Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

KERJA KURSUS PENDEK

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ3101 )


Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 (Semester 1)

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:

PUAN HAJJAH SALMAH BINTI ABOL


PENSYARAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH NAMA PELAJAR 1.SAIBATUL ISLAMIAH BT DAUD 2. ROHANI BINTI ABD MAJID NO MATRIK 28071 27987 NO KAD PENGENALAN 690408085142 690321075128

TARIKH SERAHAN: 2O RAMADHAN 1432H /20 OGOS 2011

Kandungan

10. Pengenalan

2.0 Definisi Tamadun 2.1 Konsep Tamadun Menurut Perspektif Islam 2.2 Konsep Tamadun Menurut Perspektif Barat

2 2 4

3. Sumber-sumber Tamadun Islam

6 7 7 8 9

4. Ciri-ciri Tamadun Islam 4.1 Surah An-Nas 4.2 Surah Al-Falaq

9 10 13

1.0

PENGENALAN

Penggunaan istilah tamadun atau peradaban sering diutarakan sebagai satu istilah yang sesuai bagi melambangkan sebuah kegemilangan. Ia membezakan manusia yang bertamadun dengan kelompok manusia yang tidak bertamadun atau dikenali sebagai barbarian (orang gasar). Globalisasi ini, istilah tamadun digunakan secara meluas oleh ahli akademik, ahli politik, ahli sejarah dan wartawan mengikut tafsiran dan citarasa tersendiri. Hal ini kerana latar belakang, pencapain akademik dan budaya yang berlainan membawa kepada penafsiran yang berbeza. Perkataan tamadun secara umumnya dikaitkan dengan konsep pembangunan, perubahan, kemajuan, dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Pelbagai definisi dan takrifan telah diberikan kepada perkataan tamadun mengikut aliran dan bidang. Perkataan tamadun tidak boleh dipisahkan dengan perkataan kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Begitu juga pengertian perkataan civilization (tamadun) dalam Bahasa Inggeris digunakan juga dengan perkataan culture (kebudayaan) atau digunakan dalam konteks yang sama. Keempat-empat perkataan itu saling kait mengait dan mencakupi antara satu sama lain. Daripada sudut semantik, tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. (Ibrahim et al. 1960:873). Di samping itu, perkataan tamadun ini juga melahirkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkan seperti madinah (bandar) dan madani (keselesaan hidup dan ketinggian budi). Dalam konteks ini Madinah beerti kebudayaan yang tinggi nilainya dan istilah tamadun sendiri memberi erti civilization. Bahkan konsep bandar tersebut mempunyai pengertian yang lebih luas iaitu merujuk kepada pembangunan manusia daripada aspek akhlak dan tatasusila kemanusiaan dalam segenap lapangan hidup setelah mereka menerima Islam. Menurut The oxford Dictionary (1995), salah satu makna moden ialah new and up to date yang bermakna baru dan terkini. Berdasarkan perbandingan ini, konsep moden dan modenisasi Barat mempunyai kaitan dengan takrif tamadun dan ada kemungkinan Barat mengambil inspirasi daripada takrif tamadun daripada perspektif Islam. 2.0 KONSEP TAMADUN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.1

Konsep Tamadun

Rajah 1 Konsep Tamadun Islam Islam dikatakan sebuah kerajaan yang mempunyai sejarah ketamadunan yang gemilang. Kerajaan Islam juga dikaitkan dengan pencetus kepada ketamadunan dunia. Kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. dikaitkan dengan kemunculan tamadun dunia yang merubah kehidupan masyarakat jahiliyah. Beberapa tokoh Islam memberi definisi tersendiri berkaitan dengan tamadun. Profesor Syed Naquib Al-Attas telah mendefinisikan tamadun sebagai satu keadaan kehidupan masyarakat yang telah

mencapai tahap kehalusan tatasusila dengan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Pada pandangan beliau, tatasusila ataupun tingkah laku

merupakan simbol kepada sesebuah tamadun. Sebagai contoh, kedatangan Islam telah menghapuskan segala amalan jahiliyah seperti menanam bayi perempuan, zina, minum arak dan sebagainya. Amalan dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasullullah telah mempengaruhi masyarakat arab pada masa dahulu untuk mengikut ajaran Islam dan patuh kepada segala hukum Islam serta meninggalkan amalan jahiliyah. Mereka dengan penuh tawaduk mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan seharian dan senario inilah menggambarkan tentang definisi tamadun yang diutarakan oleh Profesor Syed Naquib Al-Attas. Selain beliau, terdapat beberapa lagi tokoh islam yang tampil dengan definisi yang tersendiri. Antaranya 1. Sayyid Qutb. Bagi beliau, tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral islam.Dalam Islam, sesebuah tamadun memerlukan sebuah sistem pemerintahan menentukan hala tuju kehidupan perlulah yang mapan dan mampu memberi kesan kepada semua organisasi tersebut. Di samping itu, segala aspek berteraskan kepada ajaran Islam kerana Islam adalah Admasyarakat. Hal ini kerana pemimpin sesebuah sistem sosial yang akan

Din iaitu satu cara hidup yang sempurna. 2. Ibn Khaldun Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, peralatan rumahtangga dan sebagainya. 3. Muhammad Rasyid Redha Agama adalah asas tamadun. Ini kerana peningakatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebangkitan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.

3.0 3.1

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN PETA MINDA NILAI-NILAI UNIVERSAL TAMADUN

Rajah 2 3.2

Nilai-nilai Universal Tamadun

NILAI-NILAI UNIVERSAL TAMADUN

Nilai-nilai universal dalam Tamadun tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut:

Berlandaskan idea keagamaan Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan

Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar Mementingkan ilmu dan orang berilmu 1. Berlandaskan idea keagamaan Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun sama ada berasaskan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati. Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) keredaan mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut. Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecuali Buddhisme.

Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian. Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva (Tuhan Pemusnah). 2. Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan

Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya. Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya

seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang. 3 Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan

Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadi faktor utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu, Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. (al-Ahzab: 21) Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga pemikiran tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan 3 perkara berikut: i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan. ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia. iii. Peraturan perhubungan politik Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu

kesederhanaan. Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa. 4 Mementingkan kebijaksanaan kepemimpinan

Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam. Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan, persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama. Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak

syurga dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji. Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilainilai moral seperti mengawal nafsu dan mengamalkan toleransi. 5 Menghargai alam sekitar

Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram. Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya. (al-Kahfi: 7) Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan

mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur. (Yunus: 22) Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu, Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib. Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan. Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti mereka. Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi yang seimbang. 6 Mementingkan ilmu dan orang berilmu

Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang invidu di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras dengan ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama. (al-Fatir: 28) Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku (Taha: 114) Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orangorang yang menggunakan fikirannya (ulul al-bab). (al-Zumar: 9) Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam. Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud: Ulama merupakan pewaris para nabi. Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa. Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza. Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara total. Selain itu, Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai transenden (kudus) yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.

4.0

PAKAIAN DARI SUDUT TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith sememangnya menitikberatkan tatacara berpakaian selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan Allah. Perintah berpakaian menutup aurat diturunkan di dalam Surah AnNuur yang bermaksud; Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau puteraputera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanitawanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah an-Nuur, 24: 31) Di dalam Surah al-ahzaaab juga, Allah S.W.T. berfirman; Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-ahzaab, 33: 59) Khimar membawa maksud sesuatu yang dapat menutupi kepala (tidak termasuk dada). Dalam kata lain ia adalah pakaian yang menutup bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga dan leher. Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya termasuk kaki.

4.1

CIRI-CIRI BERPAKAIAN DARI SUDUT TAMADUN ISLAM 4.1.1.Bukan Untuk Tujuan Berhias/Melawa (Tabarruj) Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Dan hendaklah kamu (isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu serta janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu... (Surah al-ahzaab, 33: 33) Wanita-wanita diperintahkan supaya tinggal di rumah, namun tetap

dibenarkan untuk keluar rumah dengan alasan yang dibenarkan oleh Syara. Muqatil bin Hayyan menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tabarruj adalah meletakkan tudung di atas kepala tanpa menutup bahagian leher, sehingga kalung-kalung mereka, anting-anting, dan leher mereka dapat dilihat. (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 279) Menurut Syaikh al-albani rahimahullah: Tabarruj adalah perbuatan wanita menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang sewajibnya ditutup dan disembunyikan kerana boleh membangkitkan syahwat lelaki. (al-Albani, Jilbab al-Maratil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 133) 4.1.2.Menggunakan Material Kain Yang Tebal Sebagai Pakaian Ibnu Abdil Barr berkata: Apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wa Salam adalah para wanita yang mengenakan pakaian yang tipis sekaligus menggambarkan bentuk tubuhnya... (as-Suyuti, Tanwir al-Hawalik, 3/103) Maka, dengan itu hendaklah pakaian yang dikenakan bersifat tebal dan tidak tipis. Sekaligus tidak menggambarkan bentuk tubuh dan menampakkan warna kulit serta apa yang wajib disembunyikan (ditutup). 4.1.3.Longgar dan Tidak Menggambarkan Bentuk Tubuh Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam pernah memberikan kepadaku baju qibthiyyah yang tebal hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Nabi Shallallahu alaihi wa Salam

bertanya

kepadaku,

Mengapa

engkau

tidak

pernah

memakai

baju

qibthiyyah? Aku memberitahunya, Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Beliau lantas berkata, Perintahkan isterimu supaya memakai baju dalam ketika mengenakan baju qibthiyyah tersebut, kerana aku bimbang baju tersebut masih dapat menggambarkan bentuk tubuhnya. (Hadis Riwayat AdhDhiya al-Maqdisi, al-Ahadis al-Mukhtarah, 1/441. Ahmad, 5/205. Nabi Shallallahu alaihi wa Salam menjelaskan sebab larangan memakai baju qibthiyyah bagi wanita adalah kerana kebimbangan beliau bahawa baju tersebut masih dapat menggambarkan bentuk tubuh. Jika kita perhatikan, bukankah pakaian tersebut tebal, jadi apa gunanya mengenakan pakaian dalam untuk masa yang sama? Maka, perlulah kita fahami bahawa baju qibthiyyah tersebut walaupun tebal, namun ia masih boleh menggambarkan bentuk tubuh, kerana dia memiliki sifat lembut dan lentur (melekat) di tubuh seperti pakaian yang terbuat dari sutera atau tenunan dari bulu kambing yang dikenali pada zaman ini. 4.1.4.Tidak Mengenakan Pewangi Dari Abu Musa al-Asyary, dia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam bersabda: Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina. (Hadis Riwayat an-Nasai, 2/283. Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, 2786. Ahmad, 4/400. Menurut al-Albani, hadis ini hasan). Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam pernah bersabda: Wanita yang memakai bakthur (sejenis pewangi untuk pakaian), janganlah solat isya bersama kami. (Lihat Silsilah al-Ahadis ash-shahihah, no. 1094). Dari Zainab ats-Tsaqafiyah, Nabi Shallallahu alaihi wa Salam bersabda: Jika salah seorang wanita di antara kamu hendak ke masjid, maka janganlah sekali-kali dia memakai wangi-wangian. (Hadis Riwayat Muslim). Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Apabila perkara tersebut diharamkan bagi wanita yang hendak ke masjid, maka apatah lagi bagi wanita yang bukan ke masjid seperti ke pasar dan seumpamanya? Tidak diragukan lagi bahawa

perkara tersebut lebih haram dan lebih besar dosanya. (al-Albani, Jilbab alMaratil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 151) 4.1.5.Tidak Menyerupai Jantina Berlawanan

4.1.6.Tidak Menyerupai Pakaian Orang Kafir (Tasyabbuh) Allah Subhanahu wa Taala berfirman: Adakah belum datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk hatinya tunduk mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepada mereka, kemudian berlalulah masa yang panjang ke atas mereka sehinggalah hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq. (Surah al-Hadid, 57: 16) Ibnu Katsir menjelaskan berkenaan ayat ini dengan katanya: Oleh kerana itu, Allah Taala melarang orang-orang yang beriman menyerupai mereka (orangorang yahudi) sama ada dalam perkara aqidah atau pun perkara-perkara fiqh. Dari Ibnu Umar, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam bersabda: Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari golongan mereka. (Hadis Riwayat Abu Daud. Di dalam syariat Islam telah ditetapkan bahawa umat Islam, sama ada lelaki atau pun perempuan, mereka tidak dibenarkan bertasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir, sama ada dalam persoalan ibadah, hari perayaan, dan juga berpakaian terutamanya yang merujuk kepada pakaian-pakaian khas agama mereka. Ini adalah merupakan prinsip yang asas di dalam agama Islam, yang sayangnya telah banyak diabaikan oleh umat Islam zaman sekarang. Dalam persoalan tasyabbuh ini sebagaimana yang dijelaskan, ia tidaklah terhad dalam persoalan berpakaian, malahan bersifat umum dan menyeluruh. Jika kita lihat hadis-hadis dalam persoalan tasyabbuh ini, ia turut menunjukkan betapa Nabi menegaskan larangan menyerupai orang-orang kafir dalam soal ibadah seperti solat, puasa, haji, jenazah, makanan, dan seterusnya.

4.1.7.Bukan Berpakaian Untuk Menunjuk-nunjuk Dari Ibnu Umar, dia berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam bersabda: Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah (kebanggaan), maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Kiamat kemudian membakarnya dengan Api Neraka. (Hadis Riwayat Abu Daud, 2/172, no. 4029) Pakaian syuhrah adalah pakaian yang dipakai dengan tujuan supaya terkenal di mata orang kebanyakan, sama ada pakaian yang sangat berharga yang dipakai dalam rangka tujuan berbangga (mencari populariti) di dunia dan perhiasannya atau pakaian yang lusuh dengan tujuan menampakkan sifat kezuhudan dan menarik perhatian. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 153) Jika kita lihat terhadap tujuk perkara yang di gariskan Allah di dalam berpakaian jelaskan berpakaian bukan hanya menutup aurat yakni menutup sebahagian tubuh, tetapi ia juga meliputi ke tujuh-tujuh perkara tersebut.

Gambar-gambar Tatacara Berpakaian dari Sudut Tamadun Islam

Pakaian formal bagi kaum wanita dan kaum lelaki Wanita/perempuan Islam wajib menutup aurat telah digambarkan dalam Al-Quran:

"hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu"-Al Ahzab ayat 59 dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah S.A.W "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan" (Hadis Riwayat Abu Daud Usamah bin Zaid berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wa Salam pernah memberikan kepadaku baju qibthiyyah yang tebal hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Nabi Shallallahu alaihi wa Salam bertanya kepadaku, Mengapa engkau tidak pernah memakai baju qibthiyyah? Aku memberitahunya, Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Beliau lantas berkata, Perintahkan isterimu supaya memakai baju dalam ketika mengenakan baju qibthiyyah tersebut, kerana aku bimbang baju

tersebut masih dapat menggambarkan bentuk tubuhnya. (Hadis Riwayat AdhDhiya al-Maqdisi, al-Ahadis al-Mukhtarah, 1/441. Ahmad, 5/205.

Pakaian begini hendaklahlah dielakkan oleh wanita-wanita Islam DIRIWAYATKAN oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman).Golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun sesungguhnya bau syurga dapat dihidu dari jauh. Umum mengetahui, dalam dunia hari ini, rata-rata sibuk memajukan diri dalam mengejar arus kemodenan yang bukan saja membabitkan bidang teknologi, malah turut memberi kesan kepada corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama dan budaya.Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dalam fesyen dan terus diperlekehkan oleh pihak lain.Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai antara kita terlupa bahawasanya kita banyak melanggar batasan yang ditetapkan Allah SWT. Arus perubahan zaman ini menyaksikan wujud kelonggaran dan kelekaan dalam

kehidupan kita, di mana ada di kalangan suami dan ibu bapa membenarkan atau membiarkan anak dan ahli keluarga mereka mendedahkan aurat. Paling mengaibkan, perubahan fesyen masa kini menjadikan ramai menutup aurat secara menipu.Jadi, bagaimana pula ramai yang menutup aurat tetapi sebenarnya menipu? Keadaan ini boleh dilihat apabila ramai memakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh mereka tetapi dalam masa sama, pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan pula bentuk susuk tubuh mereka.

Pakaian yang dianjurkan kepada muslimah ketika bersukan

Pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan

Pakaian yang sesuai bagi remaja muslim

Pakaian menutup aurat harus dikekalkan walaupun dalam keadaan sakit

Pakaian menutup aurat harus dikekalkan walaupun dalam keadaan sakit

Untuk lelaki,Pakaian yang dipakai hendaklah longgar sedikit supaya bentuk aurat yang ditutup tidak kelihatan. Hikmah perlunya longar sedikit ini membolehkan badan dan pergerakan badan kita lebih selesa bila memakai baju. otot dan pergerakan badan menjadi mudah tanpa halangan. Pakaian lelaki juga hendaklah tidak jarang sehingga boleh menampakkan kulit bahagian aurat. Selain itu pakaian yang dipakai hendaklah dari rekaan yang tidak menarik perhatian bagi mengelakkan diri dari menunjuk-nunjuk dan digalakkan merendahkan diri didalam penampilan dan apa jua keadaan. Disini ada hadis menerangkan aurat lelaki antara pusat dengan lutut-"Hadis dari riwayat Muslim, ahmad, Abu Daud dan Tarmizi, Nabi SAW bersabda: haram lelaki melihat aurat lelaki diantara pusat dan lutut. ". 3 gambar diatas menunjukkan cara pemakaian yang dalam berlainan situasi tetapi memenuhi syarat sebagai pakaian yang sesuai dengan tamadun Islam.

5.0

SENIBINA DARI SUDUT TAMADUN ISLAM

Melihat kepada senibina tamadun Islam, negara kita Malaysia juga menerapkan ciriciri senibina tamadun Islam di dalam senibinanya. Islam mencapai satu tahap ketamadunan yang tinggi pada suatu masa dahulu. Ketamadunan yang dicapainya sememangnya memberi sumbangan yang besar dalam setiap aspek yang dapat dinilai melalui kesan peninggalannya yang sehingga kini masih lagi dapat dilihat dan dijadikan kajian. Perkembangan tamadun Islam sememangnya tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni ukiran, kesusasteraan, seni khat, muzik, seni bina, kesenian tekstil dan sebagainya. Jika dilihat perkembangan seni bina selari dengan pencapaian seni khat, seni ukir, dan perkembangan sains dan teknologi. Kesemuanya saling merangkumi dan melengkapi antara satu sama lain dan ahkirnya ia menghasilkan satu binaan yang dikagumi dan sehingga kini peninggalan seni bina banyk diaplikasikan dalam binaan beberapa bangunan yang penting. Seni bina di dalam tamadun Islam juga mencatat sebagai suatu yang amat penting, hal ini kerana ia merujuk sejauhmana proses pencapaian ketamadunan sesebuah empayar yang menguasai dunia Islam pada waktu itu. Binaan yang terawal dalam Islam iaitu Kaabah merupakan binaan yang terpenting dalam proses permulaan Islam. Di dalam al-Quran sendiri telah mencatatkan bahawa Kaabah sendiri telah dilindungi daraipada ancaman tentera bergajah dan ianya jelas dicatatkan dalam alQuran dari Surah al-Fil. Hal ini menunjukan bahawa binaan amat penting dalam proses penyebaran Islam. Kaabah juga merupakan gaya terawal kesenian seni bina Islam, sehinggalah seni bina Islam terus berkembang dan penyaksikan pelbagai elemen yang diterapkan dalam setiap seni bina yang muncul selepas itu yang dipengaruhi elemen pemerintah, budaya setempat dan sebagainya. Kemasukan dan penyebaran agama Islam ke Melaka bukan sahaja menyebarkan agama dan mengenalkan tamadun baru, malah bersamanya Islam mengekalkan seni bina masjid, tempat ibadah orang Islam. Perkembangan kerajaan Islam di Melaka

memungkinkan pula tukang-tukang yang mahir memperlihatkan daya kreativiti mereka. Mereka membina masjid yang seni binanya disesuaikan dengan alam dan persekitaran setempat, khususnya iklim yang panas dan hujan sepanjang tahun, serta dipadankan pula dengan bahan-bahan daripada kayu yang mudah didapati tanpa menjejaskan fungsi masjid. Pengaruh seni bina Islam di Malaysia sememangnya menonjol terutama pada senibina masjid-masjid dan kebanyakan bangunan kerajaan. Senibinanya unggul, mempunyai reka bentuk yang unik dan menarik jelas membuktikan kehebatan ketamadunan Islam. 8.Grafik Seni Bina Islam dan keterangannya 1.Masjid Putrajaya

Masjid yang berkhubah berwarna merah jambu ini dibina dengan batu granit berwarna kemerahan dan boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Bahagian tembok ditingkat bawah tanah masjid ini menyerupai tembok di Masjid Raja Hassan di Casablanca, Maghribi. Masjid ini terbahagi kepada 3 ruang utama-dewan sembahyang, bahagian perkarangan terbuka atau Sahn serta bilik-bilik dewan dan kemudahan belajar. Dewan sembahyang amat ringkas dan disokong oleh 12 tiang. Bahagian tertinggi dibawah khubah masjid ini adalah setinggi 250 kaki dari lantai. Ruang Sahn yang dihiasi beberapa buah kolam dan dipagari dengan barisan tiang menyediakan sebuah ruang yang luas dan indah untuk

sembahyang berjemaah. Menara masjid yang mengagumkan ini dipengaruhi oleh rekabentuk Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Pada ketinggian 116m, ianya merupakan salah sebuah menara tertinggi dirantau ini dan mempunyai 5 tingkat yang melambangkan 5 rukun Islam. 2.Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung

Masjid Terapung ini terletak 4 km dari pusat Bandar Kuala Terengganu.Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekali gus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. Masjid ini mula dibina pada September 1991 dan siap pada pertengahan Januari 1994 benilai RM6.997 juta. Direkabentu oleh Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari seni Bahri dan menampilkan cirri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta dikelilingi air sedalam 1.5.meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah makala wanita di bahagian atas.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah telah dirasmikan pada 18 Februari 2000 dan terletak di pesisir pantai Likas. Berkeluasan 14.83 hektar, masjid ini boleh memuatkan seramai 12, 000 orang jemaah pada satu masa. Hampir 70 peratus daripada kawasan masjid ini dikelilingi air menjadikannya kelihatan seolah-olah terapung. Masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dengan kos pembinaannya berharga RM 34 juta dan ia merupakan salah satu masjid yang tercantik di Kota Kinabalu.

Refleksi Tamadun Islam adalah dasar yang bersumberkan Al Quran dan Al-Hadith. Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan tajuk tugasan kali ini yang memfokuskan konsep Tamadun Islam kan dalam masyarakat Asia dan Malaysia khususnya mengambar suatu kekuatan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat di sini. Kami dapat menyatakan bahawa Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan sifat sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Atas kekuatan tersebut telah membentuk jalinan interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini memiliki dasar pegangan agama yang berbeza. Hasil kajian kerja kursus ini juga menjelaskan bahawa peranan Islam adalah sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dan ajaran agama diiktiraf sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam sebagai ummatan wasata(umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam berinteraksi dengan tamaddun moden maupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan bermaksud tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secardiria total. Selain itu, kami juga dapat menyatakan Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai yang diintegrasi merentas batas daerah dan budaya masyarakat Asia serta rakyat Malaysia. Nilai-nilai positif yang terdapat dalam Tamadun Islam mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.

Rujukan Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd Darulfikir. (2006) Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan: Kuala Lumpur Malaysia. Mustafa Haji Daud. (2002) Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Mustafa Haji Daud.(1985).Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Intelek Sdn. Bhd. Penerbit Universiti Malaya (2002) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur. Sazelin Arif.(2007) Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGrawHill(Malaysia) Sdn. Bhd.Shah Alam. Mohd. Taib Osman.(2000).Tamadun Islam di Malaysia . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka www.ibnuhashim.com www.ibnushukran.blogspot.com www.antarareda.blogspot.com http://www.google.com.my/pakaian+muslimah

Anda mungkin juga menyukai