Anda di halaman 1dari 5

Wacana

1.

2.

3. 4

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal) c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik.

5.

6.

7.

Ia dapat digambarkan seperti berikut:

8.

Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

9.

Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana. Fungsi 1. Tambahan Contoh dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping. pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya. iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan. contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai. rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan. apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya. oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu. seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan. tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan. sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.

2. Urutan 3. Penyataan semula 4. Contoh

5. Rumusan 6. Tempat 7. Waktu 8. Sebab dan kesan 9. Bandingan 10. Pertentangan 11. Pengesahan

(kembali ke laman utama)


http://www.tutor.com.my/stpm/wacana.htm Penanda Wacana Posted by eriyzaqistina under Facts [5] Comments

Ada pelajar mahu penulis menyenaraikan beberapa penanda wacana untuk dijadikan bahan rujukan ketika menulis karangan. Maka, penulis dengan ini suka untuk membuat sedikit penerangan tentang penanda wacana. Lazimnya, penanda wacana digunakan di dalam karangan untuk memperlihatkan pertautan idea, urutan isi, ayat dengan ayat dan juga perenggan dengan perenggan. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat melahirkan ayat dan perenggan yang berkesinambungan dan gramatis.

Para pelajar digalakkan untuk menggunakan penanda wacana yang berbeza di dalam penyampaian karangan. Hal ini dapat menarik minat guru untuk terus membaca karangan tersebut, berkemungkinan guru tadi akan memberikan markah lebih kerana susunan ayat yang kreatif lagi kritis. Berikut penulis senaraikan contoh penanda wacana mengikut kategori tertentu.

Tambahan

dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping, bertitiktolak, lebih-lebih lagi, hal ini, selain juga

Urutan

pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya, lebih awal dari itu, lebih penting lagi

Penyataan semula

iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan, sekali lagi ditegaskan

Contoh

contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai, mari kita mengambil contoh, khususnya, misalnya, hal yang dimaksudkan

Rumusan

rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

Tempat

berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

Waktu

apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya, dewasa ini, sementara itu, pada masa yang sama, pada ketika itu, pada mulanya, serentak dengan, ada ketikanya, semenjak itu

Sebab dan Kesan

oleh itu, sebab itu, justeru, fasal, lantaran, jadi, dengan itu, sehubungan dengan

Bandingan

seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

Pertentangan

tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan, berbeza dengan

Pengesahan

sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya, sejajar dengan itu

Penulis berharap para pelajar dapat memanfaatkan penanda wacana ini dengan baik di dalam penulisan karangan mahu pun penyampaian teks ucapan. Selamat maju jaya di dalam pelajaran. http://eriyzaqistina.wordpress.com/2008/04/10/penanda-wacana/

Anda mungkin juga menyukai