Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Karangan Berformat Ceramah Tajuk : Kepentingan Menyertai Aktiviti Kokurikulum Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Yang Mulia para guru, ibu bapa, dan murid yang dikasihi sekalian. Hadirin sekalian, Terlebih dahulu, saya melafazkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, khususnya tuan pengetua yang sudi mengundang saya untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk , Kepentingan Menyertai Aktiviti kokurikulum sempena Majlis Perasmian Persatuan Ibu Bapa dan Guru Tahun 2008. Saudara dan saudari, Segelintir masyarakat, khususnya ibu bapa pada hari ini masih menganggap penglibatan anakanak mereka dalam kegiatan kokurikulum membazirkan masa dan tenaga anak-anak mereka. Peranan dan kepentingan aktiviti kokurikulum dalam melahirkan generasi cemerlang dan seimbang seolah-seolah telah diketepikan lantaran mengejar kecemerlangan akademik sematamata. Sistem peperiksaan yang berorientasikan peperiksaan dijadikan sebagai alasan untuk menolak penglibatan anak-anak mereka secara aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan pandangan negatif ibu bapa terhadap aktivitit luar darjah ini. Aktiviti kokurikulum ternyata dapat menjadi wadah untuk melahirkan generasi-generasi yang berketrampilan dan berwawasan mengikut acuan negara ini. Melalui aktiviti kokurikulum, murid-murid dapat menghabiskan masa lapang mereka dalam aktiviti yang berfaedah selepas sesi persekolahan. Hal ini dapat mengelakkkan mereka daripada melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat di luar kawasan sekolah, seperti melayari laman web pornografi, melepak, menyalahgunakan dadah atau melibatkan diri dalam pergaulan seks bebas. Dengan memperkenalkan aktiviti kokurikulum, masa mereka terdedah kepada gejala sosial dapat dikurangkan. Hal ini seterusnya boleh mengurangkan masalah disiplin yang semakin serius berlaku dalam kalangan murid. Saudara dan saudari, Kegiatan kokurikulum juga mengeratkan hubungan antara murid dengan murid. Semasa berpesatuan, murid dapat mengenali murid lain dengan lebih dekat. Hal ini dapat menimbulkan perasaan kekitaan dalam kalangan murid. Hal ini penting untuk mencapai perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda kerana murid yang berbilang kaum berpeluang berkomunikasi dan bekerjasama antara satu dengan lain dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam persatuan dan kelab. Murid yang mengikuti aktiviti kokurikulum juga akan mengetahui adat resam, budaya, dan agama kaum lain dan sekali gus melahirkan generasi yang lebih sensitif dan memahami pantang larang kaum lain. Ringkasnya, penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri generasi muda hari ini. Di samping itu, penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mencungkil bakat

seseorang murid dalam pelbagai bidang. Hal ini dilihatkan apabila seseorang murid yang mengikuti kelab olahraga di sekolah didedahkan kepada dunia sukan. Penglibatan secara aktif oleh murid dalam kelab ini bukan sahaja mencungkil bakat mereka dalam pelbagai acara sukan, malah memberi peluang kepada mereka untuk menguasai kemahiran kemahiran asas dalam sesuatu acara sukan yang tidak dipelajari melalui buku pelajaran sekolah. Mereka juga berpeluang menjadi atlet-atlet pelapis negara pada masa yang akan datang dan sekali gus mencipta nama dalam arena sukan antarabangsa. Selain melibatkan diri dalam bidang sukan, para murid juga dapat didedahkan kepada pelbagai bidang cabang seni, seperti seni pertahanan diri, berpidato, bersajak, menulis cerpen, dan lain-lain lagi. Hal ini secara tidak langsung telah menyediakan mereka ke arah memikul tanguungjawab untuk mengharumkan keluarga, sekolah, bangsa, dan negara. Hadirin sekalian, Kegiatan kokurikulum juga dapat mendisiplinkan murid. Mereka akan dibiasakan untuk menggunakan masa dengan baik, cara pemakaian yang kemas, dan menghormati orang lain. Persatuan pasukan beruniform, seperti pasukan pengakap, pandu puteri , bulan sabit merah dan sebagainya berasaskan nilai disiplin diri yang tinggi. Dalam aktiviti kawad kaki misalnya, nilai kepatuhan kepada masa dan arahan amat dititikberatkan. Murid akan didisiplinkan agar mematuhi arahan pemimpin yang menerajui pucuk kepimpinan sesuatu persatuan. Tambahan pula, mereka juga perlu sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh jawatankuasa persatuan tersebut dan mengelakkan diri daripada mengingkari perintah komander semasa sesuatu aktiviti dijalankan. Melalui peraturan ini, lama-kelamaan para murid dapat belajar mendisiplinkan diri dan mengamalkan nilai berdikari dalam menguruskan aktiviti harian mereka. Sementara itu, murid juga dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Hal ini dapat mengelakkan murid daripada berasa jemu ke sekolah. Sebagai contohnya, murid dapat menyertai lawatan sambil belajar ke kilangkilang pemprosesan barang dan perkhidmatan, stesen penyiaraan, dan Taman Negara. Hal ini dapat menigkatkan pengetahuan am mereka dan meningkatkan minat mereka dalam bidang pelajaran melalui lawatan ke institusi-institusi pengajian tinggi. Selain itu, murid juga dapat mencari ketenangan diri melalui aktiviti kokurikulum yang disertai mereka. Sebagai contohnya, murid dapat menyertai kem, merenda hutan atau menjalani ekspedisi pada cuti sekolah melalui pogram yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan. Sidang hadirin, Kegiatan kokurikulum amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang berkualiti dan cemerlang dalam semua aspek mengikut acuan Malaysia. Ibu bapa tidak seharusnya terpengaruh dengan anggapan negatif bahawa kegiatan kokurikulum tidak penting dan membazirkan masa anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak juga perlu meluangkan masa mereka dalam pelbagai kegiatan sosial dan tindakan yang membebankan anak-anak mereka dengan tekanan untuk memperoleh keputusan yang baik akan menjejaskan perkembangan emosi kanakkanak. Oleh sebab itu, ibu bapa harus menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam kegiatan kokurikulum untuk melahirkan tampuk pemimpin negara yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum . Sekian Terima kasih. Posted by Jane Wee at 6:45 AM

Co-Curricular Activities
Pros & Cons 1.)Co-curricular activities prepare students practically for the future. The normal curriculum can only go so far as to teach and educate students about academic theories. But students whose only experience of school or college is one of rigid academic study may not be able to apply what they have learned in practice. If the co-curriculum was given an equal footing in student life there will be an improvement in the student ability to grasp things as a whole, because students will have received a more rounded education. Co-curricular activities are particularly good at providing opportunities for students to work in teams, to exercise leadership, and to take the initiative themselves. These experiences make students more attractive to universities and to potential employers. Most co-curricular activities are physically active, getting the student out from behind their desk and making them try new things. This is healthy and ensures that students are exposed to practical tasks, not just what is taught in class. The outcome of giving the co-curriculum the same status as the curriculum will therefore be well balanced individuals. Future politicians, for example, will not only thrive on law or social studies, but will also become fluent in multiple languages, learn to tango and perform several calculus operations simultaneously, while also experiencing service through community work. Such are the more profound benefits of the co-curriculum being integrated into the syllabus. Having a wide range of experiences prepares people better for the future, especially in todays uncertain world. The broad education that the co-curriculum can provide is better preparation for life in a society where an individual may change career several times in their life. Students must therefore have a fundamental grasp of multiple skills. For instance, athletes who had their career cut short due to mishaps might venture into business, having had co-curricular experience of entrepreneurship as part of their education. Speech and debate clubs might give a doctor or engineer the communication skills to move into broadcasting, teaching, or even politics. Placing more emphasis on the co-curriculum thus ensures a variety of possibilities for young people to choose from instead of being sidelined. Students have a right to a broad education. Why should a science student have to give up music, or a social studies major not get opportunities for sport? Many children have talents in all sorts of different areas, and it is wrong to force them to specialise too early. A career is not the only part of an adults life school needs to make sure they have interests and skills that will help them in their family and leisure lives too. Through equal balancing of academic and co-curriculum, however, the students have the chance to exercise their rights and the opportunity to be multi-talented. Lopsided individuals are not the key to the future, instead by recognising each individual by their talents there exists a higher possibility for young people to learn and to grow in their studies. Many students do not take advantage of the extra-curricular opportunities they are currently offered. They may instead waste their time lazing around, or maybe even making trouble. These young people do not know what they are missing; if they could be made to try other activities they would surely enjoy them and gain a lot of benefit. If the co-curriculum was given formal importance, with students required to undertake at least one activity, then more people would try new things, and discover they like them.

An ambitious co-curricular programme is quite affordable for schools and colleges of all kinds. State schools in Singapore and many public universities in the USA are able to offer strong co-curriculums, and elsewhere many state-funded institutions have thriving extra-curricular activities. Most co-curricular pursuits are not expensive to run, and those activities that might be more expensive, such as military cadet groups and science clubs, can often apply to outside agencies for funding. Staff often given their time free, because they believe the activities are worthwhile for the students and enjoyable for themselves to run, and many groups can also be supported by unpaid volunteers from the wider community. Many towns today do not have a strong civil society, and in more rural areas there may be no groups at all for young people to join outside school. If schools and colleges do not provide opportunities for youngsters to broaden their experiences, then students will not get them at all. Boosting the place of the co-curriculum in schools is one way of addressing this weakness in modern society, as it will equip young people with the civic spirit, initiative and organising skills to set up their own clubs, teams and activity groups when they leave education. Finally, a successful co-curriculum often depends on building links between the school and the wider community, bringing local enthusiasts in to work with students, and sending students out to work on community projects, help in primary schools, perform for local audiences, etc.

Importance Of Co-Curricular Activities In Schools


Co-curricular and Extracurricular Activities General Policy Recognizing the importance of providing educational activities that enrich and broaden student experiences as an integral part of the curriculum as well as beyond the normal academic day, the School Committee supports the development of co-curricular and extracurricular programs in accordance with the policies established by the School Department. Co-curricular programs are defined as those activities that enhance and enrich the regular curriculum during the normal school day. Extracurricular programs are defined as those activities that broaden the educational experience which usually take place beyond the normal school day. Students who desire to participate on athletic teams shall do so on a volunteer basis with the understanding that it is a privilege and not a right to be a member of a school team. All students are invited to participate, but it is recognized that some students may not be capable of competing at the varsity level. At non-varsity levels, participation may be restricted based on safety and space restrictions. It shall be the policy of the School Department to compete in interscholastic athletics sanctioned by the Rhode Island Interscholastic League and to abide by that organization's rules and regulations. Activities should be designed to meet the needs of and to stimulate interests expressed by students and should cover a broad range of abilities. There shall be equal opportunities for all students to participate in such programs. The expenses of voluntary activities may be covered by the students, the school, school-related organizations, and/or non-school groups. Elementary Level Recognizing the positive aspects of co-curricular programs that enrich and enhance the regular elementary school program, the

School Committee supports the development of such activities in all areas of the approved curriculum. Middle School Level Recognizing the special needs and...

Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga. Huraikan. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara. Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses

pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.

Setiap sekolah akan menjalankan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang.Para pelajar wajib menyertai sebarang aktiviti yang dijalankan, samada menyertai persatuan, unit beruniform, mahupun olahraga.Kementerian Pelajaran tidak mahu para pelajar hanya menumpukan kepada pelajaran, sehingga mengabaikan aktiviti kokurikulum. Melalui aktiviti ini, tubuh badan kita akan menjadi sihat. Keadaan ini berlaku kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot dalam tubuh kita akan bergerak dengan lebih aktif lantas mengeluarkan peluh. Tubuh badan yang sihat memudahkan kita untuk mengulangkaji pelajaran, manakala tubuh yang tidak sihat akan menyebabkan badan menjadi tidak bermaya sekaligus mampu menjejaskan tumpuan pembelajaran di sekolah. Faedah kedua melalui aktiviti kokurikulum di sekolah adalah, para pelajar dapat menghabiskan masa lapang mereka dengan lebih berfaedah.Masa lapang yang tidak diisi dengan baik memungkinkan para pelajar mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti menonton televisyen, berpeleseran di pusat membeli-belah ataupun melepak bersama rakan-rakan yang berperangai tidak senonoh sehingga memungkinkan terjadinya tabiat merokok, menghisap gam dan dadah. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar mendapat pelbagai faedah seperti dapat menambah kenalan tanpa mengira warna kulit, bangsa mahupun agama.Secara tidak langsung, mereka juga dapat berbincang dan saling mengenali, sekaligus mewujudkan persefahaman dan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa, budaya dan juga agama.Disamping itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan juga membolehkan para pelajar menambahkan pengetahuan mereka tidak kira dari segi perubatan, pertahanan diri, pengetahuan asas mengenai dunia luar, sains dan teknologi dan tidak lupa juga mengenai keolahragaan dan kesukanan. Berdasarkan huraian yang diberikan, maka jelaslah kepada kita akan kepentingan aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar dewasa ini. Para pelajar hendaklah memanfaatkan peluang yang diberikan kepada mereka kerana tidak semua insan di muka bumi ini yang cukup bertuah kerana mendapat makanan,tempat kediaman, pakaian, dan pelajaran yang cukup untuk bekalan di hari muka.

Co-Curricular activities (CCAs), previously known as Extracurricular Activities (ECAs) are activities that education organisations in some parts of the world create for school students. They serve to promote a variety of activities which all school students must attend alongside the standard study cirruculum. In Singapore, the policy was first introduced by the Ministry of Education, which believe extra activities for school students are a means to instill active social-interaction. The original initiative later came to include important qualities, such as leadership, healthy recreation, self-discipline and self-confidence. In higher educations, CCA participation is even accountable for precious academic points.

Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_is_the_definition_of_cocurricular_activities#ixzz1WtQ6mEzN

Anda mungkin juga menyukai