Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TAHUNAN PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SARAWAK TAHUN 2009

DISEDIAKAN OLEH: SERANIE AK NGAOH SETIAUSAHA PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH IPGM KAMPUS SARAWAK

1. Pendahuluan

Perkhemahan ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan yang mantap dari semua sudut serta mendedahkan peserta kepada pelbagai cabaran dan kemahiran yang berguna. Program ini melibatkan semua ahli Persatuan Kadet Remaja Sekolah Institut Perguruan Sarawak Miri. Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jatidiri dalam diri peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran.

2. Rasional

Perkhemahan KRS ini menekankan aspek ketahanan fizikal dan mental ahli-ahli KRS dimana peserta yang mengikuti perkhemahan ini akan diuji kekuatan fizikal dan mental mereka melalu banyak aktiviti yang akan dijalankan seperti solo camping, meredah hutan, meredah sungai dan sebagainya. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif kearah memantapkan serta meningkatkan kefahaman pelajar tentang pentingnya membina kualiti peribadi dan profesional sebagai seorang guru yang berakhlak mulia dan juga memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan guru pelatih dan komuniti di luar persekitaran institut. Oleh itu, harapan kami agar program ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.

3. Matlamat

Perkhemahan ini bermatlamat untuk melahirkan golongan pendidik yang mempunyai sifat berani menghadapi cabaran, meningkatkan ketahanan fizikal sebagai persediaan mengajar di pedalaman, memupuk kerjasama dan kerja sepasukan serta membina hubungan sosial dengan masyarakat atau komuniti setempat.

4. Objektif

Adalah diharapkan di akhir program ini guru pelatih akan dapat:

4.1 Mengeratkan ikatan silaturrahim dan memupuk kerjasama antara guru pelatih dengan masyarakat luar serta mewujudkan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 4.2 Memberi kesedaran kepada bakal guru akan cabaran yang akan mereka lalui sepanjang perkhidmatan mereka sebagai pendidik kelak lebih-lebih lagi semasa di pedalaman. 4.3 Memantapkan mental bakal-bakal guru dari perspektif ketahanan fizikal, kecerdasan emosi, kekuatan rohani serta jati diri.

5. Tarikh

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 26 hingga 29 April2009

6. Tempat Kem Belia Pueh, Sematan

7. Sasaran penyertaan

Ahli-ahli Persatuan Kadet Remaja Sekolah

8. Sasaran penyertaan pelajar

60 orang pelajar.

9. Ahli Jawatankuasa Perkhemahan\

Rujuk Lampiran B

10. Penginapan

Kem Belia Pueh, Sematan

11. Kewangan: Sumber dan Perbelanjaan 9.1 Sumber kewangan adalah dari peruntukan Institut:

9.2 Anggaran perbelanjaan. 9.2.1 Minum pagi,makan tengah hari dan makan malam 60 orang x RM 20 = RM 1200

------------------------------------------------------------------------Jumlah = RM 1200 ==========================================

(JUMLAH : RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA)

Anda mungkin juga menyukai