Anda di halaman 1dari 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSE3303: PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI KANAK-KANAK


BERKEPERLUAN KHAS
SEMESTER MEI 2008
TUGASAN (35%)

ARAHAN

1. Tugasan individu ini mempunyai dua soalan. Jawab kesemua soalan.

2. Tugasan akan dinilai berdasarkan kepada huraian yang tepat dan menepati
kehendak soalan disokong oleh hujah-hujah dan rujukan kepada sumber yang
boleh dipercayai .

3. Taipkan tugasan anda dengan menggunakan font”Arial” saiz 12 dilangkau baris


1.5 pada kertas bersaiz A4.

4. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum atau selewat-lewatnya pada tutorial
ke 3 (tiga).

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang
menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.
SOALAN TUGASAN

Proses perkembangan kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dan berperingkat-


peringkat mengikut tahap-tahap tertentu.

Bahagian A

1. Nyatakan tahap-tahap tersebut serta apakah aspek-aspek yang terlibat?


(5)

Bahagian B

1. Pilih seorang kanak kanak yang anda rasa tidak menepati ciri ciri peringkat
perkembangannya (contohnya beliau mungkin boleh bercakap dengan betul pada
usia 4 tahun) dan bina satu portfolio tentang kanak kanak itu. Di dalam portfolio
itu masukkan perkara perkara berikut:
(a) Identiti asas kanak kanak yang dipilih. Ini termasuk umur, jantina, ukuran
fizikal dan apa apa yang anda rasakan patut. Jangan masukkan nama dan
identiti sebenar kanak kanak itu.

(b) Nyatakan Tahap perkembangan kanak kanak ini dan nyatakan samada
beliau menepati cirri-ciri yang sepatutnya ada pada tahap itu.

• Sekiranya ada ciri ciri yang tidak ditepatinya,


• Nyatakan ciri (berikan bukti yang patut). Terangkan bagaimana
anda mengenalpasti ciri yang anda pilih ini.
• Cadangkan cara untuk membantu kanak kanak ini boleh dibantu
untuk memenuhi ciri tersebut. Cadangan anda hendaklah
disertakan dengan,
• Cadangan teknik atau / dan aktiviti yang harus digunakan
kelengkapan yang diperlukan - termasuk harga, dari mana ia boleh
diperolehi atau cara memperolehinya.
• Rujukan setempat. Jika ibupada atau pihak sekolah hendak
menerima cadangan anda dan mereka perlukan nasihat kepakaran
di dalam bidang yang terlibat dari manakan mereka boleh
mendapatkannya?
(30)
(Jumlah: 35)
PANDUAN PELAJAR

1. Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam
Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang
atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan
gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.
2. Cadangan anda MESTI relevan kepada tempat anda dari segi kelengkapan,
kepakaran dan kemudahan terutamanya.
3. Sertakan bukti bergambar di mana perlu.
4. Pastikan anda menjaga maruah dan keselamatan subjek yang anda pilih. Jangan
dedahkan perkara perkara yang boleh mengaibkan dan membahayakan subjek
anda.

PANDUAN TUTOR

Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan
amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.Tutor adalah diminta
memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya pada tarikh yang telah
itetapkan oleh OUM.Pastikan yang tugasan pelajar anda relevan kepada tempat / daerah /
bandar di mana beliau berada.