana lelaki tersebut duduk di sebelah Lily. Lily berasa amat terkejut kerana lelaki itu adalah Zackry. Lily membetulkan rambut dan memandang kearah Zackry. Zackry senyum dan melambai tangannya. Lily berasa seronok sekali dan hati Lily mula berdebar. Lily berasa malu-malu Zackry menyapanya. Lily mula berangan . Pada masa itu Lily berangan dirinya menjadi cantik ketika dia bersama-sama Zackry. Ketika itu juga lily membayangkan dia sedang mengitip Zackry dari jauh dan perlahan-lahan mendekati Zackry. Zackry membawanya menaiki basikal untuk menikmati pemandangan di taman itu, Lily begitu gembira kerana dapat menaiki basikal bersama Zackry. Selepas itu Lily berangan dia sedang berehat di bawah pokok sambil menikmati ais krim dan pada masa itu juga Lily membayangkan jari tangan lelaki itu menghampirinya dan tiba-tiba objek berbentuk hati muncul diantara jarinya. Lily menoleh ke tepi kerana malu. ACT3 Lily tersedar dari mimpinya, kerana Zackry menyedarkannya dari bermimpi. Lily mengukir senyuman kepada Zackry. Handphone Zackry berdering, Zackry menjawab panggilan. Lily berasa amat teruja sekali kerana Lily ternampak aksesori telefon Zackry patung kesukaannya. Lily mendekati Zackry dan berharap mendapat patung itu. Zackry terkejut dengan tingkah laku Lily lalu memberinya patung itu. Lily melihat patung itu sehingga tidak menghiraukan Zackry.Lily bereadar begitu sahaja setelah mendapat patung itu. Zackry hanya memandang Lily dengan ekspresi yang hairan.

Anda mungkin juga menyukai