Anda di halaman 1dari 16

bil.

66/2001
----------------------------

Strategi Mengajar Sains Sekolah Rendah


Oleh: Prof. Madya Dr. Salihan Siais, Timbalan Pengarah, Pusat Pengajian Jarak
Jauh, Universiti Putra Malaysia

Kertas kerja yang dibentangkan semasa Konvensyen Pendidikan Sains dan


Matematik Sekolah Rendah Luar bandar, Negeri Sembilan Darul Khusus

PENDAHULUAN

Sebagai pendahuluannya, mari kita renung dan teliti dua ungkapan yang
berkaitan dengan tugas sebagai seorang guru diberikan seperti berikut:

``Mengajar atau menjadi guru merupakan satu tugas yang sangat mulia, murni
dan menguntungkan. ia merupakan satu tugas yang boleh dan menjamin ke
arah membawa seorang itu masuk syurga.....''

``Tiada seorang guru yang paling unggul, berkesan dalam mengajar, dan
mempunyai sikap yang luhur di permukaan bumi ini, melainkan Nabi
Muhammad s.s.w. Dalam semua aspek pengajaran, baik dari segi bahan, teknik
penyampaian, sikap mahupun sifat-sifatnya boleh dijadikan teladan oleh semua
ummah di dunia ini untuk menghasilkan pengajaran berkesan.''

Maksud Mengajar

mengajar sebenarnya bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan maklumat,


memberi galakan, membimbing, memberi dan meningkatkan kemahiran,
meningkatkan keyakinan, menanam nilai-nilai murni dan luhur kepada para
pelajar yang belum mengetahui.

Ia bukan sekadar menyampaikan maklumat atau bahan pengajaran dalam


sebuah kelas. lebih mendukacitakan lagi jika proses mengajar dianggap
sekadar menyampai maklumat dan menghabiskan sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan dalam kurikulum.

Proses mengajar mempunyai konsep yang sangat luas, ia bertujuan untuk


menjadikan seseorang individu itu lebih bertanggungjawab dan mampu
menjana fikirannya untuk terus bahagia dan berjaya mengatasi cabaran yang
akan dihadapai. Ini hanya akan dicapai sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan mencapai tahap pengajaran berkesan.

Siapa itu Guru?

Orang yang mengajar dikenali sebagai guru. Perkataan guru adalah hasil
gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'.
Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh
dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh
diteladani atau dicontohi. Oleh itu, GURU bermaksud seorang yang boleh ditiru
perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan
boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan
kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Peranan dan Tugas Mengajar

Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara


terperinci jika mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran
yang berkesan.

Di antara tugas seorang guru ialah

a. menyampaikan ilmu pengetahuan

b. menyampaikan maklumat

c. menyampai dan

d. memberi kemahiran serta

e. memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di


atas.

Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik, pembaharu,


contoh dan teladan, pencari dan penyelidik, penasihat dan kaunselor, pencipta
dan pereka, pencerita dan pelakon, penggalak dan perangsang, pengilham cita-
cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati, rakan dan kawan pelajar,
doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi petunjuk orang yang berwibawa
dan sebagainya.

Jelas menunjukkan bahawa menjadi seorang guru merupakan satu tugas dan
peranan yang agak berat.

Sebenarnya, jika anda anggap tugas itu berat, maka beratlah ia. Jika anda
terima ia sebagai satu cabaran dengan cara yang positif, maka mudahlah ia.

Pengajaran Sains Berkesan

Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses


pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses
pengajaran tersebut.

Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani,


minda serta jasad pelajar.
Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham,
menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan
manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang
dalam peperiksaan yang dijalani.

Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada:

a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,

b. Keperluan bahan pengajaran

c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran

d. Kemahiran berkomunikasi.

Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke


arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah:

1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.

2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah

3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah

4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.

5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.

6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.

7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.

8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.

9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.

10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.

11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga
turut mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru
berkesan.

Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh
mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan.

Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam
sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan
mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-
sia sahaja.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan


dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri
seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara kumpulan dengan rakan-rakan
guru.

Syarat Utama mengajar Sains Berkesan

Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk
menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:`

1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang


pengajar.

2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.

3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.

4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.

5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.

6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.

7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.

8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan


para pelajarnya.

9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan


dengan pelajar.

10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.

11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.

12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.

13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar.

14. Mempunyai sikap suka mendengar.

15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.

16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.

17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.

18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.

19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.


20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi.

21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.

22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi
bimbingan yang mencukupi.

23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan


tugasannya.

24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh


dicapai setelah berusaha.

25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.

26. Sentiasa bertawakal kepada Allah.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada


secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan
kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar
yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia.

Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar


mengenai kaedah yang akan digunakan.

Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang


boleh dipilih dan digunakan, iaitu:

1. Kaedah heuristik

Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-
bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru
menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

2. Kaedah induktif.

kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang


konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum
am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes
lain yang serupa.

3. kaedah deduktif.

ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek


umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.

4. kaedah Dogmatik

Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula.


latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu
dalam situasi yang berperingkat.

5. Kaedah projek.

pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan


dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk
dan penilai.

6. Kaedah amali.

Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian


mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang
disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar,
penasihat, pakar rujuk dan penilai.

7. Kaedah Lawatan.

Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik
darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

8. Kaedah Sintesis.

pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui.
berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.

9. Kaedah Topik

Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali


gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.

10. Kaedah Simulasi

Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi
untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan
cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar
sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh
mainkan.Keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman
peranan yang dimainkan itu.

11. Kaedah Cerita

Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh


meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

12. Kaedah perbincangan

Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada


dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat
rujukan atau kajian.

13. Kaedah Modular


Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang
proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai
aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan
mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk
menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

14. Kaedah soal jawab

Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan


itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan


mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan
kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut:

1. Melakukan eksperimen

2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen

3. Membuat pemerhatian/pengamatan

4. Mengenal pasti perubahan

5. Mengenal pasti perbezaan

6. Mengenal pasti kesamaan

7. Membuat perbandingan

8. Mencatat data

9. Mengolah/memproses data

10. Meramal berdasarkan data

11. Mengingat kembali fakta

12. Membuat kesimpulan

13. Mentafsir data dan maklumat

14. Membuat hipotesis

15. Membuat inferens

16. Membuat laporan (berkomunikasi)

17. Menggunakan konsep

18. Memberi alasan/sebab


19. Melukis rajah

20. Melabel rajah

21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul

22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul

23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul

Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadap


UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah-langkah pengajaran Sains Berkesan:

Secara ringkas, langkah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru untuk
memastikan ia menghasilkan pengajaran yang berkesan ialah:

a. Persediaan pengajaran

b. menyatakan tajuk pengajaran

c. Menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, apakah yang diperolehi


selepas pengajaran-pembelajaran

d. melakukan aktiviti pengenalan pengajaran (induksi set?)

e. mempersembahkan bahan pengajaran

f. membuat kesimpulan pengajaran

g. Mengadakan aktiviti pengukuhan

Persediaan Pengajaran

1. Sediakan tajuk pengajaran

2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai:

a. Apakah konsep penting dalam tajuk

b. Apakah isi-si penting

c. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk

d. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah)


e. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan

f. Contoh yang berkaitan

g. Kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang:

a. Induksi set

b. Kaedah interaksi

c. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

petikan dari Portal Pendidikan Utusan

KERTAS KERJA

Kurikulum Baru Sains dan Matematik Sekolah Rendah Tahun 2003 - Bah.3
26/11/2001 4:42 p.m.

Oleh: Ahmad Hozi H. A. Rahman (Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik,
Pusat Perkembangan Kurikulum)

Kertas kerja yang dibentangkan pada Konvensyen Pendidikan Sains dan Matematik Sekolah
Rendah Luar Bandar Negeri Sembilan Darul Khusus 2001.

Kurikulum Matematik KBSR yang Disemak Semula

Pendidikan di peringkat sekolah rendah bercorak pendidikan asas.

Perancangan kurikulum ini dilakukan untuk memberi peluang yang sama kepada setiap murid
bagi mendapatkan kemahiran dan pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan.

Setiap murid diberi galakan dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran
asas dengan kukuh, peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan
bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang tertentu.

Kurikulum matematik sekolah rendah memberi pendidikan matematik yang asas kepada
semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian.

Di samping itu, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, proses dan bahasa matematik.

Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk
mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini,
penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat,
bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid.

Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan murid.
Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan murid digunakan secara meluas untuk menjadikan
pengalaman matematik yang menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.

Pendidikan Matematik perlu menerapkan elemen-elemen yang boleh membentuk individu


yang seimbang dan harmoni dari segi ilmu dan sahsiah.

Nilai murni dan unsur kesepaduan seperti sains, patriotisme dan alam sekitar diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan terancang.

Pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi perlu digunakan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran Matematik lebih menarik dan berkesan.

Penilaian dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan penguasaan hasil pembelajaran serta
keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu mengandungi unsur-unsur


diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti tahap mereka memahami sesuatu
konsep, menguasai hasil pembelajaran, dan mengamalkan nilai matematik sepanjang
pembelajaran di sekolah rendah.

Penyemakan Semula Kurikulum Matematik KBSR

Mata pelajaran Matematik merupakan satu daripada mata pelajaran wajib di bawah program
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 1983.

Perubahan buat pertama kali dilakukan setelah hampir dua kitaran pelaksanaannya.

Pada tahun 1994, Sukatan pelajaran matematik KBSR yang mengalami sedikit perubahan
telah dilaksanakan di semua sekolah rendah.

Berdasarkan mesyuarat pada 21 dan 22 Februari 1999, kurikulum Matematik KBSR telah
disemak semula atas beberapa rasional.

Matlamat

Kurikulum Matematik Sekolah Rendah bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam
konsep nombor dan kemahiran asas mengira.

Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara
berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju dapat
membantu murid melanjutkan pelajaran.

Objektif:
Kurikulum matematik Sekolah rendah membolehkan murid:

1. Mengetahui serta memahami konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan:

a. nombor

b. operasi

c. ukuran

d. ruang

e. perwakilan data

2. menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu:

a. tambah

b. tolak

c. darab

d. bahagi

3. menguasai kemahiran operasi bergabung


4. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

a. Membuat anggaran dan penghampiran

b. Mengukur

c. Mengendali data

d. Mewakilkan maklumat dalam bentuk graf dan carta

5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi


menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan
seharian.
6. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul
7. Menggunakan perkakasan dan perisian teknologi yang bersesuaian untuk membina
pemahaman konsep, menguasai kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah.
8. mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti.
9. mendapat peluang melibatkan diri dalam perkembangan dunia pendidikan matematik;
dan
10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

organisasi Kandungan
Sukatan pelajaran ini menyenaraikan kandungan yang perlu dikuasai oleh murid di
peringkat sekolah rendah.

Kandungan tersebut diolah mengikut empat bidang pembelajaran utama iaitu Nombor,
Ukuran, bentuk dan Ruang, dan Statistik.

Bagi setiap bidang, tajuk-tajuk disusun secara hierarki daripada yang paling asas
kepada yang sukar.

Dengan ini, guru-guru akan dapat melihat perkembangan dan skop setiap tajuk dengan
mudah dan memberi keluwesan kepada guru untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap keupayaan pelajar.

Aspek penyelesaian masalah dan komunikasi diintegrasikan dalam setiap topik.

Perubahan Dalam Kurikulum matematik

Matematik ialah satu bidang ilmu yang sudah lama diasaskan serta mantap
epsitemologinya.

Kandungan matematik di peringkat sekolah jarang sekali mengalami perubahan yang


besar.

Perubahan sering dilakukan dari segi tumpuan kandungan, pendekatan serta amalan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan perkembangan teknologi dalam pendidikan
serta keperluan negara.

Dalam proses penyemakan ini, aspek utama yang diberi penekanan ialah kandungan
pengetahuan dan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kandungan Pengetahuan

Pada keseluruhannya, kandungan kurikulum matematik sekolah rendah tidak


mengalami perubahan yang banyak. Bagi sekolah rendah, penekanan baru diberi
kepada penganggaran nombor.

Ini dilakukan untuk memperlengkapkan kemahiran asas yang perlu dikuasai murid di
peringkat sekolah rendah.

Di samping itu, beberapa sub tajuk baru diperkenalkan, terdapat juga perpindahan dan
perluasan beberapa tajuk antara tahun bagi memenuhi kesesuaian kandungan dan
tahap perkembangan murid.

perubahan ini dibuat dari segi:

1. Skop Kandungan bagi tajuk tertentu pada sesuatu tahun persekolahan; dan
2. Pengagihan tajuk dalam tempoh persekolahan berdasarkan keperluan konsep
dan kemahiran berkaitan yang merupakan pra syarat dalam tajuk atau mata
pelajaran lain serta pengimbangan pemberatan tajuk dalam sesuatu tahun
persekolahan.

Pengajaran dan pembelajaran tetap menjadi fokus utama sekolah ini dalam meningkatkan
kecemerlangan sekolah. Misi memperkenalkan sekolah melalui kecemerlangan kurikulum
menjadi sumber inspirasi bagi guru-guru sekolah ini untuk sentiasa berusaha gigih bagi
meningkatkan prestasi pencapaian sekolah khususnya dalam peperiksaan SPM. Bagi
mencapai misi tersebut, pihak sekolah banyak merancang program peningkatan pembelajaran
dan pembelajaran seperti Kelas tambahan, Kelas Intensif, Program 40 hari, Kempen 9A,
Kempen Sijil, Bengkel, Teknik Menjawab Soalan di samping aktiviti seperti post-mortem
pada setiap kali ujian dalaman yang dijalankan.Temu bual dengan GPK 1 menjelaskan lagi
peranan pihak pengurusan khususnya Pengetua bahawa kecemerlangan pengajaran dan
pembelajaran tetap fokus utama sekolah:
“ Pengetua sentiasa menggalakkan guru supaya lebih kreatif dan berinovasi dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Pengetua dan setiap guru kanan sentiasa
memantau pelaksanaan pembelajaran di samping membimbing guru-guru untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran”.

Pendekatan Hands On Activity merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan
penggunaan peralatan dan bahan yang berlaku ketika PnP. Logiknya di sini, murid akan lebih
memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding
hanya membaca dari buku sahaja.

Pendekatan ini adalah paling sesuai diterapkan kepada murid di peringkat awal lagi, di mana
ketika mereka di tahun satu lagi, sudah mengenal beberapa alat dan fungsi alat tersebut.
Contohnya, dalam topik Conductivity of electric, murid tahun 3 dikehendaki mengenalpasti
beberapa bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik. Jika diterangkan di dalam kelas dan
memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar
untuk mereka ingat objek-objek tersebut. Jadi, kita akan membawa mereka berjalan-jalan di
sekitar kawasan sekolah dan setiap murid dikehendaki mencari objek yang mereka fikir boleh
mengkonduksikan elektrik.

Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali
sebagai kemahiran proses sains , KPS ) …setelah mereka mendapat objek-objek tersebut,
tugas guru adalah memantau mereka supaya tidak membawa sebarang objek yang berbahaya (
aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains )

Murid akan mula menguji bahan-bahan yang mereka dapati itu dengan menggunakan papan
litar…peringkat ini dikenali sebagai Experimentation ( satu lagi domain penting dalam KPS )

Jadi, sebenarnya pihak kerajaan sedang bertungkus lumus untuk merevolusikan pendidikan
sebenarnya. Peralihan dari pendekatan lama yang lebih bersifat chalk and talk akan berlaku, di
mana pendekatan inquiry knowledge akan mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Dan ini memerlukan calon guru yang sememangnya faham dan jelas akan apa yang
dimahukan oleh KPM, calon yang bagaimanakah mempunyai ‘edge’ dan calon yang
bagaimanakah yang akan gagal nanti.

Sudah tentu anda ingat kata-kata ini


Saya lihat saya lupa, saya dengar saya ingat dan saya buat saya faham ….Perkara ini akan
dikupas dengan lebih lanjut di blog klien nanti, jadi kepada anda yang belum mendapatkan
manual lengkap KPLI, sila dapatkan segera di http://www.ekpli.com ..

Warning: require(/home/ekpli/public_html/blog/wp-content/themes/default/comments.php)
[function.require]: failed to open stream: No such file or directory in
/home/ekpli/public_html/blog/wp-includes/comment-template.php on line 300

Fatal error: require() [function.require]: Failed opening required


'/home/ekpli/public_html/blog/wp-content/themes/default/comments.php'
(include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/ekpli/public_html/blog/wp-
includes/comment-template.php on line 300

May 06
Hala tuju Etems dan ICT di sekolah rendah
Uncategorized No Comments »

Untuk calon yang memilih opsyen Science/Math/English primary school, anda akan dilatih
sepenuhnya untuk menggunakan ICTL dalam PnP anda nanti. Inilah ‘Future’ pendidikan awal
negara, di mana kita akan mengambil contoh perkembangan pendidikan di negara-negara
barat yang sudah lama mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran menggunakan
ICTL. Penguasaan bahasa inggeris adalah salah satu kemestian. Jika calon tidak mampu
mencapai tahap pencapaian minima bahasa inggeris untuk mengajar subjek-subjek kritikal
tersebut, maka peluang anda adalah tipis. Namun begitu, ini bukan bermakna calon yang
lemah tidak diberikan peluang lansung. Aspek ini dibincangkan dengan lebih mendalam
dalam salah satu ebook yang akan anda miliki di http://www.ekpli.com.

Video ini menunjukkan Micro teaching yang agak witty dan berkesan. Jika anda memilih
English sebagai opsyen utama, adalah amat wajar untuk melihat video ini dan melihat sendiri
bagaimana seorang guru diuji dari segi kemampuan mengajar dan dari aspek ‘delivery’.