Anda di halaman 1dari 37

CONTOH PETIKAN DARIPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Penulis perlu menjelaskan walaupun berada di United Kingdom pada waktu yang sama, kami sebenarnya tidak pernah bertemu penulis belajar di Cambridge University. Namun, pada tahun kemudiannya penulis kembali dan mula berulang-alik di rantau ini dan mendapati nama beliau selalu disebut-sebut di Thailand. Ketika itu, kami masih dalam usia 30-an, semacam ada satu harapan yang beliau bakal menjadi orang penting dan berkuasa. Tidak dapat dielakkan, kami akhirnya bertemu dan menjadi rakan walaupun tidak begitu rapat kerana Abhisit sebenar-benarnya orang yang suka menyendiri dan lebih suka melapangkan masanya bersama-sama isteri dan dua orang anak mereka.

Rakan dalam partinya juga sukar mengajaknya bermalam di luar kota Bangkok. Mensia-siakan waktu bukan sifat Abhisit. Dalam keadaan Thailand yang berada di tengah-tengah keributan, penulis amat menghargai waktu yang diperuntukkan oleh Abhisit untuk bercakap tentang kerjayanya, pandangan beliau terhadap Thailand dan kedudukannya di rantau ini. Kedudukan Abhisit yang unik dalam kalangan rakyat Thailand begitu ketara walaupun pada peringkat kalut ini. Beliau langsung tidak turut sama bergelut dengan persekitaran pemimpin politik Bangkok yang sangat berat sebelah dan korup. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga amat baik. 175 p.p Dipetik dari, (Dewan Bahasa dan Pustaka,Holokus Kedua di Bumi Palestin) (M/S 54-55)

KATA TUNGGAL perlu di pada waktu yang sama kami tidak pernah belajar namun tahun kembali dan mula rantau ini nama beliau selalu ketika itu masih dalam usia ada satu harapan bakal orang penting dapat rakan begitu rapat kerana suka lebih isteri dua anak mereka juga sukar luar

KATA TERBITAN penulis menjelaskan walaupun berada

KATA MAJMUK

sebenarnya
bertemu bercakap kemudiannya mendapati semacam menjadi berkuasa dielakkan akhirnya bertemu menyendiri melapangkan masanya partinya mengajaknya bermalam keributan menghargai diperuntukkan kerjayanya pandangan terhadap kedudukannya peringkat bergelut persekitaran pemimpin penguasaan

KATA GANDA berulang-alik disebut-sebut sebenar-benarnya bersama-sama mensia-siakan tengah-tengah

kota bukan sifat keadaan berada amat oleh untuk tentang rantau unik kalangan rakyat ketara kalut langsung tidak turut dengan politik sangat berat sebelah bahasa baik

BENTUK KATA Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh: satu suku kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis: a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentukbentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh : berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomputer kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan :

a) Kata Terbitan Berawalan b) Kata Terbitan Berakhiran c) Kata Terbitan Berapitan d) Kata Terbitan Bersisipan Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis :

a) imbuhan awalan unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh : imbuhan ber dalam bersukan ber+sukan b) imbuhan akhiran unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar Contoh : imbuhan -an dalam makanan makan+an imbuhan -kan dalam kembalikan kembali+kan c) imbuhan apitan imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan Contoh : imbuhan men..kan dalam mendebarkan men+debar+kan imbuhan pe.an dalam pendidikan pen+didik+an d) imbuhan sisipan unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan Contoh : imbuhan er dalam keruping imbuhan el dalam telunjuk

Kata Terbitan Berawalan Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan pe) pembawa, pembuat (pem) suprakelas, supranasional (supra) b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (me) berjalan, berganti, berserta (ber) c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (ter) secerah, setebal, senipis (se)

Kata Terbitan Berakhiran Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh : a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (-an) sasterawan, angkasawan (-wan) budiman, seniman (-man) peragawati, seniwati (-wati) nasionalisme, patriotisme (-isme) b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (-kan) duduki, turuti, berkati (-i)

Kata Terbitan Berapitan Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (pean) kelainan, kedukaan (kean) b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (mekan) beralaskan, berlaukan (berkan) diyakini, disirami (dii) dipergunakan (diperkan) memperdagangkan (memperkan) keselesaan (kean) c) Kata Adjektif : kemelayuan (kean)

Kata Terbitan Bersisipan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (..el..) keruping, seruling (..er..) b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (..el..) gemilang, semerbak (..em..)

Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk terbahagai kepada tiga : a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji, kebolehubahan b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab,

memberitahu c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana

Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok: a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya. b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.

Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan. c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih. Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:
a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :

duka + cita = dukacita jawatan + kuasa = jawatankuasa


b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan.

Contohnya walaupun dan adalah. c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak milik.
d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan

imbuhan apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh : pindah milik dipindahmilikkan tukar ganti ditukargantikan e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum. Contoh : campur aduk bercampur aduk temu bual ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausahasetiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Kata Ganda Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Terdapat tiga jenis kata ganda : a) Penggandaan penuh
-

proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik,

anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih. b) Penggandaan separa
-

proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
i)

Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok, hina-dina

ii)

Penggandaan

berentak

pengulangan

konsonan

iaitu

penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyibunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda. iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.


a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya

meja-meja, bukit-bukau
b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan

kupu-kupu
c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula

d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuihmuih.


e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/week6/MORFOLOGI/BENTUK%20KATA.doc

TAKRIF FRASA

Frasa ialah binaan yang terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek, atau keterangan. (Teks Pra-U STPM, Bahasa Melayu kertas 1, m/s 254) Ayat dalam bahasa terbentuk daripada urutan perkataan. Urutan perkataan yang dapat bertugas sebagai unsur binaan ayat yang lebih kecil dipanggil frasa. Secara mudah, frasa adalah suatu susunan perkataan dalam suatu binaan terkecil dalam ayat. (Buku Nahu Bahasa Melayu) Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.html)

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa, kerana binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Dalam ayat-ayat berikut, susunan perkataan yang ditulis condong ialah contoh frasa: 21. Burung merpati terbang melayang. 22. Anak kecil itu sedang tidur. 23. Ali mengahwini anak Pak Haji Osman. 24. Polis memburu penjenayah di hutan rimba itu. 25. Di dalam gua itu tersimpan harta karun. Sebagaimana yang telah dinyatakan, frasa dapat juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya, bentuk kata burung ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi seekor burung, burung merpati, seekor burung merpati, seekor anak burung merpati, dan sebagainya, seperti yang berikut:
Frasa Burung Seekor burung Burung merpati Seekor anak burung Seekor anak burung merpati

Oleh itu, dalam binaan seekor anak burung merpati, kita bertemu dengan sebuah frasa, burung merpati, yang dipancangkan ke dalam sebuah frasa yang lain, anak burung merpati, dan seterusnya ke dalam sebuah lagi frasa yang lain, seekor anak burung merpati. (Tatabahasa Dewan, Edisi Baharu, m/s 416-417)

BINAAN FRASA Binaan Frasa Nama Binaan Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja, ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu. Pertama, jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh Frasa Nama itu, sementara perkataan-perkataan lain merupakan penerangnya. Jenis kedua ialah jenis yang terdiri dairpada dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi dari segi makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Binaan Frasa Nama Terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan. Dua jenis binaan:(b) Inti + Penerang contoh: Askar Melayu Diraja berbaris di padang inti penerang predikat
Inti + Inti dengan maksud lawan erti Perkataan yang mengisi ke2/2 inti membawa maksud lawan erti. Contoh: - kerusi meja - ibu bapa

(a) Inti + Inti Contoh: Ibu bapa tidak perlu hadir Inti inti predikat

Dua jenis binaan Frasa Nama: Inti + inti


Inti + Inti dengan makna sama erti Perkataan yang mengisi ke2/2 inti membawa makna sama erti. Contoh: - tubuh badan - wang ringgit

Dua jenis binaan Frasa Nama : Inti + penerang Frasa nama yang terdiri daripada unsur-unsur inti + penerang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: 1. Inti + Penerang Nama 2. Inti + Penerang Bukan Nama
Inti + penerang nama keturunan jenis penyambut kegunaan kelamin tempat arah anggota badan tenaga penggerak hal@perkara milik khas panggilan@gelaran Inti + penerang bukan nama penentu hadapan lima orang askar penentu belakang orang itu kata kerja mesin jahit kata adjektif anak muda frasa sendi nama surat dari kg bil ordinal tempat pertama

org Melayu beg kulit pam air kayu pengukur ayam jantan anak Johor simpang kanan gelang kaki dapur gas surat kebenaran rumah saya Negeri Johor Haji Adam

Frasa nama boleh terbina daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang unsur intinya ialah kata nama. Selain itu frasa nama yang terbentuk daripada rentetan kata mempunyai dua jenis hubungan antara kata itu, iaitu inti+penerang dan inti+inti Binaan frasa nama inti + penerang terbahagi kepada dua iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama. Binaan inti + penerang nama terbahagi kepada beberapa jenis. Contohnya inti + penerang nama jenis misalnya cawan plastik + pokok ciku. Contoh yang kedua ialah inti+penerang nama penyambut penunggang motosikal+penerbit buku.

Binaan inti + penerang bukan nama pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu inti + penerang penentu hadapan misalnya dua kaki + ketiga-tiga ekor kucing. Yang kedua pula ialah inti + penerang kata kerja misalnya alat tulis + kamar mandi. Inti + penerang kata adjektif misalnya bandar baru + istana lama. Inti + penerang frasa sendi nama misalnya anugerah kepada rakyat + kesetiaan kepada raja

Dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu, susunan unsur-unsur frasa nama mesti mematuhi hukum D-M iaitu unsur yang diterangkan mesti mendahului unsur yang menerangkan atau dalam kaedah yang paling mudah dirumuskan sebagai diterangkan dan menerangkan. Contohnya diterangkan ialah tenaga manakala menerangkan ialah pengajar.

Namum demikian, terdapat binaan frasa nama yang dikecualikan daripada hukum D-M seperti Perdana Menteri, naib presiden, ibu negeri, kedua-dua orang menantu, dan Datuk Menteri. Dalam binaan ayat frasa nama dapat berfungsi sebagai subjek, predikat, objek, atau pelengkap. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat berikut: Tasik itu lebar (frasa nama tasik itu berfungsi sebagai subjek) Lelaki itu datuk kami (frasa nama datuk kami berfungsi sebagai predikat) Dia memandu kereta kecil (frasa nama kereta kecil berfungsi sebagai objek.

Pengemis itu berselimutkan kain buruk (frasa nama kain buruk berfungsi sebagai pelengkap.

Binaan Frasa kerja Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau lebih dengan kata kerja sebagai unsur intinya. Secara umumnya frasa kerja terbahagi kepada dua iaitu binaan frasa kerja tanpa objek dan binaan frasa kerja dengan objek Binaan frasa kerja tanpa objek terdiri daripada kata kerja tak transitif yang mungkin diikuti oleh pelengkap kata nama, pelengkap kata adjektif atau pelengkap frasa sendi nama contohya: Perompak itu bersenjatakan pisau (pelengkapnya kata nama) Orang itu sentiasa berbuat baik (pelengkapnya kata adjektif) Anaknya bermastautin di ibu kota (pelengkapnya frasa sendi nama)

Binaan frasa kerja tanpa objek juga boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif tanpa pelengkap atau kata kerja tak transitif dengan kata nama sebagai penerang. Contohnya: Abang tertawa (tanpa pelengkap) Kami bermain dam (kata nama dam sebagai penerang

Binaan frasa kerja dengan objek terbahagi kepada dua bentuk iaitu frasa kerja transitif dengan satu objek misalnya bapa membeli motosikal(satu objek iaitu motosikal) dan frasa kerja transitif dengan dua objek misalnya bapa membelikan abang motosikal(dua objek iaitu abang dan motosikal).

Frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen contohnya: Dia mengaku bahawa dia cinta akan gadis itu (frasa kerja transitif dengan ayat komplemen) Beliau berkata bahawa masalah itu harus didedahkan segera (frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen) Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan yang hadir selepas kata kerja. Dalam pada itu unsur keterangan terbahagi kepada jenis-jenis yang berikut: Keterangan tempat atau arah contohnya abang saya belajar di seberang laut dan adik melompat ke atas tilam Keterangan waktu misalnya perlawanan itu tamat pada jam sepuluh setengah malam.

Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja mempunyai kata kerja sebagai intinya dan kata kerja ini bersifat transitif dan tak transitif.

Binaan Frasa Kerja Dua jenis: a) Frasa Kerja tanpa objek kata kerja tak transitif b) Frasa Kerja dengan objek kata kerja transitif Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
1. Kata Kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap. - Contoh: kanak-kanak itu menangis 2. Kata Kerja tak transitif yang dapat diberi pelengkap sesudahnya. a. Kata Adjektif sebagai pelengkap contoh: kesihatan bapanya beransur baik b. Frasa Sendi sebagai pelengkap contoh: Mereka berada di Kedah

c. KN sebagai pelengkap contoh : dia berbantalkan lengan 3. Kata Kerja tak transitif yang dapat diikuti Objek Kata Nama sebagai penerang - contoh: kegemarannya bermain bola.

Binaan Frasa Kerja dengan Objek


1. Frasa Kerja dengan satu objek. Contoh: Mesin itu mengepam air Kami mendekati bangunan itu Kejadian itu sangat menyedihkan 2. Frasa Kerja dengan dua objek Contoh : Ahmad menghadiahi Ali buku Ibu memasakkan tetamu makanan

Binaan Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan kata yang terdiri daripada satu atau beberapa patak kata yang mempunyai kata adjektif sebagai intinya. Dalam pada itu binaan frasa adjektif terbahagi kepada dua bentuk binaan satu kata dan binaan dua kata. Contoh frasa adjektif binaan satu kata adalah seperti majlis itu meriah dan anjing itu garang. Frasa adjektif binaan dua kata terbahagi kepada dua bentuk iaitu kata adjektif + kata adjektif dan kata adjektif + kata nama. Frasa adjektif dalam bentuk kata adjektif + kata adjektif yang terdiri daripada beberapa jenis yang perlu diketahui iaitu: Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna misalnya gagah berani, kering kontang, kurus kering dan lemah longlai Dua kata adjektif yang berlawanan makna contohnya baik buruk, kecil besar, dan maju mundur

Dua kata adjektif yang mempunyai keindahan bunyi rima seperti gemuk gedempul, kaya raya dan letih lesu

Frasa adjektif dalam bentuk kata adjektif + kata nama terdiri daripada dua jenis iaitu frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan contohnya biru laut serta jinak merpati dan frasa adjektif yang membawa maksud kiasan misalnya banyak mulut , berat kepala, dan kuat makan. Frasa adjektif juga boleh terdiri daripada kata adjektif yang disertai kata

penguat. Kata penguat itu boleh hadir di hadapan kata adjektif dan di belakang kata adjektif, atau hadir bebas contohnya paling tabah (hadir di hadapan kata adjektif), tabah sekali (hadir di belakang kata adjektif) dan sungguh lunak, lunak sekali (hadir secara bebas) Secara dominannya terdapat Sembilan jenis kata adjektif iaitu: Kata adjektif sifatan atau keadaan contohnya Amira seorang yang sangat lembut. Kata adjektif warna contohnya baju itu berwarna coklat. Kata adjektif ukuran contohnya ukur lilit pinggang aiman ialah dua puluh tujuh inci. Kata adjektif bentuk Kata adjektif waktu contohnya amin bertolak ke Grik pada pukul 10.30 pagi. Kata adjektif jarak Kata adjektif cara Kata adjektif perasaan

Kata adjektif pancaindera

BINAAN Frasa Adjektif: UNSUR PENGISI FRASA ADJEKTIF Dua Jenis : i. Binaan satu perkataan - terdiri daripada satu kata adjektif - contoh: kawan-kawan Ahmad cerdik ii. Binaan dua perkataan - Binaan Kata Adjektif + Kata Adjektif - Binaan Kata Adjektif + Kata Nama Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai: a) FA sebagai predikat Contoh: Suara penyanyi itu merdu Warna bajunya kemerah-merahan b) FA sebagai unsur keterangan (KK) Contoh: Mereka pulang segera Kereta bergerak terlalu laju

b)

FA sebagai penerang KN dalam predikat Contoh: Nasi lemak masakan popular Usman Awanag Pensyair Agung Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:

i. ii. iii.

Penguat Hadapan: paling, terlalu Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising Penguat Belakang: sekali, benar, nian Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali Penguat Bebas: amat, sungguh Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh

Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Selain itu, binaan frasa sendi nama boleh terdiri daripada kata sendi nama + frasa nama misalnya di tempat letak kereta dan kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama contohnya ke dalam bakul sampah. kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama + frasa keterangan contoh ke selatan Thailand pada cuti persekolahan nanti. Dalam binaan ayat, frasa sendi nama boleh berfungsi sebagai predikat, penerang frasa nama, dan keterangan frasa kerja contohnya duit itu di dalam laci yang berfungsi sebagai predikat, duit di dalam laci itu sudah hilang sebagai penerang frasa nama dan mereka bersembang di bawah pondok sebagai keterangan frasa kerja. BINAAN FRASA SENDI NAMA 1. Kata Sendi Nama + Frasa Nama di jambatan

2. Kata sendi nama + (kata nama arah) + Frasa nama dari dalam hati 3. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (keterangan) Di atas pangkuan ibunya setiap waktu Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS: a) b) Sendi Nama + Frasa Nama Contoh: ke sekolah rendah daripada kayu jati Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama Contoh: ke luar jendela dari dalam hatinya Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan TUGAS FRASA Tugas frasa terbahagi kepada empat iaitu subjek, predikat, objek, keterangan.

c) d)

Subjek Letaknya di hadapan predikat dalam susunan ayat biasa - boleh terdiri daripada :Subjek 1) Kata Nama 2) Kata Ganti Nama 3) Kata Kerja yang berfungsi sebagai Kata Nama 4) Kata Adjektif yang berfungsi sebagai Kata Anak itik Encik Sani Kami Dia Mendengar radio Berjoging Sopan santun Manis Predikat berenang di dalam kolam menembak burung itu baru pulang dari bercuti anak saudara saya dapat menghiburkan hati menyihatkan badan ciri gadis Melayu boleh mendatangkan

Nama

penyakit

Predikat Letaknya selepas subjek dalam susunan ayat biasa


Subjek 1) Frasa Nama 2) Frasa Kerja 3) Frasa Adjektif 4) Frasa Sendi Nama Suaminya Namanya Semua keluarganya Kawannya Bayi itu Baju kebayanya Ibu pejabatnya Anak bongsunya guru Puteri Nur Balqis datang tertidur comel labuh di Putrajaya ke sekolah Predikat

Kata Bantu terbahagi kepada dua iaitu: 1) Kata Bantu Aspek 2)Kata Bantu Ragam Kata Bantu Aspek ialah perkataan yang menerangkan sesuatu perbuatan yang ada kaitannya dengan masa. Perkataannya seperti akan, belum, sedang, masih, telah, sudah, pernah. Contoh: Kami belum makan lagi Kata Bantu Ragam pula ialah perkataan yang menerangkan ragam perasaan yang berkaita dengan perbuatan yang dilakukan. Perkataannya seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat. Contoh: Kami hendak pulang ke kampung.

Objek Bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif. Boleh terdiri dari Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.
Frasa Kerja Kata Kerja Transitif membeli menghadiahi membuka menasihati

Subjek 1) Ayah 2) Ali 3) Ibu 4) Guru

Objek

kereta Nani bungkusan mereka

Keterangan baharu cincin berlian makanan pagi itu

Keterangan bertugas untuk menerangkan Kata Kerja dengan lebih lanjut.


Frasa Kerja Kata Kerja Transitif Angin Iklan Tempahan itu Mercun itu Mereka Murid- murid itu Dia Mereka Perompak itu bertiup itu siap meletup membaca buku datang datang berbincang berlagak

Subjek 1) Keterangan arah atau tempat 2) Keterangan waktu 3) Keterangan cara 4) Tujuan atau harapan 5) Keterangan alat 6) Keterangan penyataan 7) Keterangan Lal 8) Keterangan bagai

Objek

Keterangan dari arah selatan pada dinding kedai dalam dua hari dengan kuatnya untuk lulus peperiksaan dengan bas dengan ibunya tentang sambutan hari guru sebagai pelanggan

BINAAN AYAT SENDIRI DAN NAMAKAN FRASA BAGI AYAT-AYAT TERSEBUT Frasa nama Frasa Nama+Frasa Nama 1. Kawan Ali pelajar sekolah Tamil. Ayat ini merupakan ayat bagi frasa nama kerana mengandungi perkataan bandar. Ini juga kerana terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam semua pola ayat frasa nama berfungsi sebagai subjek. Frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN+FN sahaja.daripada ayat di atas kita boleh faham bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan kostituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK). Frasa Nama+Frasa Kerja 2. Pelajar itu menunggang basikal. Perkataan pelajar mewakili frasa nama manakala perkataan menunggang mewakili frasa kerja. Ini juga kerana terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam semua pola ayat frasa nama berfungsi sebagai subjek . Daripada ayat di atas kita boleh faham bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan kostituen

predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK).

Frasa Nama+Frasa Adjektif 3. Syarifah mempunyai sebuah kereta yang besar. Dalam ayat ini Syarifah ialah frasa nama manakalan kereta yang besar ialah frasa adjektif. Ini juga kerana terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam semua pola ayat frasa nama berfungsi sebagai subjek . Daripada ayat di atas kita boleh faham bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Selain konstituensubjek dan kostituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK).

Frasa nama+Frasa Sendi Nama 4. keretapi itu menuju ke Seremban . Perkataan itu mewakili Frasa Sendi Nama. Ini juga kerana terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Dalam semua pola ayat frasa nama berfungsi sebagai subjek . Daripada ayat di atas kita boleh faham bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan kostituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK).

Frasa kerja 1. Syahmi menyanyi. Ayat ini merupakan ayat frasa kerja yang tidak mempunyai objek. Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.

2. Muthu berlari. Ayat ini merupakan ayat frasa kerja yang tidak mempunyai objek. frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.

3. Izzati ketawa kerana rakannya berjenaka. Ayat ini merupakan ayat frasa kerja yang mempunyai objek. frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.

4. Sonia memenangi pertandingan Ratu Cantik itu. Ayat ini merupakan ayat frasa kerja yang mempunyai objek. frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.

5. Aminah menangis kerana ibunya meninggal dunia. Ayat ini merupakan ayat frasa kerja yang mempunyai objek. frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.

Frasa Sendi Nama 1. Ibu ke pasar setiap minggu. Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa . frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetap kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama.

2. Hadiah ini untuk keluarga tercinta. Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa . frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetap kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang

menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama.

3. permohonan itu akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa. Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa . frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetap kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama.

4. Resit bayaran pembelian ada di dalam dan di luar kotak. Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa . frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetap kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama.

5. Bas bertolak pada pukul sembilan. Ayat ini menerangkan frasa sendi nama masa. Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa . frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Dalam penggunaan sesuatu frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetap kecuali dalam penggabungan frasa sendi nama yang menggunakan kata hubung tetapi, kata nafi bukan digunakan sebelum kata sendi nama pertama.

Frasa Adjektif 1. Kata Adjektif sifatan Aiman seorang murid yang nakal. Ayat ini menunjukkan kata adjektif sifatan. Perkataan baik menunjukkan sesuatu sifat dalam kata adjektif sifatan. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.

2. Kata adjektif warna laut itu biru. Ayat ini menunjukkan kata adjektif warna. Perkataan merah menunjukkan sesuatu sifat warna dalam kata adjektif. . Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama. 3. Kata adjektif ukuran kampung Hidayah sangat dekat. Ayat ini menerangkan kata adjektif ukuran. Perkataan jauh menunjukkan ayat ini berbentuk kata adjektif ukuran. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. 4. Kata adjektif bentuk buku itu berbentuk empat segi. Ayat ini menunjukkan kata adjektif bentuk.perkataan bulat menunjukkan ayat ini ialah kata adjektif bentuk. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

5. Kata adjektif waktu

Setiap tahun terdapat musim menuai padi. Ayat ini menunjukkan kata adjektif waktu. Perkataan dalam masa setahun menunjukkan waktu yang diterangkan. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

6. Kata adjektif tempat kereta itu remuk di bahagian hadapannya. Ayat ini menunjukkan kata adjektif tempat. Perkataan hilirnya menunjukkan tempat yang diterangkan. Kata adjektif tempat ini selalunya memfokuskan kepada sesuatu kawasan. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

7. Kata adjektif musabab Buku itu basah kerana ditumpahi air. Ayat ini menunjukkan kata adjektif musabab.. perkataan musabab menunjukkan musabab yang diterangkan. Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah kata adjektif sifatan yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif

hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.

BIBLIOGRAFI

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hasyim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (2003), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dawama Sdn. Bhd.

Melayari internet pada 10 Mac 2009 di laman web http://institutperguruan.blogspot.com/2008/12/nota-bahasa-melayu-ppismp-semester-2.html

Melayari internet pada 15 Mac 2009 di laman web http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

Melayari internet pada 17 Mac 2009 di laman web http://members.tripod.com/~khairuddin3838/Frasa_Nama.htm

Melayari internet pada 20 Mac 2009 di laman web http://kamus.landak.com/cari/definisi%20frasa

Anda mungkin juga menyukai