Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Tajuk kerja kursus yang saya terima ialah Matematik Literasi Nombor: Bentuk 2D dan 3D, iaitu berkaitan dengan bentuk 2D dan 3D serta ciri-ciri bentuk. Alhamdulillah, dapat juga saya selesaikan dengan sebaik mungkin kerja kursus yang diterima bersama-sama dengan rakan sepasukan yang lain. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi beberapa faedah yang amat berguna kepada saya untuk dijadikan platform meningkatkan dan memperbaiki kemahiran dan pengalaman yang dilalui bagi menjadikan tugasan ini satu tugasan yang bermakna.

Antara faedah daripada menjalankan tugasan ini yang saya perolehi ialah saya dapat menjalankan kerja secara sistematik dan langkah demi langkah. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya dapati adalah amat sukar untuk melakukan tugas secara teratur kerana saya bukanlah seorang yang tersusun cara kerjanya, tambahan berkaitan dengan cara untuk mendapatkan maklumat dan

memprosesnya. Namun, dengan menjalankan tugasan secara teratur, dapatlah saya mencari maklumat dengan baik dan memprosesnya mengikut kehendak tugasan. Inilah apa yang diperlukan untuk saya melengkapkan diri menjadi bakal pendidik anak bangsa.

Selain itu, saya juga dapat menimba faedah yang lain iaitu saya dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara sesama rakan kelas, lebih-lebih lagi rakan sekerja yang bersama-sama melakukan tugasan ini. Ini merupakan salah satu faedah yang berharga juga kepada saya di mana sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai sikap saling bekerjasama dalam membentuk dan melahirkan generasi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya sikap seperti ini dalam diri saya, maka segala urusan lain yang akan dilakukan dengan rakan sekelas akan mudah dilaksanakan dan dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan di dalam kelas seterusnya menceriakan suasana kelas.

Perkara lain yang dapat saya timba semasa menjalankan tugasan ini ialah peningkatan dan pembaikan dalam pelbagai pengetahuan yang sedia ada. Ini menjadikan pengalaman pembelajaran saya sebagai satu pengalaman

pembelajaran konstruktivisme melalui pengukuhan yang diberikan dalam tugasan ini dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Memandangkan peningkatan dan perkembangan ilmu pengetahuan dalam diri guru itu sangat penting demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan gemilang untuk menerajui kemajuan dan pembangunan negara selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya melihat tugasan ini sebagai satu tugasan yang sangat penting dan platform terbaik dalam meningkatkan dan memperbaiki ilmu pengetahuan yang saya ada.

Itulah di antara faedah yang saya perolehi melalui tugasan ini. Saya dapat memperbaiki diri dan meningkatkan pengalaman saya melalui faedah yang saya terima dan saya harap dapat melakukan yang terbaik pada masa akan datang dan berterusan melakukan yang terbaik untuk sesuatu agar hasilnya memuaskan saya dan mendatangkan kebaikan kepada saya. Tugasan ini telah banyak memberi pendedahan kepada saya dan membentuk sahsiah diri saya sebagai seorang guru. Semoga apa yang saya perolehi dan yang telah mengubah saya ini berterusan, insyaAllah. Sekian.

..................................... (MOHAMMAD IQRAM AKEEF BIN MOHD AMIN) PISMP 2.14

Anda mungkin juga menyukai