alat-alat untuk membantu anda berfikir supaya anda menjadi manusia yang berjaya berfikir secara lebih sistematis. Laman ini juga mencadangkan strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kemahiran-kemahiran berfikir secara lebih ekslisit.
Definisi Tujuan Mengajar Kemahiran Berfikir Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir Penggunaan Alat dan Bahan Berfikir Cara Mengajar Kemahiran Berfikir Ciri-Ciri Pemikir Bijak
Definisi Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dapatlah dirumuskan bahawa: Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami
Tujuan Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Apakah kemahiran berfikir secara kritis? KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Apakah kemahiran berfikir secara kreatif? Kecekapan menggunakan minda untuk:
menjana dan menghasilkan idea, mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.
Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu? Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:
membanding dan membeza: membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan. menerangkan sebab. membuat sekuen / urutan. menentukan sumber yang dipercayai, membuat ramalan, mengusul periksa andaian, membuat inferens
Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah? Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.
Bagaimanakah KBKK ini diajarkan dalam mata pelajaran sekolah? KBKK diajarkan secara:
Cekal Luwes Reflektif Kurang impulsif Ingin tahu Mengambil risiko Mahir menyoal Tidak mudah putus asa Asertif Berkerjasama