Anda di halaman 1dari 13

Name: Vinny Lu Yong Yee PERIBAHASA

3K / 3X

1. Api kecil menjadi kawan, api besar menjadi lawan. - Nasihat ibu bapa supaya anak-anak mereka tidak bermain api. 2. Alah membeli menang memakai. -Suka habiskan wang untuk membeli barang berharga. 3.Ada rupa, ada harga. -Barang yang berkualiti dan berjenama harganya sangat mahal. 4. Ada udang disebalik batu. -Kata-kata yang baik memuji orang lain untuk mendapatkan sesuatu. 5. Ada beras semua deras. -Ada ganjaran baru kerja boleh berjalan. 6. Adakah buaya menolak bangkai? -Orang yang jahat akan berbuat jahat lagi jika ada peluang. 7.Ada rotan ada duri. -Orang yang Berjaya mesti pernah melalui banyak cabaran. 8. Air degenggam tiada tiris. / Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. - Berhati-hati semasa berbelanja. 9. Air mata jatuh ke perut. -Orang yang sangat kecewa. 10. Ayam menang kampong tergadai. -Kemenangan yang tidak memberikan keuntungan. 11.Anak ayam kehilangan induk. / laying-layang putus tali. -Orang yang hidup tidak tentu arah.

12. Air yang tenang jangan sangka tiada buaya. -Orang yang diam tidak semestinya baik. 13. Ayam terlepas tangan berbau tahi. -Orang yang melakukan perbuatan jahat, akhirnya sendiri yang mendapat malu. 14. Alang-alang mandi biar basah. -Membuat kerja bersungguh-sungguh. 15. Air dicencang tidak akan putus. -Berbaik semula selepas bergaduh. 16.Asal benih uang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. -Orang yang hebat kemana pun dia boleh hidup. 17. Anjing ditepuk terjongket ekor. -Orang yang sombong akan dirinya, apabila dipuji, dia menjadi lebih sombong. 18. Alah bias tegal biasa. -Berasa sukar untuk membuat sesuatu, tetapi apabila selalu membuat akhirnya sudah tidak bermasalah. 19. Biar mati emak, jangan mati adat. -Masyarakat yang mementingkan adat istiadat dan kepercayaan nenek moyang, sehingga sanggup mati untuk mempertahankannya. 20. Biar papa asalnya bergaya. -Orang yang suka gunakan wang sehingga berhutang untuk membeli barang yang mahal. 21. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. -Orang yang pandai menyimpan rahsia. 22. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru. -Kejahatan yang dilakukan tidak dapat disembunyikan daripada orang lain.

23. Biar putih tulang, jangan putih mata. / bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. -Sanggup berkorban untuk mempertahankan Negara, yang penting Negara tidak dijajah. 24. Belakang parang diasah lagikan tajam. -Orang yang lemah dalam pelajaran boleh menjadi pandai jika berusaha. 25. Belum duduk sudah berlunjur. -Orang yang masih kecil tetapi otak dan sikapnya matang. 26. Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. -Hubungan cinta tidak akan berlaku jika satu orang sahaja ada perasaan. 27. Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak. -Membuat kerja sampingan sebelum mendapat kerja tetap. 28. Berani kerana benar, takut kerana salah. -Kalau yakin diri betul, keta mesti berani untuk mempertahankan diri tetapi jika kita bersalah, kita hendaklah sedia untuk menerima hukuman. 29. Biar titis jangan tumpah. -Peniaga yang sanggup rugi sedikit daripada mendapatka kerugian yang lebih besar. 30. Badan seperti harimau tetapi hati seperti tikus. -Orang yang kelihatan garang tetapi seorang penakut juga. 31. Batu yang bergolek tidak akan mengumpul lumut. -Tabiat suka menukar pekerjaan tidak akan hidup senang. 32. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. -Orang yang melihat orang yang sakit hanya mampu berasa tetapi orang yang sakit dia berasa sangat sakit. 33. Bahasa jiwa bangsa. / Bahasa menunjukkan bangsa. / bahasa maruah bangsa. -Setiap Negara harus menjaga imej dan maruah bahasa kebangsaan mereka supaya tidak terpengaruh dengan bahasa asing.

34. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. -Dalam kehidupan masyarakat, keta mesti mempunyai pendapat yang sama dalam membuat sesuatu keputusan bagi mengatasi sesuatu masalah. 35. Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit. -Setiap hubungan ahli keluarga sudah tentu rapat. Oleh itu apabila ada orang bercakap sesuatu yang tidak baik tentang ahli keluarga, kita akan terasa marah juga. 36. Cakap siang pandang-pandang, cakap malan dengar-dengar. -berhati-hati semasa bercakap tentang seseorang. 37. Carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. -Adik-beradik yang bergaduh akhirnya berbaik semula. 38. Cakap sejengkal dibawa sehasta. -Orang yang suka membesar-besarkan cerita yang kecil. 39. Dekat bau tahi, jauh bau wangi. -Adik-beradik apabila bersama, selalu bergaduh. Tetapi apabila berjauhan akan rasa rindu. 40. Dimana ada gula, di situ ada semut. -Orang akan pergi ke sesuatu tempat yang memberikan banyak keuntungan. 41. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. -Sama taraf. 42. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. -Kita mesti mengikut peraturan dan undang-undang Negara yang kita pergi. 43. Ditelan pahit, dibuang sayang. -Orang yang tak mahu membuang sesuatu. 44. Diam-diam ubi berisi. -Orang yang diam dan kurang bertenaga, tetapi tidak disangka telah Berjaya mendapat johan dalam pertandingan.

45. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. -Perasaan serba salah untuk membuat keputusan demi menjaga hati ibu bapa. 46. Enggang sama enggang, pipit sama pipit. -Pergaulan hanya dengan yang sama taraf sahaja. 47. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. -Dua buah Negara berperang, golongan yang lemah menjadi mangsa.

48. Gali lubang tutup lubang. -Orang yang meminjam wang kawan untuk membayar hutang dan selepas itu meminjam wang kawan lain pula untuk digunakan. 49. Hangat-hangat tahi ayam. -Semangat untuk membuat sesuatu kerja hanya ada di peringkat awal sahaja. 50. Hanya jauhari yang mengenal manikam. -Orang yang pakar dalam sesuatu bidang. 51. Harimau di hutan dapat kutangkap, inikan pula seekor cicak. -Orang yang terlalu yakin. 52. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. -Orang yang berbudi dalam masyarakat sehingga namanya sentiasa disebut walaupun beliau sudah meninggal dunia. 53. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik. / Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. -Orang yang bekerja di Negara sendiri lebih bebas berbanding Negara orang lain. 54. Harapkan pagar, pagar makan padi. -Kawan yang tidak boleh dipercayai. 55. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. -Orang yang tidak diperlukan tetapi cuba menonjolkan dirinya dalam sesuatu projek.

56. Hati gajah dilapah, hati kuman sama dicecah. -Dalam perniagaan, keuntungan mesti dibahagikan sama rata dengan pelabur model lain. 57. Indah khabar dari rupa. -yang diberitahu lebih indah daripada kenyataan. 58. Ilmu itu pelita hidup. -Ilmu penting dalam diri seseorang. 59. ikut hati mati, ikut rasa binasa. -Orang yang tindak mengikut perasaan. 60. Ikan di laut, asam di darat, akhirnya bertemu di dalam kuali / belanga. -Dua orang yang berasal dari pelbagai tempat akhirnya berkahwin juga. 61. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. -Orang yang mempunyai sesuatu kelebihan janganlah bersikap sombong. Sebaliknya orang itu mestilah sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain. 62. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. -Kalau belum cukup hebat jangan melawan orang yang lebih hebat. 63. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. / Kecil-kecil cili padi, semakin kecil semakin berapi. -Jangan memandang rendah kebolehan orang muda dan orang kecil. 64. Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. / Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. -Orang yang pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat. 65. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya. -Jika kita tidak rajin berusaha, sudah pasti sukar memperoleh kejayaan. 66. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. -sangat gembira mendapat sesuatu yang lebih daripada yang diinginkan.

67. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. -Ibu bapa yang ada bakat menyanyi, maka anak juga boleh menyanyi juga. 68. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. -Orang mesti menepati janji yang dibuat. 69. Karam berdua basah seorang. -Dua orang buat salah tetapi seorang yang dihukum. 70. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. -Orang yang tidak sedar akan kesalahan diri sendiri. 71. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. -Jika takut menanggung kesusahan, janganlah bercampur tangan dalam hal yang menyulitkan. 72. Lembu punya susu, sapi dapat nama. -Orang lain buat baik, tetapi orang lain pula mendapat pujian. 73. Lempar batu sembunyi tangan. -Seseorang yang melakukan kesalahan kemudian cuba menyembunyikan. 74. Menanam tebu di tepi bibir. -Orang yang pandai membuat janji tetapi tidak ditunaikan. 75. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. -Kata yang ditulis oleh pengarang surat khabar boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat. 76. Matinya semut kerana gula. -Orang yang sanggup mati untuk mencari rezeki. 77. Menanti kucing bertanduk. / Seperti anjing manyalak bukit. / Seperti menghitung bulu kambing. / Seperti mencurahkan garam ke laut. -Menunggu sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

78. Menangguk di air keruh. -Orang yang suka mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara. 79. Menatang minyak yang penuh. -Menyayangi anak. 80. Menarik rambut di dalam tepung. -Menyiasat semua hal dengan serius sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. 81. Marahkan nyamuk bergoleh, yang pipih dating. / Marahkan nyamuk kelambu dibakar. -Tindakan yang sengaja untuk diketahui oleh orang lain. 82. Membuka pekung di dada. / seperti meludah ke langit. -Mendedah kepada orang lain tentang keburukan diri atau keluarga. 83. Menang jadi arang, kalah jadi abu. -Dalam peperangan, orang yang menang atau kalah juga mendapat kerugian. 84. Masuk bakul angkat sendiri. -Orang yang suka memuji diri sendiri. 85. Mencurah air ke daun keladi. -Tak mahu mendengar nasihat. 86. Malu Tanya, sesat jalan. -Sikap yang tidak mahu bertanya akhirnya sesat jalan beberapa kali. 87. Naik seperti semut, jatuh seperti ribut. -Mendapat keuntungan sangat susah tetapi kerugian berlaku sangat mudah. 88. Orang mengantuk disorongkan bantal. -Mendapat sesuatu yang diidamkan. 89. Orang lain makan nangka, orang lain terkena getahnya. -Ali yang buat salah tetapi Abu yang dimarahi.

90. Padang jarak, padang terkukur. -Kawasan yang musnah disebabkan oleh peperangan atau bencana alam. 91. Rumah siap, pahat berbunyi. -Kedengaran cakap yang tidak berpuas hati tentang satu keputusan yang diumumkan. 92. Rambut sama hitam, hati masing-masing. / Banyak udang, banyak garam; banyak orang, banyak ragam. -Orang yang mempunyai sikap berbeza-beza. 93. Ringan mulut, berat punggung. -Orang yang banyak cakap tetapi malas bekerja. 94. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. -Orang yang menggunakan benda yang lama selepas mendapat benda yang baru. 95. Seperti duri dalam daging. / Seperti musuh di dalam selimut. / Seperti gunting dalam lipatan. -Orang yang berpura-pura. 96. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. -Ibu bapa mahu anak buat baik tetapi ibu bapa sendiri pun tidak baik. 97. Seperti telur di tepi tanduk. -Sesuatu yang sangat berbahaya. 98. Si buta kehilangan tongkat. -Orang yang hidup tidak tentu arah selepas kehilangan orang penting. 99. Seperti harimau sembunyikan kuku. -Orang yang hebat dan pandai tetapi tidak suka menunjuk-tunjuk. 100. Seperti lembu dicucuk hidung. -Orang yang hanya ikut sahaja arahan orang tanpa berfikiran.

101. Sambil menyelam minum air. -Buat banyak benda dalam satu aktiviti. 102. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. -Satu orang buat jahat, semua orang akan dihukum. 103. Susu diberi dibalas tuba. Seperti melepaskan anjing yang tersepit. -Orang buat baik tetapi dibalas jahat. 104. Sekali air bah sekali pantai berubah. -Pemimpin yang berubah-ubah mempunyai cara memimpin berbeza. 105. Seperti kaduk naik junjung. -Sikap orang yang mengada-ngada apabila dimanjakan. 106. Sediakan paying sebelum hujan. -Membuat sesuatu tindakan lebih awal sebelum berlaku kesan buruk. 107. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan. -Perkara yang banyak berlaku selepas terjadi sesuatu. 108. Seperti belut pulang ke lumpur. -Orang yang balik semula ke kampung asal selepas bertahun-tahun meningkalkan kempung. 109. Seperti melepaskan batuk di tangga. -Membuat kerja tidak bersungguh-sungguh. 110. Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. -mementingkan diri sendiri. 111. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. / Seperti lebah menghimpun madu. -Membuat kerja berperingkat sehingga siang. 112. Setitis air dijadikan laut, sekepal tanah dijadikan gunung. -Orang yang suka membesar-besarkan cerita yang kecil menjadi besar.

113. Sepandai-pandai tupai melompat, akhir jatuh ke tanah juga. -Penjahat yang hebat pun. Suatu hari nanti mereka pasti akan ditangkap oleh pihak polis. 114. Seperti belanda minta tanah. / Diberi betis mahu paha. -Sikap orang yang tamak. 115. Seperti musang berbulu ayam. -Orang yang menyamarkan dirinya menjadi seseorang bertujuan untuk mendapatkan maklumat. 116. Seperti pungguk rindukan bulan. -Memikir sesuatu tetapi tidak akan dapat. 117. Sarang tebuan jangan dijolok. -Jangan ganggu orang yang sedang marah, nanti diri sendiri kena. 118. Seperti pahat dengan penukul. -Disuruh baru buat. 119. Sudah terhantuk baru tergadah. -Sudah dapat kemalangan baru menyesal dan sedar. 120. Seperti kera mendapat bunga. -Orang yang tidak menghargai kemudahan yang berada di negara ini. 121. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. -Semasa mendidik anak-anak, kita mestilah jangan terlalu memanjakan mereka, sekiranya perlu dipukul, pukullah pada masa dia kecil dan berpada-pada. 122. Seperti abu di atas tunggul. -Kedudukan atau jawatan seseorang yang boleh tergugat disebabkan sikapnya sendiri atau masalah syarikat. 123. Seperti tinggal sehelai sepinggang. -Kehilangan harta akibat bencana alam yang melanda.

124. Seperti cacing kepanasan. / Seperti murai tercabut ekor. -Orang yang berbuat bising dan tidak dikawal. 125. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. -Kata-kata yang secara umum sahaja, tetapi menyebabkan orang berasa malu. 126. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. -Krisis rumah tangga yang berlaku antara kedua-dua suami isteri. 127.Tidur tak lena, mandi tak basah. -Orang yang sedang dilamun perasaan cinta dan rindu. 128. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. -Nasib baik seseorang itu pada masa hadapan tidak boleh diketahui. 129. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. -Percakapan yang keterlaluan boleh menimbulkan kemarahan orang lain. 130. Tidak akan pisang berbuah dua kali. -Orang yang ditipu atau sesat pertama kali, kali kedua tidak akan ditipu atau sesat lagi. 131. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. -Sesuatu yang menjadi tradisional masih lagi diamalkan. 132. Tidak dapat tanduk telinga dipulas. -Marah orang dan balas dendam kepada orang yang ada hubungan dengan orang itu. 133. Tidak tahu menari, dikatakan tanah tinggi rendah. -Alasan yang diberikan untuk melegakan diri sendiri. 134. Tikus membaiki labu. -Tak pandai tetapi tunjuk pandai. 135. Tidak ada rotan, akar pun berguna juga. -walaupun tidak ada sesuatu yang baharu, yang lama pun boleh pakai juga,

136. Tempat jatuh ladi dikenang, inikan pula kampung halaman. -apabila belajar di luar negara, dia berasa rindu akan kampung yang meninggalkan banyak pengalaman manis bersama-sama dengan kawan-kawan. 137. Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. -Orang yang berpangkat tidak akan hilang tarafnya apabila berkawan dengan orang bawahan. 138. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. -Membawa nasib diri di tempat orang lain, jika berjaya terus tinggal tetapi jika sebaliknya terpaksalah balik ke kampung semula. 139. Ular kena palu. -Jalan yang berbengkang-bengkok. 140. Ukur baju di badan sendiri. -membuat sesuatu ikut kebolehan diri sendiri. 141. Yang pahit jangan dibuang, yang manis jangan ditelan. -Jangan cepat percaya akan kata-kata manis dan jangan buang kritikan orang. 142. Yang bulat tidak akan bergoleh, yang pipih tidak akan melayang. -Seseorang bertuah akan memperoleh apa yang dihajatinya dalam apa-apa keadaan. 143. Yang dikejar tak dapat, yang dikendang berciciran. / Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. -Menjalani kehidupan yang melarat di tempat atau negara yang mewah dan makmur. 144. Yang baik dipakai, yang jahat dibuang. / Buang yang keruh, ambil yang jernih. / yang baik dijadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan. -Benda yang baik perlu dicontohi, yang jahat jangan diikut.

Anda mungkin juga menyukai