Anda di halaman 1dari 4

KEBIMBANGAN mengenai lunturnya budi bahasa, sopan santun dan nilai murni di kalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda

kian menebal ekoran pelbagai kes menggemparkan yang berlaku di negara kita. Paparan di media massa tidak pernah lepas daripada berita kezaliman ibu bapa terhadap anak-anak, tindakan anak-anak terhadap ibu bapa, tindakan drastik cucu terhadap datuk dan nenek, tipisnya rasa hormat golongan muda kepada golongan tua dan sebagainya.Kes seorang datuk meninggal dunia manakala nenek mengalami kecederaan yang berlaku di Jempol akibat perbuatan seorang cucu berusia 19 tahun baru-baru ini merupakan satu antara pelbagai kes di negara kita yang membabitkan remaja. Di sekolah pula, sudah banyak kes murid bertindak ke atas guru mereka sampai ada yang sanggup menendang guru dan mencederakan orang yang selama ini memberi ilmu kepada mereka. Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam statistiknya antara 2008 hingga Jun 2010 berlaku pelbagai kes kezaliman dan salah laku remaja kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 91 kes penderaan dilakukan anak terhadap ibu kandung; 24 kes ke atas mentua; lima kes ke atas ibu saudara dan satu kes ke atas ibu tiri. Manakala di pihak orang tua pula, pelbagai kes penderaan dilakukan ke atas anakanak sampai ke peringkat kes membuang bayi. Kisah penderaan sampai anak-anak kecil mengalami kecederaan serius dan kes yang membawa maut bukan isu baru di negara kita. Di jalan raya, kita pernah digemparkan dengan kes buli sesama pengguna jalan raya, merebak kepada pergaduhan dan kematian dan terakhirnya kita dapati kes ragut melibatkan pejalan kaki juga turut berlaku di jalan raya. Di jalan raya juga, kita sering melihat pelbagai tingkah laku negatif pengguna jalan raya sehingga pemandu kita dianggap tergolong dalam mentaliti kelas tiga dan cukup merisaukan. Di samping adanya Mat Rempit, pengguna jalan raya juga sering melanggar pelbagai peraturan di jalan raya yang bukan hanya menyusahkan diri mereka sendiri, tetapi turut mengheret pengguna jalan raya yang lain. Di sungai, longkang tepi jalan dan di tepi pantai pula tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai lubuk tempat membuang sampah dan segala macam benda yang tidak diperlukan. Di tempat awam pula, ada barang yang sengaja dirosakkan termasuk dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Semua ini berlaku kerana kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam. Di pejabat, sering kali juga kita mendengar pelanggan dimaki-hamun petugas kaunter. Layanan tidak baik petugas kaunter atau pegawai yang bertugas walaupun pelanggan membuat kesilapan adalah tidak wajar berlaku, apatah lagi jika pelanggan di pihak yang benar. Kempen budi bahasa yang dilancarkan pada 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang hakikatnya berusaha memperbaiki sikap negatif masyarakat kita sama ada dalam keluarga, sesama anggota masyarakat, harta benda dan alam sekitar. Kempen ini merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa dan ramai yang menyambut baik kempen ini dan berharap kempen ini berterusan dalam jangka masa panjang. Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menggerakkan semula kempen Rumahku Syurgaku memandangkan kempen ini dianggap berjaya

dan perlu diaktifkan demi mencapai misinya untuk melahirkan masyarakat penyayang dan harmoni. Demi meneruskan kelangsungan institusi keluarga yang bahagia di samping terhindar daripada sebarang gejala tidak sihat, pelbagai pihak mesti meneruskan usaha menyemai sikap positif dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Manakala dalam hidup bermasyarakat bagi sebuah negara yang menuju pembangunan pesat, segala tingkah laku negatif individu mesti dibuang jauh-jauh supaya negara kita tidak dilabel dengan pelbagai gelaran tidak baik. Kempen yang telah dan sedang digerakkan di negara kita mesti dihayati dan dipraktikkan terutamanya kempen yang menekankan pentingnya nilai murni dalam kehidupan seharian. Kempen Cintailah Sungai Kita, Budi Bahasa Budaya Kita dan Masyarakat Penyayang sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan kita sudah begitu prihatin mengenai kepentingan amalan baik dalam hidup bermasyarakat, tetapi malangnya kempen itu tidak dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat. Televisyen perlu lebih banyak menyiarkan rancangan bercorak keagamaan, moral dan mengurangkan rancangan hiburan melampau, filem ganas yang tidak sesuai untuk anak-anak muda. Iklan mengenai peri pentingnya budi bahasa, nilai murni dan hubungan baik antara masyarakat mesti dipertingkat dengan harapan generasi muda dapat menjadikannya sebagai panduan. Ibu bapa dan warga tua mesti memainkan peranan lebih aktif memantau anak remaja mereka supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat. Remaja mesti ditanam dengan nilai murni supaya dapat mereka praktikkan apabila mereka berdepan dengan orang ramai. Di samping pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak. Jika anak-anak tercicir dalam pendidikan, mudah bagi mereka menjadi liar dan terlibat dengan aktiviti tidak sihat.Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti mempertingkat kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar. Pelbagai aktiviti luar mesti diperbanyakkan termasuk mendedahkan kepada mereka mengenai kebejatan sosial dan mereka perlu dijelaskan tentang punca berlakunya masalah tersebut, kesannya dan bagaimana cara mengatasinya. Golongan muda pula mesti menyedari bahawa mereka juga mempunyai peranan besar untuk merealisasikan hasrat menjadikan masyarakat kita terkenal di peringkat lebih jauh. Mereka mesti mempunyai rasa hormat kepada alam sekitar, negara, masyarakat di sekeliling, apatah lagi ibu bapa. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada sebarang masalah dengan cara tidak membabitkan diri dengan aktiviti tidak sihat. Menghormati orang yang lebih tua adalah satu nilai murni dan dengan adanya rasa hormat tentunya memudahkan mereka menghormati yang lain termasuk undang-undang yang telah ditetapkan.Kesimpulannya, amalan budi bahasa, hormatmenghormati tidak kira peringkat usia, pangkat dan kedudukan akan melahirkan masyarakat menepati aspirasi negara. SUMBER :

DILIHAT daripada kelakuan dan sikap sebilangan besar rakyat Malaysia, saya mempunyai kesangsian tentang keberkesanan usaha yang diambil setakat ini untuk mempromosikan pengamalan kempen budi bahasa dalam kalangan rakyat. Saya ingin menegaskan betapa pentingnya rakyat Malaysia berbilang kaum memperbaharui usaha menjayakan amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni. Promosi dan pengamalan ini adalah dirasakan perlu berdasarkan kemerosotan nilainilai murni dan kurangnya budi bahasa di kalangan sebilangan besar rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda.Kebanyakan pelajar sekolah hari ini tidak bersedia mengucapkan ungkapan terima kasih apabila menerima sesuatu. Bahkan ramai yang tidak menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka. Contohnya, saya pernah menghadiri beberapa majlis penyampaian sijil atau anugerah kepada para pelajar sebagai menghargai pencapaian akademik mereka. Mereka menerima anugerah dan pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan terima kasih. Sifat kebiadaban dan tidak berbudi bahasa dalam kalangan rakyat dapat dilihat daripada cara pemanduan dan cara meletak kereta di jalan raya, memandu ke dalam kawasan kotak kuning; membuang sampah di tempat awam; merosakkan harta awam dan tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan. Isu-isu lain juga termasuk bercakap secara kasar dengan pelanggan; merokok di kawasan larangan merokok; meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk untuk warga tua, kurang upaya dan juga wanita hamil. Adalah tepat pada masanya bagi rakyat untuk menangani isu-isu ini dan bertanyakan pada diri sendiri sejauh mana mereka mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai-

nilai murni tersebut.Menganjurkan kempen mempromosikan pengamalan budi bahasa dan nilai-nilai murni ini adalah penting tetapi apa yang lebih penting ialah untuk menjadikan budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dilancarkan itu sebagai suatu amalan harian.Kempen peningkatan budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan rakyat patut diberi keutamaan dan dijadikan agenda utama negara semasa kita melangkah ke hadapan untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunan negara tidak wajar hanya membabitkan bidang kemahiran dan kepakaran tertentu, tetapi perlu seiring dengan pembangunan moral, nilai murni dan budi pekerti tinggi.Negara kita perlu memiliki rakyat yang berbudi bahasa, hormatmenghormati, beramanah, jujur serta integriti kerana sistem nilai itu menjadi pengukur sebenar sebuah negara maju.Adalah tidak bermakna pembangunan dilaksanakan dengan pesat dan maju tanpa sistem nilai yang sewajarnya. Tidak guna infrastruktur bertaraf kelas pertama tetapi rakyatnya mempunyai mentaliti kelas ketiga sehingga gagal menjaga dan menghargai segala kemudahan disediakan. Sebelum budaya masyarakat kita terus merosot, mempraktikkan semula nilai murni dan budi bahasa. kita harus sedar dan

Sumber

: tak lapuk dek panas..tak lekang dek hujan

Anda mungkin juga menyukai