Anda di halaman 1dari 1

TEKS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KESAN PEMBUANGAN BAHAN KIMIA SIMUJAN, 4 Julai : Beratus - ratus ekor ikan mati

di Sungai Ladong sejak dua hari yang lalu yang dipercayai akibat pembuangn sisa bahan kimia beracun dari sebuah kilang di sungai itu. Ekoran daripada kejadian itu, nelayan- nelayan di sekitar kawasan berkenaan kehilangan mata pencarian. Selama ini, sungai tersebut merupakan tempat mereka menangkap ikan. Menurut seorang penduduk di situ, dia selalu menangkap ikan di sungai itu untuk mencari pendapatan sampingan selain berkebun. Sekiranya kegiatan ini berlarutan tanpa sebarang tindakan, sudah tentu akan menjejaskan rezeki penduduk di situ.

Menurut ketua kampung Sungai Ladong, Encik Arshad Ahmad, perbuatan membuang sisa bahan kimia beracun ini dipercayai dilakukan oleh pekerja-pekerja kilang. Mereka melakukan kegiatan itu pada waktu malam supaya tidak dikesan oleh pihak berkuasa. Kegiatan pembuangan sisa bahan kimia beracun itu mula disedari oleh penduduk kampung sejak dua hari yang lalu apabila ikan mati dan terapungapung di permukaan sungai. Selain itu, air Sungai Ladong turut bertukar warna dan berbau busuk. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di sekitar sungai tersebut berasa kurang selesa. Di samping itu, kesihatan penduduk akan terjejas sekiranya mereka makan ikan yang ditangkap dari sungai tersebut. Sehubungan dengan itu, ketua kampung meminta pihak Jabatan Alam Sekitar menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang berkenaan.Tindakan ini perlu untuk mengelakkan lebih banyak ikan mati sekaligus dapat membanteras kegiatan mencemarkan sungai.