Anda di halaman 1dari 29

IKHTIAR HIDUP Mengikut kamus "Oxford" ikhtiar hidup atau survival ialah "the state of

continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud ikhtiar hidup atau survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities". Selain itu ikhtiar hidup juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus hidup. Kesimpulannya ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya

menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku

5 Asas kemahiran Ikhtiar Hidup Api Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat

"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang

berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang. Perlindungan Perlindungan bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak

perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.

ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan merosakkan

persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan

kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati. MAKANAN/AIR Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa

makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman . Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka. PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang

difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english) dengan memanaskan badan dengan baju panas atau "space blanket".

Prinsip-Prinsip Asas Ikhtiar Hidup Secara ringkas prinsip asas ikhtiar hidup boleh dibahagikan kepada empat iaitu kemahuan, mengatasi ketakutan, undang-undang asas ikhtiar hidup dan peralatan ikhtiar hidup. Kemahuan. Apa yang dimaksudkan dengan kemahuan dari aspek ikhtiar hidup ialah sehala daya usaha untuk terus hidup. Ini termasuklah kemahuankemahuan yang berkaitan seperti kemahuan untuk mencari sumber minuman dan makanan melalui pemasangan jerat, pernagkap dan sebagainya serta kemahuan mencari jalan keluar. Mengatasi Ketakutan. Ketakutan biasanya datang dari kelemahan diri sendiri. Segala ketakutan ini akan hanya mengganggu mental dan emosi. Apa yang boleh dilakukan ialah cuba elakkan daripada terlalau memikirkan sesuatu benda yang tidak mungkin berlaku atau yang tidak wujud kerana apabila seseorang itu mengalami ketakutan yang amat sangat ini

menyebabkan mereka gagal berfikir secara rasional dan positif Undang-Undamg Asas. Antara undang-undang asas yang perlu di ikuti dalam konteks ikhtiar hidup ialah membuat persediaan awal sebagai contoh menyediakan khemah atau khemah reka ganti sebelum waktu petang, ini disebabkan oleh keadaan hutan yang mudah menjadi gelap walaupun pada

pukul 5:00 petang. Sediakan seberapa banyak ranting-ranting dan kayu api untuk kegunaan waktu malam sehingga pagi. Dan pastikan kita mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi. Peralatan Ikhtiar hidup. Peralatan ikhtiar hidup adalah eralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa kemana-mana. Walaupun saiznya kecil

kegunaannya adalah besar. Lima alat ikhtiar hidup yang paling asas ialah pisau atau parang, mata pancing (3 jenis yang berlainan), tali pancing, sekotak mancis atau pemeik api dan sebungkus garam. Lain-lain peralatan yang boleh dibawa termasukalh beberapa jenis makanan yang boleh bertahan selam 24 jam, beberpa jenis ubat, tali, lampu suluh, getah lastik dan kompas.

PERLINDUNGAN SEMENTARA Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia. Walaupun ketika berada di dalam hutan tebal, kita tetap memerlukan tempat perlindungan ubutk bermalam, berteduh daripada hujan lebat dan kesejukan. Tanpa tempat perlindungan, kesihatan kita mungkin akan terganggu dan kita mungkin terdedah kepada bahaya terutamanya apabila berada di dalam hutan. Khemah merupakan alat yang amat penting sebagai tempat tinggal sementara di dalam hutan, walaubagaimanapun apabila kita memperkatakan tentang tempat berlindung dari aspek ikhtiar hidup ini beramakna kita

menggunakan segala apa yang ada di sekeliling kita uutk dijadikan sebagai tempat perlindungan. Dalam konteks kelansungan hidup, tempat

perlindungan sementara boleh di bahagikan kepada dua iaitu: 1. Tempat perlindungan daripada alam semulajadi 2. Perlindungan buatan

1. Perlindungan daripada alam semulajadi Gua Semenjak zaman pra sejarah manusia telah menjadikan gua sebagai tempat tinggal dan tempat berlindung dari panas dan hujan, walaubagaimanapun Jika kita ingin menjadikan gua sebagai tempat tinggal sementara hendaklah kita pastikan yang gua itu bukannya tempat kediaman haiwan, lohong laluan angin ataupun struktur batu-batuan yang longgar yang boleh mendatangkan bahaya.

Banir Banir ialah akar besar yang keluar keatas tanah seperti papan besar. Contoh yang paling mudah di lihat ialah pokok beringin yang boleh di temui di kampung-kampung. Secara lansung banir menjadi seperti dinding dikiri kanan kita. Sebelum menduduki banir hendaklah dipastikan ia selamat untuk diduduki, bersihkan segala ranting dan daun-dau tentang hutan akann yang ada dan patikan tempat tersebut tiada binatang berbisa seperti lipan, kalajengking sarang tebuan tanah dan ular. Untuk berlindung angin, huajn dan embun gunakan daun-daun lebar sebagai atap

2. Perlindungan Buatan Kemahiran dan pengetahuan tentang hutan akan memudahkan kita membina tempat perlindungan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Sebagai contoh menggunakan rotan, akar ataupun pelepah dan batang pisang hutan untuk dijadikan sebagai tali. Terdapat beberapa jenis pelindungan sementara yang boleh di bina sebagai tempat perlindungan seperti pondok satu malam, pondok atap sendeng dan pondok ponco. Pondok satu malam (Jerambur) Pondok ini di bina menggunakan batang kayu kering sebagai kerangka pondok. Atapnya boleh di buat daripada daun-daun lebar terutamanya daun pisang dan lantainya pula dialas dengan daun-daun. Pondok ini biasanya digunakan untuk satu malam sahaja. Untuk tujuan keselamatan sediakan satu kayu tajam sebgai senjata dan unggun api untuk menjauhkan binatana buas dan nyamuk

Pondok atap sendeng Pondok ini adalah jenis yang paling ringkas dan mudah di bina. Daun-daun lebar dan rimbun disandarkan terus pada batu atau kayu tumbang

SUMBER MAKANAN DARIPADA TUMBUH-TUMBUHAN Dalam kegiatan rekreasi ataupun kembara, bekalan makanan adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga dan mengelakkan kita daripada kelelesuan dan keletihan. Masalah kekurangan ataupu kehabisan makanan boleh berlaku terutamanya apabila sesorang itu sesat di dalam hutan walaubagaimanapun ini bukan bermakna kita tidak mempunyai sesuatu untuk dimakan. Di dalam hutan di negara kita terdapat pelbagai sepsis tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai makanan dan untuk tujuan itu kita haruslah mengetahui apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan Terdapat beberapa panduan yang biasa digunakan untuk mengetahui samada makanan itu boleh dimakan atau tidak, contohnya dengan memerhatikan apa yang dimakan oleh burung dan monyet, tetapi kaedah ini tidaklah begitu selamat kerana tidak semua makanan yang dimakan oleh haiwan selamat dimakan oleh manusia kerana perbezaan sistem

penghadaman dan kadar metobolisma. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh di gunakan, tetapi kita perlulah membuat ujian-ujian terhadap makanan tersebut sebelum ianya selamat dimakan. Berikut adalah ujian-ujian yang boleh digunakan untuk menjamin keselamatan makanan yang ingin dimakan 1. Ciuman atau hidu

Potong daun buah yang hendak diuji kemudian renyuk atau ramas sehingga hancur atau lembut. Cium bau yang terhasil. Menerusi deria bau otak akan membuat penilaian sendiri. Tumbuhan yang berbau busuk atau tengik mungkin memabukkan dan beracun

10

2.

Gatal-gatal kulit

Sekiranya tiada bau yang kurang menyenangkan cuba sapu pada bahagian kulit yang lembut seperti tangan atau perut. Gosokkan lama sikit kemudian tunggu sehingga 15minit. Sekiranya terasa gatal atau miang ini bermakna tumbuhan tersebut beracun. 3. Bibir, lidah dan mulut

Tumbuhan yang telah di renyuk hendaklah di letakkan terus pada bahagian bibir sahaja dan jangan gunakan lidah. Sekiranya tiada tanda-tanda

tumbuhan itu beracun barulah daun itu dikunyah tetapi jangan di telan. Kemam daun tersebut selama 10 minit. Jka terasa loya, panas atau gatal luahkan daun tersebut serta-merta kerana daun tersebut mengandungi racun 4. Menelan

Jika tiada tanda loya atau gatal daun tersebut bolehlah di telan dalam kuantiti yang sedikit. Tunggu selama 3 jam untuk melihat reaksi sistem penghadaman terhadap tumbuhan tersebut. Antara tanda-tana yang menunjukkan tumbuhan tersebut beracun ialah dimana seseorang itu akan mula merasa hendak muntah, rasa sakit kepala atau pening dan seterusnya mengalami sakit perut 5. Memakan

Jika tiada apa-apa masalah yang berlaku selepas menelan tumbuhan tersebut dimakan ini bermakna ianya selamat dimakan, dan cara yang terbaik adalah dengan merebus tumbuhan tersebut untuk memudahkan proses penghadaman Antara tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan hutan yang boleh di makan ialah. Umbut dari pokok pisang hutan, asam paya, kantan, pokok salak, pokok nibung, pokok nau, rumbia dan bayas. Umbut ini di perolehi

11

dengan cara membuang bahagian pucuk dan pelepah serta lapisanlapisan dalam sehingga bahagian yang berwarna putih kelihatan. Umbut boleh dimakan mentah tetapi cara yang lebih baik adalah dengan cara membakar ataupun merebus. Buah tampoi, buah nam-nam, Kelempung, asam kandis, asam gelugur, buah ara, salak, pisang hutan, senduduk umang, buah berangan, bertam, perah dan kulim. Buah perah hendaklah di rebus dahulu sekurang-kurangnya tiga kali bagi mengelak kemabukan Pucuk-pucuk tumbuhan seperti bayam hutan, melinjau, paku gajah, paku sungai, paku lemiding, asam gelugur, asam kandis, cemperai, akar kalam udang dan pokok kelentang.

12

SUMBER MAKANAN DARI HAIWAN

Terdapat banyak haiwan yang menghuni di dalam hutan yang boleh dijadikan sebagai makanan seperti kancil, rusa, pelanduk, kijang kambing hutan dan ikan. Namun begitu haiwan-haiwan ini bukanlah mudah unutk didapati keran haiwa yang tinggal didalam hutan akan mengelakkan diri daripada bertembung dengan manusia dan haiwan ini sukar dijejaki apatah lagi jika seseorang itu tidak mahir tentang selok belok hutan, membuat jerat dan tabiat haiwan tersebut. Mengesan haiwan Beberapa petunjuk seperti bunyi, najis, bekas tapak kaki, bekas ragutan daun kayu dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk mengesan kedudukan haiwan. Haiwan juga meninggalkan bekas laluan jejak yang disebut denai, biasanya denai ini menuju kearah punca air ataupun sira. Sira ialah ialah tempat haiwan menjilat garam atau disebut sebagai jenut atau taram. Perangkap boleh dipasang di laluan ini. Selain itu kita juga boleh mengenal jenis-jenis haiwan berdasarkan jenis tumbuhan yang telah diragut sebagai contoh rusa atau pelanduk amat menggemari pucuk belukar mamah pelanduk, daun pokok ini berbentuk bulat, kecil dan agak berkilat dan daunnya seperti baldu berwarna hijau tua. Selain itu pokok-pokok seperti lundai, marugai petai dan asam jawa juga adalah kegemaran pelanduk

13

Menjerat haiwan Menjerat merupakan salah satu kemahiran yang amat penting untuk mendapatkan makanan. Di semenanjung Malaysia suku kaum orang asli merupakan golongan yang paling mahir membuat jerat haiwan diikuti kaum melayu yang tinggal di kaasan pedalaman. Biasanya terdapat dua jenis jerat yang biasa digunakan, satu jerat yang digunakan untuk menangkap dan menjerat haiwan tersebut hidup-hidup manakala yang satu lagi digunakan untuk membunuh terus haiwan tersebut. Berikut adalah jenis- jenis jerat yang boleh dibuat untuk menjerat haiwan.

1. Jerat Ayam Hutan Bahan-bahan yang diperlukan ialah: Sebatang kayu lentik dengan panjang yang sesuai Dua batang kayu cabang Ali pesawat Dua batang kayu pelepas dan sebatang kayu pesawat sepanjang 5 cm Beberapa batang kayu pemijak

Kaedah membuat jerat Kayu pesawat dilekukkan pada bahagian tengah untuk mengukuhkan jerutan kayu pesawat tali pesawat. Kedua-dua belah hujung kayu pesawat diruncingkan sedikit Kayu pelentik boleh dibuat terus daripada pokok ataupun daripada kayu panjang yang dicacakkan kedalam tanah. Dua batang kayu pelepas boleh tergantung begitu disebabkan oleh tarikan kuat tali pesawat 14

Umpan seperti cacing, buah-buahan, ulat dan seranga diletakkan dalam lingkungan tali jerut.

Sebaik sahaja kayu pemijak dipijak kayu (1) kayu pelepas akan terjatuh kebawah (2) ini menyebabkan sentakan yang kuat (3) Akhir sekali tali pesawat akan menjerut kaki ayam. Pasangkan jerat ini dilaluan ayam berdasarkan bekas cakaran ataupun bekas tapak kakinya.

2. Jerat Pelanduk Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah: Kayu pelentik (sebaik-baiknya gunakan kayu yang sedia ada dan bukan yang ditanam) Tali pesawat yang kuat dan sesuai Kayu cabang bentuk Y yang ditajamkan dikedua-dua belah hujungnya Kayu pesawat dan alas pemijak

Kaedah membuat jerat Hujung kayu pesawat diletakkan betul-betul dibawah cabang kayu bentuk Y yang ditanam di dalam tanah Alas pemijak dibuat daripada rotan atau kayu mudah lentur dan diikat dengan akar atau tali. Tutup keseluruhan alas pemijak dan kayu cabang dengan daun-daun Pasangkan jerat ini di kawasan denai atau buatlah satu lorong agar pelanduk menghala kearah jerat

15

Pastikan jerat disembunyikan sebaik mungkin dan bersihkan disekitar kawasan jerat dan jangan tinggalkan sebarang kesan kerja

Jerat Hempap dan Jerut Jerat hempap bertujuan untuk mencederakan haiwan dan biasanya mudah dibuat dan mudah dilihat. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah: Tali pesawat yang kuat dan panjang yang sesuai Umpan Kayu pemberat tambahan Batang kayu penghempap Dua batang kayu penghadang depan Dua batang kayu penghadang belakang Kayu pesawat Dua batang kayu pelepas Beberapa batang kayu pemijak

Jerat ini adalah kombinasi dua dalam satu. Jerat hempap biasnya akan menghempap mangsa namun peluang haiwan untuk melompat atau mengelak masih ada. Sebaliknya jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan tersebut tejerut lalu dihempap pula oleh batang kayu.

16

MEMASAK MAKANAN

Kemahiran menggunakan sumber alam semulajadi bagi tujuan memasak makanan adalah sangat penting terutamanya apabila berada di dalam hutan kerana dihutan kita tidak mempunyai alatan memasak seperti periuk nasi, kuali dan lain-lain peralatan memasak yang moden. Antara tumbuhan dan bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk memasak ialah daun pisang, daun palas, ruas buluh, batang pisang, tanah liat dan lumpur,

Batang Pisang Potang batang pisang kepada dua bahagian Buangkan bahagian dalamnya, lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya tidak terlalu tebal untuk mengelakkan telur lambat masak. Seterusnya masukkan telur ke dalam bahagian batang pisang dan cantumkan kembali batang pisang seperti yang asal dan ikat batang pisang menggunakan pelepah batang pisang itu sendiri Akhir sekali letakkan batang pisang tersebut keatas api dan pastikan batang pisang sentiasa diterbalikkan. Telur dijangkan masak apabila batang pisang telah kecut dan bahagin luarnya terbakar sempurna Ruas Buluh Kaedah yang digunakan untuk memasak nasi di dalam buluh adalah sama seperti memasak lemang. Buluh hendaklah dibasuh dan dibersihkan, cuci bahagian dalam dan bersihkan segala habuk-habuk bulu-bulu halus yang terdapat pada buluh tersebut.

17

Dapatkan pucuk daun pisan yang masih bergulung dan masukkan ke dalam buluh

Isikan beras dan air ke dalam buluh dan nasi sedia untuk dimasak dan pastikan bahagian lubang buluh ditutup dengan daun pisang

Tanah Liat dan Lumpur Kaedah ini digunakan untuk memasak burung dan ayam hutan Dapatkan tanah liat yang bercampur lumpur sungai yang bersih Ayam atau burung hendaklah dibersihkan dahulu tanpa membuang bulunya dan buangkan bahagian dalam yang tidak diperlukan Salutkan ayam tersebut dengan tanah liat bercampur lumpur dan pastikan ianya tidak terlalu nipis atau tebal Gali lubang untuk menanam ayam, pastikan lubang tidak terlalu dalam Hidupkan api betul-betul diatas tempat ayam ditanam Nyalakan api diantara satu hingga dua jam. Selepas itu ayam bolehlah dikeluarkan dan dimakan

18

SUMBER MINUMAN Air adalah sangat penting untuk meneruskan hidup. Manusia mampu

bertahan selama satu minggu tanpa makanan tetapi akan mati selepas tiga hari apabila tidak minum air. Dalam kontks ikhtiar hidup air perlulah dicari sebelum kehabisan bekalan. Air biasanya mudah didapati di persekitaran manusia. Walaupun air mudah didapati di sekeliling kita pengetahuan bagaiman mencari sumber air amatlah penting terutamanya apabila sesat di hutan.

Kaedah Mencari Sumber Air Sumber-sumber air seperti anak sungai atau sungai boleh didapati dengan cara-cara berikut: Mencari kawasan lembah - Di dalam hutan, punca air boleh didapati di kawasan yang berlurah atau kawasan lembah. Biasanya kawasan ini mempunyai anak sungai mamandangkan Malaysia mangalami hujan hampir sepanjang tahun Memerhatikan haiwan Haiwan yang boleh diperhatikan dalam bilangan yang agak banyak menandakan adanya punca air. Haiwan-haiwan ini adalah seperti katak, burung dan nyamuk. Perhatikan burung yang sedang terbang jika ia tiba-tiba turun ke tanah ada kemungkinan terdapat punca air atausekurang-kurangnya punca air. Mengikut denai haiwan Denai atau lorong laluan haiwan biasanya menuju ke arah sira ataupun punca air. Ikut denai yang menghala ke kawasan rendah atau berlembah

19

Mendengar bunyi Bunyi deruan air juga boleh didengar dengan jelas di dalam hutan apabila terdapat air terjun.

Namun begitu dalam keadaan terdesak atau tidak terdapat punca air untuk diminum tedapat cara lain lagi yang boleh digunakan untuk mendapatkan air seperti: Buah-buahan Buah-buahan terutamanya mengandungi air yang banyak, pokok kelapa biasanya banyak terdapat di tepi pantai Telur Telur burung atau ayam hutan juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Sebiji telur ayam mengandungi kira-kira 74 peratus ait Pokok periuk kera Tumbuhan ini mempunyai corong yang boleh menakung air hujan. Saiz corong adalah berbeza-beza mengikut sepsis Akar kayu Untuk mendapatkan air daripada akar pokok potong bahagian bawahnya dahulu dan kemudian diikuti bahagian yang atas, tetapi terdapat juga air daripada akar yang beracun dan memabukkan. Elakkan daripada meminum air akar yang mempunyai warna kuning, putih seperti telur dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, air yang tidak cair dan tidak jernih menandakan air itu bergetah. Pokok buluh Air daripada pokok buluh boleh didapati dengan cara memotong bahagian perdunya iaitu bahagian yang paling bawah Embun Embun boleh didapati dihujung-hujung daun sebelum matahari terbit ataupun dengan menggunakan ponco, plastik ataup flyheet yang dibentang ditengah kawasan yang lapang Untuk tujuan keselamatan air yang diperolehi contohnya dari lopak-lopak air ataupun periuk kera hendaklah dimasak dahulu sebelum diminum dan

20

elakkan menggunakan sumber air air dikawasan kelapa sawit ataupun pokok getah kerana kemunginan besar sumber air seperti parit ataupun anak sungai telah mengalami pencemaran racun rumpai

21

MENYALAKAN API

Api adalah sangat penting untuk tujuan memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan juga boleh digunakan untuk menakutkan haiwan liar. Teknik menyalakan api adalah sangat penting apabila kita tidak mempunyai mancis ataupun alat pemetik api. Dalam konteks kelansungan hidup ini terdapat beberapa cara dan teknik untuk menyalakan api. Diantara perkaraperkara yang boleh dicuba ialah menggunakan cahaya matahari dan membuat unggun api cara purba. Menggunakan cahaya matahari Berikut adalah prosedur dan teknik yang boleh digunakan untuk menyalakan api: Cari kawasan lapang yang menerima cahaya matahari secara terus dan tidak dilindungi oleh pokok. Cuaca mestilah agak terik iaitu disekitar 11:00 pagi ke 2;00 PETANG Mempunyai alat-alat yang boleh memfokuskan cahaya seperti kanta pembesar ataupun mangkuk cermin lampu picit. Bahan-bahan kering yang mudah terbakar seperti daun, sabut, kulit kayu atau ranting kayu yang benar-benar kering Letakkan bahan yang mudah terbakar di tempat yang menerima cahaya matahari secara terus. Dekatkan kanta hampir dengan daun, apabila cahaya matahari menembusi kanta dapatkan satu fokus yang tajam sehingga menghasilkan haba. Bahang yang terhasil akan menjadikan bahan-bahan tersebut panas lalu menghasilkan api.

22

Membuat api cara purba Menghasilkan api cara purba adalah sukar dan mengambil masa yang agak lama. Bahan-bahan yang diperlukan ialah Batu kering, Besi waja (bahagian belakang parang)Habuk muding, akar empangar Habuk muding adalah bahan semulajadi yang sangat mudah terbakar. Pokok muding banyak terdapat di dalam hutan. Bentuknya seperti seperti pokok pinang hutan. Habuk muding boleh didapati melekat pada batang pokok disebelah dalam pelepahnya. Dengan menggunakan pisau kikis habuk itu sebanyak yang ungkin lalu jemurkan supaya kering. Akar empangar adalah sejenis tumbuhan hutan yang boleh didapati ditepi sungai. Tumbuhan ini tumbuh secara menjalar. Bentuknya sama seperti labu air. Dapatkan tumbuhan ini lebih kurang secekak dan potong sepanjang 15cm. Jemur seingga benar-benar kering. Kemudian ketuk akar ini sehingga merekah. Langkah-langkah Letakkan habuk muding di dalam bekas dan Alaskan dengan bahan yang mudah terbakar. Batu kering dilagakan pada besi waja atau bahagian belakang parang sehingga api mula menyala pada habuk kering. Letakkan hujung akar empangar yang merekah pada api. Tiup supaya terus menyala.

23

ISYARAT KESELAMATAN Isyarat keselamatan yang dimaksudkan disini ialah isyarat yang digiunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain tanpa menggunakan lisan. Tanda isyarat ini dibuat untuk meninggalkan pesan atau menyampaikan maklumatmaklumat tertentu dari segi keselamatan di persekitaran tersebut kepada orang lain yang melalui kawasan berkenaan. Isyarat Pengakap Isyarat pengakap merupakan isyarat yang paling mudah dan diketahui. Isyarat-isyarat ini dibuat dengan menggunakan rumput, daun-daun, ranting kayu, batu dan sebagainya Isyarat S.O.S Isyarat S.O.S (save Our Souls) merupakan isyarat keselamatan terpenting sepatutnya diketahui oleh semua orang. Terdapat beberapa teknik dalam menyatakan isyarat ini , contohnya menggunakan tulisan, lampu picit dan wisel. 1. Tulisan Denagn menggunakan kayu atau batang kayu tulis perkataan S.O.S dengan besar atau susun kayu membentuk perkataan S,O.S dikawasan yang lapang dan mudah dilihat 2. Lampu picit Teknik ini sesuai dilakukan diwaktu malam. Nyalakan lampu picit berturutturut tiga suluhan pendek, tiga suluhan panjang(lama) dan tiga suluhan pendek semula. Tunggu beberapa minit sebelum mengulangi langkahlangkah yangsama

24

3. Wisel Wisel sangat sesuai digunakan di dalam hutan untuk membuat isyarat S.O.S. Bunyinya boleh kedengaran dari jarak yang jauh. Sama seperti teknik lampu picit, tiupkan wisel berturut-turut dengan tiga tiupan pendek, tiga tiupan panjang dan tiga tiupan pendek sekali lagi

25

MENGELAK HAIWAN LIAR Kebarangkalian untuk terserempak dengan haiwan liar adalah amat rendah kerana biasanya hidupan liar akan cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan manusia namun kemungkinan terserempak mungkin ada. Biasanya haiwan liar akan bertindak ganas apabila beranak kecil, tercedera ditembak pemburu, atau terkena jerat dan kesukaran mendapatkan makanan. Kehadiran haiwan liar boleh dikesan dengan cara memerhatikan beka tapak kaki pada tanah, batang pokok atau akar yang terluka akibat cakaran atau tujahan kuku, pucuk kayu yang dimamah binatang, batang pokok yang digesel, bau ataupun bunyi. Berikut adalah contoh jenis-jenis haiwan liar yang berbahaya dan langkahlangkah keselamatan yang perlu diambil apabila terserempak dengan haiwan tersebut. Seladang Seladang adalah sejenis lembu hutan yang mana saiznya lebih besar daripada seekor kerbau. Badannya berwarna hitam dan kakinya berwarna putih dari paras lutut ke bawah. Seladang biasanya terdapat dihutan dalam negeri Perk, Pahang dan Kelantan. Seladang selalunya bergerak didalam kumpulan sekitar 10 ke 15 ekor Langkah-langkah keselamatan Jauhkan diri apabila terdapat tanda-tanda adanya seladang disekitar kawasan tersebut. Seladang biasanya menyerang dengan cara merempuh dan menanduk mangsa, cara yang terbaik apabila terserempak dengan seladang ialah menyuruk disebalik pokok yang besar.

26

Harimau Belang Harimau mempunyai saiz yang lebih besar daripada saiz seorang lelaki dewasa. Harimau biasanya bergerak bersendirian dan aktif memburu di waktu malam. Harimau biasanya mempunyai wilayah mereka sendiri. Tanda-tanda kehadiran harimau boleh dikesan melalui bau air kencing, bau badan yang hamis ngaumannya, kesn cakaran pada pokok dan bekas tapak kaki Langkah-langkah keselamatan Betempik sekuat hati apabila terserempak dengan harimau Elakkan berlari secara membelakangi harimau Nyalakan api untuk menghalau harimau

Beruang Beruang yang terdapat di dalam hutan di Malaysia biasanya berwarna hitam. Beruang boleh berlari pantas dan berjalan dengan menggunakan kedua belah kakinya dan cekap memenjat pokok. Kesakesan kehadiran beruang boleh dikenali melalui kesan jari serta kukunya Langkah-langkah keselamatan Jauhkan diri jika ternampak kesan-kesan kehadiran beruang Elakkan berlari dengan membelakangi beruang

Gajah Gajah yang terdapat di Malaysia adalah dari jenis gajah India iaitu bersaiz kecil berbanding dengan gajah Afrika. Gajah biasanya berjalan didalam kumpulan dan mempunyai wilayah sendiri yang ditanda menggunakan air kencing. Kehadiran gajah boleh dikenalpasti melalui bunyi suara seakan-

27

akan terompet, bau air kencing, bekas tapak kaki dan kesan-kesan pokokpokok pisang hutan dan pokok buluh yang rebah atau dipecah-pecahkan Langkah-langkah keselamatan Bersembunyi disebalik pokok yang sangat besar dan kuat Apabila melarikan diri daripada gajah elakkan berlari secara lurus sebaliknya berlari secara mengelilingi pokok atau secara zig zag.

Babi Hutan Babi hutan mempunyai badan dan kaki yang agak pendek dan mempunyai kepala yang besar. Saiznya lebih besar dari seekor kambing dewasa. Babi hutan mempunyai taring dan hidung yang kuat dimana digunakan untuk menyondol tanah mencari cacing dan menyerang musuh. Babi hutan biasanya bergerak di dalam kumpulan Langkah-langkah keselamatan Segera memanjat pokok apabila tersermpak dengan babi hutan Berlari secara mengelilingi pokok atau zig zag apabila dikejar babi hutan

28

RUJUKAN

1.

Khairul Azman Arshad ( 2004 ), Asas Perkhemahan dan Ikhtiar Hidup , Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

29

Anda mungkin juga menyukai