Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0

PENDAHULUAN OBJEKTIF ANJURAN SASARAN LAPORAN PROGRAM TENTATIF PROGRAM AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PENUTUP LAMPIRAN

PENDAHULUAN
Kem kepimpinan ini diadakan khas untuk pelajar-pelajar PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) dan ahli-ahli jawatankuasa badan beruniform sekolah. Kem ini bertujuan untuk bertujuan melahirkan golongan belia yang mampu berjaya dalam hidup dan mencapai kejayaan dalam bidang kepimpinan serta berazam untuk mencungkil, sekaligus meningkatkan kualiti segala segi dan merubah taraf hidup kepada yang lebih baik pada masa hadapan. Kem ini diharapkan dapat memupuk gaya kepimpinan yang betul di kalangan peserta dan seterusnya dapat diaplikasikan di peringkat sekolah.

OBJEKTIF
Program ini bertujuan mengilap bakat kepimpinan pelajar supaya menjadi pemimpin yang berkalibel. Selain itu, program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membentuk sahsiah dan meningkatkan nilai jati diri pelajar agar dapat membina modal insan yang berintegriti. Lebih-lebih lagi untuk menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab dan amanah sebagai pelajar dan pemimpin. Program ini juga diadakan bagi menggalakkan amalan hidup yang harmoni di kalangan pelajar.

ANJURAN
Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Vivekananda, Kuala Lumpur.

SASARAN
Semua ahli kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan ahli jawatan kuasa badan berunform SMK Vivekananda.

LAPORAN PROGRAM
Tarikh : 16 Julai 2011 Hari : Sabtu Aktiviti 1: Ice Braking Pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu memilih ketua, nama kumpulan. Pelajar juga diminta membuat cheers atau kata-kata semangat untuk dipersembahkan kepada semua. Aktiviti 2 : Ceramah Pelajar diberikan ceramah oleh En Khairul berkaitan dengan kepimpinan dan peranan ahli-ahli jawatan kuasa dalam satu-satu badan beruniform di sekolah. Aktiviti 3: Simpulan Kasih Pelajar diberikan seutas tali yang panjang dan setiap orang perlu memegang tali tersebut. Pelajar diminta mengikat tali tersebut mengikut arahan yang diberikan oleh ketua tanpa seorang pun melepaskan tali yang dipegang. Aktiviti 4: Explorace Setiap pelajar diberikan tugasan untuk mendapatkan barang yang diarahkan oleh fasilitator dan mereka perlu menjaga barang yang diperolehi sebagai amanah untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Aktiviti 5: Ice braking 2 Pelajar diberikan pendedahan berkaitan dengan kepimpinan dan peranan ahli-ahli jawatan kuasa dalam satu-satu badan beruniform di sekolah. Aktiviti 6: Nite walk Aktiviti ini diadakan untuk menguji keberanian setiap peserta. Semua peserta dibawa masuk ke dalam hutan dan setiap orang dilepaskan seorang demi seorang menuju ke tapak kem.

Tarikh : 17 Julai 2011 Hari : Ahad Aktiviti 7: Senaman pagi Semua peserta membuat senaman mengikut ketua yang telah dipilih. Aktiviti 8: Jungle tracking Aktiviti ini menguji ketangkasan dan ketahanan fizikal peserta sepanjang perjalanan yang mana setiap peserta perlu berjalan di dalam hutan selama lebih kurang 2 jam. Aktiviti 9: Penutup Peserta membuat rumusan tentang perjalanan program selama 2 hari satu malam bersama-sama dengan fasilitator yang terlibat.

TENTATIF PROGRAM
Hari Pertama Masa 0900 0930 1030 1050 1200 1300 1400 1600 1630 1700 1830 2000 2200 2220 2330 0000 Program Taklimat program Ice Breaking Pembentukan kumpulan Minpa Ceramah 1 Tugas & Tanggungjawab Seorang Pemimpin LDK 1 Komunikasi Berkesan MakTen / Solat Zohor LDK 2 Pengurusan Organisasi LDK 3 Simpulan Kasih MinPet LDK 4 Latihan Mandi Peluh Khidmat Diri / MakMal / Solat Maghrib LDK 5 Samurai MinMal / Solat Isyak LDK 6 Ikrar Perwira LDK 7 Pengembaraan Minda LDK 8 Diagnostik Kekuatan Mental Catatan Suai kenal Teori tugasan Komunikasi Pengurusan Fokus Latihan Fizikal & Mental Kerjasama Setiakawan Jasa & Pengorbanan Jasa & Pengorbanan

Hari Kedua Masa 0600 0700 0730 0830 1000 1330 1600 1630 Program Solat Subuh / Tazkirah Senaman Selamat Pagi Malaysia Sarapan / Khidmat diri LDK 9 Menara Pangsa & Ikhtiar Hidup (Alam Sahabat kepada Manusia) LDK 10 Barisan Kita (Pikul AMANAH) MakTen / Khidmat Diri / Solat Zohor Rumusan Penutup & Bersurai Catatan

Disiplin Amanah

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA


Penasihat Pengerusi Pengerusi 1 Pengerusi 2 Setiausaha : Pn. Yogarathai a/p C. Nagalingam (Pengetua) : Pn. Hjh. Noor Melati bt Ismail (PK Kokurikulum) : Pn. Rohana bt. Abd. Majid : En. Mohgan a/l Shamugam : Pn. Kamarnisa bt. Abd Rahim

Ketua Penyelaras Program : Pn. Kamarnisa bt. Abd Rahim AJK Penyelaras Program 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. En. Morthy a/l Gopal Pn. Usha Devi a/p Chinnappan Pn. Sheela a/p Ramachandran Pn. Chuah Cheng Lian Pn. Noor Safura bt. Zainuddin Pn. Raziah bt. Mohd Kaus Pn. Tehnabakiam a/p Subramaniam Pn. Tham Men Yie Cik Daisy Angelina a/p Anthonysamy : 1. Cik Azira bt. Razali 2. Cik Wafrah bt. Ishak AJK Disiplin, Pengangkutan & Peralatan : 1. En. Mohd Lutfi b Mokhtar 2. En. Punethn a/l Superminium AJK Makanan : 1. Cik Tai Soo Shong 2. Cik Daisy Angelina a/p Anthonysamy AJK Pendaftaran AJK Sijil : Pn. Wan Nur Rahayu bt. Mohd Yunus : Cik Wong Lai Sin :

AJK Dokumentasi & Gambar

PENUTUP
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kem kepimpinan untuk semua peserta pembimbing rakan sebaya sekolah dan ahli jawatan kuasa badan beruniform SMK Vivekananda. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang terlibat kerana bertungkus lumus memastikan perjalanan program yang telah dirancang ini. Kem ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua peserta dan dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi kelak. Akhir kata, sama-samalah kita meneruskan usaha sama di kalangan warga SMK Vivekananda supaya sekolah ini terus cemerlang dalam pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai