Anda di halaman 1dari 1

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bidang pendidikan negara sedang dan akan terus mengalami perubahan secara dinamis menjelang abad ke-21. Ianya juga menjadi kunci utama untuk Malaysia mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020. Untuk tujuan itu, sistem pendidikan negara perlu diangkat ke satu standard yang lebih tinggi dan bertaraf dunia, yang turut melibatkan peningkatan dari segi kecemerlangan, imej dan kualiti pendidikan. Perubahan dan pembaharuan yang sesuai dengan tuntutan semasa adalah amat kritikal bagi memastikan impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dapat dicapai. Perubahan secara berstruktur, sistematik dan komprehensif mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas, meliputi peningkatan kualiti pengurusan dan kepimpinan, sistem penyampaian, pengajaran dan pembelajaran, serta persekitaran budaya pelajar dan organisasi. Ianya juga amat bergantung kepada keupayaan warga pendidik dalam menyediakan dan menyampaikan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda. Dengan sokongan daripada semua pihak yang berkepentingan, warga pendidik sebagai agen pelaksana dan agen perubahan diharap akan dapat memainkan peranan dengan jujur dan ikhlas di semua peringkat demi memastikan keperibadian generasi muda yang merupakan aset penting bagi negara dapat dibentuk mengikut acuan pendidikan negara. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah sekolah yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah ini. Saya mendoakan agar semua warga pendidik dan para pelajar dapat menguatkan tekad untuk bersama-sama melonjakkan bidang pendidikan negara ke satu tahap yang lebih tinggi.

TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN

Anda mungkin juga menyukai