Anda di halaman 1dari 3

MY INTERVIEW Perkembangan muzik dalam diri setiap individu merupakan salah satu perkara yang dianggap sangat subjektif.

Hal ini kerana, setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza yang dilalui oleh mereka sewaktu mengembangkan bakat muzik mereka. Sebagai contoh, ada beberapa individu yang mula mengembangkan bakat mereka pada usia yang agak tua jika dibandingkan dengan sesetengah individu yang dijumpai di mana mereka memulakannya seawal usia lima atau enam tahun. Namun begitu, semua ini dianggap masih tidak terlambat untuk mengembangkan bakat muzik masing-masing selagi semangat dan keazaman masih membara dalam diri kerana ada sesetengah alat muzik yang tidak memerlukan seseorang itu untuk bermula pada usia yang sangat muda di mana mereka masih boleh berjaya jika memulakan pembelajaran muzik pada usia yang agak lewat. Pada kali ini, saya telah menemubual salah seorang daripada kawan saya yang mengambil bidang yang sama dengan saya iaitu, Diploma Seni Muzik tentang perkembangan muzik yang berlaku dalam dirinya. Beliau pada dahulunya lansung tidak mengetahui tentang apa-apa berkaitan bidang muzik melainkan menyanyi sahahja berikutan pendedahan yang terdapa di dalam televisyen hanya memaparkan perkara tersebut sahaja. Beliau juga tidak menyangka akan menjadi seorang yang akan bergiat secara serius dalam bidang ini. Sebagai memulakan bicara, beliau mendaftar di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) semasa tigkatan satu setelah Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Semasa minggu orientasi sekolah, beliau telah diperkenalkan dengan pasukan pancaragam sekolah. Bermula dari saat itu, beliau telah tertarik dengan pasukan tersebut dan seterusnya menyertai pasukan tersebut. Pada ketika itu, beliau sangat rasa gembira kerana berpeluang bermain alat muzik setelah sekian lama menanam keinginan untuk bermain alatan muzik. Bermula sebagai pemain flute, beliau sangat komited dengan latihan yang dijadualkan setiap minggu bahkan menambah sendiri waktu latihan bagi menambah kemahiran yang masih kurang. Hal ini dapat menunjukkan beliau tertarik dengan bidang muzik semasa memasuki sekolah menengah dan ini lah yang membuatkan beliau menjadi sangat rajin untuk sentiasa berusaha agar menjadi pemain yang hebat. Dengan ini juga, beliau menjadikan muzik yang diperolehinya pada masa itu sebagai pemangkin untuk beliau pergi dengan lebih serius ke dalam bidang muzik dengan menyambung pengajian ke bidang diploma.

Semasa berada di sekolah menengah lagi, beliau telah menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan seperti Pertandingan Wind Orchestra SBP sepanjang lima tahun berada di sekolah tersebut. Selain itu, beliau juga telah banyak kali menyertai konsert jabatan pelajaran negeri serta kem muzik peringkat kebangsaan. Menurutnya, dengan menyertai banyak acara seperti ini tidak kira sama ada pertandingan atau persembahan, semuanya dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam bermain alat muzik. Dengan kenyataan beliau ini, saya dapat simpulkan jumlah pembabitan sesorang itu dalam sesuatu acara akan dapat membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada. Selain itu juga, beliau juga sering dipanggil bagi menjayakan majlis konvokesyen universiti dalam persembahan orkestra. Melalui soal jawab bersamanya, beliau menimbulkan persoalan kenapa subjek pendidikan muzik pada peringkat sekolah rendah sentiasa diabaikan dan dianggap tidak penting. Guru yang mengajar subjek pendidikan muzik sekolah rendah juga diarahkan mengajar bagi subjek yang lain. Selain itu, beliau juga berharap subjek muzik di sekolah menengah juga jangan diketepikan kerana muzik juga boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar. Mengukuhkan lagi pernyataan, beliau menyatakan bahawa setiap orang perlu menggunakan kedua-dua otak. Namun begitu, kebanyakan orang hanya menggunakan otak kiri. Justeru, melibatkan diri dengan bermain alat muzik dapat meningkatkan lagi keupayan kedua-dua otak untuk berfungsi. Secara amnya, beliau telah mendapat inspirasi bagi memulakan kerjaya muzik ketika berada di sekolah menengah. Walaupun ada segelintir orang yang berpendapat bahawa beliau tidak seharusnya memulakan pada usia yang agak lewat sepertimana yang telah saya jelaskan pada permulaan tadi kerana dikhuatiri tidak akan dapat mengejar segala kemahiran yang diperlukan dengan cepat, tetapi beliau tetap berusaha dengan gigih agar dapat menyangkal segala tanggapan yang negative terhadapnya. Sebagai bukti, beliau akan tamat pengajian peringkat dipoma pada Oktober ini. Kesimpulannya, kita harus yakin pada diri sendiri dan sentiasa berusaha serta tidak berputus asa jika mahu berjaya walaupun banyak dugaan yang datang melanda diri kita. Selain itu, minat atau rasa cinta kita terhadap bidang muzik ini hendaklah seiring dengan segala usaha yang kita lakukan agar dapat menjamin kejayaan kita seterusnya menjamin masa depan yang cerah.

Anda mungkin juga menyukai