Anda di halaman 1dari 5

DOA ROMADHON

From : Maillist Radionasyid

Hari Pertama:
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah
malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari
tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan
Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua:
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada
kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu
dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga:
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta
jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku
daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan
Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat:
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan
berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran
dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu,
wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima:
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon
keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di
kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu
dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala
pengasih."
Hari Keenam:
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan
janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu
yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu,
wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan. "

Hari Ketujuh:
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kedelapan:
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim,
pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan:
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah
aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu
yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh:
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku
di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan
orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang
memohon."

Hari Kesebelas:
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai
Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan. "
Hari Kedua Belas:
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku
dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan
dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut,
dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas:


"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu
wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas:


"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri
ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum
Muslimin."

Hari Kelima Belas:


"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk.
Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu
wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas:


"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti
mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan
kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi
ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas:


"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-
cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan
permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati
sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga
baginda yang suci."
Hari Kelapan Belas:
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala
ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas:


"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku
menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh:


"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu
neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-
Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu:


"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan
berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua:


"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan
mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan
Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang
dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga:


"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada
keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan
orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat:


"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan
Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan
kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu
serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang
meminta."
Hari Kedua Puluh Lima :
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh
Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam:


"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa
ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima
dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar
daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh:


"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan:


"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan
diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh
permintaan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Sembilan:


"Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta
penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba
yang beriman."

Hari Ketiga Puluh:


"Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu
melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh
dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda
yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Anda mungkin juga menyukai