Anda di halaman 1dari 2

Sistem politik merujuk kepada suatu bentuk susunan yang berkaitan dengan pemerintahan sesebuah Negara.

Masyarakat melayu yang merupakan penduduk Tanah Melayu terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang diperintah dan golongan pemerintah.Hubungan antara dua golongan ini ialah berdasarkan konsep timbal balik yang mana gol. Pemerintah menyediakan keamanan dan kemakmuran kepada gol. diperintah manakala golongan diperintah memberikan ketaatsetiaan kepada gol. Pemerintah.Sistem politik atau pentadbiran di Tanah Melayu sebelum kedatangan barat berbentuk hierarki atau feudal.Sistem politik Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu peringkat negeri,daerah dan kampong. Dalam sistem politik masyarakat Melayu sebelum kedatangan barat,negeri merupakan unit politik terbesar.Kuasa tertinggi di peringkat negeri terletak pada sultan atau Yang Dipertuan Besar.Contohnya sultan Kedah,Raja Perlis dan Yand Dipertuan Besar N9.Sultan atau raja dibantu oleh pembesar-pembesar.Pembesar berperanan seperti tulang belakang pentadbiran peringkat negeri kerana mereka menolong sultan atau raja mentadbir negeri.Pembesar diberi gelaran dan gelaran ini adalah berbeza mengikut negeri masingmasing.Contohnya,di Perak,sultan dibantu oleh Orang Besar Berempat dan di N9 pembesar yang membantu sultan termasuklah Undang Johol dan Undang Jelebu. Sultan atau Raja mempunyai daulat.Daulat ini diaunugerahkan dalam istiadat pertabalannya.Konsep daulat memperlihatkan bahawa rakyat mesti patuh dan taat kepada sultan.Sesiapa yang ingkar akan titah sultan atau melakukan sesuatu yang dilarang oleh sultan dianggap menderhaka.Orang yang menderhaka akan terkena tulah yang merupakan balasan buruk atau bencana atau malapetaka yang akan menimpa orang yang menderhakan itu. Sultan juga memiliki beberapa keistimewaan yang membezakan mereka dengan rakyat.Contohnya sultan menggunakan bahasa istana atau bahasa dalam seperti santap yang bermaksud makan dan beta yang bermaksud saya dalam bahasa biasa.Dari segi politik,sultan berperanan sebagai ketua negeri,ketua hakim dan berkuasa melantik pembesar.Dari segi sosial,sultan atau raja menguasai semua sumber ekonomi manakala dari segi sosial,baginda berperanan menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat serta menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Pelantikan sultan biasanya dilakukan berasaskan sistem warisan kecuali Perak yang menggunakan sistem giliran:Raja di Hilir,Raja Bendahara,Raja Muda dan Sultan.Menurut sistem warisa,seseorang sultan atau raja mangkat,putera sulong sultan daripada permaisuri berdarah raja berhak mewarisi takhta.Bakal pengganti digelar Raja Muda atau Tengku Mahkota dan akan dilantik sebagai sultan atau raja sebelum jenazah sultan dimakamkan. Sesebuah negeri terbahagi kepada beberapa daerah untuk memudahkan dan melicinkan pentadbiran.Daerah merupakan unit politik kedua besar.Daerah ditadbir oleh

pembesar yang mendapat tauliah daripada sultan.Pembesar-pembesar yang diberi hak mentadbir daerah biasanya terdiri daripada mereka yang sangat dipercayai oleh sultan atau Yang Di-pertuan Besar.Pembesar diberi surat tauliah sebagai bukti bahawa mereka adalah wakil sultan untuk mentadbir daerah.Contohnya.Long Jaafar dan Ngah Ibrahim dilantik untuk mentadbir Larut dan Dato Maharaja Lela mentadbir Pasir Salak. Setiap pembesar bertanggungjawab kepada sultan atau Raja.Pembesar

bertanggungjawab untuk memungut cukai dalam daerahnya,menyediakan tentera sekiranya berlakunya peperangan,menjaga keamanan dan keharmonian.mengadili dan menjatuhkan hukuman kepada pesalah kecuali hukuman bunuh,menyerahkan sebahagian cukai kepada sultan sebagai lambang taat setia. Atau raja dan juga perlu menyediakan tenaga buruh bagi menjalankan tugas-tugas awam seperti membina istana,kapal dan sbgnya. Setiap pembear mempunyai pengikut setia atau anak buan yang terdiri daripada anggota masyarakat yang tinggal di daerahnya.Kekuasaan dan pengaruh seseorang pembesar boleh dinilai berdasarkan bilangan pengikutnya.Jika pengikutnya ramai,maka kedudukan ekonomi dan pengaruhnya dikatakan amat kuat.Hal ini disebabkan seseorang pembesar memerlukan sumber pendapatan yang besar untuk menampung pengikut2nya. Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil dalam sistem politik Melayu tradisional.Diperingkat kampong, pentadbiran dilaksanakan oleh penghulu atau Tok Kweng(Kelantan).Penghulu mestilah berketurunan orang baik-baik dan berpengaruh.Jawatan ini akan diwarisi daripada bapanya ataupun nkeluarganya yang terdekat.Orang kampong memberi sokongan kepada penghulu kerana sudah dikenali,mempunyai ramai saudara mara dan berpengaruh dalam kampong.Seseorang yang dipilih sebagai penghulu akan dilantik oleh Sultan dan dianugerahkan surat tauliah. Penghulu melaksanakan pentadbiran pada peringkat kampong dan

bertanggungjawab kepada pembesar daerah.Beliau bertindak sebagai prang perantaraan dan saluran perhubungan antara penduduk kampong dan pembesar daerah.Tugas-tugas yang dijalankan oleh penghulu termasuklah memungut cukai,menjaga kemanan,mengadili kes yang kecil,mendapatkan tenaga buruh dan memastikan penduduknya taat setia kepada sultan.Penghulu tidak diberi gaji.Sumber pndptan penghulu diperoleh daripada beberapa sumber .Antaranya anak buah penghulu akan membantu menanam padi atau membayar sebahagian hasilnya kepada penghulu, dan kutipan cukai daripada perdagangan. Sistem politik melayu mengalami perubahan secara mendadak selepas campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.Sultan,pembesar dan penghulu mula hilang kuasa kerana diambil alih oleh pegawai British.Hal ini menyebabkan banyak penentangan telah berlaku sepanjang penjajahan Britisah kerana tidak puas hati akan pentadbiran British oleh penduduk tempatan.