Anda di halaman 1dari 3

GASTROENTERITIS

Gastronteritis merupakan gangguan dan jangkitan pada saluran penghadaman yang seringkali menyebabkan berlakunya sakit perut secara serta merta dan kadangkalnya amat serius. Kes-kes yang berjangkit selalunya merebak melalui dengan mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Lazimnya ia berakhir dalam sehari dua sahaja. Penyakit ini boleh menjangkiti semua peringkat umur, tetapi lebih teruk jika ianya berlaku di kalangan kanak-kanak kecil (1 hingga 5 tahun) dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. TANDA-TANDA DAN GEJALA

Loya dan muntah Cirit-birit yang berlaku dengan membuang air besar mengandungi najis cair atau berair antara 2 atau 3 kali hingga ke beberapa kali. Kekejangan di bahagian abdomen, sakit dan terasa lembut Hilang selera makan, demam dan terasa letih Sakit kepala

PENYEBAB

Punca yang lazimnya menyebabkan jangkitan ini ialah kuman virus, seperti virus Norwalk, rotavirus (menyebabklan 50% dari cirit-birit yang berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak), adenovirus dan enterovirus. Jangkitan kuman bakteria atau parasit Alahan makanan Mengambil alkohol berlebihan Pengambilan ubat-ubat tertentu seperti aspirin, ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDs), antibiotik, julap, kortison atau kafein.

RISIKONYA MENINGKAT JIKA BERLAKU...


Di kalangan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Kepada bayi baru lahir atau bayi Semasa mengembara ke negara asing

PENJAGAAN SENDIRI

Kurangkan aktiviti luar sehingga anda merasa betul-betul sihat atau cirit-birit dan muntah telah berhenti. Minum lebih banyak cecair, seperti air masak, teh, dan bubur untuk 24 jam pertama atau sehingga cirit-birit dan muntah berhenti. Dalam masa 24 jam seterusnya anda bolehlah memakan makanan lembut seperti bijirin yang dimasak, nasi, sup, roti, ubi kentang panggang dan telur. Jangan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, makanan pedas dan bergoreng, gula-gula dan produk tenusu seperti ais krim, susu atau minuman beralkohol. Minum cecair 8 hingga 12 gelas sehari. Ini bertujuan untuk menggantikan cecair dalam badan yang hilang melalui cirit-birit dan muntah. Anda boleh mengambil ubat ibuprofen atau paracetamol untuk menghilangkan deman dan sakit otot. Dapatkan nasihat doktor jika nak anda diserang gastroentritis dan anda menyusukannya dengan susu badan.

KOMPLIKASI YANG MUNGKIN BERLAKU

Dehidrasi (kekontangan) yang serius

RAWATAN

Pengubatan biasanya tidak perlu. Jika gastroenteritis menjadi teruk atau berlarutan, doktor anda mungkin memberi ubat untuk melawan muntah dan ciritbirit. Antibiotik tidak diperlukan.

AKTIVITI

Berehat di katil sehingga loya, muntah, cirit-birit dan demam telah berhenti.

BERJUMPALAH DOKTOR JIKA...


Gejala gastroenteritis masih berterusan lebih dari 2 hingga 3 hari Perkara-perkara berikut berlaku ketika dalam rawatan: terdapat mukus atau darah dalam najis deman dengan suhu badan mencapai 38.3 0 C atau lebih bengkak di bahagian abdomen.

terasa sakit yang amat sangat di bahagian abdomen atau rektum, terutama jika ia bermula dari tengah kemudian bergerak ke bahagian bawah sebelah kanan. Terdapatnya tanda dehidrasi seperti mulut kering, terasa telalu dahaga, kulit berkedut, kekurangan atau tiada air kencing, rasa pening dan terhoyong-hayang.