Anda di halaman 1dari 1

-

Penghargaan

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Puan Chua
Poi Sze kerana tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi
Tempatan (KGT).
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua ibu-bapa saya yang sentiasa
memberi dorongan dan galakan, bantuan dan tunjuk ajar sepanjang saya menjalankan
kajian ini sehinggalah kajian ini selesai. Kepada rakan-rakan sekelas yang membantu
menjawab pertanyaan saya tentang projek ini dan memberikan tunjuk ajar, ucapan terima
kasih yang tidak terhingga atas bantuan yang dihulurkan semasa menjalankan kajian ini.
Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Petaling Jaya atas
kerjasama yang diberikan.

Pendahuluan

Nama saya Ting Kah Sing. Saya belajar di Tingkatan 2A, Sekolah Menengah Bantuan
Saint Joseph, Kuching, Sarawak. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi,
kami diwajibkan membuat satuu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT)
Saya telah memilih tajuk Kaitan Antara Komposisi Penduduk Dengan Jenis Pekerjaan Di
Taman Kasturi, Petaling Jaya, Selangor. Untuk menjalankan kajian ini, saya memilih
untuk membuat secara individu.

Objektif Kajian

1. Mengkaji komposisi penduduk di Taman Desa Ria, Petaling Jaya, Selangor


mengikut jantina dan kaum.
2. Mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan penduduk di Taman Desa Ria, Petaling Jaya,
Selangor mengikut jantina dan kaum.
3. Menyatakan kaitan antara komposisi penduduk dangan jenis pekerjaan di Taman
Desa Ria