Anda di halaman 1dari 4

HASIL DAPATAN BORANG PENILAIAN

8 6 4 2 0

soalan 1 soalan 7 soalan 5 soalan 3 soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5

soalan 6
soalan 7

Merujuk kepada graf di atas kebanyakkan soalan yang ditanya dijawab dengan jawapan sangat setuju atau setuju dengan peratusan yang tinggi. Ini memberi makna bahawa pengguna bilik kuliah mempunyai nilai kesedaran yang agak tinggi berkaitan dengan pembangunan lestari. Berdasarkan graf di atas, terbukti kebersihan lantai dan syiling yang merupakan soalan satu berada dalam keadaan yang memuaskan kerana enam dari sebelas kelas yang dilawati ditandakan setuju. Hanya 2 kelas yang ditandakan sangat tidak setuju yang bermaksud mereka perlu meningkatkan lagi tahap kebersihan lantai kelas mereka. Setiap kelas yang telah ditanda setuju oleh kami mempunyai penyapu yang berkeadaan baik. Mereka juga mempunyai penyapu syiling mereka sendiri. Pada pagi-pagi yang kami lawati,kami mendapati bahawa ada pelajar yang bertugas sedang menyapu lantai atau mengemas. Ini membuktikan bahawa mereka mementingkan kebersihan dan keselesaan bilik darjah.

Bagi kelas yang ditanda sangat tidak setuju pula, ini adalah akibat apabila kami melawat kelas mereka, mereka tidak menyapu malah lebih buruk lagi kelas mereka tidak mempunyai penyapu pun. Ini adalah menyedihkan kerana ternyata mereka tidak mementingkan keselesaan belajar dalam kelas yang bersih apatah lagi mementingkan kelestarian persekitaran. Bagi soalan dua pula iaitu pengurusan pembuangan sampah, kelas kelas yang dilawati berada pada tahap sederhana kerana 4 kelas ditanda tidak setuju dan 5 kelas ditanda setuju. Ini membawa maksud, pengguna kelas perlu menguruskan pembuangan sampah dengan lebih efisyen untuk menjaga kelestarian kelas masing-masing. Bagi kelas yang ditanda setuju, kami mendapati mereka ada usaha untuk menguruskan sisa pembuangan sampah mereka sendiri. Antara usaha yang telah mereka lakukan ialah menyediakan tong sampah dan menyediakan jadual tugasan agar setiap hari ada pelajar yang akan membuang sampah dari tong sampah dalam kelas ke tong sampah besar. Ini adalah sikap yang terpuji kerana mereka mempunyai nilai kelestarian yang tinggi dimana mereka mementingkan kebersihan dan keselesaan dalam kelas. Pengurusan sisa pepejal ini amat penting kerana mereka sedar yang semakin hari semakin luas permukaan bumi yang telah dijadikan tempat pelupusan sampah. Namun bagi kelas yang telah ditandakan kurang setuju pula, mereka didapati hanya mengharapkan tukang sapu yang telah dibayar gaji oleh pihak pentadbiran untuk menguruskan sampah yang telah mereka buang sendiri. Perbuatan ini mempamerkan sikap mereka yang sangat tidak prihatin akan kesejahteraan alam sekitar. Mereka ini mungkin memerlukan kesedaran yang lebih agar mereka boleh meningkatkan rasa cinta kepada alam sekitar. Bagi penggunaan elektrik dalam soalan tiga pula, kelas kelas yang dilawati ternyata prihatin akan penjimatan penggunaan tenaga elektrik kerana 7 kelas ditanda setuju dari pihak penilai. Tiada kelas ditanda sangat tidak setuju membuktikan mereka sangat berjimat dalam menggunakan tenaga elektrik.

Hasil daripada pemerhatian kami, kami dapati bahawa apabila pelajar tiada dalam kelas, lampu dan kipas akan ditutup. Begitu juga apabila tiba waktu balik dan rehat. Ada waktu dimana kami menilai ketika hari sudah hampir tengahari kesemua kelas yang dilawati menutup lampu. Ini adalah petanda yang sangat positif yang akan membantu menjimatkan penggunaan tenaga seterusnya memelihara alam sekitar agar lebih terjaga. Bagi soalan empat pula rata rata kelas yang dilawati mengamalkan kitar semula kertas kerana 5 dari kelas yang terbabit ditandakan setuju oleh penilai. Kelas yang mengamalkan kitar semula ini termasuklah unit Sains semester tiga yang kami lawati. Kami dapati bahawa mereka bukan sahaja mengitar semula kertas tetapi termasuklah juga botol-botol plastic dan kaca yang mereka kumpul. Duit hasil jualan kitar semula ini pula mereka jadikan sumber dana kewangan mereka untuk menjalankan aktiviti dan program kelas. Ini merupakan cara yang paling strategik dalam menjaga alam sekitar kerana selain memelihara alam sekitar, mereka juga mendapat faedah daripada segi kewangan. Tetapi ada dua kelas yang ditanda sangat tidak setuju dan pengguna kelas ini seharusnya lebih peka dalam mengitar semula kertas agar pokok-pokok terjaga dan kelestarian alam terpelihara. Dua kelas ini kami dapati menyimpan berpuluh-puluh fail yang mengandungi helaian kertas yang tebal dan menyesakkan pandangan. Kami tidak tahu adakah mereka masih memerlukan bahan-bahan kertas tersebut tetapi jika mereka masih memerlukan bahan tersebut sekalipun, mereka haruslah menyimpan dengan lebih tersusun dan teratur. Jika tidak digunakan, baiklah dikitar semula. Kita beralih pada soalan yang ke lima. Hampir kesemua kelas yang dilawati menggunakan peralatan kelas yang mesra alam kerana 6 dari 11 kelas ditanda setuju oleh penilai. Hanya 1 kelas yang ditanda sangat tidak bersetuju membuktikan bahawa kelas-kelas ini peka akan kelestarian alam dengan menggunakan peralatan yang mesra alam. Penggunaan alatan mesra alam akan membawa impak yang baik kepada kelestarian alam sekitar.

Bagi soalan yang keenam iaitu mengenai pelajar mementingkan kebersihan atau tidak didapati bahawa semua pengguna kelas berada dalam keadaan yang sangat mementingkan kebersihan tetapi masih ada juga yang tidak. Ini dibuktikan melalui 7 yang ditanda setuju dan sangat setuju dan 1 yang ditanda sangat tidak setuju. 7 yang ditanda setuju adalah sangat menggembirakan kami kerana mereka ternyata mengamalkan nilai-nilai kelestarian dalam hidup mereka. Tetapi apa yang dikesalkan ialah satu kelas yang sangat kotor dan kami menandakan sangat tidak bersetuju kerana menurut penilaian kami, mereka sangat tidak peka akan kebersihan kelas mereka sendiri apatah lagi kebersihan alam sekitar. Kami harapkan sesuatu dapat dijalankan agar mereka boleh berubah seterusnya lebih menjaga kelestarian alam. Seterusnya ialah soalan terakhir iaitu mengenai penyediaan jadual bertugas. Hampir semua kelas menyediakan jadual bertugas. 8 dari 11 kelas menyediakan jadual bertugas sebagai rujukan. 8 kelas ini merupakan satu bukti bahawa kelas yang dilawati mementingkan kebersihan kelas mereka. Namun walaupun jadual bertugas telah disediakan, apa yang lebih penting ialah adakah pengguna kelas mematuhi jadual tersebut ataupun tidak. Jika mereka tidak mematuhi jadual dan tidak melaksanakan tugas mereka ini adalah sia-sia kerana kebersihan masih tidak akan terpelihara. Tetapi ini adalah lebih baik daripada langsung tidak menyediakan jadual bertugas dalam kelas. Dan ada satu kelas tidak menyediakan langsung jadual ini dan kami menandakan pada ruangan sangat tidak bersetuju. Kelas ini memang berada dalam keadaan yang tidak teratur dan tidak terurus. Kami sangat tidak berpuas hati dan berharap agar mereka berubah menjadi pelajar yang lebih lestari lagi.

Anda mungkin juga menyukai