Anda di halaman 1dari 11

Asas Perkhemahan

Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza : 1.Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas. 2. Khemah nylon berbentuk Dome adalah sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk. 3. Khemah nylon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan. Keselamatan, ada beberapa perkara yang perlu diutamakan untuk dihindari dan dibuat 1. Jangan mendirikan khemah betul-betul di puncak gunung atau bukit, kerana ini akan menyebabkan kita menjadi "point of contact" (hilang titik perhubungan) sekiranya berlaku kilat atau petir, menjadi penampan sekiranya berlaku ribut atau angin yang kuat. Cara yang sesuai hendak dirikan khemah dalam jarak 4 ke 6 meter dari puncak. Lagi jauh lagi baik. 2. Jangan dirikan khemah di tepi tebing atau bawah tebing yang curam. Kerana tebingtebing ini berpotensi untuk runtuh bila berlaku hujan atau sebagainya. 3. Jangan berkhemah terlalu hampir dengan tebing sungai. Banjir kilat di kawasan pendalaman akan berlaku tanpa disedari dan dalam beberapa saat saja air akan naik mendadak menghanyutkan khemah bila berlaku hujan di hulu sungai. 4. Hindari dari berkhemah di laluan binatang "Denai" kerana bila-bila masa saja binatang hutan akan melalui denai berkenaan. Yang paling bahaya adalah kumpulan gajah. Dalam sekelip mata saja khemah yang didirikan akan ranap kerana gajah akan berjalan berkumpulan. Jadi Jarakkan dari denai sekurang-kurangnya 4 ke 5 meter. 5. Sekiranya perlu buat unggun api hendaklah dalam jarak 4 meter dari khemah untuk mengelak percikan bunga api dan membakar khemah.

6. Jangan sekali-kali membawa masuk api ke dalam khemah seperti lampu gas atau minyak, dapur gas atau minyak, menghisap rokok dan sebagainya. Benda-benda ini bukan saja penyebab kebakaran tetapi juga sekiranya khemah bertutup rapat, ianya akan menghabiskan oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida dan meracuni udara di dalam khemah. Ini boleh menyebabkan kematian. 7. Hindari berkhemah di padang-padang lalang atau resam kerana lalang atau resam kering mudah terbakar. Begitu juga di tengah-tengah padang lapang kerana kemungkinan disambar petir adalah besar. 8. Dilarang sama sekali mendirikan khemah di bawah pokok yang rimbun, kerana bila hujan atau berlaku ribut, dahan-dahan pokok ini dengan daun yang rimbun dan berat amat berpotensi untuk runtuh dan menimpa khemah. 9. Jangan mendirikan khemah di bawah pokok yang mati. Pokok yang mati memang mereput dan akan patah pada bila-bila masa saja. Kemungkinan besar akan menghempap khemah. 10. Pastikan pintu khemah bertutup (zip) bila meninggalkan khemah untuk mengelak dari sebarang binatang atau serangga berbisa memasuki khemah. 11. Bila mendirikan khemah hendaklah pintu khemah tersebut membelakangkan arah tiupan angin untuk mengelakkan dari angin kuat menerobos ke dalam khemah bila pintu khemah di buka dan berpotensi untuk menerbangkan khemah atau paling tidak merusakan khemah. 12. Apa-apa benda tajam parang pisau dan sebagainaya hendaklah bersarung atau disimpan ditempat yang selamat dari terpijak dan senang untuk diambil bila perlu 13. Hendaklah menanda satu tempat bertemu atau berkumpul kembali yang difikirkan selamat sekiranya berlaku apa-apa kecemasan dan semuanya ahli bertepiaran lari ke pelbagai arah. Dan apabila keadaan sudah pulih tempat yang ditanda tadilah semua akan berkumpul semula 14. Setiap ahli atau anggota hendaklah mempunyai wisel untuk digunakan semasa kecemasan. Setiap keperluan tiupan wisel hendaklah diberikan Kod Nada dan jangan ditiup sesuka hati. 15.Untuk keselesaan, carilah tapak khemah yang rata dan tidak berbatu. Elak dari tapak yang lecak, berlumpur atau bertunggul. 16.Untuk mendapat kemudahan asas hendaklah berkhemah dekat dengan punca air dan berhampiran denai atau trek.

Jenis-jenis khemah Khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: Ridge tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dandilipat

Dome tent Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel. Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti disekolah dan sebagainya

Frame tent Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian

Bell tent Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis DOME

Shelter Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi Boleh melindungi daripada serangga,panas, hujan, angin, salji dan suhusejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya Jenis-jenis Shelter 1.Phonco-Lean-To 1.Mudah dan cepat dibina. 2.Diikat pada dua batang pokok 3.Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja 4.Pastikan shelter tidak menghala arah angin

2.Phonco Tent Mudah dibina. Diikat diantara dua pokok Shelter tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan

3.One man Shelter Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman

Peralatan-peralatan perkhemahan

Perkakasan perkhemahan

Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat Plastik asal lantai khemah Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran) Tilam angin dan pam Tikar tidur Beg tidur Selimut Bantal Pelita Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak) Lampu picit dan bateri ganti Plastik sampah Tali (Bagi ampaian dan 1,000 kegunaan lain!) Pengepit baju Kit pertolongan cermas Belerang Perkakasan am

Parang Kompas Gunting Pisau perkhemahan, pisau askar Pemutar skru Mancis tahan air / dalam bekas kedap air "Pemula api" Kayu/bahan bakar

Memasak

Dapur perkhemahan Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak) Jaring bagi unggun api Periuk perkhemahan dengan penutup Cerek teh atau kopi Kuali menggoreng Penyejuk dan air batu Pembuka tin Pembuka bottol Sudu, pisau, garpu Cawan plastik, kertas atau besi Pinggan plastik/kertas Mangkuk Sudu hidangan Spatula Tuala pengesat Span Sabun ramah persekitaran Tuala kertas Bekas plastik bagi menyimpan makanan Makanan

Roti Mentega kacang & jeli Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman) Buah-buahan Makanan tin Air Garam, lada hitam, perasa Minyak masak Sos tomato, stik dll

Barangan persendirian

Tunai Kad pengenalan Tuala Baju basahan / mandi Sabun Syampu Berus gigi & ubat gigi Selipar Penghalau serangga Pelindung matahari Walkman & bateri, kaset / mp3 dll. Peta atau panduan denai Beg galas Tabung air Tisu tandas Tisu Ubat yang diperlukan Baju sejuk / jaket ringan / kot tebal Baju hujan Topi & sarung tangan Cermin mata gelap Sekurang-kurangnya 2 pasang kasut Permainan hiburan

Pelampung Frisbee, bola, dll. Permainan papan (Scrabble!) Kad daun terup Buku Kamera dan filem/kad ingatan Teropong Buku pengenalan burung & tumbuhan Barang tidak perlu dibawa

Barangan kemas Radio yang kuat Senjata api

Barang mudah pecah/rosak Haiwan peliharaan

Anda mungkin juga menyukai