Anda di halaman 1dari 1

Peraturan Pusat Sumber

1. Pusat Sumber akan dibuka pada setiap hari persekolahan. 2. Para pelajar dan guru digalakkan memasuki PSS pada bila-bila masa kecuali pada waktu belajar. 3. Guru-guru yang membawa pelajar ke PSS adalah bertanggungjawab penuh ke atas disiplin pelajar. 4. Tidak dibenarkan mana-mana kelas menggunakan PSS tanpa pengawasan guru. 5. Para pelajar hendaklah beratur apabila masuk dan keluar dari PSS. 6. Beg dan buku hendaklah ditinggalkan di ruang yang dikhaskan di luar PSS. 7. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku catatan rekod bacaan sahaja ke dalam PSS. 8. Pelajar dibenarkan memakai kasut di dalam PSS. 9. Semasa memasuki PSS semua pelajar hendaklah sentiasa berpakaian seragam sekolah. 10. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam PSS. 11. Semua pelajar mestilah menjaga disiplin diri semasa berada di dalam PSS. Tidak dibenarkan berbuat bising, berlari, mengusik kawan dan bermain di dalam PSS. 12. Semua pelajar dan guru boleh membaca semua jenis buku yang terdapat di PSS. 13. Buku yang telah diambil dari rak buku untuk dibaca tidak boleh diletak kembali ke rak, tetapi hendaklah diletakkan di atas meja yang disediakan. 14. Pelajar-pelajar dilarang membawa keluar sebarang buku dan peralatan PSS dari PSS kecuali yang telah dilaporkan kepada Pengawas PSS yang bertugas untuk pinjaman. 15. Tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mencuri bahan daripada PSS. 16. Guru-guru yang membawa pelajar ke PSS hendaklah mencatat ke dalam Fail Rekod Penggunaan PSS.