Anda di halaman 1dari 1

Hanya sedikit kealpaan dan salah faham Hanis membawa lara hati ke kota.

Pemergian gadis yang hidup sebatang kara itu menbuatkan ibu angkatnya, Zainun behitu sengsara. Zainun merasa begitu terhukum kerana apa yang menimpa gadis itu berpunca dari kelalaaian anak tunggalnya. Bertambah terkilan hati wanita itu, apabila Hanis hilang bersama Lia dan Borhan. Hilang mereka pada hari yang sama. Dan pemergian itu mengaitkan Hanis dengan kerja kotor Lia. Buktinya bertambah jelas apabila setahun selepas itu munculnya Lai di Kampung Sebarang Pekan. Pulangnya membawa perut yang sarat. Anehnya apabila ditanya tentang Hanis, Lia membisu seribu bahasa. Dan Hanis terus hilang jejaknya. Tujuh tahun kemudian, Hanis kembali semula ke Kampung Seberang Pekan. Pulangnya itu lantaran dari runtunan rasa kecewanya terhadap Farhan yang rindukan kampung halaman yang banyak mencatat cerita suka duka hidupnya. Namun, kepulangannya disambut fitnah yang langsung tidak diduga akan menimpanya. Seluruh penduduk Kampung Seberang Pekan memandang kotor kepadanya. Dia dihina dan dicerca. Seperti juga Lia, Hanis turut dituduh menjadi pelacur kota. Sukar untuk membuktikan kepada penduduk Kampung Seberang Pekan bahawa dia bukan sekeji itu. Jauh sekali hendak melakukan kerja-kerja yang terlarang itu, namun dia tidak diberi kesempatan untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya. Bertambah hampa apabila Lia yang turut dikaitkan dengan dirinya itu hilang akal. Kepahitan yang belum mahu nerlalu dari hidupnya akhirnya bernoktah jua. Kunjungan Puan Adibah ke Kampung Seberang Pekan telah merungkai segala-galanya. Namun ada badai baru yang melanda. Dia tersepit. Antara cinta dan belas kesian. Sukar untuk dia membuat keputusan. Kesimpulan dari petikan di atas: Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan Peluang kedua mesti diberikan kepada mereka yang benar-benar ingin berubah Manusia akan sentiasa diuji

Anda mungkin juga menyukai